Malam jumaat selepas maghrib bertolak balik ke kt.
Melepaskan rindu buat ayahbonda
dan anakanda2 di smaskl.
Kebetulan kak long demam dan sudah berehat
di rumah to'kkinya sejak hari selasa lagi.
Hari khamis terima berita sakinah pulak demam.
Maka berehatlah juga sakinah di rumah to'kkinya.
Na'emah alhamdulillah, masih bertahan, katanya
demam sikit2, tapi semangatnya untuk tak tinggal
kelas masih tinggi (satu peningkatan...),
mungkin trial PMR tinggal seminggu je lagi.
Doa saya semoga Allah pelihara anak2 dan
ayahbonda, diberi kesihatan yang baik dan
moga dengan itu diberi kekuatan
untuk terus beribadah.
Maka, kalau balik abbas, nazirah n said menjadi
acara wajib mandi pantai.
Tapi ombak agak besar,
namum rezeki ketam murah!!!
Seronok anak2 dapat sebaldi ketam...
(***nota tambahan: maaf lupa...
acara mandi dan cari ketam
diketuai oleh walidnya,
yang begitu bersungguh2 mencari
kepala ayam di pasar untuk dijadikan
umpan ketam....)
Kali ini gulai lemak ketam di masak sendiri oleh saya...
Hehe... sedaplah jugak tapi taklah sama
macam air tangan bonda...
Untuk kak long n naemah,
juga semua anak2 didik smkpb n smaskl, etc2
(fatin, aisyah, farah....pijan, pak jun, etc2)
dan semualah anak pelajar2 yang mungkin sedang
berusaha keras untuk peperiksaan percubaaan
tak lama lagi dan peperiksaan
PMR or PMRU, SPM or SMU,
STPM or STAM or even IPTs....
renung petikan2 dari novel VT berikut
sebagai motivasi....
Allah tidak akan membuat apa-apa,
kepada insan yang berhajat mengubah hidupnya,
hanya bila insan itu berusaha,
maka Allah akan menrunkan pertolonganNya.
"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum,
melainkan kaum itu mengubah dahulu
apa yang ada dalam diri mereka"
"Lihat maksud ayat itu.
Kalau kamu semua tidak berusaha
mengubah sikap kamu, hati kamu,
maka Allah tidak akan mengubah nasib kamu.
Kamu kena buang dahulu sikap malas kamu,
kamu perlu buka hati kamu
untuk bergerak labih jauh, berusaha.
Seorang Muslum ajak bermujahadah
untuk mendapatkan redha Allah SWT.
Kamu kena berusaha!"
"Kamu bersungguh-sungguh belajar
ini pun adalah ibadah.
Belajar itu pun adalah ibadah.
Kamu akan mendapat balasan daripada Allah.
Kamu terlupa, biar ana ingatkan,
menuntut ilmu itu adalah salah satu jihad juga.
Dalam satu sabda Rasulullah saw,
kalau kamu merintis jalan mencari ilmu,
Allah akan permudahkan jalan kamu ke syurga!"
Bonda sentiasa berdoa untuk semua,
insya'Allah MUMTAZ!!! demi untuk Islam.....
0 comments:
Post a Comment