Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Ibrah Israk Mikraj


"Maha suci Allah, yang telah memperjalankan
hambaNya
pada suatu malam
dari masjidil haram
ke masjidil aqsa
yang telah Kami berkahi
sekelilingnya
agar Kami memperlihatkan kepadanya

sebahagian dari tanda2 (kebesaran) Kami.

Sesungguhnya, Dia adalah Maha Mendengar

lagi Maha Melihat
."
(Surah Al-Isra' :1)

Saban tahun bila tiba bulan rejab,
mula kita membicarakan peristiwa yang
sungguh bermakna buat mukminin
iaitu kisah israk dan mikraj.
Ayat 1 dari surah al-isra' sudah cukup mengambarkan
apa yang berlaku pada malam israk mikraj.
Dan malam tadi di masjid lama permatang badak
cd mengupas lagi kisah ini. Tahun ini beliau memberi
pandangan ulama' masa kini dr yusuf qardawi
berkaitan israk dan mikraj.

Kata dr yusuf qardawi antara ibrah terbesar
kisah israk dan mikraj ialah solat.
Namun bukan untuk beliau membicarakan
tentang hukum2 atau cara bersolat
mahu pun peristiwa bagaimana solat
telah dipendekkan hingga menjadi 5.
Tetapi dr yusuf qardawi mengajak kita melihat
sejauh mana roh solat itu dihayati dan
mampu mengubah manusia menjadi insan
yang jauh dari fasad dan mungkar....

Manakala as-syahid hassan al banna
dalam kitab ceramah2 jumaat pula mengambarkan
tiap kali beliau teringat peristiwa israk dan mikraj
perasaan cemas mula bergolak dalam dirinya...
Kenapa??? Kerana masjidil aqsa dan
daerah yang diberkahi disekelilingnya,
yaitu tanah suci palestin terancam oleh
serangan biadab oleh yahudi yang rakus,
serta penjajahan inggeris dan amerika yang biadap....
Sedangkan umat islam di berbagai belahan dunia
melihat tapi tidak bergerak;
berkata tanpa bisa berbuat;
dan umat lain semakin giat
menjalankan keinginan mereka!

Lalu ayuh... bangkitlah jiwa2 yang lena...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu