Lain yang dirancang, lain yang Allah swt susun. Hari ini saya mengambil cuti rehat untuk menjaga anak ke lima saya yang terkena 'chicken pox'. Tapi rupa-rupanya ada hikmah disebalik cuti saya. Sepagi saya bersama sahabat saya, Ukht Normah, yang kehilangan suaminya buat selama-lamanya... Begitu mengejutkan saya dan rakan-rakan yang lain kerana sebelum ini arwah nampak sihat. Ukht Normah pun tidak pernah memberitahu arwah ada mempunyai apa-apa penyakit yang berat. Tapi selepas menziarahi tadi barulah saya tahu doktor ada mengesan arwah mempunyai barah hati dan jangka hayatnya dalam 5 tahun sahaja... Tapi takdir ALlah swt menentukan segala-galanya.
Peringatan buat yang masih hidup.
Posted by
cikgu sharifah
Wednesday, July 16, 2008
Agak memilukan saya sebagai sahabatnya kerana Ukht Normah baru kehilangan anaknya yang ke 3 tahun lepas. Namun saya lihat beliau tabah menghadapi segala-galanya. Sempat Ukht Normah berpesan pulak kepada saya semasa mahu pulang dari tanah perkuburan tadi, "Dah, ambillah iktibar dari apa yang berlaku, jaga zauj elok-elok, masa dia adalah kita nak kena taat, kalau sudah tak ada, tak boleh buat apa lagi..." Saya tak boleh lagi menahan air mata saya.
Inilah kehidupan. Kematian sebenarnya peringatan buat kita yang masih hidup. Sudahkah kita bersedia untuk bertemu Allah swt...
Solat jenazah, solat yang terakhir buat sorang insan..Di tanah perkuburan.
Taklin dibaca, peringatan buat yang masih hidup.
Labels: Panggilan Allah
1 comments:
Al-fatihah buat arwah suami sahabat pah tu.Semoga Allah meletakkan rohnya dikalangan org2 yg soleh. Amin.
Kita pun ke situ juga akhirnya...
Post a Comment