Hari ini hari terakhir persekolahan.
Dan bagi saya ia mencipta
sejarah sepanjang persekolahan saya di SMKPB.
Jam 11.45 am saya sudah berada di pagar belakang
mengawas pergerakan pelajar, kot2 ada yang membuat
'kelainan' on the last day of school.
Ada beberapa orang guru di tempat2 strategik yang lain.
Memang sejak kebelakangan ini perangai
pelajar2 makin menjadi2. Minggu lepas
gambar2 mereka terpampang di dada akbar
gara2 memonteng ketika sekolah sibuk menyambut hari guru.
Walau bilangan mereka tidak ramai,
tapi segelintir inilah ibarat nila setitik rosak susu sebelanga.
Dan lebih parah mereka adalah barah
yang jika tidak dibendung akan mempengaruhi rakan2 yang lain.
Alhamdulillah, sebaik loceng berbunyi tiada
insiden2 yang tak diingini berlaku.
Dan tengahari, anakku Sakinah tiba dari SMASKL
dengan menaiki bas. Hilang kerinduan di jiwa seorang ibu.
Kak Long dan Naemah masih di sana kerana kelas tambahan.
Dan paling gembira Said Ramadhan, siap booking,
"Aa'id nak mandi ngan Kak Inah....."
0 comments:
Post a Comment