Ahad tengahari pulang ke Kuantan selepas mengambil anak-anak di SMASKL.
Dalam perjalanan pulang singgah di Ajil, Kuala Berang, menghadiri kenduri walimah Ukht Fatimah Syarha, penulis novel Islami. Makcik sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Fatimah n Dr Farhan Hadi. Semoga bahtera rumahtangga dilayari dengan penuh baraqah, mawwadah wa rahmah. Yang paling gembira dapat jumpa Fatimah ialah anak-anak makcik yang remaja ni, maklumlah penulis yang diminati. Lebih-lebih lagi katanya ada undangan nasyid dari pelajar lelaki SMASKL, kata mereka tumpang glamour... macam-macam budak sekarang. Tapi tak sempat kami mendengarnya sebab sudah lewat sampai. Walau bagaimana pun, teruskan menulis buat pengisian minda generasi muda.
Ada mini gerai, apa lagi anak-anak sempat lagi beli novelnya.
Naemah dengan novelnya, tak sabar nak baca...
Yang ni pulak tak sabar nak buka buah tangan...
0 comments:
Post a Comment