Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

A week wrapped up...

Seminggu berlalu. Baru hari ini saya berkesempatan untuk menghadap notebook dan mula menaip sesuatu buat diri sendiri. Bukan tak buka komputer, hari-hari bukak, tapi cuma sempat update blog sekolah aje. Untuk menulis blog sendiri perlukan sedikit ketenangan. Bukan mudah sebenarnya untuk menulis. Sebabnya apa yang ditulis bersandarkan kejujuran dan keikhlasan diri. Setiap peristiwa dan pengalaman yang dilalui hendak dilihat bukan sekadar yang tersurat, tapi ada hikmah di sebalik yang tersirat. Be patient too read bcoz it quite long journal...
Isnin 25 Ogos 2008
Lembaran baru hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti. Di saat ini amat terasa kegawatan buat diri sendiri. Tahun ini 71 calon SPM Matematik Tambahan di tangan saya. Setiap solat saya, saya sentiasa mendoakan kejayaan mereka untuk SPM 2008 nanti. Bukan setakat itu saya sentiasa mendoakan agar mereka semua menjadi anak-anak pelajar yang beriman kepada Allah swt. Saya selalu mengingatkan pelajar saya, ya siapa tidak mahu cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti, tapi bukan sekadar itu menjadi matlamat hidup kita. Matlamat hidup kita sebenarnya untuk menjadi manusia yang beriman kepada Allah swt. Maka jadilah pelajar cemerlang yang mana hati dan jiwanya hidup dengan iman dan taqwa.
Selasa 26 Ogos 2008
Hari ini tukar suka sama suka untuk kelas al-Bukhary dengan teacher Jalilah. Maka terpaksalah saya masuk mesyuarat guru kali ke 4. Kalau tidak saya ada alasan untuk 'tuang'... Pertemuan kali ini banyak perkara yang dibincangkan. Selesai mesyuarat saya menghadiri perkongsian ilmu puan pengetua bersama guru-guru DG 44 dan 48. Beliau yang baru beberapa minggu lepas menghadiri kursus PTK DG52 (kalau tak silap saya...). So in her mind penuh bersemangat dan sarat dengan maklumat untuk dikongsi bersama guru-guru yang lain. Beliau menyentuh tentang kepimpinan. Memang benar, setiap kita adalah pemimpin. Kita sebagai khalifah Allah wajar memimpin alam ini. Dalam konteks guru kepimpinan kita ke arah membentuk pelajar yang beriman dan berakhlak.
Rabu 27 Ogos 2008
Berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Maka dalam keseronokan mengibar jalur gemilang, renung lah sejenak, merdeka kah kita dari sifat-sifat mazmumah atau merdeka kah kita dari rawasiq-rawasiq jahiliyah. Oleh itu marilah kita tazkiatun nafs agar jiwa kita segar dengan sifat-sifat mahmudah.

Selesai majlis pelancaran saya ke bengkel Pendidikan Seni Visual (PSV). Saya mencipta sejarah yang indah buat diri sendiri. Pertama kali saya yang 'buta seni' cuba-cuba mencanting batik. Aktiviti anjuran Panitia PSV ini sempena Minggu Kemanusiaan 2008. Maka saya yang 'keras tangan' ni pun mencuba lah... Not bad actually, bukan nak puji diri, tapi kata orang belum cuba belum tahu, bila dah cuba baru tahu...
Step 1.
Step 2.
Step 3. Behind me is my 'naughty' students
who always ask me to take their photos
as they know I snap pictures for school's blog.
Well... see I have all of you in my blog.
Before.
My final piece...
Last but not least...the man behind the scene...
students who helped me
to select the color, sprinkle the salt and etc2.
Kemudian bila naik ke bilik guru, ada hidangan istimewa
Ubi kayu...
Pisang rebus...
dan kopi O kaw... kami di jamu oleh Bidang Kemanusiaan dengan menu istimewa sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan sekolah. Katanya mengimbau kehidupan suatu masa dulu yang menjadikan ubi kayu dan pisang sebagai makanan ketika waktu keperitan. Nostalgia yang mana saya sendiri tak pernah lalui... Celik-celik, hidup ini tak lah seperit itu.
Walau pun saya sedar ayahanda dan bonda saya perit membesarkan kami berlapan. Dan saya ada nostalgia saya sendiri tentang pisang... Cerita ayahanda saya tentang pengalamannya masih saya semat dalam-dalam dalam hati saya. Cerita ini ayahanda sentiasa ulang kepada saya banyak kali, sebelum saya ke US 23 tahun lalu, bila saya habis belajar, bila saya nak pergi interview, bila saya mula bekerja, hingga lepas saya bersalin anak ke 6 pun ayahanda saya ulang lagi ceritanya. Sekarang usia ayahanda saya menjangkau 68 tahun. Pekerjaannya sebelum pencen ialah seorang buruh telekom. Kata-katanya masih segar dalam sanubari saya "Susahnya Walid dulu nak besar anak-anak. Walid pernah buka puasa atas tiang telefon dengan hanya dengan sebiji pisang... " Maafkan saya ayahanda dan bonda kalau-kalau selama ini saya tak terbalas pengorbanan yang telah ayahanda dan bonda curahkan buat saya...
Khamis 28 Ogos 2008
Aduh saya pulang lewat hari ini kerana gara-gara kelewatan ‘adik’ dari GITN meng’update’ antivirus Kapersky di sekolah. Bayangkan lebih 30 biji laptop nak di ‘update’kan. Desktop pula, di makmal ICT saja ada 42 biji, tak termasuk di bilik PPSMI, makmal Sains dan bilik Pendidikan Khas. Itu mujur bilik akses dan makmal MPV tak termasuk. Tapi… yang datang cuma seorang terkontang-kontang nak buat semua benda tu!!! Janji nak datang pukul 9.00, tapi jam 10.00 baru sampai. Kadang-kadang naik hairan macam mana pihak berkenaan membuat urusan. Hilang kesabaran saya. Jam 4.45 petang tak siap lagi. Terpaksa saya menghantar sms kepada ahli halaqah saya, usrah petang ini dibatalkan…
Terima kasih Pah Radziah kerana beri saya sebiji limau barli. Inilah yang menyejukkan hati saya bila pulang lewat hari ini...
Dalam kesuntukan waktu yang singkat saya bergesa pula ke Sek Rendah Ibnu ’Abbas kerana menghadiri majlis solat hajat yang diadakan oleh pihak sekolah untuk calon UPSR. Tahun ini anak saya yang ke 3 akan menduduki UPSR tersebut. Umi sentiasa mendoakan agar Sakinah dapat keputusan yang terbaik.
Jumaat 29 Ogos 2008
Petang Jumaat biasanya saya ada usrah dengan makcik-makcik di Kampung Permatang Badak, tapi ditangguhkan kerana sebagai gantian mereka semua akan menghadiri Seminar Penghayatan Ramadhan esok hari. Dengan sebab itu juga petang ini saya tukar shift bertugas di Kem Matematik kerana esok saya juga akan menghadiri seminar tersebut.

Selepas isya’ suami saya mengajak saya ke Kuantan Parade mencari cenderahati untuk perasmi dan penceramah Seminar Ramadhan.
Kebetulan ada pertandingan Bonsai. Terpesona saya melihat kecantikan dan keunikan pokok-pokok Bonsai ini. Ada yang mencecah ratusan tahun!
Kemudian kami singgah di Dewan JAIP
untuk melihat persiapan akhir seminar.
Semua berjalan lancar dan jam 11:25 baru siap.
Kerana tak makan malam lagi,
saya ajak suami singgah di kedai mamak pekena
capati
roti canai
dan kari ikan...
Sabtu 30 Ogos 2008
Awal pagi lagi saya dan suami turun mengambil beberapa orang pelajar MRSM Kuantan untuk menghadiri Seminar Penghayatan Ramadhan. Pelajar perempuan ramai, saya kena buat 2 trip.
Tiba di dewan JAIP pendaftaran berjalan lancar. Datin Hjh Fauziah (GPK 1 sekolah saya mengajar) turut hadir bersama Dato’.
Alhamdulillah, hadirin yang hadir penuh dewan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-quran
oleh Ustaz Lokman dari SeRIA
Kemudian ucapan perasmian oleh Hj Sharafuddin Aisa b Hj Othman, Pegawai Agama Islam Daerah Kuantan. Beliau memaklumkan JAIP telah menubuhkan Seketariat Dakwah bagi menghubungjalinkan badan-badan NGO agar aktiviti dakwah agar lebih berkembang.
Pembentang Kertas 1, Hj Mohd Ghani B Salleh, Setiausaha Agong HALUAN Malaysia. Tajuknya Marhaban Ya Ramadhan yang membincangkan pentingnya persediaan pemikiran, jiwa dan jasmani untuk melalui Ramadhan.
Pembentang Kertas 2, Hj Darus B Senawi, Timbalan Presiden HALUAN Malaysia. Ustaz membicarakan konsep, hukum dan adab dalam melaksanakan puasa Ramadhan
Pembentang Kertas 3, Ustaz Norzaidan b Hamad, Pegawai JAKIM dengan tajuk Ramadhan Menjana Insan Bertaqwa. Beliau membicarakan tentang amalan-amalan penting di bulan Ramadhan bagi menjana insan bertaqwa seperti ibadat puasa itu sendiri, solat sunat terawih, i’tikaf di masjid, memberi tumpuan kepada ibadah, memperbanyakkan amalan sunat, melatih diri untuk bersabar, membayar zakat fitrah, mencari malam lailatul qadar, beribadah di 10 malam terakhir, menahan hawa nafsu dan kesenangan duniawi dan menjauhi larangan agama. Maka hasil amalan yang mulia ini akan lahirlah sifat bertaubat, muhasabah dan muroqobah yang menjurus kepada taqwa.
Pelan Tindakan Ramadhan dan Rumusan
serta Penutup oleh Tn Hj Ramli b Ngah,
Yang di Pertua HALUAN Pahang.

Buku... Semasa seminar ada gerai buku dari Saba Media. Saya ini memang pantang buku. Saya beli dua buku, tapi selepas masuk dewan baru saya teringat saya lupa nak minta resit dari penjual buku tu. Bila saya pergi masa rehat tengahari, gerai buku sudah ditutup. Melepas saya satu resit untuk income tax rebate. Nak ke kedainya pulak bukan senang nanti.
Buku pertama saya beli, Road to Mecca dari Muhammad Asad. Sebenarnya saya dah beli buku ini tapi tak sampai sebulan Allah izin buku itu rosak semasa banjir besar 2001. Bab 1 pun saya tak sempat habis baca. Bukan main sayang lagi sebab buku tu ‘hardcover’ dan mencecah RM100. Turut rosak buku Encyclopedia Islamic History yang saya beli bersama buku tu.

Kali pertama saya lihat buku ini saya terus jatuh cinta untuk membeli. Entahlah saya rasa banyak yang kurang dalam diri saya. Saya harap buku ini akan menemukan saya jawapan bagaimana cinta suci Khadijah buat Rasulullah SAW dan sesuci cinta itulah saya akan semai buat suami tersayang.


Kenangan bersama anak-anak pelajar MRSM Kuantan. Maaf tak sempat nak berta’aruf panjang.
Bagi saya terlalu banyak input yang saya dapat hasil dari seminar ini. Hanya satu saya mohon Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ku kali ini yang terbaik dari apa yang pernah ku lalui sebelum ini...
Ahad 31 Ogos 2008
Pagi-pagi lagi suami saya bertanya kepada saya, ”Nak makan apa pagi ni?”. Saya cuma diam kerana mengharapkan dia akan mengajak saya makan roti canai di kedai. Sekali lagi dia bertanya kepada saya dengan soalan yang sama. Dengan nada yang berat saya menjawab, ”Tak pa saya masak mee hoon nanti”. Ikhlaskah saya dengan nada itu, ampun kan saya ya Allah. Tanpa berkira panjang saya merendam mee. Suami saya sudah bersiap-siap untuk ke pasar membeli ayam dan ikan bagi bekalan untuk sehari dua ini. Sambil itu dia berkata kepada saya, ”Abang kerja hari ini.”. ”Kerja?” dengan spontan saya bertanya kembali. ”Ya kerja, esok pun kerja.” Aduh bisik hati saya, kerja lagi, kalau tiada program-program KOBI atau HALUAN, kilanglah destinasinya. Maafkan Dah ye abang,walau apa pun pun Dah redha...

