Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Malam Amal Palestin Di Hati

Malam Amal ‘Palestin Di Hati’ Pahang Pupuk Kesedaran Pemuda


Kuantan, 18 Julai 2010 -- Program Malam Amal ‘Palestin di Hati’ anjuran Gabungan NGO Islam Pahang (Barakah) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Kampus Kuantan di Auditorium UIAM Bandar Indera Mahkota telah berjaya dijalankan dengan lancar dan menarik penyertaan ramai golongan muda.

Pada malam tersebut, auditorium dengan kapasiti 700 orang itu penuh sehingga pihak penganjur terpaksa membuka dewan kuliah bersebelahan bagi menampung kehadiran yang begitu ramai. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, terutama daripada kalangan pelajar institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Kuantan.

Pengarah Kampus UIAM (kiri) bersama Timbalan YDP HALUAN Pahang


Pengarah Kampus UIAM (kiri) bersama Timbalan YDP HALUAN Pahang











HALUAN Pahang selaku penyelaras utama program ini telah mendapat kerjasama yang baik dari beberapa NGO, antara lainnya Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa Syarif Berhad, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Nadwah Islam Kuantan. UIAM selaku tuan rumah melalui Pengarah Kampusnya juga telah memberi sokongan padu dengan memberi kebenaran menggunakan auditorium beserta kemudahan-kemudahan teknikal yang lain.

Pengisian program malam amal `Palestin di Hati` ini dimeriahkan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Kampus UIAM Kuantan Yang Berbahagia Profesor Dato' Kamarulzaman bin Su, ceramah perkongsian pengalaman bersama aktivis konvoi flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ir. Mohd Nizam Awang yang mewakili HALUAN Palestin, nyanyian nasyid oleh kumpulan Army dari UIAM, deklamasi sajak, ikrar pemuda, jualan amal, mini pameran Palestin dan juga kutipan tabung untuk Palestin. Penasyid Indonesia, Shoutul Harokah telah mempersembahkan beberapa buah nasyid perjuangan yang berjaya mengegar suasana dewan dan mengetarkan jiwa hadirin.

Menurut Ketua Penyelaras Program, Abd. Bashir Abd. Ghani dari HALUAN Pahang, program ini sememangnya dirancang untuk melibatkan generasi muda terutamanya mahasiswa IPT sekitar Kuantan. Justeru, semua yang mengambil bahagian, termasuklah pengacara, pembaca sajak, pembaca Al Quran, pembaca doa, wakil-wakil dalam membaca ikrar, adalah terdiri daripada mahasiswa. Mereka telah menunjukkan komitmen yang amat baik sehingga majlis dapat berjalan dengan lancar dan menarik perhatian semua hadirin.

Kehadiran hampir semua wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPT ke majlis ini membawa makna yang tersendiri kerana mereka mewakili IPT masing-masing dan rakan-rakan mereka yang tidak dapat hadir. Diharapkan mereka akan dapat meneruskan usaha murni menggerakkan kesedaran pelajar untuk membantu perjuangan rakyat Palestin di kampus mereka.

Antara wakil-wakil IPT yang telah menghadiri program ini termasuklah MPP UIAM Kuantan selaku tuan rumah, selain MPP daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Kolej IKIP, Kolej Shahputra, Kolej Islam Pahang (KIPSAS) dan Maahad Tahfiz Profesional Pahang.

Ceramah perkongsian pengalaman Ir. Mohd Nizam Awang yang disusuli dengan tayangan video tragedi serangan tentera Zionis ke atas kapal-kapal konvoi telah menarik perhatian para hadirin. Mereka turut berkongsi kesedihan dan simpati atas tragedi ini selain menyedari bahawa isu yang sebenar adalah isu penderitaan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin, khususnya di Gaza dek kezaliman rejim Zionis. Di akhir ucapan beliau, Ir. Mohd Nizam telah melancarkan kempen pendaftaran Kelab LL4G lalu mengumumkan kutipan tabung untuk Palestin pada malam itu.

Alhamdulillah, lebih 100 orang telah mendaftar untuk menjadi ahli kelab Lifeline For Gaza (LL4G). Jumlah sumbangan para hadirin yang dermawan kepada tabung Palestin pada malam itu berjumlah sebanyak RM 7170.55

Majlis bertambah semarak dengan pembacaan ikrar perjuangan pemuda oleh semua wakil MPP IPT yang dipimpin oleh Presiden MPP UIAM Kuantan. Bait-bait lafaz ikrar perjuangan ini bergema dengan kebersamaan semua hadirin yang turut bangun untuk membaca lafaz ikrar. Mereka berazam untuk terus mendidik dan mempersiapkan diri untuk menjadi pewaris kepada perjuangan membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.

HALUAN Pahang selaku urusetia utama program bersyukur atas sambutan dan sokongan semua pihak yang amat menggalakkan. Semoga usaha ini menghasilkan natijah yang lebih besar iaitu membentuk barisan pemuda yang sedar, insaf dan rela bersama untuk membangunkan nilai-nilai kemanusiaan yang murni dan berteraskan akhlak Islam yang mulia kepada masyarakat.

Deklamasi Sajak oleh Puteri KIPSAS

Deklamasi Sajak oleh Puteri KIPSAS

Persembahan mantap Shoutul Harokah
Persembahan mantap Shoutul Harokah

Hadirin turut membaca ikrar perjuangan

Hadirin turut membaca ikrar perjuangan

Ikrar pemuda

Ikrar pemuda

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/
program-malam-amal-palestin-di-hati-berjaya-pupuk-kesedaran-pemuda.html

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu