Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Chenderong

Tiba2 je rasa terminat untuk mengikuti
perkembangan tanah cenderong ini.
Ia sebahagian dari apa yang cuba diperbetulkan
oleh saudara mara sebelah bonda saya.
So let me keep it in my blog as a reference.
Mungkin masa2 akan datang
saya perlu juga mengendahkannya....
.
.
.
.
.

Kes status tanah wakaf terbesar libatkan 25,000 hektar didengar Ahad
July 23, 2010
Yang di-Pertuan Agong turut merupakan seorang pewaris di dalam kes ini. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Tuntutan mencabar status konsesi tanah wakaf Chenderong melibatkan lebih 25,000 hektar, keluasannya hampir sama dengan bahagian pulau negeri Pulau Pinang, akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hujung minggu ini.

Ia dilihat sebagai kes pertama melibatkan tanah wakaf tunggal terluas di negara ini iaitu 25,379.23 hektar.

Tanah itu yang dikurniakan oleh Sultan Terengganu Almarhum Sultan Zainal Abidin III kepada anakanda perempuan Tengku Nik Maimunah dan suaminya, Tengku Ngah Omar Abdul Rahim pada Mac 1906, dijadikan tanah wakaf pada 1961.

















Tuntutan kes difailkan pada Disember 2008 dan selepas beberapa peringkat bantahan dan usaha untuk diselesaikan di luar mahkamah, ia akan didengar selama dua hari mulai Ahad ini.

“Perbicaraan akan diadakan pada Ahad dan Isnin ini selepas ia difailkan Disember 2008,” kata peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili plaintif ketika ditemui The Malaysian Insider di sini.

Kes didengar oleh Hakim Shaikh Ahmad Ismail.

Kes ini dibawa selepas pewaris konsesi tanah wakaf Chenderong ini, yang terletak di sempadan Kemaman dan Kuantan, meluahkan rasa kesal terhadap cara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menguruskan tanah tersebut.

Jumlah pewaris dianggarkan 462 orang, yang hampir kesemuanya merupakan anggota kerabat diraja negeri Terengganu.

Salah seorang pewaris termasuklah Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Kamar Ainiah, dua daripada waris mengemukakan tuntutan saman mendakwa pengurusan pajakan tanah wakaf milik mereka kurang sistematik menyebabkan hasil diperoleh sedikit selain kerugian berganda sehingga ada waris hanya menerima pendapatan RM3 setahun.

Kamar Ainiah juga memberitahu, dalam saman yang dikemukakan Tengku Zainal Akmal Tengku Besar Mahmud dan Tengku Hidayah Tengku Habib terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, mereka mendakwa pihak berkenaan gagal menguruskan pajakan hartanah itu hingga menyebabkan ada waris hanya memperoleh pendapatan RM3 setahun.

Kata beliau, plainitif yang turut mewakili 460 ketua keluarga pewaris tanah wakaf itu, antara lain menuntut ganti rugi hasil pajakan tanah.

Kamar Ainiah berkata, pewaris berpendapat bahawa tanah wakaf itu tidak harus diserahkan kepada pihak lain untuk tujuan pajakan.

Selain tempoh pajakan yang begitu lama, penglibatan pihak-pihak lain, syarikat lain juga menjadi persoalan, kata beliau lagi.

Mereka juga memohon perintah mahkamah membatalkan semua perjanjian pajakan, selain menuntut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menguruskan harta wakaf di bawah satu unit khas dianggotai wakil waris tanah wakaf, atau membenarkan waris menguruskan sendiri harta.

Jurucakap waris terbabit, Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra Tengku Besar Mahmud sebelum ini pernah berkata, beliau membuat tuntutan di mahkamah agar perjanjian pajakan dan serah hak dibatalkan kerana semasa perjanjian dibuat, konsesi tanah wakaf adalah bertaraf tanah wakaf.