Happy Sunday!!!

Suasana pagi ini amat mendamaikan. Mungkin kerana hari Ahad hari bekerja bagi orang-orang di Kuala Terengganu. Agenda utama anak-anak pagi apa lagi kalau bukan mandi pantai.

Kemudian saya dan suami ke Politeknik Kota di bandar Kuala Terengganu. Dalam perjalanan terserempak dengan bas yang dihias seperti rumah lama. Tak sempat nak tangkap kepala... terlindung badan je jadilah...

Disana kami bertemu dengan rakan-rakan Ansara sambil untuk menderma darah.

Tapi malang buat suami saya dia tidak dapat menderma lagi kali ini
kerana darahnya kurang stabil.
Nampak sihat, tapi tak sihat... kata doktor.
Murad, Tun Faisal n Ramli, rakan-rakan sekolah menengah...
Jam 3.00 petang bertolak balik ke Kuantan.
Singgah rumah Suda hantar kurma.
Sepanjang perjalanan ke Kuantan, all kids slept all the way, penat...

Perjalanan ke Kuala Terengganu

Hari ini pulang semula ke Kuala Terengganu kerana menghantar anak pulang ke asrama SMASKL. Perjalanan pulang agak panjang kerana singgah ke beberapa tempat.

Mula-mula sebelum keluar Kuantan menghadiri kenduri walimah di Dewan Sungai Isap Damai.

Kemudian singgah ke Kemaman. Kebetulan anak-anak saudara dari KL ada pulang.

Untuk cepat sampai ke KT, kami mengambil Highway Ibok/Jabor. Sepanjang perjalanan Ibok ke Bukit Besi hujan lebat.

Jam 7.45 malam tiba di Bukit Besar terus singgah ke rumah Mak Su, sepupu kepada arwah mentua saya. Kami memang lewat. Kenduri sambut menantu sudah lama habis, tapi bagi meraikan jemputan keluarga kami singgah juga.

Sampai rumah Bonda jam 9.00 malam. Anak-anak dihantar ke asramanya pun lewat juga.

Untuk penggal baru ini Umi dan Walid mendoakan Kak Long dan Naemah dapat menjawab dengan baik peperiksaan percubaan SMA dan PMRU masing-masing pada Isnin nanti. Buat yang terbaik sebagai persediaan awal sebelum peperiksaan sebenar nanti yang akan dijalankan selepas Hari Raya nanti.

Kerinduan Ramadhan Mengamit Jiwa

Petikan dari Catatan Haluanita


Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik. Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan. Bila Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, karena mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.
Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Berikut kami kemukakan “8 Tips Menyambut Ramadhan”:

1. Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani).

2. Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.

3. Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

4. Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

5. Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.

6. Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs – pembersihan jiwa. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.

8. Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.

Adaptasi dari tulisan Ulis Tofa, Lc, di dakwatuna.com.

Kerja amal masa cuti

Siapalah yang rajin buat kerja amal masa cuti ni... Alhamdulillah.

East Coast Mall


Setelah berbulan-bulan East Coast Mall ini di buka, ini pertama kali saya ke sana. Itu pun sebab dapat boucher Carrefour. Sebenarnya suami saya dapat tempat ke 7 semasa Larian Hari Alam Sekitar Polyplastic. So hadiahnya boucher belian Carrefour. Jadi membeli belahlah saya di sana memberi barang anak-anak untuk balik asrama.

Tengok, masa pergi semua happy je...

Masa balik, ada yang tak ceria...
sebab so many don't from the autocratic mom!!!

Dictionary Kak Long, suruh letak gambar juga...
because she bought using her own money...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu