Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Liputan Perhimpunan Perdana Palestin

Solidariti NGO di Perhimpunan Perdana Palestin

SHAH ALAM, 8 Mei - Hampir 10,000 orang telah hadir dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang dianjurkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) bersama-sama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Global Peace Mission, Muslim Care dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin

Perhimpunan dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin. Beliau menjelaskan objektif program LifeLine4Gaza iaitu mempertahankan bumi Al Quds dari penjajah Zionis, memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Konvoi Menerobos Tembok Kematian di Gaza, solidariti NGO-NGO dan rakyat yang prihatin dengan Palestin, dan menjadikan Majlis Kemuncak Projek Pengumpulan Dana untuk Konvoi LifeLine4Gaza . Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti LifeLine4Gaza yang dibuat sebelum ini antaranya ialah siri pengumpulan dana dari aktiviti-aktiviti yang dibuat sejak 2 bulan lalu seperti konsert nasyid amal, jamuan makan malam, ceramah-ceramah Palestin di masjid-masjid dan di surau-surau di seluruh negara.

Presiden Haluan Malaysia, Dr Abdullah Sudin Bin Abd. Rahman

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Bin Abd. Rahman. Di dalam ucapan ringkas tersebut beliau menegaskan bahawa usaha membawa Palestin ini ada hubungkaitnya dengan permasalahan aqidah ummah Islam. Setiap daripada ummat Islam perlu merasai dan prihatin terhadap isu Palestin.

Encik Tuan Mokhtar Hani, Timbalan Datuk Bandar, Bandaraya Shah Alam.

Perhimpunan ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg Datuk Mazelan bin Md Noor diwakili oleh Encik Tuan Mokhtar Hani, Timbalan Datuk bandar, Bandaraya Shah Alam. Beliau menjelaskan kesungguhan dan keazaman yang ditunjukkan oleh gabungan puluhan NGO tempatan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam ini boleh menjadi contoh kepada rakyat Malaysia betapa kita boleh bersatu untuk Palestin dan mengetepikan perbezaan politik dan fahaman peribadi demi bersama-sama dengan rakyat Palestin.

Setiausaha Agung Jamaah Islah Malaysia (JIM), Tuan Haji Nahar b Mohd Nor

Naib Pengerusi Muslim Care, Encik Zulkifli bin Mohd Nani

Sesudah majlis perasmian, majlis bermula dengan pidato dari wakil-wakil NGO Jamaah Islah Malaysia(JIM) Tuan Haji Nahar b Mohd Nor, Setiausaha Agung Jamaah Islah Malaysia(JIM), Encik Zulkifli bin Mohd Nani, Naib Pengerusi Muslim Care merangkap Ahli Majlis MBSA diselangseli dengan persembahan multimedia dan nasyid oleh In-Heart, Muadz, Raihan dan Shoutul Harakah.

In-Heart

Bro Muadz

Raihan

Shoutul Harokah

Turut berucap adalah Syeikh Ziyad Al-Qishawi, Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin dan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc. Mereka berdua menyampaikan salam perjuangan dan terima kasih tidak terhingga dari rakyat Palestin kerana sanggup memberikan sumbangan dan doa di atas mala petaka yang dikenakan ke atas mereka selama ini.

Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Ziyad Al-Qishawi

Untuk rekod, krisis kemanusiaan selama ini di Palestin membangkit rasa kebersamaan kepada rakyat dan NGO prihatin negara ini yang menggerakkan konvoi Lifeline4Gaza – Break The Siege ataupun Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian. Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG).

Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-empat iaitu Lifeline4Gaza. Satu usaha besar-besaran iaitu satu konvoi yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 9 buah kapal dan bot.

Kempen ini diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-dua lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Kemuncak majlis ialah penyerahan cek NGO-NGO kepada Naib Presiden IHH. HALUAN Malaysia telah menyumbangkan RM800 ribu ringgit, JIM menyumbangkan RM200 ribu ringgit di samping sumbangan cek oleh Muslim Care dan lain-lain NGO. Pada malam itu juga Dr. Abdullah Sudin bin Abd. Rahman telah melancarkan kad sumbangan RM10 ringgit sebulan untuk diedarkan kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin.

Muslimat turut bersama

Sebelum majlis berakhir, resolusi membantu perjuangan Palestin telah dibacakan oleh pimpinan Pemuda dan Mahasiswa yang prihatin diketuai oleh Saudara Anaqi bin Salleh, Presiden Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) dan Saudara Abdullah Omar bin Ahmad Fuad, Presiden Karisma-JIM. Rayuan ringkas kutipan yang penuh semangat dikendalikan oleh Dr. Azizan Ahmad, Naib Presiden 3 HALUAN. Alhamdulillah, jumlah kutipan semasa Perhimpunan Perdana Palestin ialah RM123,869.00. Sebelum bersurai majlis dibacakan dengan doa penutup oleh Ustaz Daniel Salehi, pengajar Sek Menengah Ibnu Khaldun.

Kepimpinan HALUANSiswa & KARISMA-JIM

Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Namun jumlah yang dikutip itu masih perlu ditingkatkan lagi bagi menjayakan projek LL4G ini. Sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut:

Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"
Nombor akaun: 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad

SUMBER : http://www.haluan.org.my/

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu