Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Relawan Misi Kemanusiaan Merapi Berlepas ke Indonesia

Monday, 15 November 2010 21:06 administrator

LCCT Sepang, 15 Nov - Kumpulan pertama relawan-relawan Misi Kemanusiaan Merapi (MKM) anjuran HALUAN telah berlepas ke Indonesia pada jam 5:50 petang tadi. Misi ini adalah merupakan antara usaha HALUAN bagi membantu secara terus mangsa-mangsa bencana letusan gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia. Gunung Merapi yang mula meletus pada 26 Oktober lalu sehingga kini telah mengorbankan lebih 150 nyawa.

Menurut laporan Pusat Volcanologi Indonesia, letusan masih lagi berlaku dengan intensiti yang tinggi. Keadaan ini membawa ancaman awan panas sehingga ke jarak 10km daripada pusat gunung tersebut. Memandangkan gunung berapi ini masih aktif, pihak berwajib Indonesia kini meluaskan kawasan pemindahan penduduk sehingga ke perimiter 20km. Lebih 278,500 orang telah dipindahkan ke kem-kem penginapan sementara di sekitar Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogjakarta.

Relawan-relawan HALUAN di LCCT Sepang sebelum berlepas ke Indonesia.

Misi Kemanusiaan Merapi bagi kumpulan pertama ini melibatkan 4 orang relawan HALUAN, termasuk ketua misi iaitu Dr Baharudin Suri daripada Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Johor. Ketua Biro Misi Bantuan Kecemasan dan Kemanusiaan HALUAN, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hasan, turut bersama-sama hadir di LCCT Sepang bagi menyampaikan taklimat misi dan seterusnya melepaskan relawan-relawan ke Jakarta. Menurut Dr Syed Muhammad Haleem, relawan-relawan HALUAN akan berbakti di kem-kem penempatan sementara yang terletak di sekitar Yogjakarta. "Mereka akan bekerjasama dengan beberapa NGO tempatan, terutamanya Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) untuk memberikan khidmat rawatan perubatan di samping usaha memulihkan semangat mangsa-mangsa yang terlibat, iaitu melalui khidmat pemulihan trauma," jelas Dr Syed Muhammad Haleem.

Letusan menyebabkan Gunung Merapi terbelah Kawasan sekitar dihujani debu panas

Di samping ubat-ubatan, kumpulan ini juga membawa bersama mereka bantuan sejumlah lebih sepuluh ribu ringgit. "Mangsa-mangsa sangat memerlukan bantuan, terutama dalam bentuk makanan dan juga pakaian untuk ibu dan anak-anak. Majoriti daripada mereka terpaksa meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang. Jadi kita sangat berharap agar masyarakat Malaysia yang prihatin dapat tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah ini. InsyaAllah HALUAN akan menghantar kumpulan bantuan seterusnya apabila mendapat maklumat dan analisa terperinci daripada kumpulan pertama ini nanti," sambung Dr Syed Muhammad Haleem. Kumpulan ini dijangka pulang pada hari Ahad depan.

Keadaan di sebuah kem penginapan sementara Antara mangsa hujan debu panas

Gunung Merapi yang terletak di tengah-tengah kawasan padat penduduk ini meletus setiap empat atau lima tahun. Hampir 70 letusan berlaku sejak pertengahan abad ke-16. Seramai 1,400 orang terbunuh dalam kejadian pada tahun 1930, manakala 60 orang telah terkorban dalam letusan pada tahun 1994.

HALUAN sangat-sangat berharap kepada orang ramai untuk turut membantu misi bantuan kemanusiaan ini. Sebarang bantuan kewangan boleh disalurkan melalui

Nama akaun: HALUAN
No akaun: 14-023-01-002571-8
Bank Islam Malaysia Berhad
.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/relawan-misi-kemanusiaan-merapi-berlepas-ke-indonesia.html

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu