Subhanallah... mereka2 adalah yang terpilih
menyahut panggilan konvoi...
menyahut panggilan konvoi...
Peserta Konvoi dari Malaysia Diumumkan
KUALA LUMPUR, 15 Mei – Seketariat Lifeline4Gaza hari ini mengumumkan senarai peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar yang akan menerobos sekatan ke atas Semenanjung Gaza tidak lama lagi.
Semua permohonan untuk menyertai konvoi ini disaring dan dipilih oleh pihak penganjur utama konvoi, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki.
Konvoi dari Malaysia akan diketuai oleh Sdr Noorazman bin Mohd Samsuddin yang juga merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza di Malaysia.
Berikut ini disenaraikan nama-nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:
1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal
3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan
4. Dr Selamat Bin Aliman
5. Jamuliddin Bin Elias
6. Al Hami Husain Bin Suhaimi
7. Mohd Nizam Bin Mohamad (Wakil Media)
8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Wakil Media)
Dua lagi slot untuk wakil media telah dikhususkan untuk TV3, tetapi setakat pengumuman ini dikeluarkan, penyertaan daripada TV3 masih belum muktamad.
Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran rakan media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, I Luv Islam dan TV3.
Peserta konvoi akan diberikan taklimat pada 16hb Mei. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 18hb Mei pada masa dan tempat yang akan diumumkan kelak.
Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian. -ihhh
SUMBER : http://www.lifeline4gaza.org/
0 comments:
Post a Comment