
Semalam seharian berroadshow
di masjid omar alkhatab, pagi ini di masjid yang
sama kami berkumpul dan berkonvoi dari kuantan
memulakan musafir ke stadium melawati
untuk menghadiri perhimpunan perdana palestine
sebagai acara kemuncak kutipan dana
untuk lifeline4 gaza.
Semua sekali ada 9 kenderaan berkereta.
Namum ramai lagi yang sudah memulakan
perjalanaan mereka lebih awal.
Dengarnya sahabat2 dari utara,
timur dan selatan datang dengan berbas2.
Tapi alhamdulillah, inilah kekuatan dan
kemampuan yang mampu kami kumpulkan.
Kami datang bersama membawa
hati untuk berhimpun dalam suasana
penuh bersemangat dan berukhwah.

di stadium melawati menghampiri jam 5 petang.
Kelihatan kereta masih belum penuh di kawasan
parking tapi gerai2 sudah mula dibuka.
Kami dari pahang juga membuka gerai jualan.
Jazakallah kepada akh muda mua'alim azim alhafiz
yang dari semalam lagi bertungkus lumus
menjadi penjual yang setia.
Allahuakbar!!! Itulah semangat orang muda...

bahagian bawah sudah penuh diisi.
Anak2 muda, ibu2 dan ayah2 masing2
penuh ceria dan bersemangat dengan
gaya ala2 palestine masing2...

termasuklah naemah.
Doa umi semangat orang muda
tidak terhenti di sini.
Tugas d&t menunggu kita selepas ini.

dari shoutulharakah.
Tengok nazirah tu... boleh tahan ye...

All together almost 10k...
Majlis malam bermula dengan solat maghrib berjamaah.
Bila azan maghrib berkumandang di dewan
terasa seperti seruan jihad memanggil2.
Penuh dataran dewan stadium
dan disini hati2 kami berkumpul dan
bersatu dalam suasana penuh syahdu...
Saya mengambil tempat duduk di bahagian tengah.
Hanya sekadar camera hp
saya memetik beberapa gambar
bagi merakamkan detik2 penuh bersejarah.
Posisi yang agak jauh,
maka gambarnya agak kelabu

pengarah LL4G membuat ucapan aluan.
"Saya menyeru agar hadirin bermunajat
moga konvoi ini berjaya..."

Beliau berpesan, "Laksanakan projek Lifeline4Gaza ini
sebaik mungkin agar ia diterima
sebagai ibdah kita kepada Allah swt..."

"Suasana seperti ini biasa apabila kami
bernasyid di negeri seberang, tapi ini julung
kali kami merasakannya di sini...."

Dengan penuh bersemangar Dr Azizan Ahmad
memberi kata2 motivasi untuk berinfak.
memberi kata2 motivasi untuk berinfak.

membuat persembahan nasyid yang penuh bertenaga.
Berkumandang merah saga & pelastina
begitu membangkitkan jiwa yang mendengar.

Dari jauh saya melihat barisan pewaris,
hati saya tersentuh.
Anak2 ku... semangat mu bukan hanya di sini.
Masih jauh lagi misi d&t kita.
Kita masih tidak tahu bagaimana
Allah akan menguji kita.
Jiwa mu mesti benar2 mantap dan teguh
dengan iman....


ikatan bantuan antarabangsa ikatna ulama' palestin.

Alhamdulillah malam ini saja lebih RM100k terkumpul.
Manakala keseluruhan dana hampir RM1.1 juta terkumpul.
Majlis diakhiri dengan bacaan resolusi
dari anak2 muda yang penuh bersemangat
dari kalangan haluansiswa dan karisma-jim.
(huhu... got the picture but too blur.)
Alhamdulillah, di malam hati2 kami berhimpun
mencari keredhaan mu dalam membantu
saudara2 kami di palestine. Kami hanya mampu
mengumpul dana dalam bentuk wang
untuk keperluan2 asas di gaza.
Subhanallah, masih jauh lagi...
Cuba singkap ucapan as-syahid hassan albanna
ketika beliau menyatakan perasaan rakyat lembah nil
terhadap palestin di sebuah perhimpunan
pada ahad, awal safar, 1367 bersamaan
14 disember 1947, selepas solat zuhur,
di padang al azhar as syarif.
Ketika itu lebih setengah juta dari
kalangan rakyat mesir, dari berbagai golongan
dan pertubuhan, beramai2 menunjukkan
perasaan Islamiyah terhadap perjuangan palestine.
(perhimpunan malam ini baru 10k...)
Al mursyid berdiri memandang dengan teliti dan berucap,
"Darah kita adalah sebagai tebusan untuk
pembebasan palestin wahai pemimpin arab!
Kamu lah panglima dan
mereka itu adalah angkatan tenteranya.
Mereka ini telah mewakafkan
darah mereka untuk membela palestin."
"Wahai pemimpin Arab!
Sesungguhnya angkatan muda ini
tidak bermain2 tetapi
mereka benar2 bersungguh2.
Mereka telah berjanji kepada Allah,
kemudian kepada tanah air.
Mereka ini mati kerananya.
Sekiranya kita kekurangan senjata,
kita akan rampas dari musuh2 kita
dan kita akan melemparkan mereka ke laut."
"Wahai para pemimpin kebangsaan arab!
Sesungguhnya dunia telah berpakat
hendak merampas hak kita.
Kita telah berjanji kepada Allah samada
untuk hidup mulia ataupun kita mati mulia.
Di atas mimbar ini sukacita aku istiharkan
bahawasanya al ikhawanul muslimin
telah mendermakan 10 000
(sepuluh ribu) sukarelawan.
Mereka itu sedang bersiap sedia
dengan secukupnya untuk menyahut
panggilan kamu ke jalan menyelamatkan palestin..."
Subhanallah... bayangkan as syahid
menghantar sukarelawan seramai kami yang
ada dalam stadium pada malam ini
memburu untuk mati mulia...
Ya Allah... di malam hati2 kami berhimpun
tapi membawa jiwa2 yang besar
terimalah amal2 kami...
menghantar sukarelawan seramai kami yang
ada dalam stadium pada malam ini
memburu untuk mati mulia...
Ya Allah... di malam hati2 kami berhimpun
tapi membawa jiwa2 yang besar
terimalah amal2 kami...
1 comments:
sama2lah kita berdoa agar rakyat palestin mendapat 'cahaya' dari Allah SWT nanti.
Post a Comment