Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Seminar Menangani Gejala Sosial

Selesai solat subuh pagi ini di Surau ILIM,
diadakan kuliah subuh yang disampaikan oleh Cikgu Adi.
Sudah lama tidak mendengar peringatan
atau penyampaian dari beliau.
Suaranya masih tidak berubah.
Terasa masih tergiang2 di telinga saya
mengimbas kembali ketika
pertama kali mendengar penyampaiannya
yang bertajuk rukun usrah di Fresno suatu masa dulu...
Dan di subuh yang hening ini,
Cikgu masih lagi mengemukakan
sirah yang sama, kisah Khubaib bin Adi...
Betapa iktibar dari sirah kepahlawanan generasi sahabat
tidak pernah kering di telan zaman.
Ia akan menjadi peringatan yang menyegarkan
buat dae' dalam perjalanan dakwah.



Penyampaian KK 1 pagi ini bertajuk
Senario Gejala Sosial di Malaysia yang di sampaikan
oleh saudara Mohammad Zahir Zainuddin.
Seorang penyelidik bebas yang mengkaji
perkembangan sosial di Malaysia.
Sekali lagi saya di paparkan dengan
fakta yang mengerunkan.
Globalisasi dan dunia tanpa sempadan
jika tidak dibimbing dan dipandu
memang memberi impak negatif.
Dadah, jenayah, mat rempit, keganasan, penderaan
dan pelbagai bentuk penyakit masyarakat hari ini,
semua natijah bila tidak kembali kepada
sistem hidup islam yang syumul dan kamil.



Kemudian KK 2 bertajuk
Memahami Psikologi Remaja
telah disampaikan oleh
Prof Madya Dr Asmawati Desa
dari Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia UKM Bangi.
Kajian2 beliau mengukuhkan lagi remaja
di Malaysia hari ini berhadapan dengan
krisis keruntuhan akhlak yang membimbangkan.
Satu yang menyentuh hati tentang kealpaan
ibu bapa dalam mendidik iaitu
ever since TV teaches opposed value to children
but parents never bother about it.
And now it has computer as his wife
and a cell phone as his first child.
Maka teknologi jika disalah gunakan akan merosakkan.
Sebagai ibubapa kita mesti berhati2.
Dan tidak ada jalan penyelesaian yang terbaik
selain dari kembali kepada fitrah islam yang salimah.



Petang dipenuhi dengan forum yang di pengerusikan
oleh Ustaz Mohd Najib b Abdullah (USIM).
Panel terdiri dari Dr Abdullah Sudin b Abd Rahman
Presiden HALUAN, Dr Azizan Ahmad, UKM
dan Ustaz Mohd Ajib b Ismail, JAKIM.
Tajuk forum ialah Keluarga Cemerlang
Masyarakat Gemilang.



Dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh
Yg Bhg. Dato' Hj Wan Mohamad b Dato' Sheikh Abd Aziz
Ketua Pengarah JAKIM.

Malam pula disambung dengan aktiviti
bersama HALUANITA pula.
Ceramah keibubapaan oleh Tn Hj Rosdi Baharom.
Baru minggu lepas beliau datang ke Kuantan
berceramah dalam seminar di masjid negeri.
Alhamdulillah, penyampaian beliau mengukuhkan
lagi ilmu yang saya telah dapat dalam
seminar yang lalu.

Ke ILIM Bangi



Pagi2 selepas sarapan, jam 9 pagi hantar anak2 ke
Dewan Sg Isap Damai kerana ada pertandingan mewarna
sempena majlis pelancaran Kempen Jenayah Bebas
anjuran KRT SID. Said pun sibuk nak mewarna
walaupun tak cukup kategori umur.



Jam 2.00 pm saya menumpang kenderaan Ukht Sara ke
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi kerana menghadiri
Seminar Menangani Gejala Sosial anjuran JAKIM
dengan kerjasama HALUAN Malaysia.
Alhamdulillah perjalanan yang amat selesa menaiki
MPV tiba di ILIM jam 5.30 PM.
Ini pertama kali saya sampai ke sini,
perkhidmatan asrama amat memuaskan.
Cukup selesa, entah kenapa saya merasa rindu.
Kalau masa dulu2 bila ke tamrin
(nama tak glamour bagi seminar...)
peserta2 akan berkumpul ramai2,
apartment 2 bilik muatnya 20 orang...
(sekarang sebilik 2 orang)
tidur berbantalkan beg pakaian...
disitulah kemesraan dan ukhwah berputik.
Ah... zaman sudah jauh berubah,
sekarang ilmu dicari dalam suasana yang amat selesa.
Doa saya moga Allah swt memberi sesuatu kekuatan
untuk dibawa pulang bila tamat seminar nanti.



Malam seminar diadakan di auditorium
yang cukup besar dan indah.
Seminar bermula dengan penyampaian kuliah 1
bertajuk Gejala Sosial di Kalangan Remaja
yang disampaikan oleh
Prof. Ahmad Yusoff b Hassan, dari UTem Melaka.
Beliau memaparkan fakta2 yang cukup mengerunkan
berkaitan gejala sosial remaja masakini.
Kesimpulan yang dapat saya ambil,
remaja yang terpinggir jika dibiarkan
memang akan terus hanyut.
Dan bukan mudah untuk kita turut merasai
bertanggungjawab menanganinya.
Maka kisah bahtera 2 tingkat perlu diambil iktibar.
Jika tingkat bawah bahtera bocor
tapi penghuni di tingkat atas mendiamkan diri
dan membiarkan penghuni bawah membaikinya.
Lama kelamaan bahtera akan karam.
Atau lebih parah penghuni bawah pun turut berdiam diri,
lalu bahtera akan karam dengan lebih cepat...



Kuliah 2 pula di sampaikan oleh Saudara Razali Maarof
yang membentangkan KK bertajuk
Sistem Pembangunan Pelajar Seimbang di KTD.
Dapat saya rasakan kunci segala permasalahan
kembali kepada qadiyah yang sebenar
iaitu permasalahan aqidah islamiyah.
Dan jika ia ditangani dengan sempurna,
iman dan taqwa sebagai tunjang
insya'Allah natijahnya Allah akan beri.
Satu ungkapan yang menarik dari penceramah
mengaji biar pandai, perangai biar 'juruh,
hidup biar boleh tumpang (bermanafaat)...

Dan malam pertama seminar berlalu
dalam suasana yang padat.
Dan yang mengembirakan bertemu rakan lama
junior xkt ukht Dahliana Mohd Dagang.
Dia masih ingat saya menghadiahkannya
baju kurung maktab.
(kerana dulu2 pelajar pakai kemeja dan skirt labuh)
Dan saya hampir terlupa peristiwa itu...

Last day of school....



Hari ini hari terakhir persekolahan.
Dan bagi saya ia mencipta
sejarah sepanjang persekolahan saya di SMKPB.
Jam 11.45 am saya sudah berada di pagar belakang
mengawas pergerakan pelajar, kot2 ada yang membuat
'kelainan' on the last day of school.
Ada beberapa orang guru di tempat2 strategik yang lain.
Memang sejak kebelakangan ini perangai
pelajar2 makin menjadi2. Minggu lepas
gambar2 mereka terpampang di dada akbar
gara2 memonteng ketika sekolah sibuk menyambut hari guru.
Walau bilangan mereka tidak ramai,
tapi segelintir inilah ibarat nila setitik rosak susu sebelanga.
Dan lebih parah mereka adalah barah
yang jika tidak dibendung akan mempengaruhi rakan2 yang lain.
Alhamdulillah, sebaik loceng berbunyi tiada
insiden2 yang tak diingini berlaku.

Dan tengahari, anakku Sakinah tiba dari SMASKL
dengan menaiki bas. Hilang kerinduan di jiwa seorang ibu.
Kak Long dan Naemah masih di sana kerana kelas tambahan.
Dan paling gembira Said Ramadhan, siap booking,
"Aa'id nak mandi ngan Kak Inah....."

Jamuan

Pagi2 terima tetamu dari Haniliza di makmal ICT.
Beliau juga akan menunaikan umrah cuti ni.
Doa saya moga Allah permudahkan
dan dapat beribadah dengan sempurna.
Pemergiannya membuat saya juga rindu
untuk ke sana lagi.
Doa moga Allah makbulkan bisikan hati saya...



Lepas sekolah saya dan rakan2 ke rumah
kak nab kerana memenuhi undangan kenduri
kesyukuran persaraan beliau dan juga
pemergian anakanda ju ke scotland untuk
sambung belajar. Sambil tu bawa hadiah
yang paling istimewa buat kak nab
kenangan yang diabadikan sepanjang
perkhidmatan beliau di smkpb.



Hah... ini kawan2 yang memenuhi semua sudut
rumah kak nab sebabnya masing2 kata
sejuk sampai ke dapur...
ada yang tak nak balik lagi hehehe...



Guru gstt lewat sikit tertinggal bas kot...
Pelajar2 3kaa pun serang ramai2...
Yang istimewa chef cook manap n nor...
Dan juga yang mengembira
dapat jumpa rakan2 guru lama smkpb
kak gee, kak ayu, kak rosmidah,
asmah dan halimah alimat.
Aura kemesraan masih seperti dulu
walau pun sudah lama berpisah kerana
bertugas di sekolah baru.

Terima kasih kak nab kerana menjamu
dengan hidangan yang istimewa,
memang semua orang rindu gulai kawah manap...

4 Budiman

Minggu ni baru rasa dapat tarik nafas lega sikit.
Itu pun kertas2 masih bersusun, due date 10 jun.



Dan tadi sejenak saya bersama dengan pelajar2
4 Budiman. Mereke exam sudah habis.
Paper TI hari jumaat baru pereksa.
Kalau suruh study bukan nya baca buku pun.
Saya bawa ke makmal ICT dan
berta'aruf dengan mereka dengan lebih dekat.
Cikgu doa semua jadi pelajar yang berakhlak.
Allah tak kan lupa kita kalau kita tak melupaiNya.

Seminar Keluarga Bahagia



Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.
Seminar keluarga bahagia selamat dijalankan.
Jazakallah kepada tn hj rosdi baharom kerana sudi
untuk memenuhi undangan sebagai penceramah.
Banyak perkara baru saya dapat
dalam ceramah beliau kali ni.
Saya akan sentiasa ingat saranannya untuk
sentiasa menjadi orang yang memberi
dan bukan mengharap,
barulah kita akan merasa seronok dan gembira.
Juga kaedah bagaimana hendak
menangani remaja yang keras.
Jawapannya membuat saya bermuhasabah panjang
selama ini bagaimana bila saya berhadapan
dengan anak2 pelajar saya terutama
yang kelas belakang2 tu. Saya akan cuba
ubah dan praktikkan agar mereka juga
dapat merasai tempias seronoknya beriman
dan bertaqwa kepada Allah swt, insya'Allah.

Tapi yang mengembirakan turut mendengar
ceramah ini suami tersayang...
Huhu.. banyak tips2 tu kena praktik ye....
walau babgaimana pun saya
amat bersyukur, abang ram...
(tn hj suruh tukar nama panggilan..)
sudah memberi yang terbaik buat saya dan anak2.
Jazakumullahhukhairan kasira...
kerana selama ini telah memberi
sokongan dan dorongan dalam bertawazun
antara dakwah, keluarga dan kerjaya...



Sambil2 tunggu giliran solat,
tak sah kalau tak ambik gambar
Hanan yang kiut miut ni....
Cuma masa sembang2 dengan said ramadhan.
"mama, aa'id suke main ngan baby..."
"aa'id nak baby tak?"
"mama aa'id tak nak adik... kan aa'id ni adik..."

Bengkel KAMI BOLEH Additional Mathematics.



Bermula petang jumaat buat bengkel KAMI BOLEH
additional mathematics buat pelajar saya dari
kelas 5 saksama & 5 syumul. Ini sebagai persediaan
awal mereka nak duduki peperiksaan pertengahan tahun
hari isnin nanti. Alhamdulillah kedatangan memuaskan.
Hari jumaat dikendalikan oleh cikgu amran.
Terima kasih kepada cikgu amran
kerana sudi mengantikan cikgu kamisah
yang last minute dapat surat kena ke Maran
ambil hadiah inovasinya.
Terima kasih juga kepada cikgu kamisah
yang bertungkus lumus menyediakan bahan
yang sangat bagus.
Hari sabtu saya dikendalikan sepenuhnya oleh saya.
Cikgu doa semua dapat menjawab dengan baik
paper add math hari isnin nanti.



Sebelum balik kak eda hadiahkan big size mempelam.
Thnax kak eda. Buat balik semua orang
terkejut besar, tak pernah tengok saiz sebesar tu...
Kata saya pada anak2 itulah kebesaran Allah,
ada saiz kecik dan ada yang saiz besar...

Balik rumah cepat2 bawa anak2 pergi kenduri
rumah cikgu junaidah. Ingatkan kenduri arwah
rupanya mereka nak tunaikan umrah cuti sekolah ini.
Semoga Allah permudahkan perjalanan dan
dapat beribadah dengan sempurna di tanah suci nanti.

Kemudian ke masjid negeri melihat persiapan akhir
untuk seminar keluarga esok.
Alhamdulillah semua ok, bilik je terpaksa tukar
sebab biasalah prosedur kerajaan
kena utamakan yang JAIP dulu.
Namun kami susun agar nampak lebih lapang sikit bilik.
Lama juga mengemasnya, testing mic etc2,
jam 6.00 baru pulang.
Moga Allah permudahkan,
berdebar juga sebab kena jadi juruacara...

Buddy Support Class

Petang tadi selepas sekolah ada kelas buddy support. Kelas yang dulu tu tak datang 'tertuang'. Ingatkan kata saja2 sebab beritahu nak buat muffin. Rupa2nya pengisian kelas tu how to baked a muffin betul2 punya. Siap masak di bilik ERT dan pengetua ada sama2. Maaf ye Kak Eda, ketua bidang yang amat baik hati. Jadi kelas buddy support kali ini Kak Eda sudah pesan awal2 lagi kena datang. Maka dalam kelas tadi dapat surprise dari buddy friends, KanTT, 'Aan dan Kak Mariana. Every one of us has to do impromptu speech... Apa lagi macam2 topik kena cover. Tapi alhamdulillah, saya lihat kawan2 semua thumbs up lah. Dalam dok kata takut, tak tahu nak cakap apa dan macam2 alasan lagi, tapi bila mula cakap, semua melebihi had masa yang ditetapkan. Tahniah...

Tazkirah

Pagi2 kena dera??? dari Ustazah CT Arija. Dera ke??? sorry Ja kalau exagerate istilah tu... Sebenarnya perhimpunan Rabu hari ini kena baca tazkirah, on the spot. Kalau ikutkan minggu depan, memang sudah menyusun bahan apa nak cakap. Tapi tadi pagi2 ustazah minta tolong buat tazkirah sebab guru yang sepatutnya menguruskan peperiksaan. Maka bertazkirahlah saya buat pelajar2 tingkatan 1, 2 & 3 yang masih belum memulakan peperiksaan pertengahan tahun lagi. Moga semua guru yang hadir dan anak2 pelajar mendapat manafaat dari tazkirah yang disampaikan. Huhu.. kira2 latih public speaking lah ni...

Jadual waktu

Hari ini masa2 yang ada kat sekolah mencetak dan mengedar jadual waktu baru. Kalau ikut janji kena edar Isnin, tapi kelmarin aktiviti penuh dengan sambutan hari guru dan persaraaan Kak Nab tak sempat nak celah. Alhamdulillah pengetua dan datin faham. Sambil mengedar hati ini tak habis berdoa moga semua orang berpuas hati dengan susunan jadual baru. Bukan senang nak memenuhi semua kehendak. Saya selalu ingatkan diri saya sabut dan batu dua2 untung. Untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. Walaupun tenggelam, tetap untung, lebih2 lagi timbul memanafaatkan. Ada masa kali ini cantik susunannya ada masa tak cantik, hari2 ada waktu akhir... Nak buat macam mana lagi yang menyusun atur tu program komputer. Kita ubahsuai diri kita dengan penyusunan jadual baru itu agar masa itu dimanafaatkan. Kerana setiap detik itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt.

Sambutan Hari Guru

Align Center

Pagi ini kat sekolah ada lagi
sambutan hari guru peringkat sekolah.
Sebagai seorang guru saya amat merasakan cabaran
dalam mendidik pelajar2 di zaman mutakhir ini.
Zaman mereka jauh berbeza dengan zaman kita dulu.
Dulu cikgu cakap sekali murid2 ikut tanpa soal panjang.
Kini sekali cikgu cakap belum tentu di dengar,
apatah lagi nak ikut dan buat.
Tu pun belum cerita lagi bab2 akhlak dan aqidah.
begitu rapuh dan ampuh.
Maka saya rasa perlu sangat kita sebagai guru2
membimbing tangan2 mereka ini agar mereka tidak
terkapai2 dalam mencari identiti diri.
Sebenarnya jiwa mereka kosong tiada bimbingan
iman untuk merasa kehangatan cinta kepada Illahi.
Maka sebagai guru mari kita mengorak langkah
sentiasa membimbing dan mendidik
anak bangsa yang hati sentiasa dekat
dan jiwa sentiasa rindu dengan ALLAH....



Habis acara sambutan hari guru
ada majlis persaraan Pn Hjh Zainab Abddulah,
yang lebih mesra saya panggil Kak Nab.
Kakak yang paling tua di SMKPB
dan paling lama berkhidmat disini 23 tahun.
Hujung minggulah saya bertungkus lumus
mencuri setiap masa yang ada (sebab ada LADAP
n Gotong royong) untuk menyiapkan
persembahan multimedia buat Kak Nab.
Kadang2 mati akal juga sebab saya mahir bab2 teknikal
tapi sentuhan kreativiti tu kureng.
Dan rupa2 perkara lain perlu juga nak fikir
dalam menjaga syara', lagu apa nak pilih,
dan gambar mana nak letak....



Petang pula, raikan Kak Nab dengan High-Tea
dengan rakan2 guru yang lain.
Saya akan ingat Kak Nab sebagai pendorong
saya untuk berblog. Dan dengan blog saya
berukhwah dengan Kak Nab.
Kalau tak kat sekolah tu,
dalam sehari tak sempat nak bertegur pun.
Selagi lagi saya ucap selamat bersara buat Kak Nab.
Tentu masa yang ada lebih banyak
boleh digunakan untuk mendekatkan diri
secara khusus dengan ALlah swt.

Nasi telur kuda...

Pagi tadi ada gotong royong di SeRIA. Saya pergi lewat gara2 terpaksa menyiapkan jadual waktu dan slide. Dua2 due date esok. Bila sampai tempat gotong royong boleh kata tinggal yang akhir2. Kemudian makan tengahari lauk gulai kambing. Seperti biasa gulai agak merah saya agak Said Ramadhan mesti tak nak makan. Tapi sebaliknya di pinta nasi dari saya. Saya letak nasi yang memang panas masuk pinggan dan bubuh setitik kuah, sebab kalau banyak2 nanti Said Ramadhan tak nak makan, pedas...
"Mama, nasi panas.", kata Said Ramadhan. Saya gaul2 nasi dengan kuah. Kemudian saya gumpal nasi bulat2 jadi macam bola. Ah... saya rindu bonda.... Saya masih ingat masa saya kecil2 dulu, bila nak makan kalau nasi panas, bonda akan gumpal nasi jadi bulat2 macam bola. Saya tak tahu kenapa bonda tak panggil bola, tapi bonda kata tu telur kuda... Jadi nasi cepat sejuk dan terus saya suap nasi ke mulut. Sedang elok satu gumpal satu suapan. Bila dikenang kembali, itulah kasih bonda. Sifatnya penuh penyayang tak jemu2 melayan kerenah anak2. Rasa tak terbalas kasihnya, lebih2 lagi bila tinggal berjauhan begini, sudah pasti bonda merindui anak2nya.
"Mama itu apa?", Said Ramadhan bertanya dan mematikan lamunan saya. "Ini telur kuda... Nanti bila sejuk Said ambil satu2 makan.", ujur saya. Satu persatu tangan kecil Said Ramadhan memasukkan bebola telur kuda ke mulutnya. Dia kelihatan gembira, habis nasi sepinggan dan tak timbul lagi nasi panas atau kuah pedas. Bonda... tak sia2 didikan mu. Jauh disudut hati saya terus berdoa,"Ampuni dosa ku, ampuni dosa ke dua ibu bapa ku, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak dari kecil". Saya sayang bonda....

Selamat Hari Guru



Saya ingat mereka, guru-guru saya...
Masa sekolah rendah saya belajar si SRSS 2.
Masa sekolah menengah saya di MRSM KT.
Tidak terucap kata2 buat semua guru-guru saya.
TERIMA KASIH CIKGU....


OBOR HEMAH




Guru adalah awan Indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.




A. Samad Said
2 April 1988

Dalam meniti liku2 hidup sebagai guru
saya cuba nak menghayati kata2 Hassan Al Banna,
"Cita2 am aku menjadi (mursyid) yang memberi tunjuk ajar.
Di mana aku akan menghabiskan

siang hariku dengan mengajar anak2

dan aku menghabiskan malamku
dengan mengajar
kaum bapa
tentang tujuan agama mereka,

tentang sumber2 kebahagian
dan
kegembiraan hidup mereka..."

Tidak lupa buat semua rakan2 guru
Selamat Hari Guru...

For a friend...



Dulu kita tak pernah mengenali
Dulu kita tidak pernah mengenal erti budi
Kini bila saat-saat kita mula nak berpisah
Barulah kita mula terasa kehangatan persaudaraan
Selamat Bersara Kak Nab (Pn Hjh Zainab).

Milikmu ya Allah...

Moga Allah mencucuri rohnya
dan menempatkan Allahyarhamah
di kalangan mukminah solehah....
Itulah doa dari kejauhan
yang dapat saya sedekahkan
buat Ummi Halimahton.
Batasan jarak memisahkan kita
namun kehangatan ukhwah memang terjalin utuh. Setiap kali ziarah saya ke MATRI,
Ummi sambut dan layan walau pun dalam kesibukan
melayan tetamu2 dari negeri2 lain.
Kesungguhan Ummi dalam D&T
menjadi tauladan yang unggul
buat kami2 yang muda.
Tapi Allah lebih menyayanginya.
Dan semestinya inilah tazkirah yang paling bermakna
buat yang kita masih hidup.
Bersedialah dengan bekalan
untuk bertemu Allah
sebelum ajal menjemput kita
kerana nyawa kita milikmu ya Allah....


HEBAHAN....

Tahniah



They come for a visit at school.
Congratulations...! to Farahi (Matrikulasi UIA PJ)
and the 3 girls, Rabiatul, Safiyah & Norain
(Matrikulasi Melaka). Good Luck to all of you.
May Allah guide you in your future study.
Remember to strive for your best
either in dunia or akhirat.
Don't forget your beloved teacher...

Thanx sis



Thanx Sis Pah Mansor and Sis Syikin
for a small gift from Langkawi.
Dan rasa masih belum terlambat
thanx juga Sis Halimah n kawan2 yang ke Tg Pia
tempoh hari for the pisang salai...
Betul kata 'Abbas Assisi (ulama' muktabar)
hadiah walau pun kecil
tapi sebagai tanda ingatan
dan pengikat ukhwah.

Dan selepas sekolah hari ini cepat ambil Kak Mah sebab ada appointment nak jumpa Imam Besar Mesjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan. Di sana Kak Ani sudah sedia menunggu. Allah izin Iman Besar tak ada, jumpa dengan CC je. Jadi submit surat permohonan dan kertas cadangan. Dua minggu lagi HALUANITA (ahli wanita HALUAN) dengan kerjasama Sekretariat Dakwah Negeri Pahang nak buat Seminar Keluarga Bahagia kat Dewan Masjid Negeri. Secara lisan sudah dapat tempah Dewan tu. Doa saya moga Allah permudahkan nak mohon sedikit peruntukan untuk makan minum. Kalau dapat bolehlah jalankan seminarnya secara percuma. Kawan2 nanti bila sudah sudah confirm saya akan war2kan aturcara seminar tu. Jadi kalau ada peluang jemput hadir beramai2 ye...

Pecal buah pauh...

Alhamdulillah, hujung minggu ini baru boleh bernafas sikit
dapat duduk rumah. Kalau tak rasa sudah berminggu
tiap kali hujung minggu mesti ada aktiviti luar rumah.
Walau apa pun kerja dalam rumah memang tak habis
campur ada juga kerja lain dalam senarai menunggu.
Brosur dan pamplet Seminar Keluarga Bahagia belum siap lagi.
Jadual waktu baru pun masih belum sentuh,
hari Isnin ni lower 6 sudah nak masuk.



Hari tu tengok Kak Nab dalam blognya buat kerbau mangga.
Memang terliur habis... Nak buat tak sempat.
Jadi hari ini since duk rumah, saya pun buat pecal pauh.
(nama lain bagi kerabu mangga...)
Kebetulan buah sedang lebat sampai tak termakan.
Kalau teringin, jemput ke rumah
samada makan pecal @ mai ambil buah...

p/s : mungkin tak leh lawan pecal Cik Senoh
betul ke Umi Yah...

Cuti Hol.

Makan pagi di Kedai Rashid.
Said habis sekeping roti canai.
Kemudian hantar kereta ke workshop.
Lepas tu ke SeRIA, mesyuarat pasal
Seminar Keluarga Bahagia hingga menghampiri jam 12.30 PM.
Banyak kerja2 nak siap pamplet.

Makan tengahari kenduri rumah
Bendahari Surau Sg Isap Fasa 3.
Dapat berita dari Kak Zainah Kebi,
Kak Hjh Noraini warded lagi.
Ingat nak gi ziarah, tapi bila selidik2
dia dah balik rumah. Rasa tak sesuai pulak
nak ganggu di awal2. Tunggu minggu depan
janji dengan Kak Eda n Pah Radziah nak ziarah.

Masak spageti, sambil2 tu mencari2 idea
dok update blog cerita hujung minggu yang berlalu...

Malam, jam 12.00 AM Abbas sampai dari KL
selepas buat lawatan sekolah.

Last day at KT



Pagi Ahad, saya singgah ke cafetaria.
Dulu sini Bilik Muzik. Sekarang cafetaria
diuruskan oleh Abang Mat. Dulu dia tukang masak
dewan selera. Sekarang sejak makan pelajar
diswastakan, pekerja2 dewan makan di serap jadi
perkerja am. Abang Mat pun ada menyimpan
kenangan dengan xkt83. Dia cerita kepada suami saya
he recalls, 10 PPH trucks
mengiringi kepulangan
xkt83 after SPM... (wow ganah2 jugok puok2 ni...)
Sambil2 bercerita saya tanya mana Kak Leha
(another tukang masak yang sangat2 baik kat dewan selera).
Abang Mat cerita Kak Leha sudah 2 bulan MC, dia sakit
buah pinggang. Terkejut saya mendengarnya. Masa tu
saya rasa ada air mata di kelopak mata saya,
tapi saya tahan. Kak Leha begitu baik, dia lah
yang dok membesarkan saya, beri saya makan nasi kawah...
Sebelum balik terserempak dengan Kak Atiqah
(pioneer xkt82). Now she's one of the teachers kat maktab.
Bila cerita anak2 saya tiga2 belajar di SMASKL,
Kak Tiqah really terkejut, dia kata,
"Dah, we have the same vision. Tak semesti ibu ayah
belajar maktab, anak2 pun kena gi maktab...."
Anak2 Kak Tiqah pun belajar sekolah Imtiaz, target untuk hafiz.



Before balik anak2 semua nak lakar
kenangan dengan Umi Pah.
So thanks so much kalau tak kerana reunion
mungkin tak tidur rumah Umi Pah.



Balik, suami round jalan Mengabang Telipot.
Saya teringat2 Kak Leha. Rasa macam tak kena
kalau balik tak ziarah dia. Saya ajak suami saya
cari rumahnya. Kami cuba2 alhamdulillah jumpa.
Dia berseorangan di rumah terselepok
atas katil di dapur rumahnya. Saya terkejut,
badannya kurus sekali. Kak Leha tak cam saya
tapi bila saya perkenalkan diri, dia terus menangis
dan peluk saya. Saya pun sayu melihatnya.
"Kak Leha sakit Dah... 2 bulan Kak Leha
tak gi kerja, buah pinggang Kak rosak..."
Kak Leha mengadu deritanya pada saya.
Memang saya dapat lihat keperitan sakitnya.
Di tengkoknya masih ada plaster kerana kesan
tebukan untuk hemodalisis. Tangannya lebam,
"Ni doktor cuba urat tangan tapi tak dapat,
bersembur darah dari tangan Kak Leha,
Kak Leha tak sedar lepas tu, ingatkan tak dok doh..."
Hati saya jadi makin sayu. Dulu tangan tulah yang mengoyak
berguni2 bawang untuk masak di dewan selera.
Saya meninggalkan Kak Leha dengan hati yang berat.
Saya bisik kepada Kak Leha, " Sabar ini ujian Allah buat kita,
mungkin ada hikmah yang kita tak tahu." Hanya itu
yang mampu saya ucap untuk mengembirakannya
Hati saya berdoa, moga Allah permudahkan sakit Kak Leha.



Balik dari Batu Rakit, singgah Sabasun,
anak2 beli kelengkapan nak balik asrama.
Kemudian hantar mereka ke SMASKL.
Sebelum tu singgah rumah Dr Rohaiza
kerana lihat baby lelakinya yang ke 6.
So Habibah dan Naemah, umi dan walid
doa both of you do be excellent in your PMR n SPM...

Then terus pulang Kuantan.
(tak balik rumah bonda dan ayahanda kerana mereka di KL)
Singgah Kemaman sat, Kak jamu dengan
Char Kuey Teow Fadhil pulak.
Hampir jam 11.00 baru sampai rumah di Sg Isap Damai.
Hah... baju sekolah anak tak gosok lagi untuk esok.

2nd Day kat Maktab



Hari ini ada ceramah kerjaya.
Sebelum tu all the xktians are invited on stage.
Bergema dewan Ibnu Sina bila semua nyanyi lagu maktab.
Quite a nostalgic moments especially for those who
yang lama tak balik maktab.



Sementara menunggu mereka berkudapan di dewan selera
saya singgah ke bilik kakak saya. Dia sedang menghabiskan
semakan Fail Rekod Mengajar. Satu yang menarik,
kalau sekolah kerajaan biasa guna Buku Rekod Mengajar.
Dalam fail tu semua Lesson Plan berteknologi tinggi...
menggunakan ICT dan di tulis cukup detail
macam buat lesson plan praktikum.


Untuk ceramah kerjaya, Pelajar dibahagi kepada kumpulan kecil2. Ada group doctor, management, architecture etc2. Suami saya dalam group engineering. Tak sangka pulak saya rupa2 dia menyediakan slaid yang cukup lengkap, ceramahnya nampak macam banyak benda nak share... Melihat anak2 pelajar mereka cukup untung ada yang membantu beri opinion nak pilih kerjaya apa. Zaman saya dulu hanya Kak Nani kounselor je yang beri opinion, tu pun saya rasa saya dalam kumpulan undecided. Habis belajar balik dari US baru saya rasa naluri saya nak jadi doktor... pelik kan??? Saya ingat masa balik habis belajar dari US, sepupu saya xkt86 (Tg. Ahmad Kamal) sedang buat doktor di UKM. Saya suruh dia risik2 kot2 saya boleh buat 2nd degree... Tapi memang imposible pun. Masa kat maktab saya pernah beritahu pada ayahanda saya, "Walid, Dah nak ambil doktor boleh?". Ayahanda kata,"Boleh ke nak pereksa pesakit lelaki?" Aduh2 punyalah saya tak boleh nak fikir, jahil tak tahu hukum, ingatkan berdosa periksa pesakit lelaki. Saya tak jadi pilih kerjaya sukaan saya. Saya pilih ke US ambil Computer Science. Tu pun kira ikut2 sebab masa tu kakak saya yang ke-5 juga kat Boston buat Computer Science. Walau bagaimana pun alhamdulillah, penyusunan Allah sangat baik. Saya bersyukur sangat2 jadi guru. Walau tak seglamour kerjaya orang lain, tapi saya rasa kemuliaan. Guru mendidik generasi pewaris akan datang. Siapalah saya kalau saya tak dididik oleh guru2 kat mrsmkt 25 tahun dulu. Saya masih ingat masa saya mula2 saya jadi guru, first day saya mengajar saya menangis sebab saya teringat guru2 lama saya, Cikgu Siti Bedah, Cikgu Rohani, Cikgu Siti Fatimah, Cikgu Rahim, Cikgu Syukri (selalu usik nama saya panjang sebab dia akan panggil saya tiap kali nak daftar SRP dan SPM) dan lain2. Saya tidak seperti saya kalau bukan tangan2 mereka mendidik saya...


Sambil tu saya meninjau pemandangan maktab.
Dewan Selera dan Surau tak nampak banyak berubah dari jauh.


Tapi belakang maktab sudah bertukar wajah.
Tiada lagi asrama kayu tempat saya dulu2 tinggal.


Laluan Dewan Syarahan, banyak menyimpan kenangan. Bilik sakit sudah tak lagi di situ. Saya masih ingat kawan saya (dan sekarang ni sudah jadi doktor pun), pernah ambil SPM kat situ kerana masa tu dia sakit. Bilik Seni sudah bertukar wajah.Bilik Ketua-ketua Bidang, saya ingat Bilik Cikgu Hassan, guru Geografi saya. Saya tak boleh bayangmacam mana saya boleh score SPM Geografi,sedangkan kelasnya saya suka tidur. Tapi yang saya ingat saya hafal aje nota cikgu, kalau tak silap faktor2 perikanan di Canada... Di Makmal Sains juga banyak khazanah. Dulu SPM ada praktikal. Buat eksprimen sendiri2. Masa SPM berdebar2 tapi nasib ada En Hussein pembantu makmal yang baik hati beri hint. Dan di Dewan tingkat 2 tu tempat pameran.


Depan library pun ada taman.
Dulu rumput hijau je.
Pejabat lama sudah jadi Bilik Kaunseling.
Dan Bilik guru dulu2 sudah berubah wajah.



Saya tak lama menunggu, lepas snap2 gambar
saya balik sebab anak2 ada di rumah.
Rupa2nya mereka sudah ke kolam mandi.
Hah dulu mana ada swimming pool.
Biasalah budak2 mana boleh tahan kalau jumpa air.
Maryam berenang macam ikan.
Tapi Said tak boleh mandi sebab air dalam.
Nazirah pun main digigi kolam.
Air sampai kat tengkok Abbas.
Saya balik rumah masak nasi goreng...
Sebabnya for sure lepas mandi semua perut lapar.



Lepas Asar pergi ambil Kak Long di rumah Mok Ngoh.
Order Char Kuey Teow 5 bungkus dimasak oleh Nizam.
SuDa buka kedai di Bukit Depu depan CC Zaim.
(hah.. ini promosi kedai Zaim ye...)



Malam hujan lebat. Makan dinner kaki ngarung air... Kak Long dan Kak Ngah excited dapat jumpa pengarang Dear Yayah, Farihah Iskandar @ Sis Nor Hazizam She's xkt83. Saya pun jumpa dengan Big Sister saya dulu2 Sis Puteri Suzana. Cuma komen Kak Long, "Small Sister dulu2 sudah jadi Big Size Sister..."

Saya hanya melihat dari jauh, gelagat2 xkt83. Memang terbayang keseronokan pada setiap wajah mereka bila masing2 bertemu rakan2 lama yang memang sudah lama tak jumpa. (saya pun boleh bayang xkt84 sedang berseronok juga jumpa kawan2 lama di Kemaman tu, I miss them...) Saya ingat dulu2 cikgu Rahim (guru Add Math saya) pernah bagi cerita dari Risalah Fikratuna, pasal ikan Salamon. Dia kata "Tahu tak ikan salamon bila nak mati dia akan balik semula ke sungai asal dia". Terpegun saya mendengar tazkirahnya. (Jangan salah faham... kita semua memang akan mati) . Tapi point saya rupa2nya bila kita didik dengan baik kita juga akan ingat asal usul kita. Kita akan ingat balik tempat dimana kita membesar dan dibesarkan. Dan saya dapat lihat semua xkt first, second, third and all the batches really appreaciate apa yang mereka sudah dapat di mrsmkt ni. Pengalaman hidup yang cukup bermakna. Namun sedarkan kita, sedikit demi sedikit kita sudah mula merasakan kehilangan nikmat yang Allah pernah beri pada kita suatu masa dulu. Kita sudah jauh meninggalkan zaman remaja kita. Kini sudah ramai rakan2 sebaya kita sudah dipanggil pulang bertemuNYA... Doa saya moga semua rakan2 xkt tidak kealpaan untuk bersedia mencari bekalan di negeri yang satu lagi...

Pulang ke KT

Cadangan untuk bertolak awal. Tapi biasalah, macam2 agenda Naemah dan 'Abbas nak gi BBQ dulu kat rumah Pakcik Zahir. Tengahari ada jemputan sempena naik rumah baru Kak Pah. Alih2 jam 3 lebih baru boleh bertolak. Ada berbaki 4 jam aje lagi nak drive ke KT. Kena sampai ke maktab sebelum maghrib sebab suami saya kena buat first talk dia lepas maghrib nanti. Dalam kereta pun terima call dari rakannya bertanya bila nak sampai.



Jam 6.15 petang saya menghampiri kawasan maktab. Kereta melalui depan UDM, dulu KUSZA. Saya bercerita kepada anak-anak, "Umi dulu kalau kereta tok'ki sampai je kat KUSZA mula sejuk kaki tangan. Hati berdebar2 nak balik maktab." Saya pun tak faham lenapa saya jadi begitu, padahal bukannya lewat hantar. Ayahanda seorang yang sangat patuh dengan masa dan peraturan. Kalau kata mesti balik asrama sebelum jam 6.00 petang, jam 5.00 sudah sampai kat maktab. Dan hari ini pun saya rasa berdebar2 (nak jumpa rakan2 senior lama ke?). Sebenarnya bukan tak biasa datang. Rumah kakak saya pun di dalam. Tapi kedatangan kali ini agak lebih bernostalgia kerana reunion xkt83 (suami saya) sempena 25 tahun meninggalkan maktab. Saya pun menumpang reunion kerana saya juga bekas pelajar maktab juga (xkt84).

Tempat yang jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat saya menuntut ilmu. Tempat saya mula-mula belajar untuk berdikari. Tempat saya belajar menyedari pengorbanan ayahanda dan bonda untuk membesarkan kami adik beradik demi untuk menimba ilmu di dada. Ah.. Masih segar dalam ingatan saya, kedatangan saya ke maktab tidak seperti rakan2 yang lain yang sudah tentu berbangga kerana dihantar oleh ibu dan ayah mereka. Yang mendaftar saya masuk maktab ialah tok saudara saya, ayahanda Engku Ubaidillah. Bonda dan ayahanda terpaksa Kuala Lumpur kerana menghantar kakak saya yang ke 4 (Umi Pah..) melanjutkan pelajarannya ke USA. Dulu saya tak rasa apa2. Tapi kini bila saya kenangkan kembali... itu lah satu pengorbanan yang besar dari ayahanda dan bonda. Saya pasti bukan satu keputusan yang mudah untuk ayahanda dan bonda memilih samada untuk menghantar saya atau kakak saya. Sungguh besar pengorbanan mereka buat anak-anak.



Setiba di maktab, terus menuju ke bangunan akademik, bangunan empat segi yang masih gah berdiri walau pun sudah agak usang. Semestinya tiada orang di meja pendaftaran kerana lewat petang. Semua sudah ke dewan selera untuk makan malam. Saya biarkan suami saya menuju ke dewan makan. Saya tidak mahu mengganggu ke'excited'an dia bertemu rakan2 lamanya. Melihat maktab, saya terkenang kawan2 lama saya. Mereka pun sedang berreunion di Kemaman, kat rumah Che Penn, on the same date and day... Nak buat macam mana kaki saya sudah diikat sebelah... Saya dapat rasa Roze and the gangs sedang bertungkus lumus nak kumpul kami2 xkt84. Saya cuba arrange nak gi dengan Mek La, tapi dia pergi awal, jadi saya tak sempat nak tumpang. Mungkin sudah suratan bukan rezki saya untuk bertemu mereka...

Align Center


Sambil2 tu saya mengatur langkah untuk menyusun kembali kenangan lampau saya di maktab. 29 tahun lalu (1980) saya mula menjejak kaki ke sini. Kalau dulu jalan ke surau gondol, tapi kini pokok pagarnya menghijau tinggi. Bulatan Taqwa juga sudah berubah wajah. Kalau dulu tanah masih gersang, dan pokok2 baru mula nak tumbuh, kini berdiri megah pondok ilmu di tengah2nya. Kalau dulu disinilah tempat saya dan rakan2 berlari2 dan berkejar2an dalam kelam malam2 balik dari prep. Terlalu banyak kenangan di sini. Kemudian saya menghantar anak2 ke rumah Umi Pah untuk berehat.



Saya dan suami solat maghrib di surau maktab. Satu ketika dulu surau ini pernah ditukar status kepada masjid. Semua pelajar lelaki solat jumaat di sini. Kemudian di tarik balik status nya itu. Setiba saya di surau pelajar sudah memenuhi ruang surau. Saya bersalaman dengan anak2 pelajar. Ada yang malu2 bersalam dan ada yang agak kehairanan. Mungkin tertanya2 siapakah gerangan yang tiba2 hadir malam ini... Saya cuba mencari2 wajah2 yang saya kenal, tapi tak nampak lagi. Suami saya menjadi imam untuk solat Maghrib. Saya boleh rasa, tentu dia juga mengimbau masa lampaunya. Di surau ini dia pernah menjadi imam dan bilal. Di surau ini juga dia bergilir2 dengan sahabatnya Akh Mat Taib membaca ta'lim ta'lum. Terlalu banyak kenangan silam tersimpan di surau ini.

Selesai solat maghrib. Suami saya membuka agenda aktiviti xktnya dengan membuat talk berkaitan dengan Palestin. Sempat dia mencuri perhatian pelajar yang hadir, "Saya bekas pelajar mrsm kt, no maktab 147/79. Isteri saya juga xkt, no maktabnya 1 dot dot/80". Saya tahu manalah dia nak ingat no maktab saya, kenal saya pun tidak masa kat maktab. Tapi, "Ya..." panjang suara anak2 pelajar menyampuk. Dan cepat2 suami saya menyambung, "Tapi kami tak pernah kenal masa di maktab. Cuma mungkin sudah jodoh, kami bertemu..." Saya mendengar suami saya berceloteh sebelum memulakan ceramahnya. Dari jauh saya tersenyum. Memang ya, kami tak pernah kenal masa di maktab. Tak terlintas di hati saya pemilik suara yang membaca ta'lim ta'lum menjadi suami saya. Dan saya amat merasa Allah maha pemelihara, saya amat2 syukur semasa saya di maktab dulu, saya dipelihara olehNYA dari kisah2 cinta monyet...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu