Pagi Ahad, saya singgah ke cafetaria.
Dulu sini Bilik Muzik. Sekarang cafetaria
diuruskan oleh Abang Mat. Dulu dia tukang masak
dewan selera. Sekarang sejak makan pelajar
diswastakan, pekerja2 dewan makan di serap jadi
perkerja am. Abang Mat pun ada menyimpan
kenangan dengan xkt83. Dia cerita kepada suami saya
he recalls, 10 PPH trucks mengiringi kepulangan
xkt83 after SPM... (wow ganah2 jugok puok2 ni...)
Sambil2 bercerita saya tanya mana Kak Leha
(another tukang masak yang sangat2 baik kat dewan selera).
Abang Mat cerita Kak Leha sudah 2 bulan MC, dia sakit
buah pinggang. Terkejut saya mendengarnya. Masa tu
saya rasa ada air mata di kelopak mata saya,
tapi saya tahan. Kak Leha begitu baik, dia lah
yang dok membesarkan saya, beri saya makan nasi kawah...
Sebelum balik terserempak dengan Kak Atiqah
(pioneer xkt82). Now she's one of the teachers kat maktab.
Bila cerita anak2 saya tiga2 belajar di SMASKL,
Kak Tiqah really terkejut, dia kata,
"Dah, we have the same vision. Tak semesti ibu ayah
belajar maktab, anak2 pun kena gi maktab...."
Anak2 Kak Tiqah pun belajar sekolah Imtiaz, target untuk hafiz.
Before balik anak2 semua nak lakar
kenangan dengan Umi Pah.
So thanks so much kalau tak kerana reunion
mungkin tak tidur rumah Umi Pah.
Balik, suami round jalan Mengabang Telipot.
Saya teringat2 Kak Leha. Rasa macam tak kena
kalau balik tak ziarah dia. Saya ajak suami saya
cari rumahnya. Kami cuba2 alhamdulillah jumpa.
Dia berseorangan di rumah terselepok
atas katil di dapur rumahnya. Saya terkejut,
badannya kurus sekali. Kak Leha tak cam saya
tapi bila saya perkenalkan diri, dia terus menangis
dan peluk saya. Saya pun sayu melihatnya.
"Kak Leha sakit Dah... 2 bulan Kak Leha
tak gi kerja, buah pinggang Kak rosak..."
Kak Leha mengadu deritanya pada saya.
Memang saya dapat lihat keperitan sakitnya.
Di tengkoknya masih ada plaster kerana kesan
tebukan untuk hemodalisis. Tangannya lebam,
"Ni doktor cuba urat tangan tapi tak dapat,
bersembur darah dari tangan Kak Leha,
Kak Leha tak sedar lepas tu, ingatkan tak dok doh..."
Hati saya jadi makin sayu. Dulu tangan tulah yang mengoyak
berguni2 bawang untuk masak di dewan selera.
Saya meninggalkan Kak Leha dengan hati yang berat.
Saya bisik kepada Kak Leha, " Sabar ini ujian Allah buat kita,
mungkin ada hikmah yang kita tak tahu." Hanya itu
yang mampu saya ucap untuk mengembirakannya
Hati saya berdoa, moga Allah permudahkan sakit Kak Leha.
Balik dari Batu Rakit, singgah Sabasun,
anak2 beli kelengkapan nak balik asrama.
Kemudian hantar mereka ke SMASKL.
Sebelum tu singgah rumah Dr Rohaiza
kerana lihat baby lelakinya yang ke 6.
So Habibah dan Naemah, umi dan walid
doa both of you do be excellent in your PMR n SPM...
Then terus pulang Kuantan.
(tak balik rumah bonda dan ayahanda kerana mereka di KL)
Singgah Kemaman sat, Kak jamu dengan
Char Kuey Teow Fadhil pulak.
Hampir jam 11.00 baru sampai rumah di Sg Isap Damai.
Hah... baju sekolah anak tak gosok lagi untuk esok.
6 comments:
bess nye dpt g melawat maktab....dpt jumpe dgn cikgu Atiqah.......tgk picture dah kenal cikgu Atiqah.......cikgu Math yg paling cemerlang pernah didik saya......TQVM cikgu......
lama nye Kak Leha berbakti dekat warga xkt......dr batch akak lg ye......sama2 la kite doakan supaya sakit Kak Leha sembuh.....
Ye sama2 kita doakan, banyak jasanya buat kita semua.
Assalamua'laikum,
Semoga kita semua dirahmati. Bila terkenang kembali cikgu-cikgu di MRSM KT dulu, bergenang juga airmata. Masa di MRSM KT lah, pendidikan dari guru-guru dan kawan-kawan memberi impak yang mendalam sehinggga ke hari ini, membentuk asas yang sangat kuat dalam pembinaan diri. Semoga Allah merahmati semua yang telah berjasa dan kita semua.
Cikgu Siti Bedah, Cikgu Rahim, Cikgu Syukri, Cikgu Halim, Cikgu Siti Fatimah, Cikgu Rohani, Cikgu Wan dan lain-lain, di manakah agaknya mereka sekarang? Bagaimanakah agaknya kesihatan mereka sekarang? Tanpa kalian, siapalah kami.....
Al fatihah just recieved sms from hubby, k leha sudah kembali ke rahmatullah. (hari ini 7 nov 2009) Moga Allah redha dan masuk dalam mereka2 yang soleh.
Assalamualaikum...received a call from laily afida...kak leha dah kembali ke rahmahtullah...rupa dah ada message dari rosina(xkt82)...then datang message dari c.omairah..K.wajid dulu memang rapat benar dengan arwah kak leha...late june k.wajid singgah kat maktab and cari kak leha. Jumpa kat surau..dapatlah berbual dengan dia...dari keadaan fizikal memang nampak uzurnya. Hati ni memang tersentuh bila ingat warga dewan makan...semuanya baik belaka. Apa pun..Al fatihah buat arwah kak leha. Tak kan terbalas segala budi dan jasa warga pekerja MRSM Terengganu.
Wa'alaikumsalam... Ya Kak Wajid, semoga Allah membalas dengan sebaik2 kebaikan buat mereka. Even they're just ordinary persons, but they're significant in our heart.
Post a Comment