Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Kejohanan olahraga sekolah

Sepagi di sekolah kerana kejohanan olahraga smkpb.
Tahniah tahun ini rumah merah jadi juara lagi.
Menang hiasan khemah tercantik pulak tu.
Huhu... barulah ramai nak mengaku jadi rumah merah.
Kalau tak puas cikgu mencari orang nak ajak
menolong hias khemah dua tiga kerat je muncul...

Dan untuk sekian kali ke berapa entahlah
untuk tahun ini kena lagi jadi jk fotografi.
Alahai... nampak mudah tapi
satu padang saya pusing snap2 gambar
menggunakan hp cap ayam ini.
Manalah ada camera yg canggih2.
Sudahlah tulang longgar2...
Sampai satu ketika keluar messege...
your phone's memory is not enough,
delete some pictures....


Alhamdulillah ada penyelamat, thanks to hafizuddin.
Rupa2 dia bawa camera baru...
Padan cikgu nampak dok kelek beg kotak,
rupa2nya ada camera canggih... hadiah dari ibu katanya.
Cepatnya dapat hadiah... spm tak periksa lagi...
Thanks again for helping me
took some pictures
during closing ceremony.

Tahniah kepada yang menang.
Yang kalah jangan berputus ada,
semangat kesukanan mesti tinggi...
Nak berjaya bukan boleh datang menggolek
semua kena usaha dan doa...
Cuma satu mesti ingat jangan jadi
menang sorak kampung tergadai...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu