Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Datanglah wahai Ramadhan...



Saudariku Muslimah

Alhamdulillah, bersyukurlah kita ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kiranya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Bergembiralah kita kerana kita termasuk ke dalam golongan yang terpilih untuk menerima anugerah Allah melalui bulan Ramadhan yang mulia.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a , bila tiba Ramadhan Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ’Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan penuh barakah, di dalamnya Allah mewajibkan puasa, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak dapat kebaikannya sesungguhnya ia telah rugi.’

Maksud hadis yang lain:
Dan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda : ’Barang siapa merasa gembira dengan datangnya bulan Ramadhan, Allah mengharamkan jasadnya daripada neraka.’

Saudariku Muslimah,

Alangkah besarnya kurnia Allah untuk kita. Allah datangkan bulan Ramadhan untuk kebaikan kita, dengan menyediakan pahala yang berlipat ganda untuk hambanya yang taat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : ’Apabila tiba permulaan malam bulan Ramadhan, maka Allah s.w.t berfirman : Barangsiapa cinta kepadaKu maka Aku pun cinta kepadanya, barangsiapa mencari Aku, maka Aku pun mencarinya,dan barangsiapa minta ampun kepadaKu maka Aku pun mengampuninya, disebabkan mulianya bulan Ramadhan. Maka Allah memerintahkan Malaikat Kiraaman Kaatibin (malaikat pencatat) agar dalam bulan Ramadhan mereka mencatat segala kebaikan umat Muhammad s.a.w dan tidak mencatat perbuatan buruk mereka,dan Allah menghapuskan dosa-dosa mereka yang telah lalu.

Saudariku Muslimah,

Salah satu ibadah utama yang difardhukan dalam bulan Ramadhan ialah ibadah puasa. Setelah melalui proses pembentukan selama 15 tahun maka pada tahun ke-2 Hijrah turunlah perintah berpuasa bulan Ramadhan ke atas orang Islam melalui ayat 183-184 Surah Al Baqarah yang bermaksud:
Hai orang-orang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan terhadap orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa. Puasa itu hanya beberapa hari tertentu, barangsiapa diantaramu ada yang sakit atau sedang bepergian,maka hendaklah dia berpuasa pada hari yang lain (sebanyak hari yang dia tidak berpuasa).

Allah SWT Maha Mengetahui bahawa manusia memerlukan pertolongan dan dorongan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah ditentukan olehNya. Oleh itu Allah menyeru dengan satu panggilan yang sangat tinggi dan mulia iaitu ’Wahai orang-orang yang beriman’ yang menjadi pendorong kepada orang mukmin. Bagi generasi al Qur’an ( sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w) apabila menerima panggilan ini mereka menunggu-nunggu apakah perintah yang akan diturunkan untuk mereka lalu mereka terima dengan patuh. Justeru, apabila perintah berpuasa diturunkan mereka terima dengan penuh kesyukuran. Bagaimana pula dengan kita dan masyarakat kita hari ini?

Allah swt memfardhukan ibadah puasa ke atas orang beriman adalah untuk menyediakan hati mereka menjadi orang yang bertakwa kepada Allah swt. Jadi puasa adalah alat untuk mencapai ketakwaan kepada Allah swt sedangkan orang yang bertakwa mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t yang ganjarannya adalah SYURGA. Oleh itu saudariku, marilah kita sama-sama meneliti bagaimanakah jalan-jalan untuk menuju ketakwaan itu.

Ulama-ulama memberi peringatan, kita hendaklah berusaha untuk menyediakan hati yang salafiyah (bersih), hasasiyah (mudah terasa -sensitif) dan khoshiyatillah (takutkan Allah). Dalam melaksanakan ibadah ini hati kita kena betul-betul ikhlas kerana Allah s.w.t. Kita kena sensitif dan menjaga puasa kita supaya tidak tercemar oleh perbuatan-perbuatan kita. Setiap detik dalam kehidupan kita perlu dilalui dengan berhati-hati supaya tindakan-tindakan kita tidak mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Saudariku Muslimah,

Hiasilah puasa kita dengan meningkatkan amalan-amalan sunat seperti membaca Al Qur’an, bersedekah di jalan Allah, solat tarawikh, bermunajat, memberi makan orang yang berpuasa dan amalan-amalan lain yang semuanya akan diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Akhir sekali saudariku marilah sama-sama kita hayati maksud firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran ayat 133 :

’Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.’

Allahu a’lam.

**petikan ditulis oleh Ketua HALUANITA Pahang, Kak Zaini yang kini berada di bumi Mekkah kerana menunaikan ibadah umrah. Moga Allah menerima segala amal kita.

"Islah nafsaka wad'u ghairuka"

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu