Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Kenyataan Media CMT-LL4G1

Kenyataan Media CMT-LL4G 1

Kenyataan Media CMT-LL4G 1
KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

SUMBER : http://www.lifeline4gaza.org/

Media mula berbicara...

Media sudah mula berbicara tentang gaza.
Tadi di astro awani wartawan suhaimi
mewawancara mereka2 yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dengan
misi bantuan kemanusiaan ke gaza.
Namun hati isteri mana yang tidah resah,
hati ibu mana yang tidak gulana.
Namun yakinlah apa2 pun sukarelawan
kita ialah mereka yang telah dipilih oleh Allah,
sudah memutuskan untuk menyerahkan
jiwa dan raga mereka berjihad dijalan ALlah.
Mereka2 ialah yang telah berjanji dengan Allah
samada hidup mulia atau mati mulia....
Apa2 pun jangan kita putus berdoa.
Allah bersama mereka yang menolong agamaNya....

Doa, doa, doa dan doa.....

Doa, doa, doa dan doa....
Can't express any words...

Israel attacks Gaza aid flee, Israeli forces have attacked a flotilla of aid-carrying ships aiming to break the country's siege on Gaza.Up to 16 people were killed and dozens injured when troops stormedthe Freedom Flotilla early on Monday, the Israeli Army Radio said.The flotilla was attacked in in...ternational waters, 65km off the Gaza.

Berita terakhir di http://twitter.com/lifeline4gaza

# Kepada Allah kami berharap, kerana kami ini tiada kekuatan kecuali itu 12:24 PM May 30th via web

# Kami sedang jlnkan tugas yg kami pikul, anda juga ada tugas yg mesti ditunaikan 12:23 PM May 30th via web

# INGAT! apa tugas anda? 1) sebarkan maklumat, 2) doa utk kami 12:23 PM May 30th via web

# expect sampai Gaza jam 7pg esok 12:22 PM May 30th via web

# sbgmn d sebut sblm ni, kami expect hostility drp navy/komando zionis. jam 11 mlm hingga 3am kami FULL alert 12:22 PM May 30th via web

# fasa kritikal. takat ni alhamdulillah takdak incidents, w/p ada nampak mcm drones flying up there 12:21 PM May 30th via web

# skrg jam 10mlm (3am KL) kami semakin menghampiri Gaza 12:19 PM May 30th via web

# ada juga sorang profesor dlm intl law dan human rights, bekas MP 4:13 AM May 30th via web

# semuanya 5 org MPs drp German. Sorang drp mrk adlh defence committee parliament German 4:11 AM May 30th via web

# Israel expanded military zone kpd 68 miles off Gaza Coast 4:10 AM May 30th via web

# Breakign News: kami akanbergerak 1 jam lagi - Bulent. 4:09 AM May 30th via web

# 2 Mps drp German. 3 lagi dlm kapal lain 4:09 AM May 30th via web

# jgn lupa sebarkan maklumat konvoi ke mana saja, kita berperang media skrg 3:36 AM May 30th via web

# skrg ada press conf dulu brsm MP drp German 3:35 AM May 30th via web

# doa, doa, doa 1:39 AM May 30th via web

# kalau ada emergency, IHH akan ambil alih semua media 1:39 AM May 30th via web

# again, tak sure if we'd be connected again. pressure in the press room now. Anyway, apa2pun ikuti update kat Al Jazeera 1:38 AM May 30th via web

# mlm tadi depa dah buat drills. good, takdak sapa sgt yg perasan. 1:37 AM May 30th via web

# once kita bergerak nanti, 200 petugas akan mula ambil tempat purely utk keselamatan sepanjang perjalanan. 1:37 AM May 30th via web

# Everythıng else: team msia sdg join cultural events at the back - dengarnya depa kena nasyid 1:35 AM May 30th via web

Lagi dari mavi marmara

Petang sempat melihat laporan live dari
mavi marmara. Moga perjalanan mereka
membawa bantuan kemanusiaan selamat sampai ke gaza.

Ini wartawan al-jazeera yang membuat liputan.


Masya'Allah... wawancara dengan salah seorang
peserta konvoi dari german.
Tengok walau pun sudah tua semangatnya muda...


Sambil tu ditunjukkan persiapan yang telah dibuat
oleh penduduk di pelabuhan gaza untuk
menerima bantuan kemanusiaan tersebut.
Terharu melihat harapan mereka....

Family get together...

Pagi ini saya dan suami (berdua je...)
breakfast di lengkuas lagi...
Hari ini cuba pecal. Boleh tahan...
Pagi yang ada ambil kesempatan
berbual mesra dengan ayahbonda.
Maklumlah sejak sakit dulu tak balik2 kampung.
Hari ini bertemu, macam2 bonda cerita....

Hampir tengahari umi su sampai.
Apa lagi bertemu 'abbas, sa'id, syukri dan syafi'e.
Crazy with football...
Tengok kepala bulat2 macam bola juge...

Ini Safwan... sudah 3 bulan dan boleh meniarap.
Apa lagi kak sarah the babysitter tak lepas tangan...

Umi su belanja nasi beriani...
Terima kasih...

Sa'id happy with syafi'e.
Apa taknya umi su suap makan...

Ayahanda and menantunya...
Nak gi mana tu???
Jawab ayahnda, "window shopping kat kedai hardware..."
Wah... boleh tahan juga tokki ni...

Ayah long and family sampai.

Umi yah pun ada...


Siap memeik bunga di taman umi 'ah...

Sudah kenyang, ayah long pun pulang...


Sempat dengar laporan wartawan aswad di astro awani.
Dr syed haleem yang pandai berbahasa turki
sedang menterjemahkan wawancara dengan
pemimpin turki di dalam kapal mavi marmara.

Malam bersolat maghrib di masjid putrajaya
sambil bawa anak2 jalan...


Akhirnya singgah kedai mph di alamanda.
Tengok apa jadi apabila hajat tidak dipenuhi....

Alhamdulillah....

Alhamdulillah, Kami Akhirnya Berlayar Ke Gaza

Selepas tertangguh selama 2 hari, kapal Mavi Marmara akhirnya meninggalkan Pelabuhan Yeni Antalya tepat jam 00:30 pagi (5:30 pagi waktu Kuala Lumpur) menuju ke Laut Mediterranean. Suasana di atas kapal penuh ceria, di mana peserta bersorak dan bertasbih sambil melaungkan takbir. Sesungguhnya masa menunggu selama 2 hari adalah terlalu lama bagi kami yang sekian lama bersiap sedia untuk melihat bumi Gaza.

Perjalanan daripada Kepez Arena bermula dari jam 5 petang lagi. Puluhan buah bas membawa peserta-peserta konvoi yang diiringi oleh kereta-kereta dan kibaran bendera. Kanak-kanak, remaja dan warga emas, semua melambai-lambai tangan kepada rombongan bas ini, ada yang menjerit-jerit dengan kata-kata sokongan, ada yang menitiskan airmata. Bandar Antalya bagaikan menyambut satu pesta perayaan, sehinggakan bunga-bungaan ditabur sepanjang perjalanan daripada Kepez Arena hingga ke Pelabuhan Yeni.


Sambutan di Pelabuhan Yeni begitu meriah sekali. Pelbagai lapisan rakyat menyambut ketibaan bas membawa peserta konvoi dalam suasana penuh sesak. Jalan masuk ke pelabuhan dipenuhi dengan kibaran bendera dan tembakan bunga kertas bewarna-warni ke udara. Berbagai-bagai lagu berbahasa Turki dinyanyikan, setiap mereka yang hadir tidak mahu ketinggalan melaungkan takbir dan bersalaman dengan peserta konvoi.

Kira-kira 560 orang peserta konvoi menaiki kapal Mavi Marmara ini. Kapal penumpang ini diiringi oleh dua buah kapal kargo, di mana mereka akhirnya akan bergabung di perairan Cyprus dengan 6 buah kapal lain yang belayar dari Eropah. Kapal-kapal ini dijangka tiba di perairan Gaza pada hari Sabtu.

Dalam pada itu, Zionis Israel terus mengeluarkan ancaman kepada konvoi ini. Israel dikatakan akan menghalang kemasukan konvoi ini walaupun dengan menggunakan kekerasan dan tindakan ganas. Dalam masa yang sama, penganjur utama konvoi iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan peserta-peserta konvoi terus menzahirkan kecekalan mereka untuk memastikan bantuan kemanusiaan ini sampai ke Gaza. Dalam satu sidang media yang diadakan di Kepez Arena sebelum mereka bertolak ke Pelabuhan Yeni, semua perserta bersatu dalam ikrar mereka untuk melancarkan kempen dan demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia sekiranya Israel bertindak ganas terhadap konvoi ini.

Presiden IHH, Bulent Yildirim berkata bahawa mereka tidak akan membiarkan konvoi ini diganggu oleh Israel. “Hari ini kita akan berlepas, semoga Allah memerlihara perjalanan kita. Kita jumpa lagi di Gaza”, kata Bulent disambut dengan sorakan dan takbir.

Dalam ucapan mereka di sidang media tersebut, wakil-wakil konvoi daripada Vatican, Malaysia, Indonesia, Algeria, Kuwait, Pakistan, Palestin, Yaman, Belgium dan berbagai negara lain lagi turut melafazkan janji keazaman dan kecekalan mereka untuk sampai ke Gaza. (Mohd Nizam/LL4G)

SUMBER : http://www.lifeline4gaza.org/

Bermusafir....

Semalam walidnya sudah bertolak ke shah alam
kerana perlawanan futsal relawan haluan.
Hari ini sedang elok cuti wesak
saya bersama anak2 menuju ke
kuala lumpur dalam misi ziarah.
Sebelum tu sempat singgah di r&r temerloh
beli ikan patin untuk makan lunch nanti.
Huhu... anakanda muhammad 'abbas
tak puas2 makan ikan patin masak tempoyak,
suka benor... Menghampiri jam 2 sampai
di rumah umi 'ah di bangi. Ayahanda dan bonda
sudah berada di sini sejak seminggu lalu.

Selepas asar, hujan masih belum reda,
pergi menziarahi uncle ayub di hukm.
Alhamdulillah, beliau selamat menjalani
aortic valve replacement surgery,
tapi masih di icu dan keadaan stabil.
Banyak2 berdoa dan bersabar.
Ada hikmah disebalik ujian2 dunia dari Allah.

Bertandang...

Tadi bertandang ke rumah hajjah hatijah gan
bersama rombongan yang tak dapat hadir
kenduri kahwin anak beliau hujung minggu ni.
Masing2 ada urusan2 keluarga yang nak diuruskan
termasuk saya... (ke kl ziarah umi 'ah).
Tahniah kat puan hajjah sebab dapat menantu.
Maaf dari kami sebab tak dapat meraikannya
pada hari yang diadakan.
Tapi tabik kat puan hajjah dan anaknya
sebab bunga2 telur dan kristal tu
hasil air tangan sendiri... memang cantik....

Hidayah Allah....

Subhanallah... Hidayah Allah dimana2
buat jiwa2 yang ikhlas...

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam.

Posted by
lifeline4gaza on 25 May 2010

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.

Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.

Kapal Mavi Marmara Mulakan Pelayaran Dengan Sambutan Penuh Gemilang

Israel mengancam akan menghantar 2 atau 3 kapal penuh dengan rakyatnya yang bersenjata untuk menghalang kemasukan konvoi kemanusiaan ke Gaza. Berita ancaman yang disampaikan oleh Presiden IHH, Bulent Yildirim itu dijawab oleh sekitar 5 ribuorang dengan meneriakkan takbir dan tahlil dalam upacara perlepasan kapal utama Konvoi Kemanusiaan “Lifeline for Gaza”meninggalkan dermaga pelabuhan Eminonu, Istanbul pada hari Sabtu 22 Mei lalu.

Kapal Mavi Marmara yang berwarna putih dan biru muda dan mengibarkan bendera Turki itu berlayar menuju selatan tepat jam 2 tengahari waktu tempatan (jam 7 malam waktu Kuala Lumpur), menuju pelabuhan Antalya. Kapal tersebut akan meneruskan perjalananberhadapan dengan kepungan armada tentera laut Zionis Israel pada hari Selasa 25 Mei bersama-sama 8 kapal lain daripada Turki, Greek, Sweden, Ireland dan England.

Noorazman (kanan) berpidato dan diterjemahkan oleh Huseyin


Konvoi bantuan kemanusiaan ini akan disertai oleh seramai lebih 700 orang aktivis kemanusiaan, anggota perlimen dan wartawan daripada 42 buah negara. Seramai 6 orang wakil daripada NGO Malaysia turut menyertai konvoi ini, termasuklah wakil-wakil daripda Muslim Care, Jamaah Islah Malaysia, Yayasan Amal dan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN). Mereka turut hadir memeriahkan upacara perlepasan tersebut, bersama-sama perserta lain dari Indonesia, Kuwait, England, Sepanyol dan lain-lain lagi. Peserta konvoi akan menaiki kapal berkenaan di Pelabuhan Antalya.

Konvoi kapal kemanusiaan ini akan membawa muatan lebih dari 10 ribu tan bantuan kemanusiaan berupa bahan binaan bangunan seperti simen dan besi, ubat-ubatan, peralatan rumah hospital, peralatan sekolah dan makanan kanak-kanak dan bayi-bayi di Gaza.

Kapal Marvi Marvara berlepas dengan iringan dentuman puluhan bedilan mercun, kepulan asap penuh warna-warni dan pembebasan burung-burung merpati bersama-sama ribuan biji belon berwarna merah, hijau, hitam dan putih. Para hadirin yang terdiri daripada pemuda, pemudi, kanak-kanak sekolah, warga emas dan anak-anak sudah berkumpul di dermaga sejak jam 9 pagi menyambut perpelasan Mavi Marmara dengan pekikan "Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar... Laa ilaaha illa Allahu Allahu Akbar!” Mereka tidak henti-henti mengibarkan bendera-bendera Palestin, Turki, bendera Kalimah Tauhid dan bendera negara-negara yang diwakili oleh para peserta konvoi.

Pada masa yang sama, lebih daripada 20 kapal-kapal kecil yang dipenuhi pemuda-pemudi Turki turut mengiringi bertolaknya Mavi Marmara menuju Pelabuhan Antalya. Mereka meneriakkan kalimah membela Palestin serta takbir dan tahlil sambil mengibar-kibarkan bendera Palestina dan Turki.

Sukarelawan-sukarelawan Malaysia turut menaiki salah sebuah kapal kecil tersebut bersama-sama pemuda-pemudi Turki. Lagu-lagu tema Palestin nyayian Shoutul Harokah turut dimainkan, yang membangkitkan semangat semua mereka yang menaiki kapal tersebut.

Ketua wakil-wakil NGO daripada Malaysia, Tn Haji Noorazman bin Mohd Samsuddin, merupakan pemidato yang pertama naik ke pentas. Pidato beliau telah diterjemahkan oleh Naib Presiden IHH, Huseyin Oruc, ke dalam bahasa Turki. Turut menyampaikan pidato adalah wakil NGO daripada Kuwait, England, Ketua Pertubuhan Palestin 1948 Sheikh Ra'id Salah, dan juga seorang pemuda Palestin yang cacat akibat kekejaman Israel.

Tn Haji Noorazman yang dijemput ke pentas sebagai mewakili NGO-NGO daripada kawasan Asia Tenggara. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia dan Indonesia telah menyatakan perasaan bencinya kepada embargo ini dengan memberikan infaq, melakukan demonstrasi, serta memberi sokongan penuh kepada konvoi kemanusiaan ini. Beliau turut mendoakan agar Allah memberkati semua masyarakat prihatin yang sudi menghulurkan bantuan bagi menyokong konvoi ini. “Saya berdiri di sini mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta orang,” kata beliau dalam bahasa Inggeris. Beliau menegaskan, karena besarnya amanah itu, maka tekad mereka untuk menyampaikan amanah itu pun sangat besar. Meskipun diancam oleh Israel, mereka akan tetap berusaha untuk sampai ke Gaza, “Walaupun kami terpaksa berenang ke pantai Gaza!”

Syeikh Ra’id akan turut menyertai konvoi kapal kemanusiaan ini. Dalam pidatonya, Syeikh Ra’id meminta izin kepada yang hadir khususnya ribuan warga Turki, untuk menyampaikan kepada para anak yatim, janda-janda, orang cacat, orang sakit, dan seluruh warga Gaza, bahawa mereka tidak bersendirian akibat diembargo oleh Zionis Israel dan sekutunya. “Tunggulah wahai saudara-saudaraku warga Gaza, kami akan datang menemani kalian yang sedang ditimpa kezaliman!” jerit beliau.

Presiden IHH, Bulent Yildirim, turut menyampaikan pidato selama lebih setengah jam, dengan hujah-hujah penting melibatkan sikap pemimpin dunia yang bersikap dua muka terhadap permasalahan Palestin. “Kami adalah konvoi keamanan yang tidak membawa sebarang senjata. Yang ada hanyalah 150 batang pensil!” [Merujuk kepada barangan sekolah yang dibeli oleh kami relawan Malaysia, antara lain termasuklah 300 beg sekolah yang berisi peralatan menulis, setiap beg berisi 6 batang pensil]. Bulent turut berhujah, “Wahai para pemimpin dunia, wahai para pemimpin OIC, wahai para pemimpin Amerika dan Eropa, wahai Mahmud Abbas, anda melihat siaran TV Turki dan TV dunia memancarkan pelepasan kapal ini. Hari ini tolong ucapkanlah sesuatu untuk membantu Palestin, bahawa kami pergi ke Palestin untuk membantu Palestin. Tolong nyatakan kepada dunia bahawa Palestin yang sedang dijajah dan dizalimi perlu dibantu. Dan katakan kepada Israel, jangan cegah kedatangan kapal-kapal ini!”

Bulent turut menyampaikan bahawa Israel telah berkali-kali mengeluarkan ancaman akan mencegah dan menyerang konvoi kapal-kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza. Menurut Bulent, sama sekali tidak ada perkara buruk yang dilakukan oleh kapal-kapal kemanusiaan ini. Dan menurutnya, yang buruk adalah mereka yang secara sengaja ingin menyerang kapal-kapal ini dengan senjata. “Teroris adalah mereka yang menyerang kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang bermaksud baik dengan menggunakan senjata,” kata Bulent di tengah hujan gerimis yang semakin lebat.

Ancaman yang terakhir, menurut Bulent, adalah golongan pelampau Yahudi yang mengancam akan mengerahkan 2 atau 3 kapal membawa rakyat Israel bersenjata untuk menghadapi konvoi ini. “Bayangkan, mereka mengancam kita dengan kekerasan seperti lanun-lanun ganas,” tegas beliau. “Apakah yang akan Amerika lakukan terhadap kami jika kapal-kapal kemanusiaan ini dirompak oleh Israel? Kapal-kapal ini tidak membawa senjata, kami hanya membawa 150 batang pensil agar anak-anak Gaza dapat terus belajar,” ucap Bulent.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/

Kata2 pejuang....

Kata2 yang penuh bersemangat...
Takbir... AllahuAkbar!!!

Saya berdiri di sini mewakili lebih dari 50 organisasi masyarakat besar di Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta jiwa,” katanya dalam bahasa Inggris.
Noorazman menegaskan,
karena besarnya amanah itu,
maka tekad mereka untuk menyampaikan
amanah itu pun sangat besar.
Meskipun diancam oleh Israel,
mereka akan berusaha mencapai Gaza,
Walaupun kami terpaksa
harus berenang ke pantai Gaza!
”.

SUMBER : http://www.lifeline4gaza.org/

Gemuruh Takbir dan Tahlil....

Ancaman Israel Di balas
Gemuruh Takbir dan Tahlil
di Pelabuhan Istanbul...

Itulah tajuk berita di lifeline4gaza.org.
Membacanya sudah cukup membuat
bulu roma sama meremang...
Subhanallah....
moga kekuatan ummah ini terserlah...

Ancaman Israel Dibalas Gemuruh Takbir dan Tahlil di Pelabuhan Istanbul
ISTANBUL– Israel mengancam akan mengerahkan 2 atau 3 kapal berisi rakyatnya yang bersenjata dengan tujuan menghalangi masuknya kafilah kapal-kapal kemanusiaan ke Gaza.

Kabar ancaman yang disampaikan oleh Presiden IHH (lembaga kemanusiaan internasional terbesar di Turki) Bulent Yildirim itu dijawab oleh sekitar 5 ribu orang dengan meneriakkan takbir dan tahlil saat melepas kapal utama Konvoi Kemanusiaan “Lifeline for Gaza” meninggalkan dermaga pelabuhan Sarayburnu, Istanbul, siang tadi (22/5).

Kapal Mavi Marmara yang bercat putih dan biru muda dan berbendera Turki itu berlayar menuju selatan tepat jam 2 siang (jam 6 sore WIB), menuju pelabuhan Antalya, dan rencananya pada hari Selasa akan melanjutkan perjalanan menembus kepungan Angkatan Laut Israel ke Gaza bersama dengan 8 kapal lainnya dari Turki, Yunani, dan Inggris.

Kafilah kapal kemanusiaan ini ditumpangi oleh lebih dari 700 orang aktivis kemanusiaan, anggota parlemen, dan wartawan dari 42 negara. Dari Indonesia telah hadir di Istanbul tim dari KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina), MER-C (Medical Emergency Rescue Committee) dan Sahabat Al-Aqsha.

Kafilah kapal kemanusiaan ini membawa muatan lebih dari 20 ribu ton bantuan kemanusiaan berupa bahan bangunan seperti semen dan besi, obat-obatan, peralatan rumah sakit, peralatan sekolah dan kebutuhan gizi balita dan bayi-bayi di Gaza.

Bertolaknya Kapal Mavi Marvara diiringi dengan dentuman puluhan mercon berukuran besar yang diledakkan di dekat buritan kapal pesiar berkapasitas 1000 orang itu. Di atas kapal, beberapa peserta konvoi menyalakan asap-asap pengirim sinyal darurat beraneka warna. Di dek belakang kapal ratusan balon berwarna merah-hitam-putih-hijau seperti bendera Palestina dilepas.

Para hadirin yang terdiri dari pemuda, pemudi, orangtua dan anak-anak sudah berkumpul di dermaga sejak jam 9 pagi menyambut diangkatnya jangkar Mavi Marmara dengan pekik yang membahana, “Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar.. Laa ilaaha illa Allahu Allahu Akbar!” Mereka tak henti-hentinya mengibarkan bendera-bendera Palestina, Turki, bendera Tauhid dan bendera negara-negara yang diwakili oleh para peserta konvoi.

Pada saat yang sama lebih dari 20 kapal berukuran kecil yang dipenuhi pemuda-pemudi Turki ikut melepas bertolaknya Mavi Marmara (yang berarti Marmara Biru, diambil dari nama laut Istanbul) menuju Gaza. Mereka ikut meneriakkan yel-yel membela Palestina serta takbir dan tahlil sambil mengibar-kibarkan bendera Palestina dan Turki.

Sudah lebih dari 3 tahun Gaza diembargo secara internasional oleh Israel, Amerika Serikat, dan negara-negara Eropa akibat rakyat Gaza memilih untuk melawan penjajah Israel. Negara Zionis Israel didirikan di atas tanah Palestina sejak 63 tahun yang lalu, dan sejak itu mempertahankan keberadaannya dengan teror, penculikan, penyiksaan, pembunuhan, perampasan rumah dan tanah, serta penghancuran harta benda rakyat Palestina.(Sahabatalaqsha.com/DP,SS,SF)

Sahabat Al-Aqsha & Hidayatullah.com


SUMBER : http://www.lifeline4gaza.org/

Lunch with loves ones....

Hari ini special lunch dengan anak2.
Ayam panggang dengan kentang oregano...

Alhamdulillah... tapi sayang walidnya tak de
kerana masih lagi di kl sebab hari ni
sambung dengan nadwah pulak.

Bila petang suami pulang bawa berita,
selepas ziarah uncle ayub di hukm.
Keadaannya agak serius dan perlu di bedah.
Doa moga umi 'ah bersabar dengan musibah
yang menimpa. Inilah fasa2 dari ujian2 dari Allah...

Today... go 2 school....

Hari tu... orang sekolah ganti,
smkpb ada perkhemahan bersepadu.
Sebab tak nak ubah tarikh
maka hari ini sorang2 smkpb kena sekolah ganti....

Sambil2 tu buatlah potluck...
masing2 bawa sikit2 makanan
share makan2....

Masing2 dengan kepakaran masakannya...
cg mas dengan painya,
cg pah dengan macoroni bakarnya,
dan kak eda n d gang dengan saladnya.
Juga yang lain2... tak tersenarai....

Lepas rehat... calon2 add maths 2010 n 2011
di kurung dalam makmal ict...
Huhu... bengkel add maths lagi.
Nak buat macam mana kalau tak ambil peluang ni
alamak tak ulangkajilah untuk midyear exam....

Namun hati memang resah... sebab tak dapat
hadir agm haluan kali ke 21 di kolej za'aba ukm.
Sedang2 sibuk berbengkel... mms masuk
dari suami tersayang berkongsi syu'ur agm...
Beberapa keping gambar di hantar...

Wakil haluan pahang berbicara...
Tentu penuh bersemangat....Allahuakbar!!!!

Antara tetamu2 khas yang hadir.
Alhamdulillah, walau jasad tak berada di sana,
namun hati tetap bersama
berkongsi merasai syu'ur jama'e....

Sukarelawan LL4G Malaysia Tiba di Istanbul

Sukarelawan LL4G Malaysia Tiba di Istanbul

ISTANBUL, 19 Mei 2010 — Alhamdulillah, syukur kerana kami telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kamal Atarturk, Istanbul pada jam 6:08 pagi waktu tempatan, iaitu bersamaan jam 11:08 pagi waktu Kuala Lumpur. Penerbangan terus dari KLIA ke Istanbul ini telah mengambil masa selama 10 jam 10 minit. Cuaca di Istanbul agak sejuk, 14 hingga 16 darjah Celcius. Mereka di sini sudah mula memasuki musim panas, jadi waktu siangnya agak panjang di mana waktu masuk solat Maghrib adalah jam 8:30 malam dan waktu masuk solat subuh adalah jam 4:40 pagi.

Berita lanjut di sini : http://www.lifeline4gaza.org/

Alhamdulillah mereka telah selamat sampai....

Konvoi Gaza Ke Gaza Selamat Berlepas

KLIA, 19 Mei – Ibarat lebah menghurungi sarang. Begitulah ramainya sahabat handai dan sanak saudara kepada relawan NGO-NGO Malaysia yang berlepas ke Gaza tengah malam tadi dari KLIA ke Istanbul, Turki.

Semacam ada debaran semasa setiap ahli diberikan peluang untuk berucap kepada 80 orang hadirin pengiring pada malam itu. Ada yang tekun mendengar, ada yang terkelu, ada yang tersenyum dan ada pula yang menitiskan airmata. Apa tidaknya.

Orang ramai mula berhimpun di terminal berlepas KLIA

Misi kali ini jelas buat pertama kalinya melibatkan kepimpinan kanan NGO-NGO Islam dari Malaysia memasuki kancah peperangan yang masih tiada tanda hentinya. Bak kata ketua misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), Haji Noorazman Mohd Samsuddin, “Perginya kami kali ini belum tentu kami akan kembali. Oleh itu kami sangat-sangat memerlukan doa tuan-puan semua semoga Allah SWT melindungi kami semasa perjalanan misi ini.” Kenyataan beliau disambut isakan seorang isteri relawan yang sedang memegang tangan anak kecilnya yang belum mengerti mengapa ayahnya membawanya ke KLIA pada kegelapan malam dan samada ayahnya akan kembali untuk mencium pipinya lagi.

Begitulah kekentalan dan tekad jiwa-jiwa yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menyertai misi sulung menyusuri flotilla kapal kargo dan penumpang dalam hasrat menerobos tembok kematian binaan Israel, Mesir dan konco-konco mereka. Kental juga adalah semangat para-para isteri yang telah merelakan suami mereka pergi mencari keredhaan Allah SWT. Lapan orang relawan itulah yang Allah telah pilih untuk membawa amanat rakyat Malaysia yang telah berkorban wang ringgit mereka demi menyelamatkan Al-Quds dan membebaskan Palestin bumi para anbiya’ itu. Inilah saatnya wira-wira Malaysia berlepas pergi.

Suasana di KLIA seakan suram, tidak seceria seperti selalu bila ahli-ahli NGO Islam bertemu setempat. Anak-anak serta isteri para relawan seakan tidak mahu melepaskan genggaman tangan ayah dan suami mereka. Basah mata mereka, basah juga mata para sahabat dan sahibah yang mengirim rombongan ini. Isteri dan anak-anak dicium, dipeluk erat-erat.

Mungkinkah ini kali terakhir?

Laporan propaganda pihak Zionis Israel beberapa hari yang lepas yang menyatakan mereka tidak akan membenarkan sama-sekali sebarang flotilla merentasi lautan malahan akan menggunakan kekerasan bermain di benak setiap yang hadir di KLIA malam itu.

“Kita tidak gentar, dan kita tidak akan berpatah balik. Seandainya kami syahid, maka itulah ketetapan daripada Allah SWT. Kami mengharapkan doa anda, kerana doa itu adalah senjata mustajab orang-orang mukmin. Jangan lupa bersolat hajat agar misi kita untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat dan bumi Gaza ini akan dikabulkan akhirnya oleh Allah SWT. Seandainya kami gugur, maka maafkanlah kesilapan kami, dan relakanlah pemergian kami menemui Allah SWT,” berkata Haji Noorazman yang juga Pengerusi Biro HALUAN Palestin yang telah diamanahkan oleh IHH (The Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarion Relief) untuk mengatur delegasi Malaysia sempena projek trans-samudera LL4G ini.

Kami bertekad menerobos tembok kematian!

LL4G Malaysia dan HALUAN Malaysia mengucapkan selamat berjuang, selamat kembali dan semoga Allah SWT meredhai anda semasa melaksanakan misi ini. Wira-wira NGO Islam kita terdiri daripada :

  1. Haji Noorazman Mohd Samsuddin (Biro HALUAN Palestin) -Ketua Misi
  2. Haji Jamuliddin Bin Elias (Yayasan Amal)
  3. Selamat Ali (Jemaah Islah Malaysia)
  4. Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care)
  5. Dr Arbaai Shawal (Biro HALUAN Palestin)
  6. Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad (Biro HALUAN Palestin)
  7. Ustaz Alhami Husain Suhaimi (Biro HALUAN Palestin)
  8. Mohd Nizam Awang (Biro HALUAN Palestin)

Perkembangan terkini konvoi LL4G dapat diikuti melalui saluran Radio IKIM.FM secara lintas-langsung setiap jam 10.00 malam waktu Malaysia. Bahan berita bercetak pula boleh didapati di dalam akhbar Sinar Harian.

Ikuti perkembangan selanjutnya misi LL4G ini di laman web www.haluanpalestin.org atau www.lifeline4gaza.org.

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528

SUMBER : http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Kepada semua pelajar 5 saksama dan 5 syumul
selamat maju jaya dalam peperiksaan
pertengahan tahun 2010 yang bermula hari ini.
Tapi paper add maths on the 3rd week.
So cuti nanti macam tak cutilah
kena mark paper. Tarikh akhir hantar markah
pada 15 jun 2010...

Teacher's day

Selamat hari guru...

Saban tahun hari memperingati guru
disambut, diingat dan disebut2...
Terimakasih buat semua guru2 yang
pernah memberi tunjuk ajar kepada saya...

Apa lagi yang special?
cikgu2 dapatlah makan free...

Inilah anak2 paya besar yang tak terkata nakalnya....

Sedang sibuk2 di hari guru mendapat berita
menyedihkan. Seorang pelajar smkpb
telah dipanggil pulang oleh Allah akibat
kemalangan jalan raya. Bergegas pula saya
ke htaa menziarahi keluarga arwah.
Allah memanggil hambanya dalam usia
yang begitu muda sekali.
Semoga keluarga beliau bersabar diatas
musibah yang menimpa.

Lepas tu makan2 lagi dengan kawan2 lama
sebagai hadiah hari guru buat diri sendiri....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu