Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Like father like son...

Yesterday both the father and his son got sick... The father with his diarrhea while the son got chicken pox!! So the father got a day MC, while the son got a week MC. Me, what a relief, still can save my CRK... But today, the father goes to KB for Seminar Ulum Quran, and the son, reluctantly stays alone at house, follows me to school. So I 'lock' him in my room at computer lab. Hopefully, the virus won't spread around...

Tapi buahnya tak keluar banyak. Jadi saya mandikan dengan daun air semambu aje. Kalau bonda dan ayahnda saya panggil nama "daun nik". Pokok ini cukup popular di kalangan bonda dan ayahanda saya. Depan rumah saya mesti ayahnda tanam pokoknya, katanya banyak khasiat. Kalau tak makan pun 'hawa' nya sahaja sudah cukup memberi kebaikan kepada persekitaran rumah dan isinya. Pernah masa saya kecil-kecil ayahnda saya sakit pinggang. Saya ingat tiap-tiap pagi beliau akan minum air rebusannya. Katanya, rasanya pahit yang amat sangat, tapi ubat yang pahit tu lah penawar. Sekarang saya ada juga menanam sepohon pokok semambu di halaman rumah. Untuk penyakit gatal, ia amat mujarab, dengan izin Allah swt. Dan hari ini saya lihat banyak produk kesihatan menggunakan daun semambu.



My sick son and the semambu tree infront of my house.
Berikut terjumpa artikel berkaitan daun semambu yang dapat dikongsikan. Saya petik dari laman jie-mutiarahati.blogspot.com.

Semambu farmasi desa
Oleh YEO LI SHIAN

Dalam perubatan tradisional, semambu banyak digunakan sebagai salah satu bahan utama formula pembersihan darah.

SEMAMBU biasanya digunakan untuk menangani masalah kesihatan mengikut sistem perubatan India kuno, Ayurveda.

TERKENAL dengan jolokan 'farmasi desa' di India, pokok neem atau semambu adalah tumbuhan ajaib yang membekalkan 1,001 kegunaannya.

Ketahanan tumbuhan ini terhadap persekitaran baik dari aspek cuaca mahupun keadaan tanah adalah testimoni kepada vitaliti pokok semambu.

Walaupun semambu dipercayai telah wujud lebih 2,000 tahun lalu, sesetengah data mendedahkan penggunaan neem secara selamat dan berkesan di kalangan masyarakat India telah bermula sejak 5,000 tahun lalu.

Semambu atau nama botaninya Azadirachta indica, biasanya digunakan untuk menangani sejumlah masalah kesihatan mengikut sistem perubatan India kuno, Ayurveda.

Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (Ujian Percubaan Klinikal dan Perkhidmatan Perubatan), The Himalaya Drug Company, Dr. Pralhad Sadashiv Patki berkata, setiap bahagian pokok semambu yang memberi manfaat kesihatan turut tercatat dalam laporan-laporan perubatan Ayurveda.

"Dalam perubatan tradisional, semambu banyak digunakan sebagai salah satu bahan utama formula pembersihan darah dan melegakan masalah berkaitan diabetes.
"Sebenarnya, salah satu kegunaan semambu paling popular adalah mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi. Di India, daun dan ranting semambu digunakan sejak beribu tahun lamanya oleh masyarakat tempatan untuk memberus gigi dan membersihkan gusi bagi memperoleh kesihatan oral," katanya pada pelancaran semula produk Himalaya berasaskan semambu di ibu negara, baru-baru ini.

Menurutnya, bukti klinikal dan hasil penemuan awal telah menyokong manfaat luar biasa semambu khasnya bahagian kulit, daun dan minyak neem.

Sambil memberitahu terdapat antara 10 hingga 20 juta batang pokok semambu di India, beliau berkata, kesemua bahagian pokok semambu termasuk bunga, benih, buah, akar dan kulit telah digunakan dalam rawatan melegakan keradangan, jangkitan, demam panas, penyakit kulit dan penyakit gigi.

Namun, ciri-ciri antibakteria dan juga kesan antikarsinogenik daun semambu telah mempopularkan penggunaannya untuk masalah kulit seperti jerawat yang biasa dialami oleh golongan muda.

Keberkesanan semambu terhadap masalah kulit yang serius seperti ekzema, psoriasis dan kaki atlet juga telah diperakui kerana kemampuannya menyingkirkan toksik dalam darah.
"Pokok semambu tumbuh di kebanyakan tempat di India dan Afrika. Malah di China, kanak-kanak yang mengalami demam campak akan diminta tidur di atas daun semambu bagi melegakan masalah tersebut," jelasnya yang berasal dari India.


BUNGA SEMAMBU

Bagaimanakah semambu bertindak ke atas masalah kulit?

Apabila semambu memasuki tubuh, ia akan meredakan lebihan kandungan gula dalam badan yang menjadi punca kepada kebanyakan masalah kulit.

Data-data perubatan kuno seperti Sushrita Sanhita menunjukkan, keupayaan semambu menghalang pergandaan virus menerusi gabungan dengan sel-sel kulit. Sekatan yang yang berlaku pada pertumbuhan virus memberi ciri-ciri germisid dan antialahan kepada semambu.

Sains perubatan moden kini turut mengkaji potensi kegunaan semambu dalam bidang perubatan. Malah, kajian terkini menunjukkan semambu bukan sahaja mampu menangani semua jenis masalah jangkitan kulat, malah turut dimanfaatkan oleh pesakit yang mengalami keresahan, obesiti dan pelbagai kesakitan lain.

Beliau yang yakin dengan masa hadapan produk-produk berasaskan herba berkata, Himalaya akan terus memastikan setiap produk herba yang diperkenalkan bebas bahan-bahan racun, plumbum mahupun bahan logam berat yang bertoksik.

Herba-herba yang digunakan dalam produk Himalaya berasal khas dari kaki gunung Himalaya di India dan ladang-ladang eksklusif yang diusahakan oleh petani-petani tempatan.

Semoga bermanafaat untuk semua.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu