Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Daftar tingkaan 1

Menjengok lagi ke sekolah merakam wajah2 baru
yang ceria nak masuk alam sekolah menengah.
Masing2 dengan baju baru,
tudung baru dan beg baru
Selamat berlajar.....

Syukur buat anakanda Sakinah

Malam makan2 di kedai nasi arab.
Esok anak2 nak balik asrama.
Disamping belanja anakanda sakinah
alhamdulillah PMRUnya 10 As no ke 340.

Anakanda ku... bersyukur dengan kejayaan yang diraih.
Moga semua ikhlas dalam pencarian mu
mencari ilmu bukan semata2 untuk peperiksaan
tapi pencarian mu mencari hakikat diri...

Mesyuarat Pertama 2011

Dua hari bermesyuarat di bilik syarahan baru.
Boss buat kejutan buat cikgu2....
siapkan bilik syarahan baru yang diconvert
dari makmal lama.
Okey lah... moga2 tahun ini lebih bersemangat
sebab boss sendiri buat inhouse bertajuk team building.

Dan tambahan sikit dari saya, maka berkerjalah kita
tahun ini dengan penuh bersemangat nak mendidik
anak2 pelajar kita seperti anak2 kita sendiri
kerana merekalah masa depan kita.
Nak tengok masa depan lihat remaja hari ini...
Dan rata2 realiti mengambarkan remaja hari ini
tidak mengambarkan seperti yang kita kehendaki.
Maka ditangan kita guru untuk merubah,
menyedarkan dan membimbing anak2 pelajar kita
agar menjadi insan yang seperti mana Allah kehendaki.
Bukan sekadar ilmu dunia tapi ilmu akhirat juga
kita sedia dan berikan untuk mereka.
Seperti mana kata boss
kalau semua guru adalah guru disiplin,
jangan mengharapkan guru disiplin sahaja mengawal pelajar
maka semua guru juga adalah pembimbing pelajar
yang membimbing mereka ke arah kebaikan
dan jangan dibiarkan hanya ustaz dan ustazah
atau kaunselor sahaja buat kerja2 ni.

"Setiap kamu adalah pemimpin
dan
setiap dari kamu diminta dipertanggungjawabkan
berdasarkan apa yang kamu pimpin."
hadis Rasullah saw.

2nd day.....

Sebelum balik makan pagi di rumah fajri,
mok long masak nasi lemak kuning.

Perjalanan pulang melalui hutan batu....

Singgah di temerloh walimah azim anak hj saba dan kak arah.
Ngam2 je orang nak tutup kedai....
Bergambar dengan pengantin pun tak sempat.
Walau bagaimana pun mabrook,
moga rumahtanggga dakwah sakinah juga dicari....

Allah izin on the back..... just next to r&r temerloh
one of the tyres burst
....

Tersadai kami tepi highway dan tulah dengan rahmat Allah jua
ada sahabat2 yang juga dalam perjalanan
pulang ke kuantan sedar dan membantu....


Alhamdulillah, pengalaman yang cukup mengerunkan.
Sangat2 bersyukur dengan rahmat dan kasih sayan
g Allah,
kami semua selamat....

Gotong royong & musafir

Tahun ini gotong royong di seria diawalkan
memandangkan minggu depan ramai nak hantar
anak2 balik asrama.
Potong2 rumput2 yang panjang dan kemas surau.

Lepas tu kemas2 barang menuju ke gombak.

Lewat petang sampai ke destinasi kenduri walimah
anak bongsu kak lipah sepupu kepada suami saya.
Beliau merantau dari terengganu dan menetap
di gombak. Memang jarang2 jumpa.
Panjang umur moga Allah pertemukan
di masa akan datang.

Malam jalan2 ke pesta buku di pwtc.
Maka jadilah pelbagai benda dibeli,
bukan beli buku je, kereta control pun beli....

Lewat malam baru sampai rumah umi ah....

Keputusan PMR 2010

Hari ini ke sekolah meninjau2 anak2 pelajar
yang mendapat keputusan PMR 2010.
Macam2 reaksi.... berdebar, suspen, takut....
releks semacam pun ada....
Lepas dapat result, masing2 gembira ada,
menangis pun ada, huhu.... relek semacam pun ada...
Apa2 pun sekalung tahniah buat semua dari cikgu.
Bagi cikgu anda semua berjaya....
Namun ingat kejayaan yang sebenar
bila kita menghadap Allah, mendapat keputusan
yang diedar dengan tangan kanan,
Allah redha kita dan ganjaran syurga dariNya.
Namun satu lafaz yang mudah diungkap
tapi bukan mudah nak dapatkannya.
Sebagaimana anda struggle untuk buat
bersungguh2 dalam peperiksaan,
seperti tu jugalah malahan lebih lagi
anda perlu struggle untuk meraih keredhaan Allah.
Berusahalah... jangan sampai putus asa....

Bekalan

Jangan biarkan bekalan akhirat anda kosong.
Kenapa pula perlu begitu?
Ustaz fathi yakan dalam bukunya
apa erti saya menganut islam,
membahaskan manusia ada 3 golongan.
1. manusia yang hidup untuk dunia.
2. golongan yang sesat antara dunia dan akhirat.
3. manusia yang mengganggap dunia
sebagai ladang akhirat.
Maka golongan ke 3 inilah mukmin yang sebenar.
Mereka mengetahui hakikat hidup.
Apa maksudnya?
Kenal petani?
Mungkin kat bandar2 susah nak cari
sebab hari ni ramai dah orang tak suka kerja
membanting tulang....
Mari kita perhati hidup seorang petani.
Semestinya petani akan memiliki ladang.
Ladangnya akan ditanam dengan tanaman.
Untuk menghasilkan hasil tanaman yang terbaik,
pokok2 yang ditanam akan dijaga dengan baik.
Disiram dengan air dan dibaja agar subur.
Dijaga agar tidak dikacau oleh haiwan perosak.
Selepas beberapa musim hasilnya
tanamannya akan membuahkan hasil.
Hasil yang baik akan dijual lalu mendapat
pulangan yang lumayan.
Namun jika sebaliknya berlaku,
petani yang malas.
Tidak menjaga tanamannya dengan baik.
Maka hasilnya buah yang tidak elok.
Lalu.... nak jual pun tak laku.
Maka itulah ibarat nya...
Seorang mukmin adalah petani.
Mempunyai dunia sebagai ladang .
Di dunia mukmin bercucuk tanam.
Pokok ditanam berpaksikan akar keimanan.
Dibaja dengan amalan.
Buah hasilnya dituai sebagai pahala
di akhirat kelak.

Jika kita nampak nilai hidup dunia
dan nilai hidup akhirat....
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia
melainkan permainan yang sia2
dan hiburan yang melalaikan
dan demi sesungguhnya
negeri akhirat itu lebih baik
bagi orang2 yang bertaqwa.
Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(Suran Al-An'aam : 23)

Lalu.... bersegeralah kita selagi Allah masih lagi
meminjamkan nyawa....
Jangan biarkan bekalan akhirat kita kosong....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu