Pagi ini saya dikejutkan lagi dengan berita kematian.
Ayah kepada pelajar saya nur amira pula
dipanggil pulang menghadap Illahi.
Begitulah... Allah menjemput pulang sesiapa yang dia pilih,
semestinya kita tidak dapat lari darinya.
Selesai saja kelas jam 11 pagi
saya bersama beberapa orang guru
dan pelajar kelas 5 saksama menziarahinya.
Sampai di rumah mereka di batu 3, jenazah
sudah dibawa ke tanah perkuburan bukit ubi.
Lalu kami menukar haluan ke bukit ubi pula.
Sampai di sana, jenazah sudah selesai dikebumikan.
Jemaah yang hadir sedang kyushuk mendengar
tazkirah @ talkin terakhir dari ustaz shukri.
Benarlah talkin itu peringatan buat
yang hidup bukan yang si mati...
Kata ustaz, "Tiada nasihat terbaik selain
pemutus segala kelazatan,
iaitu ajal yang sedang menanti."
Maka berwaspada dan bersedialah kita
yang masih di beri peluang oleh Allah untuk hidup,
beramal dan menyediakan bekalan untuk
negeri yang kekal abadi itu...
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,
dan pada hari kiamat saja
akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka
dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya dia sudah berjaya.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini
(meliputi segala kemewahan dan
pangkat kebesarannya)
tidak lain hanya kesenangan
bagi orang-orang yang terpedaya.”
(Ali Imran: 185).
0 comments:
Post a Comment