Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

HALUAN Pahang Mendidik Jatidiri Pelajar-pelajar Pilihan SMK Paya Besar Kuantan

Tuesday, 09 November 2010 19:12

KUANTAN, 3 November - HALUAN Pahang meneruskan usaha berbakti kepada masyarakat dengan memberi tumpuan kepada program pendidikan bagi melahirkan warga negara yang berilmu dan berakhlak mulia. Terbaru HALUAN Pahang telah mendapat kepercayaan da n diberi amanah oleh SMK Paya Besar Kuantan, Pahang untuk mengisi program pemantapan jatidiri dan sahsiah terpuji kepada pelajar-pelajar putera dan puteri tingkatan 1 dan 2 berumur 13-14 tahun.

Program telah diadakan pada 2 hingga 3 November 2010 bertempat di Kempvilla Resort, Kg Kempadang, Kuantan yang disertai seramai 60 orang pelajar terpilih beserta beberapa guru-guru pengiring. Tujuan program ini adalah untuk me mbentuk pelajar-pelajar agar mempunyai jatidiri dan disiplin yang tinggi dan terhindar dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka. HALUAN Pahang telah mendapatkan khidmat dari motivator dan fasilitator terlatih dari Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) Kelantan dan HALUANSiswa Pahang yang diketuai oleh Sdr. Razali b. Maarof bersama 8 orang fasilitator lelaki dan perempuan.


Menurut Penyelaras Program HALUAN Pahang, Sdr Abd Bashir Abd Ghani, program selama 2 hari 1 malam ini sedikit sebanyak telah berjaya memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk mereka memahami tujuan menuntut ilmu dan kepentingan berakhlak mulia. Di usia yang sebegini muda dan mentah, mereka mudah terpengaruh dengan budaya songsang yang boleh merosakkan masa depan mereka jika tidak dibendung dengan segera. Justeru itulah pihak sekolah menganjurkan program ini dan memberi kepercayaan kepada HALUAN untuk membentuk pelajar-pelajar terpilih ini.

Beberapa modul pengisian program telah dijalankan oleh motivator dan fasilitator bagi memastikan program dapat berjalan dengan baik dan lancar serta mengembirakan mereka. Fasililtator terpaksa mengerahkan kepakaran dan pengalaman mereka bagi mengendalikan program ini dengan berbagai pendekatan walaupun agak keletihan melayani karenah nakal peserta. Maklumlah berhadapan pelajar-pelajar pilihan yang masih terumbang ambing menentukan karisma mereka. Berkat kesabaran abang-abang dan kakak-kakak fasilitator , mereka semua gembira dan seronok menyertai program ini.

Antara pengisian program yang dapat dan sempat dilakukan dalam masa yang terbatas ini termasuklah ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan (LDK), riadhah, solah berjemaah, qiamullail , sesi muhasabah dan kaunseling. Program perasmian penutupan bersama ibubapa mereka telah diadakan pada 3 November 2010 jam 3.00 petang di sekolah mereka dengan acara penyampaian hadiah dan sijil oleh Pengetua sekolah. Sebelum ucapan penutup, satu ceramah keibubapaan bersama dengan ibubapa peserta telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Abd. Rahman dari HALUAN Pusat. Ucapan penutupan telah disempurnakan oleh Pengetua Sekolah, En. Nandrakumaran.

Dalam ucapannya, beliau berulang kali mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak HALUAN kerana sudi membantu pihak sekolah mendidik pelajar-pelajar mereka. Suatu usaha kerjasama yang kukuh antara pihak sekolah dengan NGO. Beliau berharap pihak HALUAN akan dapat mengisi lagi program mendidik pelajar-pelajar mereka dimasa akan datang.Terdahulu dalam ucapan mewakili HALUAN Pahang, Sdr Abd. Bashir merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah memberi peluang kepada HALUAN Pahang mendidik pelajar mereka dan berharap usaha yang baik ini berterusan di masa akan datang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Norehan Guru Penyelaras Bina Insan SMK Paya Besar selaku guru penyelaras program yang telah banyak memberi kerjasama dan bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran program ini. Juga kepada semua fasilitator dan penceramah yang begitu komited membantu menjayakan program ini.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/haluan-pahang-diberi-kepercayaan-mendidik-jatidiri-pelajar-pelajar-pilihan-smk-paya-besar-kuantan.html

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu