Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Musafir Hijrah....

Assalamu'alaikum wrt....
Alhamdulillah dengan kasih dan sayang Allah
masih diberi peluang untuk ummi meneruskan penghidupan ini.
Terlalu lama ummi tak menulis, batasan masa dan tugas
menjadikan ruang dan peluang terhad.
Tapi malam ini ummi gagahkan juga untuk men
ulis
sesuatu buat tatapan walid yang sudah memulakan
musafir hijrahnya ke jubail saudi,
meninggalkan ummi dan anak2 di bumi malaysia.
Lalu tulisan2 ummi nanti menjadi penghubung
rindu antara kami anak beranak...
Pagi tadi umi hantar walid kat airport kuantan.
Connecting flight walid malam nanti
KLIA - Abu Dhabi - Dammam.
Semua ada kecuali sakinah dan abbas yang
kena dihantar awal juga ke SMAKL sebab
driver dah tak de nak hantar balik...
Kehadiran sahabat2 walid menghilangkan rasa hiba
ummi dan anak2, kalau tak banjir airport...
Walid naik Etihad Airways. First time ummi
dengar nama ni, cari2 jumpalah gambar ni...
Said Ramadhan... tadi kat airport steady je.
Tapi siapa sangka, petang tadi
2 kali air matanya berderai juga...
merajuk sampai tertidur...
Baru beberapa jam, hatinya sudah merindu.
Ummi... inysa'Allah setakat ini Allah masih
beri kekuatan untuk ummi bersabar dan terus berdoa
agar keluarga kami terus dilindungi dan dipelihara Allah.
Siapa tak sedih... tapi semua dalam penyusunan Allah.
Alah tegal jadi biasa... itulah yang terjadi
tiap kali walid dapat kerja baru...
Mula2 dulu bila bertukar dari perwaja ke black & decker,
walid berulang alik dari kemaman ke singapore.
Alih2 ummi bersalinkan kak long tanpa walid di sisi...
Kemudian dari black decker ke polyplastics
walid hampir 2 bulan ke jepun, ummi bersama
kak long, naemah dan sakinah yang masih kecil masa tu,
ulang alik ummi menghantar ke sekolah n nursery.
Sekarang dari polyplastics ke sabic....
Beribu batu walid dan ummi dipisahkan.
Meski pun ummi akan ke sana juga untuk ikut walid,
tapi tak pasti lagi bila, untuk dapatkan visa keluarga
mungkin memakan masa juga.
Tapi alhamdulillah sekarang anak2 ummi semua sudah
besar panjang, sudah boleh mengerti pengorbanan
walid dan ummi. Hanya doa yang mampu
ummi lafazkan, moga Allah membantu
ujian dan dugaan ini.....

Dua tiga hari lepas sebelum pergi
ummi tanya walid, "Apa nak pesan?"
Walid macam biasa simple je jawabnya,
"Hari tu masa abang dalam tempoh berehat selepas
pembedahan appendiks, abang dah habis baca buku
Imam2 Yang Benar, Dah tahu kisah apa?
Kisah 4 imam mazhab iaitu imam abu hanifah,
imam malik, imam syafie dan imam ahmad ibnu hanbal.
Mereka imam ini semua merantau untuk
mencari ilmu...." Ummi diam je... Walid meneruskan ceritanya.
Dan akhirnya walid kata,
"Hijrah abang kecil je berbanding ulama' tu..."

4 comments:

Faiz Ezanee March 20, 2012 at 9:26 PM  

Semoga semuanya dalam pelihara Allah.

Ayat hujung tu paling menusuk kalbu. Sgt memberikan inspirasi! Subhanallah.

Hajah Zainab bt Abdullah March 20, 2012 at 9:30 PM  

InsyaAllah segalanya dipermudahkan...tabahkan hati,ada kebahagiaan yang menanti Pah dan famili..:)

effariessa71.blogspot.com March 20, 2012 at 9:52 PM  

Jauh hanya di mata...di hati dekat selalu. SKYPPE kan ada...

nor zalida March 20, 2012 at 11:15 PM  

airmataku yg menitis membaca coretan k dah ini...byk2 sabar d berdoa..semoga Allah swt sama2 memberi kita kekuatan menempuhi dugaanNya...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu