Day 7 : Tazkirah Ramadhan
Puasa wajib adalah menahan diri dari segala yang membatalkannya dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari, dengan niat puasa semata-mata kerana Allah swt, kerana iman kepada Nya, KitabNya, syariatNya serta kerana ikhlas beramal kepada Nya.
Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa berpuasa kerana iman dan mengharap pahala maka diampuni dosanya yang lalu." (hadis riwayat Bukhari-Muslim)
Justeru ini, janganlah puasa kita menjadi satu tradisi tiap kali datangnya Ramadhan, tapi pokok nya kita kembali melakukan amal ibadah ini kerana iman kepada Allah swt. Sentiasa berdoa dan mengharapkan amal ibadah kita sepanjang ramadhan ini diterima Allah swt dan mendapat pahala darinya. Lalu Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Wallahu'alam.
Labels: Tazkirah Ramadhan
Day 5 : Tazkirah Ramadhan
(Masjid Umar AlKhatab, Los Angeles...
Kenangan Ramadhan di LA, masih tetap di sanubari...)
AlFawaik – Imam Ibn. Qayim Al-Jauzi
Kenapa manusia perlu kepada hidayah - Huda(sambungan...)
4. Kita perlu hidayah Allah kerana kita menyedari ada pahala dan dosa kerana setia amal perbuatan manusia tidak sia-sia. Semua amal akan dibalas oleh Allah walau sekecil zarah sekalipun. Oleh itu manusia mesti sentiasa berhati-hati dalam tindakan. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,niscaya melihat balasannya dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun akan melihat balasannya.
5. Hidayah Allah perlu kerana kita tidak tahu yang ghaib kerana akal manusia tidak mampu untuk sampai kepada yang ghaib iaitu sesuatu yang tidak nampak dimata mereka. Seperti al ghaib malaikat Allah yang menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah mencatas segala dosa dan pahala, maka itu wujudnya syurga dan neraka.
6. Hidayah Allah perlu kerana kejahilah kita tidak mengetahui mana yang hak dan batil. Jika tidak manusia akan terumbang-ambing dalam melaksanakan perjalanan kehidupan mereka. Dari segi pemerintahan, system ekonomi, muamalat – (pemikiran manusia terhad). Dan bila Allah mencipta manusia maka Allah juga mencipta undang-undang untuk mengawal kehidupan manusia.
7. Dan akhirnya kita perlu hidayah Allah kerana manusia tidak tahu tentang dirinya, dari mana asal-usulnya. Dari mana dia datang. Maka kita terikut-ikut dengan teori yang mengatakan manusia dari monyet, dan ini manusia akan menjatuhkan dirinya sendiri. Padahal manusia itu adalah semulia-mulia kejadian, dari tanah (keturunan Adam) dan diciptakan untuk berubudiah hanya sanya kepada Allah swt.
Oleh itu besarnya peranan Al-Quran dalam kehidupan manusia. Bukan untuk orang Islam sahaja. Tapi seluruh umat manusia. Kita nak kena yakin dengan Islam deen Allah – yang dijanjikan Allah sebagai rahmat kepada sekelian alam. Oleh itu di bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan bacaan Quran sambil menndekatkan lagi diri kita dengan Allah swt. Wallahu'alam.
Oleh itu besarnya peranan Al-Quran dalam kehidupan manusia. Bukan untuk orang Islam sahaja. Tapi seluruh umat manusia. Kita nak kena yakin dengan Islam deen Allah – yang dijanjikan Allah sebagai rahmat kepada sekelian alam. Oleh itu di bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan bacaan Quran sambil menndekatkan lagi diri kita dengan Allah swt. Wallahu'alam.
Labels: Tazkirah Ramadhan
Day 4 : Tazkirah Ramadhan
Al - Fawaik – Imam Ibn. Qayim Al-Jauzi
Di bulan Ramadhan ini marilah kita mengambil kesempatan untuk menyibukkan diri kita dengan amalan-amalan yang soleh samada yang khusus pada bulan Ramadhan, yang wajib atau pun yang sunnat. Seperti hadis Rasulullah saw, dari Riwayat Ibnu Khuzaimah, yang mafhumnya, satu amalan wajib ganjaran dari Allah swt ialah 70X ganda. Oleh itu tidakkan hati kita terpanggil untuk menyahut seruan Allah swt di bulan yang mulia dan penuh baraqah ini...
Di bulan Ramadhan ini marilah kita mengambil kesempatan untuk menyibukkan diri kita dengan amalan-amalan yang soleh samada yang khusus pada bulan Ramadhan, yang wajib atau pun yang sunnat. Seperti hadis Rasulullah saw, dari Riwayat Ibnu Khuzaimah, yang mafhumnya, satu amalan wajib ganjaran dari Allah swt ialah 70X ganda. Oleh itu tidakkan hati kita terpanggil untuk menyahut seruan Allah swt di bulan yang mulia dan penuh baraqah ini...Allah bersifat “memilih” dan “berkehendak”, oleh itu di bulan ramadhan telah dipilih oleh Allah swt sebagai bulan yang istimewa dan Allah menghendaki hambanya berubudiah sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu rebutlah kita peluang yang Allah swt berikan kerana kita manusia sentiasa memerlukan petunjuk dan hidayah (huda) dari Allah swt.
Kenapa manusia perlu kepada hidayah - Huda ?
Sebagai mana kita tahu, dalam diri manusia ada seketul daging, yang mana ia boleh berkarat seperti karatnya besi... Hati manusia boleh sihat, sakit dan mati. Hati ibarat ikan dilaut. Dan hidayah itu bagaikan air masin. Ikan akan segar dengan adanya air masin, dan sakit tanpa air masin (mengelumpur), dan berterusan tanpa air ia boleh mati. Begitulah hati manusia, tanpa hidayah (petunjuk) ia boleh mati... Oleh itu di bulan mulia ini, kita cuba untuk mencari hidayah Allah swt agar hati kita sentiasa sihat dan segar.
1. Kita perlu kepada hidayah untuk mengenal Allah, sifat-sifat Allah. Apabila manusia tidak kenal Allah dan sifat Allah, maka manusia akan sesat dalam pemujaan. Berlaku penyembahan di mana makhluk boleh disamakan dengan Allah – angin (yang kuat), api (yang membakar), binatang yang berjasa (lembu). Dan Al-Quran menerangkan sifat Allah yang banyak sekali dan mana boleh di samakan oleh makhluknya.
2. Kita perlu hidayah Allah untuk melaksanakan amal dan ubudiah. Manusia pada asalnya tidak tahu bagaimana nak beramal... Diciptakan sembahan-sembahan dalam bentuk berhala. Oleh itu Al-quran menerangkan cara melaksanakan amal melalui solat,puasa zakat dan sebagainya.
3. Hidayah amat perlu untuk kita mengetahui apa yang Allah suka dan tak suka. Jika tidak, manusia akan membuat penentuan mengikut hawa nafsu, memberi nilaian yang tidak tepat, nilai baik ialah kepada orang yang kaya, berkuasa dan sebagainya. Padahal sifat-sifat yang disukai oleh Allah ialah sabar, taubat, menyucikan diri, bertaqwa dan sebagainya. Wallahu'alam.
bersambung...
Labels: Tazkirah Ramadhan
Day 3 : Tazkirah Ramadhan
Ramadhan adalah bulan barakah, Rahmat dan kebahagiaan. Betapa perlunya manusia merenung sejenak untuk bersiap-siap menyambutnya mengikut kebaikan yang dikandungnya. Ia merupakan bulan yang dihormati di masa jahiliyah, dan ketika Islam datang, semakin dihormati dan dimuliakan. Didalam bulan ini Allah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia. Betapa perlunya kita menenangkan dan menyedarkan jiwa tentang hak Ramadhan sebelum menjumpainya.
Allah swt menjadikan bulan ini sebagai bulan yang agung, memberi keistimewaan yang banyak sekali kepadanya, serta menjadikannya sebagai salah satu fasa kehidupan yang paling berharga dan salah satu stesen perjalanan di atas jalan hidup yang lurus. Pada bulan ini seorang muslim mencurahkan sebahagian besar perhatiannya kepada Allah, Akhirat dan peningkatan rohani, bulan kebersihan jiwa, bulan munajat, serta waktu menghadap kepada Allah, memohon pertolongan dari Maha Tinggi dan Maha Besar dan menjalinkan hubungan dengan al-Mala'ul A'la.
Petikan ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
Labels: Tazkirah Ramadhan
Day 2 : Tazkirah Ramadhan
Menyambut Ramadhan Dengan Meriah.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Bila tiba Ramadhan, Rasulullah saw bersabda,
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan,
bulan penuh barakah, di dalamnya Allah wajibkan puasa,
pintu-pintu syurga dibuka,
pintu-pintu neraka ditutup,
syaithan-syaithan dibelenggu.
Didalamnya ada satu malam lebih baik dari seribu bulan.
Siapa tidak mendapat kebaikannya,
sesungguhnya ia telah rugi. (Ahmad).
Sahabat-sahabat Rasulullah saw
saling bertahniah bila tiba Ramadhan
kerana mereka merasa bahagia di mana
orang shalih dibuka pintu syurga,
penderhaka ditutup pintu neraka
dan orang berakal senang kerana syaithan dibelenggu.
Oleh itu Ramadhan memang dinanti-nantikan
dan dirindui oleh sahabat-sahabat Rasulullah saw.
Wallahu'alam.
Labels: Tazkirah Ramadhan
Day 1 : Tazkirah Ramadhan
Menurut As Syahid Hassan al-Banna Islam adalah sistem hidup syumul, mencakupi seluruh bidang kehidupan iaitu :
- Negara dan tanah air atau pemerintah dan umat.
- Akhlak dan kekuatan atau kasih sayang dan keadilan.
- Peradaban dan undang-undang atau ilmu dan hukum.
- Material dan harta atau usaha dan kekayaan.
- Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.
- Aqidah kurus dan ibadah sahih.
Oleh itu kita melihat bahawa kurikulum Madrasah Ramadhan diaplikasikan untuk menyumbang kepada pembangunan Islam sebagai satu Sistem. Ibadah puasa bukan tersendiri. Peranan ibadah puasa kepada sistem Islam samalah seperti peranan tangan kepada tubuh manusia. Tangan akan kehilangan fungsi jika ia dipisahkan daripada tubuh. Sebagaimana ibadah puasa tidak mampu berkesan tanpa melaksanakan Islam sebagai satu sistem hidup. Wallahu'alam.
Labels: Tazkirah Ramadhan











