
Begitulah Allah sentiasa mengingatkan hati2
kita tentang kebenaran yang pasti akan berlaku
kepada setiap daripada kita.
Tadi petang bonda kepada jiran saya kak nor
telah di panggil pulang oleh ALlah swt.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh bondanya
dan menempatkannya bersama2 mereka yang beriman.

Selepas jenazah disolatkan di masjid sg isap damai 2,
ia dibawa ke tanah perkuburan di kg langgar pekan.
Saya bersama suami dan anak2 turut mengiringginya
Kereta kami mengekori di belakang van jenazah.

pengalaman ini sebagai satu tazkirah yang bermakna
bahawa kita juga akan menuju
ke destinasi yang sama... tapi bila...? Wallahu'alam.
Maka itu menjadi rahsia dan hikmah Allah swt
supaya kita sentiasa bersedia membuat amal
sepanjang nyawa kita masih dipinjamkan oleh Allah swt.....
0 comments:
Post a Comment