“Kita juga menuntut supaya hak menguruskan harta wakaf ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di bawah satu unit khas bersama wakil waris atau waris dibenarkan mengurus sendiri melalui penubuhan sebuah syarikat.

“Tuntutan mahkamah ini dilihat sebagai satu tindakan yang positif bertujuan menjaga hak dan kepentingan pewaris wakaf ini daripada terus dikhianati serta mengalami kerugian,” kata Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra sebelum ini.




























Malah menurut Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra, jika dibandingkan nilai semasa kayu balak dan kelapa sawit, jumlah diterima tidak masuk akal.

Keluasan tanah wakaf Chenderong yang diiktiraf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu seluas 25,379.569 hektar dan berdasarkan perjanjian pajakan, hasil diperoleh daripada kayu balak, perlombongan, sewa tanah dan tanaman.

Ketika ditanya mengenai latar belakang maklumat kes ini, Kamar Ainiah berkata urusan memajukan tanah ini kini terletak di bawah tanggungjawab syarikat Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd (TAA) selaku pemajak utama keseluruhan.

TAA, yang dibentuk pada 1985, didakwa bertindak “menjual” dan menyerahkan segala hak serta kepentingan pajakan dan pengurusan tanah itu kepada SPPT Development Sdn Bhd (SPPT) tanpa mengenakan bayaran kepada pihak wakaf.

Maklumat yang difailkan di mahkamah juga menunjukkan syarikat itu juga menyerahkan hak atau memajak kepada beberapap pihak lain iaitu TDM Capital Sdn Bhd, Manyvest Holdings, Risda atau Espek, Anglo Eastern manakala SPPT Development pula menyerahkan kepada Mudari Holdings dan Worldwide Plantation.

Waris-waris tanah wakaf itu mempersoalkan bagaimana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu selaku pentadbir tanah wakaf boleh membiarkan perkara ini berlaku tanpa mengenakan syarat yang lebih menguntungkan wakaf.

Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra berkata, pihaknya mempersoalkan alasan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau TAA tidak memilih menguruskan harta wakaf itu dan jika ia diusahakan sendiri, pendapatan dihasilkan dianggarkan RM700 juta dengan nilai keuntungan RM365 juta.

Pihaknya turut mempertikai pemilikan saham Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam pemajak utama, TAA sedangkan pada masa sama ia adalah pentadbir tunggal wakaf dan ia jelas ada percanggahan kepentingan.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mempunyai 17 peratus saham dalam TAA.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pernah mengeluarkan fatwa bahawa konsesi tanah wakaf Chenderong mengandungi wakaf khas, wakaf zuriat dan juga wasiat, dan ia tidak boleh dijual beli atau diubah statusnya daripada syarat yang telah dibuat oleh pewakaf, tetapi tanah tersebut termasuk hasilnya boleh dipajak dan disubliskan.

Pada awalnya menurut Kamar Ainiah, lima bulan sebelum menjadikan tanah miliknya sebagai tanah wakaf zuriat, Tengku Nik Maimunah dan Tengku Chik, yang merupakan adik kepada Tengku Ngah Omar, telah memajakkan tanah mereka kepada Cindee Development untuk tempoh selam 999 tahun.

Bagaimanapun kandungan perjanjian dipinda untuk mengurangkan kepada pajakan 99 tahun pada 31 Disember 1985.

Ketika itu urusan mentadbir tanah berkenaan terletak di bawah penyeliaan Pesuruhjaya Majlis Hal Ehwal Islam Terengganu, kini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Cindee Development pula telah memajakkan 21,170 hektar kepada TAA pada Disember 1986 dan 2,000 hektar kepada Tengku Seri Paduka Raja, 1,960.8 hektar kepada Chenderong Oil Palms manakala Tengku Seri Paduka Raja pula kemudian telah memajakkan 1,848 hektar daripada bahagaiannya kepada National Land Finance Coop.

SUMBER : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-status-tanah-wakaf-terbesar-libatkan-25000-hektar-didengar-ahad/

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu