Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Tahlil

Last day for gstt teachers syarmilla and siti muniaty.
Terima kasih diatas segala khidmat bakti yang di curahkan.
Ingat pengalaman itu sangat penting...

Dan petang ada sedikit majlis tahlil untuk arwah hjh noraini
yang diadakan di surau al-hikmah.
Terima kasih juga diatas kehadiran beberapa
mantan guru yang pernah bersama arwah di smkpb.
Al fatihah buat arwah. Semoga Allah sentiasa
merahmati rohnya.

Jamuan Akhir Tahun 2010

Jamuan akhir tahun 2010....
Muhasabah penutup setelah setahun
berhempas pulas mendidik, mendidik dan mendidik.....
I've prepared a slide presentation.
And it was quite a special one.
After 16 years at smkpb,

I've seen many different things had happened...
Sudah tentu suasana dulu lain dengan suasana sekarang.
Macam pelajar juga,
guru2 pun pelbagai ragam dan karenah....

Disinilah... kisah kita bermula
Lalu... bermulalah satu titik perjuangan
Yang meruntun seribu pengorbanan
Demi merealisasikan wawasan
dan transformasi pendidikan...
Dan... dalam liku-liku perjalanan itu
mengajar kita erti kebersamaan...
Maka mereka ibarat kain putih
menjadi amanah besar buat kita...
Namun... kalanya pendapat kita mungkin berbeza
Tapi itu tidak mematahkan semangat kita
untuk terus menyemai budi....

Lalu... yang datang dan pergi silih berganti....
Kita tetap membina semangat baru
dalam menjalin ukhwah fillah...
Kasih kita bertaut erat
dalam mencari redha Illahi...
Hati kita tetap bersatu
tanpa mengenal erti penat dan lelah...
Kita juga ibarat satu keluarga
saling memerlukan antara kita....
Dan.... visi dan misi kita tetap utuh
menjulang SMKPB dipersada terbilang....

Dalam kisah suka duka kita...
Setiap kisah yang tersurat
pasti ada iktibar yang tersirat...
Dan kerana itulah kita semua bersatu hati,
berganding bahu tanpa menoleh kebelakang
Demi anak bangsa...

Kerana kita sedar...
Kecuaian seorang doktor
hilang satu nyawa
Kecuaian seorang guru
rosak satu generasi...

Terima kasih teman atas persabahatan
yang telah kita bina selama ini.

FRIENDS FOREVER....


Exam akhir tahun....

Dua hari berlalu...
Baru jumpa anak2 pelajar tingkatan 4
yang sedang menjalani peperiksaan akhir tahun.
Good luck.... all the best from teacher.

Mavi Marmara: Memperingati Kesyahidan Furkan Dogan (1991-2010)


Furkan Dogan (20 Oktober 1991 – 31 Mei 2010) adalah seorang warga negara Amerika dan penduduk tetap Turki yang merupakan orang termuda terbunuh dalam serangan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau seorang pemuda yang baru berusia 19 tahun pada ketika hujan peluru Israel mengakhiri hidupnya di kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010. Furkan Dogan lahir di Troy, New York Amerika Syarikat. Kedua orang tuanya berasal dari Turki kemudian mereka berpindah ke Turki ketika Furkan berusia dua tahun. Ayah beliau, Ahmet Dogan, lulusan dari Rensselaer Polytechnic Institute dengan gelaran MBA dalam bidang perakaunan, adalah pembantu profesor perakaunan di Universiti Erciyes.

Furkan sedang merakamkan serangan Israel ketika seorang komando Israel melepaskan tembakan pertama menghala tepat di wajahnya. Lima tembakan telah dilepaskan kearah Furkan meyebabkan dia mati dengan wajah yang tidak dikenali. Autopsi mendedahkan, Furkan telah ditembak di hidung, punggung, belakang kepala, kaki kiri, dan pergelangan kaki kiri, pada jarak 45 cm.

Mavi Marmara, adalah kapal terbesar dari kumpulan armada antarabangsa yang terdiri dari enam kapal yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza. Bantuan ini membawa makanan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah ke sempadan Gaza sebelum ianya dikepung. Israel telah menyekat Gaza sejak kerajaan Hamas yang dipilih secara demokratik pada tahun 2006 memerintah. Selama lebih dari tiga minggu, bermula pada Disember 2008 dan Januari 2009, Israel telah menyerang Gaza, men ceroboh dan menghancurkan infrastruktur asas dan membunuh lebih daripada 1,400 warga, sebahagian besar daripada mereka wanita dan anak-anak.


Pada hari kejadian, pihak keluarga Furkan telah mengetahui nama-nama dari lapan warga negara Turki yang telah dibunuh di Mavi Marmara tetapi salah satu korban belum dikenalpasti. Ketika ayah Furkan pergi menemui mangsa kejadian setelah di bawa ke Turki, dia tidak tahu bahawa anaknya telah dibunuh. Malahan, disebalik hajat untuk menemui anaknya, dia telah dibawa untuk mengenalpasti mereka yang telah terkorban.

Dalam reaksi segera pembunuhan aktivitis yang berada dalam kapal Mavi Marmara, Viva Palestin telah mengumumkan rancangan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan lain ke Gaza. Viva Palestin, merupakan sebuah badan amal yang berpusat di United Kingdom diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen George Galloway, telah melancarkan konvoi bantuan melalui darat pada awal Mac 2009 tidak lama selepas serangan Israel berakhir. Pada tarikh 18 September 2010 selepas empat misi kemudian, Viva Palestin 5 telah meninggalkan United Kingdom untuk ke Gaza.

Konvoi Viva Palestin 5 tiba di Kayseri pada akhir 29 September dan bermalam di sebuah gunung yang menghadap bandar. Aktivis telah menuju ke Kaseyri dengan tujuan untuk melawat makam Furkan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya. Keesokan paginya rombongan diberitahu bahawa konvoi akan melewati sekolah tinggi dimana Furkan telah menamatkan pengajiannya. Para pelajar dari sekolah tersebut telah bersedia menunggu rombongan tersebut. Seketika, telah ada para pelajar yang beratur dikiri kanan jalan, tidak diketahui telah berapa lama mereka disitu. Masing-masing berwajah sugul, sambil diam menahan sebak namun dengan bangga mengangkat potret Furkan ketika konvoi melintasi mereka.

Hanya kata-kata yang indah terucap ketika para aktivis berada di tanah perkuburan. Kemudian mereka bertemu dengan keluarga Furkan di sebuah pusat komuniti yang baru dibina untuk menghormati dan menghargai Furkan. Datuk dan pakciknya jelas sedang menanggung kesedihan yang amat atas pemergian Furkan, ditambah dengan garis-garis usia yang telah memakan wajah mereka. Tapi kesedihan pakciknya itu jelas. Terbayang keputus-asaan di wajahnya yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.


Ayah Furkan mengatakan bahawa “Furkan adalah seorang warga negara Amerika sahaja dan dia tidak pernah berfikir bahawa dia akan dibunuh kerana dia adalah seorang warga negara Amerika.” Di dalam kapal, beliau sempat menulis dalam buku hariannya pada tarikh 31 Mei 2010:

“Ini adalah jam terakhir untuk mati syahid, insya Allah aku bertanya-tanya jika ada perkara yang lebih indah .. Perkara yang lebih indah hanya ibuku, tapi aku tidak yakin. Perbandingannya adalah sangat sukar. Kesyahidan atau ibuku. Sekarang dewan kami telah dievakuasi. ”

Sebelum Furkan menyertai misi bantuan, beliau baru saja memperoleh markah yang tinggi pada ujian kemasukan perguruan tinggi Turki. Bermakna dia boleh mendaftar di mana-mana institusi perguruan tinggi yang diminatinya.

“Dia bukan aktivis politik,” kata ayahnya lagi.

“Dia hanya seorang sukarelawan, seorang aktivis kemanusiaan yang ingin membantu orang lain. Dia ingin belajar untuk menjadi seorang doktor, seorang doktor mata. ”
Setiap negara harus bangga memiliki seorang anak muda seperti Furkan. Cerdas dan dewasa melebihi usianya yang sebenar. Furkan juga sudah mengabdikan hidupnya dalam sebuah perjuangan demi keadilan Palestin.

Suntingan oleh Halimah Jaafar, HALUAN Palestin Kelantan

SUMBER : http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=4640

Hari lahir Muhammad Sa'id Ramadhan

Hari lahir muhammad sa'id ramadhan esok.
Tapi hari ini saya sudah order 2 kek,
satu nak makan kat rumah,
satu lagi nak bawa ke pasti
untuk dia makan dengan kawannya.
Tapi ketidaksabaran mengatasi segala2nya....
Biasalah budak2 bila lihat jer kek
tak sabar nak potong dan nak makan....
Selamat ulangtahun ke 5...
Doa bonda sentiasa agar anakanda
membesar dan menjadi anak yang soleh.
Pemuda harapan bagi generasi pewaris....

Konvensyen Pembangunan Ummah 2010

Monday, 25 October 2010 18:14
PUTRAJAYA, 25 Oktober 2010 – Konvensyen Pembangunan Ummah 2010 yang bertemakan “Bersama Menangani Permasalahan Ummah” telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Putra, Putrajaya selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Oktober 2010. Seramai 265 peserta dari seluruh Malaysia terlibat dalam menjayakan konvensyen pada kali ini.

Konvensyen ini adalah anjuran Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama Masjid Putra, Putrajaya.

Ucapan perasmian konvensyen yang julung-julung kali diadakan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Y.Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Beliau juga telah membentangkan kertas kerja pertama konvesyen yang bertajuk “Pembangunan Ummah Asas Pembangunan Negara”.

Konvensyen Pembangunan Ummah (KPU) 2010 mempunyai objektif dan matlamat untuk mewujudkan suasana interaktif antara NGO dan masyarakat, di samping untuk meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa berkaitan dengan pembangunan ummah dan mengenal pasti peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat terhadap isu-isu semasa ummah. Justeru, KPU pada kali ini menampilkan beberapa orang tokoh masyarakat yang sangat mahir dan arif dalam bidang pembangunan ummah yang meliputi bidang pendidikan, ekonomi, sosial, dakwah dan sebagainya.

Selain Tun Ahmad Sarji antara tokoh yang turut tampil membentangkan kertas kerja ialah Profesor Pendidikan Institusi Pendidikan UIAM Y.Bhg. Prof Dato’ Dr Sidek Baba, Penasihat Global Civilizations Study Centre UK Y.Bhg. Dr Kamal Tawfik ElHelbawy, Pengerusi QSR Brands Bhd Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM) Y.Bhg. Datuk Nik Mustapha Hj Nik Hassan, Pensyarah Institut Sains dan Teknlogi Nasional (ISTN) Jakarta, Indonesia Y.Bhg. Prof Dr Ir Agus Priyono, Presiden HALUAN Malaysia Y.Bhg. Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman dan juga panel jemputan forum iaitu Wakil TERAS , Y.Bhg. Tn Hj Muhammad Azmi Bin Abdul Hamid dan Wakil WADAH, Y.Bhg. Prof Dato’ Dr Mohd Yusof Hj Othman.

Sepanjang sesi konvesyen selama 3 hari ini, para peserta telah dibentangkan dengan pelbagai maklumat, pertukaran maklumat dan sesi perkongsian pandangan ke arah mencari langkah-langkah yang lebih produktif, dinamik dan berkesan untuk menangani isu ummah ini. Di samping itu juga, mediaHALUAN Rawang telah mengambil inisiatif untuk menyiarkan lintas langsung perjalanan konvensyen ini secara "live streaming" di laman web rasmi konvensyen. Lebih kurang 2,500 orang menyaksikan konvensyen ini melalui internet.

Konvesyen berakhir dengan upacara majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) , Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohammad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Di dalam ucapannya, beliau sangat gembira dengan usaha-usaha seperti ini dan berharap agar segala idea-idea dan pandangan para tokoh negara didokumenkan serta diusulkan kepada pihak berwajib agar cadangan-cadangan yang baik ini dapat dilaksanakan dan diterapkan dalam perancangan kerajaan.

Adalah diharapkan segala perkongsian ilmu, pengetahuan, pertukaran idea serta pandangan sepanjang konvesyen ini akan membuka minda para peserta dan akan menjadi suatu perkara yang bermanafaat untuk dijadikan salah satu sumber kekuatan untuk mengatur langkah kolektif dan bersepadu kearah menyelesaikan permasalahan ummah.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/konvensyen-pembangunan-ummah-2010.html

Kunjungan mantan pengetua

Singgah pejabat terserempak dengan pn hjh rosnah,
mantan pengetua smk paya besar.
Seorang yang mesra dan baik hati.
Sentiasa memberi nasihat tiap kali bertemu.
Alhamdulillah.... hajah sudah pencen.
Sekarang jaga cucu. Kata beliau,
"Sekarang jaga cucu....
barulah terasa
kita miss
suasana dulu2 jaga anak kecil

sebab anak2 tak membesar depan mata..
."
Mendalam maksudnya rasahati ibu yang pernah bekerja.

Balik Kampung

Hari ini pahang cuti hari keputeraan.
Umi dah balik kampung rumah ayahbonda.
Macam biasalah sampai tengah malam
sebab driver available malam je...

Balik pun bertujuan.... ke smakl.
Huhu... hal anak2.... jiwa remaja.... macam2...
Dan hari ni naemah memulakan peperiksaan smunya.
Doa umi boleh jawab sebaik yang mungkin.
Fokus.....

Sa'id happy jumpa tok & tokki.
Atas kuda di beranda menikmati makan tengahari
apa lagi kalau bukan masak asam tok....

Umi dah pulak setelah sekian lama,
baru jumpa bekang....
rasa tak cukup sebungkus....

Another favorite kat rumah tokki...
Air milo tok....

Before back to kuantan, singgah lagi sekali kat smakl.
Cuba meredakan kembali gundah kelana
anakanda ku.... ingatlah...
ummi dan walid sentiasa mendoakan yang terbaik.
Rebutlah peluang selagi masih muda
untuk mentarbiyah diri.
Allah sentiasa memberi ruang2 untuk kita
memperbaiki diri untuk jadi lebih baik,
malahan yang terbaik....
bukankah kita umat yang terbaik yang Allah jadikah?

My favorite scene at pantai dungun.
Hari nak ribut....

Hadir juga ke Konvensyen

Alhamdulillah.... dengan teknologi terkini
walau tak dapat hadir secara fizikal tapi dapat
mengikuti perkembangannya secara dekat.
Huhu.... sambil mengurus kerja dapur
saya turut mendengar pembentangan kertas kerja
serta majlis penutupan konvensyen perpaduan ummah
yang berlangsung di auditorium masjid putrajaya.
Kerja beres.... ilmu pun dapat....

Lifeline 5 berjaya memasuki Gaza!

Laporan PressTV menyampaikan berita gembira misi Lifeline 5 yang dipimpin oleh Viva Palestina telah berjaya melintasi pintu Rafah dan memasuki Gaza.

Semalam, Khamis 21 Oktober, misi bantuan kemanusiaan yang melibatkan sebanyak 150 buah kenderaan bersama 370 orang aktivis daripada 30 buah negara itu telah berjaya memasuki Gaza, membawa bersama mereka bekalan berupa makanan, ambulan, ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain yang dianggarkan bernilai USD5 juta.

Berita ini menggambarkan satu kejayaan dalam usaha aktivis-aktivis kemanusiaan memecah sekatan yang dikenakan oleh Zionis ke atas rakyat Gaza sejak lebih 3 tahun lalu. Sekatan kejam Zionis ini menyebabkan 1.5 juta penduduk di Gaza kehabisan keperluan asas samada makanan, ubat-ubatan mahupun bekalan minyak bagi menjana bekalan elektrik. Sekatan yang secara umumnya melumpuhkan kegiatan sosial dan ekonomi ini menyebabkan lebih 80% penduduk tidak mempunyai pekerjaan bagi menyara hidup keluarga dan terpaksa bergantung kepada bantuan luar. Namun semua usaha membawa masuk bantuan sebelum ini mendapat tentangan, sekatan dan juga serangan daripada pihak Zionis Israel.

Misi bantuan Lifeline 5 yang bertolak daripada kota London pada 18 September lalu meneruskan perjuangan misi-misi sebelum ini yang kebanyakannya gagal menembusi sekatan rejim Zionis. Mereka terpaksa melalui perjalanan sejauh 3,000 batu, merentasi negara Perancis, Itali, Greece, Turki, Syria dan juga Mesir. Mereka juga terpaksa menuggu selama beberapa hari di Latakia, Syria sementara mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Mesir bagi memasuki negara tersebut. Agak malang, 17 orang daripada mereka, termasuk ketua konvoi George Galloway, dilarang daripada memasuki negara Mesir. Namun Alhamdulillah, konvoi bantuan kemanusiaan ini merupakan yang terbesar berjaya masuk ke Gaza, sekaligus membawa berita gembira kepada semua mereka yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza lebih-lebih lagi mereka yang diserang tentera Zionis dalam pelayaran Freedom Flotilla akhir Mei lalu.

Aktivis-aktivis daripada Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif turut sama berjuang menjayakan misi bersejarah ini.

Tidak ada sebarang laporan mengenai sekatan ataupun konfrontasi yang menghalang kemasukan konvoi ini ke Gaza, samada dari pihak tentera Zionis mahupun pihak berkuasa Mesir. Tentera Israel sebelum ini menyatakan persediaan mereka bagi menyekat kemasukan konvoi ini. Pada bulan Januari lalu, seramai 55 orang aktivis tercedera apabila polis rusuhan Mesir menempur konvoi Viva Palestina di pelabuhan El Arish.

Menurut jurucakap Lifeline 5, Zaher Birawi, pihak berkuasa Mesir pada kali ini tidak meletakkan sebarang syarat kepada mereka untuk memasuki Gaza. “Mesir membantu dan memudahkan kami memasuki Gaza dengan lancar,” kata Birawi sebagaimana dilaporkan PressTV. (mn/PressTV)

SUMBER : http://www.lifeline4gaza.org/2010/10/22/lifeline-5-berjaya-memasuki-gaza/

Kau pergi jua....

Pagi hujung minggu biasanya
menyediakan sarapan untuk anak2.
Pagi ini saya masak nasi goreng saje.
Selesai semua bertenggek saya depan laptop
menunggu pembentengan kertas kerja secara
live online dari konvensyen perpaduan ummah
yang sedang berlangsung di auditorium masjid putrajaya.
Namun
tak sempat habis mendengar,
pah radziah datang mengetuk rumah saya...."
"Pah... kak ani sudah tak ada...
saya cuba call,
awak tak angkat,
kebetulan saya lalu,

terus saya singgah untuk maklum
."
Terkedu saya tanpa kata2.
Usah dicerita tentang air matanya.
Baru jumaat lalu saya menziarahi kak ani.
Namun takdir Allah menentukan
semua corak perjalanan hidup kita.....

Terus saya ke hospital bersama pah radziah.
Dalam perjalanan, banyak persoalan2 yang tak
mampu kami rungkai.... bagaimana boleh terjadi?
Kami baru saja menziarahi arwah jumaat lalu.
Arwah begitu ceria dan gembira melayan kami.
Dalam hati kami semua berdoa agar arwah cepat sembuh
seperti sedia kala. Tapi.... Allah lebih menyayanginya.....
Sampai je di wad kecemasan, jenazah masih
dalam proses untuk dibawa pulang.
Saudara mara dan sahabat handai sudah ramai.
Masing2 hiba dan terkejut dengan berita yang diterima.
Saya bertemu dengan suami arwah, haji zaimi
mengucapkan takziah buat haji dan keluarga.
Wajah haji tenang, menceritakan saat pemergian arwah,
tapi tidak siapa boleh membaca isi hatinya.....
Suami mana tak sedih bila isteri pergi untuk selama2nya.
Lebih2 lagi melihat anak2 yang ditinggalkan.
Namun inilah qada dan qadar Allah yang mesti kita terima....
Semoga Allah swt memberi kekuatan buat
suami dan anak2nya menerima ujian Allah ini.

Saya ke rumah arwah di indera mahkota.
Di ruang tamu itulah mereka menyiapkan kapannya.
Saya menyelitkan diri membantu.
Hiba hati bila disuruh menjahit
beberapa keping kain putih
untuk balutan tangan dan muka.
Itulah bakti akhir saya buat arwah.....
Tika tiap kali jarum bersama benang mencantum
kain yang berada di tangan saya,
tika tu juga saya hanya memohon
agar Allah memberi rasa keinsafan saya.
Bahawa satu hari kain seperti ini jua
akan membaluti tubuh saya....
Saya akan pergi tanpa suami, anak, teman atau harta
tapi hanya amal yang akan menjadi sandaran....
Ya Allah.... bersediakah untuk menghadapi hari tersebut?
Datangnya entah bila tapi
yang pasti ia akan tiba jua....

Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.
Itulah ungkapan yang selalu diucap dibibir kita.
Tapi adakah kita merasainya.
Lemahnya kita kerana solat terakhir
akan disempurnakan oleh orang lain.

Terlalu banyak kenangan persahabatan kami.
Beberapan sorotan kenangan yang tercatat sejak berblog....

http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/03/ziarah-teman.html

http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/04/ziarah-kak-ani.html
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/07/my-twin-sister.html
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/07/ziarah.html
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/07/doa.html
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2010/10/ziarah.html

Namun nilai persahabatan tidak tertulis kisahnya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya
meletakkannya bersama mereka yang beriman.

Kehidupan ini satu perjalanan dan
benarlah kematian itu satu kemestian...

"Katakanlah; bahawasanya mati
yang kamu lari daripadanya itu
pasti akan menemui kamu,
kemudian kamu sekelian akan dikembalikan
kepada Zat yang mengetahui yang ghaib dan nyata,
kelak Dia akan memberitahu kamu
segala
apa yang telah kamu lakukan."
Al Jumu'ah :8

Ziarah

Hari ini ziarah pelajar saya di htaa
yang hampir seminggu tidak hadir sekolah
kerana demam denggi.
Maka berhati2 anak2 pelajar semua
jaga kesihatan lebih2 lagi
peperiksaan spm sudah nak dekat...

Pemimpin dan Disiplin

Hari ini perlantikan pengawas dan
ketua pelajar untuk sesi 2010/11.
Huhu... tahun ni je 2x perlantikan pengawas....
pentadbiran baru... style baru la.....
Tahniah kepada pelajar yang berjaya dilantik.
Tapi ingat di sana ada tanggungjawab menunggu.
Andalah adalah pemimpin, lalu tunjukkan
contoh yang baik kepada pelajar2 lain.

Sedar atau tidak generasi muda hari ini
adalah pemimpin masa hadapan.
"Sekiranya kamu ingin melihat
masa depan sebuah negara,
maka lihatlah pemuda pemudinya hari ini."
Ini kata2 ulama' Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qardawi.
Maka di tangan anda masa depan dipertaruhkan.
Jangan sia2kan usia muda mu.
Pelihara jiwa muda anda dari pengaruh2
yang banyak merosakkan akhlak dan jiwa.
Maka jadilah pemuda yang hidupnya
sentiasa dibawah keredhaan Allah.

Sedang elok lepas tu ada spotchek besar2an pulak.
Disiplin itu penting.....
Ingat peraturan bukan untuk mengokong anda
tetapi peraturan perlu ada sebagai garis panduan
mana satu baik dan mana satu buruk untuk
agar perjalanan harian dalam harmoni,
jika tidak huru hara....

Begitu juga sebagai hamba Allah kita juga
ada garis panduan.... al-quran & as-sunnah
"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat iaitu kitah Allah (al-quran) dan sunnah rasulnya."
(Hadis Hasan, riwayat Malik)

Sentiasa Bersedia

Hari ini dipanggil untuk snap2 perjumpaan
antara boss dan budak2 pra-u (tingkatan 6).

Tapi tiba2 je boss hulur mic kat saya,
"Sharifah says something to them.
Saya nak dengar pandangan dari awak
sebagai seorang guru yang tak mengajar
pelajar tingkatan 6, apa nasihat awak kepada mereka?"
Huhu... tergaman saya sekejap untuk menyusun
kata2 agar ia bernas dan berkesan
lebih2 lagi on the spot....
Dan alhamdulillah Allah memberi saya kekuatan
sentiasa bersedia....

Ujar saya kepada mereka, "Kita perlu berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik. Tapi kita berubah bukan kerana guru, ibu bapa atau kawan2, tapi perubahan bermula dari kesedaran dalam hati sendiri dengan melihat diri kita adalah pelajar yang berpotensi dan mampu untuk cemerlang di dalam peperiksaan stpm nanti..."

Ziarah

Petang tadi sempat ziarah 2 rumah.
Pertama ke rumah haniliza rakan lama
kerana akan menunaikan haji ke mekah
hari selasa ini. Doa saya semoga beliau
selamat pergi dan balik serta
mendapat haji mabrur.
Ya Allah... saya pula rindu dengan
lambaian ka'abah.... Moga Allah membuka
pintu rezkiNya untuk ku jejak lagi
kaki ke bumi Mu.

Kemudian kami berkonvoi ramai2 ke rumah hjh noraini.
Alhamdulillah gembira tengok kak ani
melayan dan menyambut kedatangan kami.
Walau pun perubahan fizikal yang amat ketara,
tapi kak ani cukup berselera menjamah laksa,
air tangan asmah.... dan roti jala haniliza.
Sambil2 berceloteh... kami semua memasang telinga
mendengar maklumlah memang sudah lama tak bersua.
Kak ani ceria melayan kami, syukur sangat2.
Bicara kak ani permohonannya untuk
kembali ke smkpb dalam proses.
Namun ada kalanya air matanya mengalir juga
menceritakan penyakitnya yang masih
tak berkesudahan. Walau hampir 2 tahun
tapi doktor masih tidak dapat mengesan
apakah punca sebenar penyakitnya.
"Patutnya kak ani kena pergi hospital tambah darah,
tapi kak ani tak nak, serik rasanya.
Hari tu ambil air tulang punggung,
kali ini nak ambil air tulang belakang,
tapi kak ani tak nak dah....
kak ani redha kalau kak ani ...."
Cepat2 kami cuba menenangkan kerungsingannya.
Kami sentiasa mendoakan kak ani diberi
kesihatan yang baik dan cepat sembuh.
Insya'Allah tiap penyakit ada ubatnya,
cuma mungkin Allah ingin menguji kita,
cepat atau lambat sembuhnya.
Bersabar dengan Allah, insya'Allah
Allah akan beri jalan keluar.
Insya'Allah kak ani, kami akan sentiasa
memberi sokongan dan semangat untuk kak ani.
janganlah risau dan sedih....

Stress

Tadi kecoh sekejab.... ada pelajar pengsan.
Rupa2 anak buah saya sendiri.
Macam2 hal bila nak dekat spm ini.
Hati2lah dan bijak dalam
menangani permasalahan
jangan sampai stress....
ingat anak2 didik ku
Dalam hidup kita akan sentiasa diuji....

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh)
dan (dengan merasai) kelaparan,
dan (dengan berlakunya) kekurangan
dari harta benda
dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar
(iaitu) orang-orang yang apabila
mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata: Sesungguhnya kami
adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali."

Surah Al Baqarah : 155-156

Namun mereka yang bijak bila dapat
melalui ujian itu dengan kesabaran.
Tips paling mudah untuk menangani stress
dekatkan diri kita dengan Allah.
Kerana kita yakin
Allah akan membuka jalan buat kita
disaat2 kita menghadapi kesusahan...

"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu)
Dialah yang menurunkan
semangat tenang tenteram
ke dalam hati orang-orang yang beriman
supaya mereka bertambah iman dan yakin
beserta dengan iman dan keyakinan mereka
yang sedia ada;
pada hal Allah menguasai tentera langit
dan bumi (untuk menolong mereka);
dan Allah adalah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana."
Al Fath : 4

Dan... alhamdulillah bersyukur kerana
kita masih ramai kawan.
Cikgu gembira kita ada kawan membantu
disaat2 menghadapi kesukaran.
mereka prihatin...

Perjumpaan Mentor Perhati 2010

Saya antara mentor anak2 yatim permata hati
atau perhati di smk paya besar.
Tapi saya bukan kaunselor yang ada title ck kat depan tu...
Satu perjumpaan mentor perhati telah diadakan
pagi tadi di ppd kuantan.
Maka tadi masa berkumpul mentor2 perhati
terasalah canggungnya sebab saya bukan dari
kelompok yang sama.
Lalu ada juga yang bertanyakan saya
bagaimana saya terpilih etc2...
Saya menerima tugas ini
bukan kerana imbuhan atau arahan.
Alhamdulillah... paling kurang Allah beri
saya ruang untuk berbuat baik kepada anak2 yatim...

"Dan (Ingatlah), ketika Kami mengambil janji
dari Bani Israil ( yaitu ) :
Janganlah kamu menyembah selain Allah,

dan berbuat baiklah kepada ibu bapak,

kaum kerabat, anak-anak yatim

dan orang-orang miskin,
serta ucapkanlah kata-kata yang baik
kepada manusia,

dirikanlah shalat
dan tunaikanlah zakat.

Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu,

kecuali sebahagian kecil daripada kamu,

dan kamu selalu berpaling
."
Surat Al-baqarah:83

Saya pun pilih duduk depan2.
Ramai yang berucap dari pegawai ppd
yang menyelaras program perhati,
guru2 kaunselor, pegawai yayasan pahang
dan akhirnya tuan ppd kuantan yang baru
en wan abdul hamid.
Sambil mendengar saya snap2....

Bertemu semula muazzin Mavi Marmara

LATAKIA, Syria, 9 Oktober — Tidak disangka pantai Latakia menjadi tempat pertemuan semula sekitar 70 orang “alumni” kapal kemanusiaan Mavi Marmara yang telah diserang komando tentera laut Zionis pada 31 Mei lalu. Mereka tidak sekali-kali serik dengan peristiwa serangan itu, dan kini bersama-sama menyertai konvoi darat Viva Palestina 5 menuju ke Gaza, demi membantu penduduk Gaza yang hampir 5 tahun hidup di bawah sekatan zalim Zionis Israel.

Sahabat Al-Aqsha, sebuah NGO Indonesia, turut bersama-sama dalam pertemuan di Latakia ini.


Di antara mereka yang ditemui Sahabat Al-Aqsha adalah pemilik suara merdu dan syahdu, yang gagah berani mengumandangkan azan di atas kapal Mavi Marmara ketika lebih 600 orang relawan sedang diikat, dijemur di bawah terik matahari, serta ditahan dengan senjata otomatik oleh komando-komando Zionis. Di tengah keheningan Lautan Mediterranean dan suasana mencekam itu, suara azan lelaki ini menembus langit, melaungkan nama Allah dan mengagungkanNya.

Muazzin itu bernama Mustafa Nasywan, 41 tahun, seorang imam di Masjid Lifta di daerah Nazzal di ibukota Amman, Jordan.

Mustafa menceritakan semula detik-detik cukup tegang itu. Ketika itu, Mavi Marmara, yang merupakan kapal terbesar dalam armada Freedom Flotilla, sudah sekitar 6 jam dikuasai tentera laut Zionis.

“Saya sebenarnya agak sedih kerana tidak melihat ayah saya,” kata Mustafa yang ketika itu kedua-dua tangannya diikat ke belakang. “Lalu seseorang memberitahu saya, ayah saya ada beberapa meter di belakang saya. Saya menjadi bertambah semangat.” Waktu itu setiap orang yang bergerak sedikit saja, terus dibentak dan diacukan senjata oleh tentera komando laut Zionis yang bertopeng hitam.

Ayah Mustafa, Ismail Nasywan yang berusia 82, tahun merupakan relawan tertua di misi kemanusiaan itu.

Kerana waktu Zuhur telah tiba, Mustafa nekad. “Kalau saya ditembak kerana azan ini, insya Allah saya akan mati syahid,” kenang Mustafa yang waktu itu ditahan di ruang belakang dek 4 yang biasanya digunakan sebagai masjid oleh para relawan. Di tempat itulah Mustafa juga biasa mengumandangkan azan selama berhari-hari belayar dengan Mavi Marmara.

Beberapa relawan dari berbagai negara mengaku kepada Sahabat Al-Aqhsa bahawa azan yang dikumandangkan oleh lelaki ini merupakan azan terindah yang pernah mereka dengar. Mungkin mereka terhanyut juga oleh suasana mencekam waktu itu. Termasuk doktor Arief Rachman dari MER-C Indonesia.

Alhamdulillah, Mustafa tidak ditembak tentera Israel. Beberapa minit seusai azan, ratusan relawan lelaki dan perempuan dalam keadaan diikat dan sudah dijemur selama 6 jam, dipaksa turun ke kabin penumpang. Kapal dibawa secara paksa ke Pelabuhan Ashdod yang dikuasai Israel. Mereka diinterogasi lalu dipenjara di Beersheva.

Setiap relawan Mavi Marmara, insya Allah tidak akan lupa mendengar suara merdu dan syahdu azan Mustafa Nasywan. Kerana itu, Sahabat Al-Aqsha meminta Mustafa untuk mengumandangkannya sekali lagi, dirakam khusus, dan dipersembahkan untuk pembaca Sahabat Al-Aqsha.

Semoga azan ini kelak akan kita dengar menyeru kita solat berjamaah di Masjidil Aqsha dalam keadaan merdeka. Amin.

[mn/Sahabat Al-Aqsha dengan beberapa pengolahan semula]

SUMBER : http://www.lifeline4gaza.org/2010/10/11/bertemu-semula-muazzin-mavi-marmara/

80 Pelajar Felda Chini Sertai Kem Motivasi Pecutan Akhir SPM

Monday, 11 October 2010 00:00

KUANTAN, 11 Oktober - Seramai 80 orang pelajar putera dan puteri yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini dari 2 buah sekolah menengah di Felda Chini, Pekan telah mengikuti program Motivasi Pecutan Akhir SPM yang diadakan di Taman Pertanian Indera Mahkota pada 9 hingga 10 Oktober yang lalu.

Program ini telah dianjurkan oleh HALUAN Pahang bersama Jabatan Belia Dan Sukan Pahang dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Chini dan SMK Chini 2.

Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang persiapan akhir menghadapi peperiksaan di samping menaikkan semangat dan motivasi pelajar agar lebih bersedia menduduki peperiksaan dan berjaya mencapai keputusan terbaik.

Di dalam program ini pihak HALUAN Pahang selaku penyelaras program ini telah mendapat khidmat motivator dan fasilitator dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kelantan, Kelab Fasi Muda Haluansiswa dan siswa Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Beberapa modul telah diterap dan dijalani oleh pelajar-pelajar ini termasuklah persediaan minda yang positif, santapan roh, teknik menjawab soalan dan hala tuju selepas SPM kelak.

Menurut YDP HALUAN Pahang, Tg Abd Rashid Tg Othman, program seumpama ini julung kalinya diadakan membabitkan pelajar dari luar bandar khususnya dari Felda Chini. HALUAN mendapat kerjasama yang amat baik dari Pengetua dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kedua-dua buah sekolah.

Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar sangat teruja dapat menyertai program yang diadakan dalam bentuk kem dengan pelbagai aktiviti-aktiviti termasuklah perkhemahan, solah berjemaah, qiamullail, kuliah subuh, ceramah motivasi, forum kecemerlangan siswa, perkongsian pengalaman mercu kejayaan bersama pensyarah dari UMP dan `team building`.

Pelajar-pelajar telah menunjukkan minat, semangat dan komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dianjurkan walaupun agak keletihan kerana aturcara yang padat. Mereka kelihatan begitu ceria dan gembira sepanjang program berjalan. Melalui sesi muhasabah yang dijalankan semua pelajar sangat berpuas hati dengan modul yang telah mereka jalani dengan tunjuk ajar serta bimbingan ikhlas dari para fasilitator dari KTD dan Haluansiswa.

Sentuhan mesra bersifat sifat kasih sayang, sedia berkorban dan contoh akhlak baik yang menjadi teras setiap program anjuran HALUAN ini membuatkan pelajar dapat merasai kelainan luar biasa dan bertambah yakin untuk memperbaiki diri dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam SPM serta hidup berpandukan pegangan agama dengan lebih kukuh.

Program berakhir dengan ucapan-ucapan oleh wakil Pengetua SMK Chini 2, Ustazah Rosmawati, Pengerusi PIBG SMK Chini, En Sarjoni Konteng dan ucapan penutup oleh Timbalan YDP HALUAN Pahang Tn Hj. Ramli b. Ngah.Justify Full

Dalam ucapan penutup, Timbalan YDP HALUAN Pahang menjelaskan bahawa HALUAN Pahang akan terus berusaha memberi khidmat pendidikan dan kebajikan terbaik kepada masyarakat yang memerlukan selaras dengan moto HALUAN iaitu berakhlak, mendidik dan berbakti. Masalah kewangan bukanlah menjadi halangan untuk mengadakan sesuatu program kerana sekiranya kita ikhlas dan berusaha lebih nescaya Allah SWT akan membantu mempermudahkan urusan kita.

Akhir kata beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama di dalam membantu menjayakan program ini termasuklah Jabatan Belia Dan Sukan Pahang yang sudi memberi peruntukan kewangan, pihak UMP Pahang, PIBG SMK Chini, motivator serta fasilitator dari KTD serta pihak pengurusan Taman Pertanian Indera Mahkota.

Semua peserta dianugerahkan sijil penyertaan dan dibawa melawat Expo Konvokesyen kampus Universiti Malaysia Pahang, Jalan Gambang sebelum pulang dengan menaiki 2 buah bas UMP Pahang.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/80-pelajar-felda-chini-sertai-kem-motivasi-pecutan-akhir-spm.html

Kem Motivasi Pecutan Terakhir SMK Chini

Pagi ini masih lagi bersama anak2 chini di taman pertanian.
Mereka ada beberapa aktiviti lagi antaranya
majlis dialog siswa dan siswi ump dan ktd.
Alhamdulillah majlis yang dapat memberi input
yang baik bagi bakal pelajar yang akan
satu hari nanti akan menjejakkan kaki ke ipt.


Majlis penutupan yang mana
wakil penyelaras program,
wakil sekolah,
wakil pibg
dan wakil haluan memberi ucapan.

Doa semoga semua anak2 chini mendapat manafaat
dari sentuhan2 yang diberi.
Inputnya akan terus kekal
dan dapat memberi impak dalam
menyusun gerak langkah halatuju masa depan.
Selamat menduduki peperiksaan spm...

Sekolah Hari Sabtu


Huhu... hari tu beria2 cuti raya lama2...
Kan kena ganti.... hari ini kenalah gi sekolah.
Sambil2 tu sikit2 buat potluck raya pulak....
Maka kami kongsi2 bawa makanan sikit sorang.
Yang tempah pun ada....
Saya hari ini kak kam bagi kontrak buat air...
Aduh... dari semalam tadah air tapis,
pagi2 angkut 2 tong besar untuk
air sirap oren je....

Balik sekolah konvoi dengan cikgu melati
dan anak2 5 saksama ke rumah ili
memenuhi jemputan kenduri kahwin kakaknya.
Jumpa beberapa bekas pelajar saya,
semua sudah besar panjang ye...
sampai tak kenal cikgu....
Maka terasa diri usia sudah lama meninggalkan zaman....
Bagaimana sentuhan jiwa cikgu untuk
kamu dulu2.... masih berbekas di jiwa kah????

Balik singgah kedai kek sebab hari ini
hari jadi muhammad 'abbas salimi.
Tapi kek itu kongsi dengan irah,
sebab hari tu umi memang betul2 birthday irah....
Umi sentiasa berdoa anakanda berdua
akan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Penyambung generasi pewaris umi dan walid...

Maka lewat petang sikit saya dan suami
menuju ke taman pertanian indera mahkota
meninjau2 perjalanan program motivasi
percutan terakhir spm anjuran
bersama haluan dan pibg sekolah dari chini.
Yang hadir 80 orang pelajar yang bakal
menduduki peperiksaan spm tak lama lagi.
Alhamdulillah mereka mendapat sentuhan
dari akh razali dan team ktdnya
serta haluansiswa ump.
Bersam dengan anak2 chini serta
alhamdulillah dapat berta'aruf dengan
adik2 fasi haluansiswi ktd.
Huhu.... lewat malam sikit baru balik rumah....

Mesyuarat terakhir.....

Mesyuarat terakhir untuk tahun ini bagi guru2
matematik dan sains dibawah pimpinan hjh zureidah.
Alhamdulillah... tahniah kak eda kerana
berjaya membentuk teamwork yang menjadi
contoh kepada guru2 lain....

Majlis Penutup Kempen Membaca

Mengikut surat yang diberi ialah majlis penutupan
kempen membaca dan guna ict.
Beria2 saya dengan pah radziah,
bertolak bukan main awal sebab takut
sesat kerana tak pernah sampai lagi ke
dewan semai bakti felda panching selatan ni.
Sampai2 sunyi lagi dewannya.
Masuk je dewan terkejut tengok dewan dihias.
Rupa2 ada majlis lain yang tersirat....
Jamuan raya lagi.... plus hadiah2 surprise
buat sekolah2 yang cemerlang dalam
pengurusan pss dan ict, huhu... smkpb tak de apa2...
Tak pe yang nak menilai bukan manusia.
Janji kerja ikhlas, yang penting dakwah jalan.....


Sambil2 tu masa orang dok bergembira kat depan,
saya memang pilih meja di belakang.
Sempatlah semak beberapa skrip kertas soalan....


Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu