Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Allah berbicara dengan kita...

Bumi Allah bergegar lagi...
Selepas dari chile, kemudian beberapa
gegaran di nusantara asia.
Yang terakhir di jiegu bumi china
tetapi majoritinya penduduk tibet.

Walau lebih seribu nyawa terkorban,
manusia tidak dapat lagi dari ketentuan Allah.
Tidak dapat tidak lari dari kenyataan.
Hakikatnya bumi ini sudah menghampiri penghujungnya.
Cuma hati kita sahaja yang masih leka dan lalai.

Allah maha berkuasa, tidak cukup dengan gegaran
dimuntahkan apa yang ada di perut bumi.
Siapa boleh melawan kekuasaan Allah.
Bila Allah kata, "kun faya kun...", maka
sistem buatan manusia lumpuh dalam sekelip mata.

Walaupun muntahan di puncak khutub utara
kesannya ke seluruh pelusuk nusantara eropah.
Pernah tak terdetik dihati siapakah yang
menghantar debu2 yang berterbangan itu
bertebaran menutupi seluruh pandangan manusia.
Bila Allah kata "kun faya kun..."
barulah kita dapat merasa lemahnya manusia
berbanding dengan Allah yang maha berkuasa,
maha hebat dan maha bijaksana.

Warna2 alam masakini mengambarkan
ingatan demi ingatan Allah menunjukkan
bahawa hakikatnya alam ini akan berakhir.

"Apabila terjadi hari kiamat.
Terjadinya kiamat itu tidak dapat didustakan.
(Kejadian itu) menghinakan (satu golongan)
dan meninggikan (golongan lain).
Apabila bumi diguncangkan sedahsyat2nya.
Dan gunung2 dihancur luluhkan sehancur2nya.
Maka jadilah dia debu yang berterbangan."
(Surah Al-Waqiah : 1 - 6)

Dan di akhir kehidupan terjadi sesuatu yang
lebih dahsyat lagi.

"Apabila matahari digulung.
Apabila bintang2 berjatuhan.
Apabila gunung2 dihancurkan.
Apabila unta2 bunting ditinggalkan
(tidak dipedulikan).

Apabila binatang2 liar dikumpulkan.
Apabila lautan dipanaskan.
Apabila ruh2 dipertemukan..."
(Surah At-Takwir : 1 - 7)

Dan lebih mengerunkan ia berlaku secara tiba2...

"Tidak akan datang kepada kalian
melainkan dengan tiba-tiba."
(Surah Al-A'raf: 187)

Lalu perhatikanlah alam semesta ini
di sana terselit fitrah iman
yang akan menusuk hati mukmin.

Ada satu riwayat yang kuat dari Ibnu Umar ra.
bahwa ia berkata, "Saya pernah berkata
kepada 'Aisyah ra.,
'Beritahulah aku tentang hal yang paling menakjubkan
dari keadaan Rasulullah saw yang pernah engkau lihat!'
Ia pun menangis lama sekali. Kemudian berkata,
"Semua keadaannya mengagumkan. Suatu malam
beliau mendatangiku dan masuk dalam selimutku,

sehingga kulit beliau bersentuh dengan kulitku.
Lantas beliau bersabda, 'Aisyah, apakah kamu
mengizinkan ku
pada malam ini
untuk beribadah kepada Tuhanku?
'
Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya
aku suka
berada di dekat mu dan menyukai
keinginan mu.
Namun aku mengizinkan mu.'
Beliau berdiri menuju sebuah geriba air
yang ada di dalam rumah.
Beliau berwudhu tanpa terlalu banyak menyiramkan air.
Beliau berdiri melaksanakan solat,
lantas membaca Al-Quran.
Beliau pun menangis, sehingga
air mata membasahi pinggangnya.
Kemudian beliau duduk membaca tahmid
dan kembali menangis.
Tak lama kemudian beliau mengangkat kedua tangannya
dan kembali menangis, sehingga saya melihat
air mata beliau membasahi tanah.
Kemudian Bilal datang kepada beliau untuk memberitahukan
bahawa waktu subuh sudah tiba.
Bilal melihat beliau sedang menangis, lalu bertanya,
'Wahai Rasulullah, mengapa engkau menangis,
sedangkan Allah telah mengampuni dosa mu
yang telah lalu mau pun yang akan datang?'
Beliau menjawab, 'Wahai Bilal,
tidakkah selayaknya aku menjadi
seorang hamba yang bersyukur?'
Kemudian beliau bersabda, 'Bagaimanakah
aku tidak menangis, sedangkan pada malam ini
Allah telah menurunkan kepadaku,
"Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi..."
(Al Baqarah: 164).
Kemudian beliau bersabda, 'Celakalah siapa saja
yang telah membacanya namun tidak memikirkannya.' "

Lantas marilah kita merenung
tanda2 kebesaran dan kekuasaan Allah swt.
Maka jika diteliti dan diperhati
apa yang berlaku sejak akhir2 ini
tidakkah hati kita bergetar
bila Allah berbicara dengan kita...

1 comments:

mat gebeng April 21, 2010 at 10:20 AM  

CIKGU, albaqarah ke ali imran.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu