Alhamdulillah seminar Baitul Muslim kali ini amat bermakna dan cukup releven. Namun agak terkilan juga kerana hanya saya seorang sahaja yang dapat mendengar. Suami saya menghadiri mesyuarat lain di utara semenanjung. Alangkah seronoknya kalau dia dapat mendengar bersama-sama. Namun saya pasrah ada hikmah disebaliknya.
Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur, rumah tangga dakwah kami hampir mencecah 16 tahun. Jika nak dibandingkan hanya sebaya usia baligh. Oleh itu masih banyak rintangan dan dugaan yang harus ditempohi. Lebih-lebih lagi dalam membesarkan anak-anak agar mereka sentiasa berada dalam linkungan da'wah dan tarbiyah. Keluarga menjadi tempat yang kondusif bagi anak-anak untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Dan tika disaat ini pun saya masih lagi belum menemui titik noktah dalam pencarian menjadi isteri dan ibu solehah. Saya sentiasa memohon kepada Allah swt mawaddah dan rahmahNya.
Namun ada satu point yang di sebut penceramah cukup menyentuh hati saya, katanya mari kita siapkan diri utk menjadi orang yang sentiasa memberi, bukan mengharap. Orang yang mengharap, akan merasa kecewa bila dia tidak mendapat apa ang dihajati. Tetapi orang yang memberi akan merasa bahagia bila dapat dia akan memberi kebaikan kepada orang lain. Orang biasa akan bahagia menerima, tetapi orang luar biasa akan bahagia memberi. Dan saya sendiri alami bukan senang untuk sentiasa hidup untuk memberi.
Rumahtangga dakwah
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, August 2, 2008
Seminar dipengerusikan oleh Sdr Abdullah Zawawi.
Penceramah Jemputan ialah Tn Hj Rosdi Baharom.
Dan Pembuka Majlis Bacaan Quran dari Mualim Loqman.
Ucapan Aluan dari NYP Haluan Pahang
Tn Hj Syed Jamaludin Syed Hassan
Antara peserta yang hadir
Cenderahati buat penceramah.
Labels: Haluan
0 comments:
Post a Comment