
Labels: Komuniti Sg Isap Damai
Dari jauh saya melambai, Kak Gee rakan lama saya. Suatu masa dulu, meja kami bersebelahan di bilik guru semasa beliau mengajar di SMKPB. Beliau berpindah atas urusan kenaikan pangkat. Begitu pantas masa berlalu...
Kak Nab, Kak Gee n Pah Radziah
Labels: My friends
Petang Rabu, sempat menghadiri majlis jamuan sempena meraikan pengasuh Taska Ibnu Abbas yang akan berhenti, serentak pulak tu. Cikgu Yana akan melangkah ke alam rumahtangga manakala Cikgu Nor pula nak sambung belajar. Terimakasih kepada mereka berdua kerana selama ini mengasuh anak saya. Boleh dikatakan semua anak-anak saya membesar di tangan mereka. Saya tak ada 'bibik', jadi lepas 40 / 60 hari terus masuk taska. Jasa mereka cukup banyak. Saya doakan mereka semua terus berjaya. Moga ukhwah akan terus berpanjangan.
"Dah, bila nak update blog?" asked my hubby... Rupa-rupanya dalam diam-diam ada pembaca setia. After days of hibernating... Here I am... Actually many things had happened. But I'm neither a creative story teller nor writer. So not all the events can be expressed in words!!!
Today a new history is recorded in my life... Masuk pertandingan gubahan tuala sempena Minggu Votek kat sekolah. Kalau adik beradik saya tahu tentu terkejut. Dalam keluarga saya arwah nenda berdua memang kreatif. Jadi yang 'menurun' seni-seni ini semua adik beradik kecuali saya aje. Tapi hari ini saya telah mencuba. Bukan mudah rupanya. Nasib baik rakan saya seni juga orangnya...
Hasil sentuhan Pah Hanim (nama glamor kat sekolah...) dan Pah Radziah...
(terlahir kumpulan pah kuasa dua...!!!)
Lain yang dirancang, lain yang Allah swt susun. Hari ini saya mengambil cuti rehat untuk menjaga anak ke lima saya yang terkena 'chicken pox'. Tapi rupa-rupanya ada hikmah disebalik cuti saya. Sepagi saya bersama sahabat saya, Ukht Normah, yang kehilangan suaminya buat selama-lamanya... Begitu mengejutkan saya dan rakan-rakan yang lain kerana sebelum ini arwah nampak sihat. Ukht Normah pun tidak pernah memberitahu arwah ada mempunyai apa-apa penyakit yang berat. Tapi selepas menziarahi tadi barulah saya tahu doktor ada mengesan arwah mempunyai barah hati dan jangka hayatnya dalam 5 tahun sahaja... Tapi takdir ALlah swt menentukan segala-galanya.
Labels: Panggilan Allah
Labels: birthday wishes , kak long
On Tuesday I was late due to Al-Bukhary Tuition Class. Though I were not in luck as my Unser broke down (battery weak). Luckly Pak Abu (the canteen supervisor) was still around. So Pak Abu together with Cikgu Syukri, Cikgu Zam, Firdaus and Abdillah helped to 'tolak' the Unser. Alhamdulillah be able to start the engine and thanks a lot for the help.
Then on that night 'the registered engineer' still don't have enough time to change the battery. So the next day I turned up with my neighbour's car for a meeting at PPD.
Only after Thursday night then 'the registered engineer' and 'the future engineer' started replacing the battery with the new one!!
Just look and see... This is how to loose the nut...
Walid, not that bad I can do it if you give me a try...
Alhamdulillah, finally mission accomplished!!!
Labels: Said Ramadhan
“Macam mana aktiviti riadhah kita?” tanya Kak Ani kepada saya.
Saya hanya mampu sekadar tersenyum dan terasa malu pada diri sendiri, “Itu lah, kita ni tak pernah istiqamah dalam menjaga ibadah jasadiah. Rasanya ini sudah kali ke tiga mendengar amanat dari Cikgu Maza, tapi tak pernah-pernah nak istiqamah untuk melakukan riadhah kecergasan ni. Agaknya kat mana lah level iman kita ni ye?.” Saya memberi respon pada soalan K Ani tadi.
Itulah sebahagian perbualan saya dengan K Ani tengah hari tadi selepas mendengar buat kali ke tiga (…!!!) ceramah kecergasan fizikal dari Cikgu Maza. Beliau merupakan bekas guru dan pengerusi RMC Training Centre. Umurnya sudah menjangkau 68 tahun tapi masih mampu untuk satu Malaysia untuk memberi ceramah kecergasan, outing dan panjang gunung. Pagi tadi pun larat lagi untuk berlari 4km bersama ahli-ahli Haluan yang lain.
Tapi saya masih lagi di takut lama. Sudah banyak kali mendengar saranan beliau. Tapi atas alasan sibuk etc, etc, etc.. tak boleh lagi nak buat latihan tersebut secara istiqmah. Awal tahun dulu sempat 1 bulan sahaja. So kali ni tak boleh beri alasan lagi...
Nota ceramah akan dimuatkan dalam blog Resensi Buku .
Labels: Ceramah
Yesterday both the father and his son got sick... The father with his diarrhea while the son got chicken pox!! So the father got a day MC, while the son got a week MC. Me, what a relief, still can save my CRK... But today, the father goes to KB for Seminar Ulum Quran, and the son, reluctantly stays alone at house, follows me to school. So I 'lock' him in my room at computer lab. Hopefully, the virus won't spread around...
Anak-anak adalah permata ayahnda dan bonda. Lagaknya kekadang menjadi penyeri rumahtangga. Tadi semasa saya sedang melipat kain, datang anakanda saya Muhammad Said Ramadhan membantu. Tanpa disuruh-suruh dia nak lipat bajunya sendiri. Walaupun lipatan kurang kemas, dia berjaya melipat semua bajunya. Tidak lekang dihati bonda mendoakan buat anak-anakku, menjadi orang yang soleh, yang mendoakan bonda dan ayahanda di saat kami tiada lagi di bumi ini...
Alhamdulillah, I'm done...
Labels: Anaknda
Rapuh by Opick
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
Copyright 2009 - Hidup Untuk Memberi...
Web Designer Ray Creations. Sponsored by Web Hosting India & Ray Hosting