Seminggu berlalu mencatat seribu makna tersendiri.
Walaupun hampir seminggu berita pemergian
seorang mujahid muda allayarham Ammar Zulkifli
menghadap Illahi berlalu, namun saya masih
merasai aura pemergiannya.
Membaca lembaran2 kenangan
yang dicatat oleh sahabat2 arwah
amat terasa dunia dakwah kehilangan
seorang kader yang cukup berpotensi.
Dan saya kagumi
keluarga arwah,tabah, tenang dan sabar
menghadapinya. Itulah buah2 dari proses DnT.
Kemudian beberapa hari kemudian
berita pemergian seorang ulama' muktabar,
Dr. Fathi Yakan. Penulis buku terkenal
'Apa erti saya menganut Islam'.
Buku yang manjadi rujukan dan dikelek
ke hulu dan ke hilir bila saya mula2
menjinakkan diri dengan DnT.
Moga mereka menjadi tetamu istimewa Allah di syurga....
Muda dan tua semua akan di panggil pulang.
Cuma cepat atau lambat kita tidak pasti perhitungannya.
Maka dalam usia yang masih berbaki ini,
bersiap sedialah kita membuat bekalan....
**********&&&&&&*********
STUDY CASE????
Seminggu sekolah di buka Allah mula menguji saya...
Mereka2 inilah hero yang kadang2 hilang
akal saya memikirkan bagaimana nak
approach.
Hilang semangat saya nak guna kaedah
penceramah dalam seminar2 saya ikuti,
dekati mereka dengan penuh kasih sayang...
Hari isnin kelas saya mereka seperti chipsmore,
kejap ada kejap tiada. Mereka nak masuk kelas
atau nak keluar kelas, ikut suka mereka.
Makna kata saya kat dalam kelas tu macam tak ada,
nak keluar masuk tak minta izin pun.
Hari rabu saya masuk kelas mereka sudah
siap2 keluar kelas, terus tak masuk2.
Hari khamis hanya seorang masuk kelas,
lagi dua memang keluar tak masuk2.
Saya cuba ekori mereka nak tahu juga
ke mana mereka bersembunyi,
alih2 saya yang penat tawaf sekolah...
Hari jumaat selepas majlis ilmu
saya berbicara dengan ustazah ct arija n kak eda.
Apa nak buat dengan anak2 pelajar hari ini.
Seolah tidak makan di pujuk,
dimarah mereka lari, dilembut mereka naik kepala.
cukupkah hanya sekadar berdoa....
Huhu... ada rakan2 di alam maya boleh kongsi pengalaman????