Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Pulang ke Kuantan



After 2 days, back to Kuantan...
Panjang umur, tunggu raya baru boleh balik lagi.



Petang ada ijtima' am di SeRIA.
Ustaz Ghani berbicara tentang rukun taqwa.
Taqwa yang memang menjadi
sasaran ramadhan...



Lepas tu beriftar bersama2.

DAY 10 : Tazkirah Ramadhan

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH



Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad atau pun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak beleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan pihak tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada dua golongan yang bertelegah iaitu Bani Bakar dan Khuza'ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza'ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad SAW.

Pada suatu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza'ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Namb Muhammad SAW, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah kecil tanpa sebarang persiapan hanya mampu bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini mengambarkan pertolongan Allah SWT kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadanya. Allah menyebut dalam al-Quran surah Al-Fath : 1,
"Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata."

Sebahagian pakar tafsir Al-Quran memberi maksud 'kemenangan' dengan kemenangan membuka Mekah.

(sumber : Ramadhan tetamu yang dirindui : AHA)



Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Di KT



Huhu... intai apa itu???
Sahur tadi Walidnya sedang menunjukkan
'abbas dan nazirah api bedil...
Di KT masih mengekalkan tradisi
menembak bedil tiap kali berbuka dan bersahur.
Mana nak ada di kuantan...
maka anak2 excited nak tengok api bedil...



Alhamdulillah hari ni dapat berbuka dengan
ayahbonda. Dapat rasa makanan yang
tak jumpa di kuantan... perut lepa dan nekbat.



Malam saya bertarawih lagi di SMASKL.
Sejuk hati tengok anak2 SMASKL
asyik bertadarus bila sudah solat tadi.

DAY 9 : Tazkirah Ramadhan

TAQWA SYARAT KEMENANGAN

Dalam buku Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan terlihat betapa pentingnya taqwa dan hakikatnya. Taqwa adalah akhlaq yang dijadikan Allah sebagai syarat kemenangan seorang muslin di dunia dan akhirat.

Maksud firman Allah SWT,

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam syurga dan kenikmatan."
(At-Thur : 17)

"... dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa."
(At-Taubah : 36)

"... Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa."
(At-Taubah : 4)

Agar taqwa ini tertanam di dalam hati seorang muslim sehingga menjadi akhlaq baginya, maka ia harus menempuh jalannya. Jalan terpenting yang dapat menghantarkan kepada taqwa ialah shaum, qiyamullail, zikir, doa, baca al-Quran, infak, fi sabilillah, i'tikaf, sabar dan istighfar.

(sumber : Al-Islam : Sa'id Hawwa)



Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Pulang KT.

Selepas solat zohor, saya dan anak2
bertolak balik ke KT.
Hantar anak2 balik SMASKL
dan sambil tu berpeluang dapat
berbuka dengan ayah dan bonda.
Alhamdulillah sampai KT semput2 nak berbuka



Lepas berbuka terus hantar puteri2 ku ke SMASKL.



Malam solah tarawih di SMASKL.

DAY 8: Tazkirah Ramadhan

SEMUA SYAITAN DIBELENGGU

Rasulullah saw bersabda : "Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan, semua syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan pintu-pintu meraka ditutup. Semua pintu neraka ditutup dan tidak ada satu pun yang dibuka. manakala semua pintu syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang ditutup."

Malaikat yang ditugaskan pun menyeru, "Wahai orang yang mencari kebaikan, teruskanlah amal kebaikan. Wahai orang yang mencari kejahatan, berhentilah daripada melakukan kejahatan. Sesungguhnya Allah berjanji ada orang yang dibebaskan daripada neraka." Tugas itu dilakukan pada setiap malam."

(Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah)


Islah nafsaka wad'u ghairuka

Ini cerita Said Ramadhan...

Balik dari solah tarawih,
walidnya akan ke surau untuk bertadarus....



"Sa'id, salam dulu dengan walid."
"Aa'id nak ikut..."



"Sa'id kecil lagi, tak boleh ikut."
sambil pintu grill di kunci.
Sa'id Ramadhan mula merenget
dan menangis....



Akhirnya tangisan Sa'id mencairkan walidnya...
"OK Sa'id jangan ganggu walid nak mengaji"



"Abang mi, ambil botol susu Sa'id ni..."



Akhirnya sampai hajat Sa'id Ramadhan
untuk join abang mi bertadarus.
Tapi walidnya kata sampai surau
tak sampai 5 minit terus padam (tidur)...
Alahai anakanda ku....

.... pictures snapped by nazirah
pandai juga ambil gambar in sequence order...

DAY 7 : Tazkirah Ramadhan

RAHSIA SETAHUN BERPUASA

"Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang ada pada Ramadhan, pasti umatku mengharapkan tahun seluruhnya menjadi Ramadhan."

(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah)


Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Putera ku...



Alhamdulillah ramadhan kali ini
Muhammad 'Abbas Salimi
sudah boleh join group tadarus
di Surau Sg Isap Fasa 3.



Hah... ini Abbas dan rakan2nya.

DAY 6: Tazkirah Ramadhan

DIBEBASKAN SEKSA NERAKA

"Pada bulan Ramadhan, umatku diberi lima perkara yang tidak diberi kepada nabi sebelum ku. Pertama, apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan, Allah Maha Megah dan Maha Agung memerhati mereka. Sesiapa yang Allah perhatikan, dia tidak menyeksa hamba itu selama-lamanya.

Kedua, sesungguhnya apabila berubah bau mulutnya waktu petang adalah lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi.

Ketiga, sesungguhnya para malaikat memohon untuk mereka setiap hari dan malam.

Keempat, Allah memerintah syurga dengan berkata, "Bersedia dan berhiaslah untuk hamba-hambaku kerana waktu hampir tiba bagi mereka berehat selepas penat di dunia."

Kelima, apabila tiba malam terakhir, Allah mengampunkan mereka semua.

Seorang sahabat yang berada di kalangan ramai itu bertanya, "Adakah ia hanya berlaku pada malam al-Qadar?"

Nabi Muhammad menjawab, "Tidak! Adakah kamu tidak melihat para pekerja yang bertugas? Sebaik sahaja selesai melaksanakan tugasnya, dia terus diberi ganjarannya."

(Hadis riwayat Baihaqi)



Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Program Ihya' Ramadhan



Program disambung pagi ini dengan bengkel.
Masing2 sibuk berdiskusi...





Hah... yang ni buat group sendiri...



Sidang pleno lak dairi kumpulan 1.



Pembentangan dari kumpulan 2.



Ini giliran kumpulan 3 pulak buat persembahan.

Jam 12:30 PM pogram tamat.
Makcik doa semoga semua pulang dengan
sarat input untuk menjadi hamba Allah
yang melaksanakan roh Islam dalam kehidupan.

DAY 5 : Tazkirah Ramadhan

MENGHAPUSKAN DOSA

"Sembahyang lima waktu, sembahyang dari Jumaat ke Jumaat dan bulan Ramadhan ke Ramadhan menghapuskan dosa antara dua tempoh itu apabila meninggalkan dosa besar."
(Hadis riwayat Muslim)

"Dijauhkan daripada rahmat Allah kepada sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu tidak mendapat peluang keampunan Allah kerana tidak beribadat."
(Hadis riwayat Hakim)

"Barangsiapa shaum kerana iman dan mengharap pahala, Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu."
(Hadis riwayat Bukhari)


"Islah nafsaka wad'u ghairuka"

PTK n Program Ihya Ramadhan


Pagi2 ke SMKPB, exam PTK.
Konon2 nak study, Allah izin tertinggal buku...
Huhu... tengok ambil gambar pun kelabu,
harap2 result tak lah kelabu jugak.



Balik PTK, petang ke SeRIA,
anak remaja sekolah menengah yang balik bercuti
dihadiahkan dengan Program Ihya' Ramadhan
2 hari 1 malam di SeRIA.



Seperti biasa, remaja putera boleh bilang dengan jari...



Alhamdulillah remaja puteri semua bersemangat.



Tadi Pakcik Nasri buat penyampaian.
Sekarang giliran Pakcik Ramli pulak.

Kemudian kami berbuka ramai2 makan
Nasi Arab masakan Pakcik Man.
Sibuk2 sampai lupa nak tangkap gambar berbuka....

Moga anak2 semua dapat membina syuur ramadhan
seperti yang dikehendaki.

DAY 4 : Tazkirah Ramadhan

PINTU RAHMAT DIBUKA,
PINTU NERAKA DITUTUP

Justify FullDari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw ia bersabda, "Apabila Ramadhan tiba, maka semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka Jahanam ditutup dan syaitan-syaitan pun dirantai."
(Hadis riwayat Bukhari Muslim)
"Ramadhan tiba menemui kamu sebagai bulan yang diberkati. Allah Maha Megah dan Maha Agung mewajibkan berpuasa pada bulan ini. Dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu syaitan-syaitan penderhaka. Didalamnya berlaku malam Al-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak mengambil kelebihannya, maka dia diharamkan daripada mendapat kelebihannya."
(Hadis riwayat An-Nasa'i)


"Islah nafsaka wad'u ghairuka"

Dakapan Kak Long



Huhu... Said pun rindu Kak Long.
Tadi masa ambil dari stesyen bas
terus duduk dalam dakapan Kak Long.

DAY 3 : Tazkirah Ramadhan

RAMADHAN BULAN YANG ISTIMEWA

Ikhwan sekalian, Allah SWT menjadikan bulan ini sebagai bulan yang agong. memberikan keistimewaan yang banyak sekali kepadanya , serta menjadikannya sebagai salah satu fasa kehidupan yang paling berharga dan salah satu stesyen perjalanan di atas jalan hidup yang lurus.

Pada bulan ini seorang muslim mencurahkan sebahagian besar perhatiannya kepada Allah, akhirat dan peningkatan rohani sebelum peningkatan material. Ia adalah bulan rohani, bulan kebersihan jiwa, bulan munajat, serta waktu untuk menghadap kepada Allah, memohon pertolongan dari Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. dan menjalinkan hubungan dengan Al-Mala'ul A'la. Ia adalah bulan yang mempunyai keistimewaan.


(Sumber : Ceramah2 Hasan Al-Banna)


"Islah nafsaka wad'u ghairuka"

DAY 2: Tazkirah Ramadhan

MADRASAH RAMADHAN

Pada hakikatnya Ramadhan merupakan madrasah, jika orang yang berpuasa pandai memanfaatkannya. Mereka akan menjadi manusia baru, tidak seperti sebelumnya. Ramadhan adalah mdrasah tempat seorang muslim memperbaharui ikatan-ikatan islam pada dirinya dan mengambil bekal yang dapat menutupi segala kekurangan sebelumnya. Ramadhan adalah sebuah latihan (dauriyah) bagi kaum muslimin untuk menyambut dunia baru dan meninggalkan dunia lama. Dunia yang penuh cita-cita, semangat dan kehidupan baru serta harapan yang membebaskan mereka dari keserakahan dunia dan mengingatkan akhirat serta rindu Allah sebagai puncak tujuan yang tidak boleh hilang dari hati kaum muslimin.

Wallahu'alam.
(Sumber : Al-Islam- Ustaz Sa'id Hawwa)



"Islah nafsaka wad'u ghairuka"

DAY 1 : Tazkirah Ramadhan

AL-QURAN DITURUNKAN

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran..."
Surah Al-Baqarah : 185

Inilah kelebihan bulan Ramadhan kerana dipilih oleh ALlah SWT bagi menurunkan Al-Quran. Al-Quran diturunkan dari Bait al-Izzah secara keseluruhan lalu diturunkan ke langit dunia secara berperingkat.

Para sarjana Islam melaporkan Al-Quran tidak diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara keseluruhan dalam satu masa. Ia disampaikan secara sedikit demi sedikit berdasarkan sebab diturunkan dan keperluan perlaksanaannya pada zaman itu. Allah maha bijaksana kerana tujuannya adalah supaya perlaksanaan dan didikan lebih berkesan. Ia mengambil masa 23 tahun bagi disempurnakan.

Para sarjana Islam melaporkan, kitab-kitab langit terdahulu seperti Zabur, Taurat dan Injil juga diturunkan pada bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan mempunyai rahsia dan kelebihan yang lebih besar dari segala bulan yang lain.



"zakkirni... zakkirni... zakkirni..."
Islah nafsaka wad'u ghairuka

Ramadhan Tetamu Yang Dirindui


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt
kerana bertemu lagi dengan Ramadhan
tetamu yang dirindui...

"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah)
bulan Ramadhan,
bulan yang di dalamnya
diturunkan (permulaan)
al-Qur'an
sebagai petunjuk bagi manusia

dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu
dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)."
Surah Al Baqarah:185

Saban tahun kita menerima
kedatangan bulan istimewa ini.
Banyak persediaan yang telah dibuat.
Namun yang paling penting
bagaimana nak merealisasikan
semua teori-teori ramadhan
dan diapplykan pada diri,
keluarga dan mereka-mereka disekeliling kita.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada
kita semua pada ramadhan kali ini
dapat mempertingkatkan roh ibadah
dengan berpuasa, bersolah tarawih
dan bertadarus Al-Quran.

Hadis Rasulullah s.a.w riwayat Imam Ahmad
dan al Baihaqi daripada Abi Hurairah r.a :
...خَابَ وَخَسِرَ مَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ وَلَمْ يُغْفَرْلَهُ
Maksudnya:
Kecewalah dan rugilah
orang yang bertemu bulan Ramadhan
tetapi ia tidak mendapat keampunan Allah s.w.t

Justeru itu, rebutlah peluang yang Allah
sediakan buat kita.
Jangan dipersiakan peluang ramadhan tahun ini.
Semoga Allah berikan keampunannya
dan meraih taqwanya.
Ramadhan Kareem kepada semua pembaca.

Hari ini Naemah dan Sakinah dah pulang dari SMASKL.
Kak Long masih di KT, kata nak study.
Ok, study jangan tak study.
Wokeh... special appearance to kak long,
Umi pun rindu kak long....


Tips Ramadhan : Berpuasa dan Kekal Cergas

Menjalani ibadah puasa adalah satu kewajiban bagi umat islam. Jika dilihat dari segi kesihatan ibadah puasa yang dijalankan sebulan penuh tiap tahun ini, juga tersimpan banyak manfaat. Tetapi ia mestilah dilaksanakan dengan aturan yang betul dan tidak sekadar ikut-ikutan. Dibawah dikongsikan beberapa tips untuk memadukan antara ibadah dan manfaat bagi kesihatan kita:

1. Jangan Tinggalkan Sahur
Sahur merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa Ramadhan yang sangat disarankan, dalam sebuah Hadis disebutkan bahwa Bersabda Rasulullah SAW: "Sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkah yang besar". Kenapa sahur penting bagi kita yang menjalani puasa? Semasa menjalani ibadah puasa tubuh kita tidak mendapatkan suapan zat kurang lebih selama 14 jam. Untuk itu supaya tubuh dapat menjalankan fungsi dengan baik, sel-sel tubuh memerlukan zat dan tenaga dalam jumlah cukup. Untuk menu sahur sebaiknya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi, tapi hindari terlalu banyak mengambil makanan yang manis-manis.

Banyak memakan makanan manis diwaktu sahur akan membuat kan kita cepat lapar di siang hari. Makanan manis membuat tubuh bereaksi melepaskan insulin secara cepat. Iinsulin berfungsi memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai sumber tenaga. Sedangkan makan makanan berserat membuat proses pencernaan lebih lambat dan membantu insulin dikeluarkan secara bertahap. Untuk menjadikan tenaga dari sahur tahan lama, bersahurlah di akhir watu iaitu menghampiri waktu imsak.

2. Jangan Tunda Berbuka
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga tentunya tenaga kita berkurang. Untuk memulihkan kembali tenaga, diwaktu berbuka makanlah karbohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandung gula dapat mengembalikan tenaga kita dengan cepat. Tetapi hendaklah menghindari minuman yang bersoda, kerana ianya akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat berfungsi secara normal.

3. Makanlah Secara Bertahap
Biasanya apabila azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka, ramai yang tanpa tangguh lagi terus menikmati segala juadah yang telah tersedia di atas meja. Ini bukanlah pola yang baik untuk kesihatan. Setelah seharian perut kita tidak terisi dan organ pencernaan beristirahat, sebaiknya janganlah terus memakan dalam kuantiti yang besar. Berbukalah dengan juadah manis seperti kurma atau manisan, dan ianya haruslah dalam kuantiti yang kecil dan kemudian berehatlah sebentar. Gunakan waktu tersebut untuk menunaikan solat magrib sambil memberi waktu untuk organ pencernaan menyesuaikan keadaan. Setelah solat bolehlah diteruskan dengan makanan yang lebih berat seperti nasi dan lauk-pauknya. Dan setelah Tarawih dilanjutkan lagi dengan sesi makan ringkas seperti buah-buahan.

4. Jangan Tinggalkan Senaman
Menjalani ibadah puasa tidak bermakna berhenti bersenam atau beriadah. Badan kita memerlukan aktiviti fizikal untuk kekal cergas. Namun kita harus bijak menentukan aktiviti yang sesuai untuk tujuan ini. Sebaiknya lakukan aktiviti ringan seperti lari-lari anak atau berjalan kaki. Tarawih selain ibadah ia juga dapat menjaga kesegaran jasmani kerana semasa melakukan solat tarawih banyak kalori dibakar.

5. Minumlah Air Secukupnya
Air merupakan zat yang sangat diperlukan tubuh. Lebih dari 60 % tubuh kita terdiri dari air. Untuk menjalankan fungsinya dengan baik setiap organ tubuh kita memerlukan air. Tanpa air yang cukup tubuh akan mengalami gangguan. Untuk itu perbanyakan minum untuk simpanan dalam tubuh supaya semua organ berfungsi dengan baik. Untuk tujuan itu, berusahalah supaya kita dapat meminum lapan gelas air sebelum menjalani puasa esok hari.

6. Kendalikan Emosi
Rasulallah bersabda bahwa puasa itu bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu. Dengan kata lain tujuan puasa adalah mengurus emosi, belajar bersabar dan berupaya mendekatkan diri kepada Allah. Secara psikologi puasa mempengaruhi mental-spiritual kita. Dengan keupayaan kita mengendali emosi membuat jiwa kita tumbuh lebih sihat, dan merasakan kedekatan dengan Allah membuat hati kita damai.

****Nukilan perkongsian dari seorang teman Ukht Wan Rohana.

Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Datanglah wahai Ramadhan...



Saudariku Muslimah

Alhamdulillah, bersyukurlah kita ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kiranya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Bergembiralah kita kerana kita termasuk ke dalam golongan yang terpilih untuk menerima anugerah Allah melalui bulan Ramadhan yang mulia.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a , bila tiba Ramadhan Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ’Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan penuh barakah, di dalamnya Allah mewajibkan puasa, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak dapat kebaikannya sesungguhnya ia telah rugi.’

Maksud hadis yang lain:
Dan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda : ’Barang siapa merasa gembira dengan datangnya bulan Ramadhan, Allah mengharamkan jasadnya daripada neraka.’

Saudariku Muslimah,

Alangkah besarnya kurnia Allah untuk kita. Allah datangkan bulan Ramadhan untuk kebaikan kita, dengan menyediakan pahala yang berlipat ganda untuk hambanya yang taat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : ’Apabila tiba permulaan malam bulan Ramadhan, maka Allah s.w.t berfirman : Barangsiapa cinta kepadaKu maka Aku pun cinta kepadanya, barangsiapa mencari Aku, maka Aku pun mencarinya,dan barangsiapa minta ampun kepadaKu maka Aku pun mengampuninya, disebabkan mulianya bulan Ramadhan. Maka Allah memerintahkan Malaikat Kiraaman Kaatibin (malaikat pencatat) agar dalam bulan Ramadhan mereka mencatat segala kebaikan umat Muhammad s.a.w dan tidak mencatat perbuatan buruk mereka,dan Allah menghapuskan dosa-dosa mereka yang telah lalu.

Saudariku Muslimah,

Salah satu ibadah utama yang difardhukan dalam bulan Ramadhan ialah ibadah puasa. Setelah melalui proses pembentukan selama 15 tahun maka pada tahun ke-2 Hijrah turunlah perintah berpuasa bulan Ramadhan ke atas orang Islam melalui ayat 183-184 Surah Al Baqarah yang bermaksud:
Hai orang-orang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan terhadap orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa. Puasa itu hanya beberapa hari tertentu, barangsiapa diantaramu ada yang sakit atau sedang bepergian,maka hendaklah dia berpuasa pada hari yang lain (sebanyak hari yang dia tidak berpuasa).

Allah SWT Maha Mengetahui bahawa manusia memerlukan pertolongan dan dorongan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah ditentukan olehNya. Oleh itu Allah menyeru dengan satu panggilan yang sangat tinggi dan mulia iaitu ’Wahai orang-orang yang beriman’ yang menjadi pendorong kepada orang mukmin. Bagi generasi al Qur’an ( sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w) apabila menerima panggilan ini mereka menunggu-nunggu apakah perintah yang akan diturunkan untuk mereka lalu mereka terima dengan patuh. Justeru, apabila perintah berpuasa diturunkan mereka terima dengan penuh kesyukuran. Bagaimana pula dengan kita dan masyarakat kita hari ini?

Allah swt memfardhukan ibadah puasa ke atas orang beriman adalah untuk menyediakan hati mereka menjadi orang yang bertakwa kepada Allah swt. Jadi puasa adalah alat untuk mencapai ketakwaan kepada Allah swt sedangkan orang yang bertakwa mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t yang ganjarannya adalah SYURGA. Oleh itu saudariku, marilah kita sama-sama meneliti bagaimanakah jalan-jalan untuk menuju ketakwaan itu.

Ulama-ulama memberi peringatan, kita hendaklah berusaha untuk menyediakan hati yang salafiyah (bersih), hasasiyah (mudah terasa -sensitif) dan khoshiyatillah (takutkan Allah). Dalam melaksanakan ibadah ini hati kita kena betul-betul ikhlas kerana Allah s.w.t. Kita kena sensitif dan menjaga puasa kita supaya tidak tercemar oleh perbuatan-perbuatan kita. Setiap detik dalam kehidupan kita perlu dilalui dengan berhati-hati supaya tindakan-tindakan kita tidak mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Saudariku Muslimah,

Hiasilah puasa kita dengan meningkatkan amalan-amalan sunat seperti membaca Al Qur’an, bersedekah di jalan Allah, solat tarawikh, bermunajat, memberi makan orang yang berpuasa dan amalan-amalan lain yang semuanya akan diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Akhir sekali saudariku marilah sama-sama kita hayati maksud firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran ayat 133 :

’Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.’

Allahu a’lam.

**petikan ditulis oleh Ketua HALUANITA Pahang, Kak Zaini yang kini berada di bumi Mekkah kerana menunaikan ibadah umrah. Moga Allah menerima segala amal kita.

"Islah nafsaka wad'u ghairuka"

Anakanda ku...



Anakanda ku sedang membesar.
Memang seorang yang aktif
tak leh duk diam.
Namun tiba masa tumbang juga...

Anak-anak istimewa



Biasalah selaku wartawan paling sibuk kat SMKPB,
hari ini saya berkejar ke Bilik Pendidikan Khas
untuk tangkap@ambik gambar
kerana BOSS saya turun padang
membuat demonstrasi (betul ke ejaan ni?)
membuat muffin kepada pelajar2 pendidikan khas.
BOSS kata dia belajar buat muffin ni dari kak nab.
Huhu... tu lah hari tu tuang ! Tak sempat
belajar dari kak nab...



Kemudian bebudak tuangkan ke dalam cawan kertas.



Alhamdulillah, anak-anak istimewa ni rajin,
mengalahkan yang normal...



Hasilnya... lazat sekali.
Berminat boleh tempah,
tapi bukan dengan saya...
Kena buat order dengan
pelajar pendidikan khas ye!.

Maka yang saya belajar hari ini?
Kekurangan bukan kelemahan
tetapi peluang yang perlu dimanafaatkan...

Di ambang Ramadhan



duhai hati
ambang pintu ramadhan pasti tiba
sibukkan dirimu dengan
kewajiban2 yang ada di dalamnya

ramadhan bulan baraqah
ramadhan bulan rahmat
ramadhan bulan kebahagiaan
ramadhan bulan al-qur'an
ramadhan bulan rohani
ramadhan bulan kebersihan jiwa
ramadhan bulan munajat
ramadhan bulan hubungan Al-Mala'ul A'la
ramadhan bulan permohonan
ramadhan bulan munajat
ramadhan bulan hidayah
ramadhan bulan petunjuk kebenaran
ramadhan bulan memohon ampun
ramadhan bulan meninjau lembaran2 masa lalu
ramadhan bulan menyucikan diri
ramadhan bulan beramal
ramadhan bulan taubat
ramadhan bulan sedekah
ramadhan bulan zuhud
ramadhan bulan mencari lalilatul qadr
ramadhan bulan ibadah
ramadhan bulan mendekatkan diri dengan Allah

duhai hati
dalam menanti hari yang berbaki
Allahhumma ballighna ramadhan....

"Islah nafsaka wad'u ghairuka"

Roadshow

Pagi menghadiri Roadshow Dana Fasa III
Pembangunan SMASKL di SeRIA.
Majlis bermula dengan alunan bacaan quran
yang cukup menyentuh qalbu...
Surah Al Baqarah : 261 - 268



Sampai rumah saya capai Al-Quran
dan baca balik terjemahan ayat tersebut.
Saya kongsikan terjemahannya di sini
untuk tatapan kita bersama.
Ayat2nya agak panjang,
tapi saya rasa banyak yang tersirat
yang boleh kita cuba praktikkan

261"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."
Subhanallah, cuba bayangkan 1 je kita beri tapi ganjaran dari Allah 700 kali ganda!!! Tidakkah kita merasai untuk merebut peluang ini???

262"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
Ingat, infaq kita biar ikhlas. Jangan disebut2 tentang pemberian yang telah diberikan.

263"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."

264 "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."
Peringatan Allah kepada kita
tentang bahaya riya'.

Kata AsSyahid Sayyid Qutub
dalam FiZhilallil Qur'an,

batu yang licin yang di atasnya ada tanah

menggambarkan hati yang keras
di bungkus dengan riya'.

Dan hati orang yang memberikan
infak
dengan riya' kepada manusia,
tidak membuahkan kebaikan
dan
menghasilkan pahala.

265"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat."
Manakala hati orang yang beriman
diumpamakan dengna kebun yang subur.
Dan hujan dapat menghidupkan,
menyuburkan
dan menumbuhkan kebun tersebut.


266"Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya."

267"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
Dan pastikan apabila kita berinfak,
berikan yang terbaik!


268"Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."
Berwaspadalah kerana syaitan
yang sentiasa
mencari jalan
untuk menggoda anak adam.


Dan moga ramadhan yang akan menjelma nanti
mencetus hati kita untuk terus berinfak.
Ibnu Abbas melaporkan Rasulullah SAW
paling pemurah dalam bulan Ramadhan.
Maka apakah salahnya jika kita
turut berinfak atau menafkahkan
sebahagian dari harta yang Allah
pinjamkan kepada kita...

Wallahu'alam.

"Islah nafsaka wad'u ghairuka
- Islah diri dan ajak orang lain
.

Apakah yang paling dekat dengan kita?



"Cantik kain?" tegur suami kepada saya selepas solat tadi.

"Ya, tadi masa hadiahkan kurma kepada Kak Yah dia balas pulak dengan kain batik ni." cerita saya.

"Kain batik lepas, tak jahit lagi. Eloklah tu." sambung saya lagi.

"Eh... elok? Kenapa pulak?" tanya suami saya kehairanan.

"Yelah, hari tu Kak Ani beri sudah satu, tak berjahit juga. Campur dengan ini jadi dua. Eloklah kalau saya pergi dulu, awak tak susah nak cari kain, satu buat tutup kepala, dan satu lagi tutup kaki, sedang eloklah tu..." terang saya dengan panjang lebar.

"Ehem... eloklah tu, tapi orang ingat mati bersedia dengan amal dulu. Siapa2 pun boleh pergi dulu, kita tak tahu mungkin saya pergi dulu..." ujar suamiku.

Masya'Allah bersediakah saya untuk menghadapi saat2 itu....? Cukupkah amalan ku ya Allah? Pagi tadi pun kita telah dikejutkan dengan pemergian ustaz Asri Rabbani. Sebagai public figure pemergiannya cukup memberi impak kepada peminat2 nasyidnya, termasuk saya. Alunan nasyidnya bersama Nada Murni dulu cukup memberi semangat masa muda2 di universiti dulu.


Namun mampukah kita melihat kematian
sesuatu yang mewarnai kehidupan kita
agar dengannya kita membuat persiapan
untuk bertemu dengan Al-Khaliq.

"Ghaib yang dirahsiakan tapi penuh hikmah."
pesan seorang sahabat ketika usrah tadi.

"Jadikan kematian sebagai
tazkirah yang
paling bermakna
untuk melembutkan hati kita.
"
ujar sahabat saya lagi.

Teringat saya pertanyaan Imam Al-Ghazali
dengan anak muridnya,
"Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini?"
Ada pelbagai jawapan,
"orang tua, guru, teman, kaum kerabat..."
Tapi jawab Iman Al-Ghazali,
"Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa
setiap yang bernyawa akan mati..."
(surah Ali-Imran:185)

Wallahua'lam.

"Islah nafsaka wad'u ghairuka
- Islah diri dan ajak orang lain
.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu