Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Mesyuarat PKKP


Petang tadi mesyuarat PKKP
bincang post mortem peperiksaan percubaan SPM
dan dipengerusikan oleh boss sendiri.
Huhu... subjek saya add maths macam dulu2 juga
masih lagi di tangga yang tercorot...
tu pun kira ada peningkatan,
13 pelajar lulus, tahun lepas 6 je lulus!
Nasib badan... macam2 strategi dah cuba
tapi tak menjadi lagi... Allah belum mengizinkan.
Nampak gaya kena cuba kaedah cikgu siro lah pula
cara santai... saya pun tak pasti macam mana...


Apa2 pun klinik add maths sudah mula jalan.
Duduk dalam bulatan...
sembang2, tanya2 dari hati ke hati...
Huhu... minggu depat bawa kuih raya
yang masih saki baki tu...
Aduh... santai2... bukan senang nak memujuk
moga Allah beri jalan...

Generasi Pertama

Generasi pertama, mereka adalah kelompok yang terpilih dikalangan bangsa arab. Mereka bersatu disekeliling Rasulullah SAW disaat umat arab yang masih jahil menentang mereka. Namun mereka teguh berdiri dibelakang Muhammad SAW.

Pernah kita terlintas, apakah yang dicita-citakannya? Apakah yang difikirkannya? Apakah yang diinginkannya? Sampai bilakah dakwah secara tersembunyinya bertahan? Apakah yang diinginkan oleh generasi pertama ini?

Sesungguhnya merekalah yang ingin memberikan nilai-nilai kemanusian yang baru kepada umat manusia, dengan izin Allah. Walaupun kelompok generasi pertama kecil, tapi mereka berjaya menegakkan panji-panji Allah dibumi. Mereka berjaya menyatukan hati manusia pada Tuhan manusia. Mereka telah menumbuhkan perasaan baru dalam hati. Mereka meletakkan kitab baru di hadapan umat manusia. Mereka mencipta generasi tauladan di tengah-tengah manusia. Memang mereka berhak mendapat sifat dari Allah swt, " Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia." (Ali Imran:110)


Wallahu'alam.
Islah nafsaka wad'u ghairuka

Misi pertama sudah pulang....

Pasukan pertama bantuan kemanusiaan dan perubatan HALUAN pulang ke tanahair

SEPANG, SELANGOR Okt 12, 2009: PASUKAN pertama Misi Bantuan Kemanusiaan dan Perubatan HALUAN selamat pulang ke Malaysia pagi ini setelah lebih seminggu berkhidmat di kawasan bencana gempabumi di Sumatera Barat. Pasukan yang terdiri daripada dua orang doktor perubatan, seorang jururawat kanan serta dua orang relawan itu telah berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Padang pada 7 Oktober lepas.

Presiden HALUAN, Dr Abdullah, bergambar ketika menyambut kepulangan relawan HALUAN
Mereka diketuai oleh Dr Arbaai Shawal, seorang Pegawai Perubatan yang merupakan ahli Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Johor, Dr Saedah Ali, seorang pakar bius dari KKH Kelantan, Nik Rahmah Nik Abd Rashid, Jururawat Kanan (bersara) dari HALUAN Kelantan, Ahmad Sani Mohd Sahabudin, seorang inspektor kesihatan Kanan dari HALUAN Kedah, dan Hasrin Wagimin, seorang relawan media dari HALUAN Johor.

Pasukan pertama ini telah berkerjasama erat dengan pasukan penyelamat dan NGO dari Indonesia terutamanya Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI). Hasil daripada itu, HALUAN diamanahkan untuk memberikan rawatan terus di beberapa daerah terpencil di kawasan bencana di Padang dan Pariaman. Cabaran utama mereka adalah untuk sampai ke destinasi dengan selamat kerana banyak jalan perhubungan rosak samada terputus ataupun merekah serta jambatan yang tenggelam akibat gempa.

Menurut ketua pasukan ini, Dr Mohd Arbaai Shawal MBBS, pasukannya mendapat kerjasama yang baik daripada kepimpinan penduduk-penduduk kampung yang sedar bahawa pasukan NGO Malaysia telah tiba untuk menghulurkan bantuan.

”Di setiap daerah yang kami dibawa, pasukan HALUAN merawat sekitar puluhan malahan sehingga seratus lebih pesakit yang tercedera ataupun demam dan sebagainya. Trauma yang mereka alami sungguh dahsyat, tidak terbayang sukarnya hidup mereka selepas ini kerana bukan sahaja rumah mereka ranap, ada di kalangan mereka yang hilang tempat bergantung kerana bapa, ibu ataupun suami sudahpun meninggal akibat gempa skala 7 Richter itu. Relawan kami puas menjadi kaunselor untuk menenangkan mangsa trauma yang ramai itu yang terdiri daripada kanak-kanak dan wanita,” berkata Dr Arbaai.

Menurut Presiden HALUAN, Prof. Madya Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman, yang turut menyambut kepulangan pasukan ini, HALUAN berharap agar misi ini dapat diteruskan sehingga sebulan lagi demi kemanusiaan. Pasukan kedua HALUAN, juga terdiri daripada gabungan doktor dan relawan am, dijangka berlepas pada 14 Oktober ini.

Ketua Biro Misi Bantuan Kecemasan dan Kemanusiaan HALUAN, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan MD; pula merayu orang ramai supaya terus menghulurkan derma ikhlas untuk membolehkan HALUAN membawa lebih banyak bekalan ubat-ubatan dan makanan mudah masak ke sana. Ubat dan alat bantuan perubatan masih tidak mencukupi di sana, katanya.

Sebarang derma kewangan boleh disalurkan melalui

Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

Sumber : www.haluan.org.my

Ziarah

Hujung minggu saya ke kt lagi,
menziarahi anakanda yang disayangi,
habibah naemah
yang sedang menduduki pmr.
Kehadiran seorang ibu,
moga2 dapat memberi
sokongan, dorongan,
kekuatan dan sumber inspirasi...
Melihat wajahnya,
sebagai seorang ibu,
boleh benar meramal
kekuatan dan kelemahannya.
Hanya kepada Allah swt diri ini bertawakal...


Putera ku


Hari ini genap usia putera ku yang di kasihi
Muhammad 'Abbas Salimi 10 tahun.
Tiada yang bonda dambarkan selain
dari anakanda menjadi anak yang soleh,
pewaris generasi al-quran,
mendoakan ayahabonda jika kami sudah tiada lagi...

Jamuan Raya HALUAN Pahang

Jamuan Raya HALUAN Pahang tahun ini
telah diadakan bersama jemaah khairiah
di Masjid Lama Permatang Badak
selepas solat isya' berjamaah.

Sebelum tu seperti biasa penyampaian ijtima' am.
Alhamdulillah penceramah CD ada sebut
pasal gempa bumi di Padang Sumatera.
Beberapa fakta yang memberi tazkirah yang bermakna
tentang perkhabaran Allah SWT
peringatan buat kita jika kita ingin
mengambil iktibar darinya.

Gempa pertama berlaku di padang sumatera,
hari rabu 30 september 2009
pada jam 5:16 petang atau 17:16 petang.

Petikan Al-Quran dari Surah Al-Israa'
(surah ke 17) ayat ke 16,
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,
maka Kami perintahkan kepada orang-orang
yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah)
tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu,
maka sudah sepantasnya berlaku
terhadapnya perkataan (ketentuan Kami),
kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Gempa susulan berlaku di padang sumatera
pada hari yang sama pada jam 17:58 petang.

Petikan Al-Quran dari Surah Al-Israa'
(surah ke 17) ayat ke 58,
Tak ada suatu negeri pun
(yang durhaka penduduknya),

melainkan Kami membinasakannya
sebelum hari kiamat

atau Kami azab (penduduknya)
dengan azab yang sangat keras.
Yang demikian itu telah tertulis
di dalam kitab (Lauh Mahfuz).


Gempa ke dua berlaku di jambi sumatera
hari khamis 1 Oktober 2009 pada jam 8:52 pagi.

Petikan Al-Quran dari Surah Al-Anfaal
(surah ke 8) ayat ke 52,
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun
dan pengikut-pengikutnya
serta orang-orang sebelumnya.
Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,
maka Allah menyiksa mereka
disebabkan disebabkan dosa-dosanya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuat
lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Wallahu'alam secara kebetulan atau
memang peringatan dari Allah swt
bagi mengingatkan jika kita masih di buai kelalaian.

Beringatlah, musibah Allah ditimpakan kepada negara
yang mana penghuninya mula derhaka kepada Allah.
Sesungguhnya azab Allah swt sangat pedih.

Sementara itu, pihak HALUAN Malaysia
sudah pun menghantar kumpulan pertama
sukarelawan untuk memberi bantuan mangsa
gempa di padang.

PETIKAN DARI www.haluan.org.com

Pasukan medik dan kaunselor HALUAN mula berkhidmat di Padang


Sepang, 07 Oktober 2009 - Pasukan pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Padang telah selamat berlepas ke Padang, Sumatera pada jam 7:50 pagi tadi. Pasukan ini diketuai oleh Dr Arbaai Mohd Shawal dan dibantu oleh Dr Saedah bt Ali bersama seorang jururawat kanan dan dua orang kaunselor.

Mereka telah tiba di Padang pada pukul 08:10 waktu tempatan dan terus bersama-sama NGO tempatan menjalankan kerja-kerja bantuan yang dirancang. Mereka kini berpengkalan di Masjid Desa Sg Sirah, Pariaman.

Pasukan pertama ini telah membawa bersama ubat-ubatan dan kelengkapan asas seperti khemah, lampin pakai-buang untuk bayi dan makanan segera.

Terdahulu, Timbalan Presiden HALUAN Ustaz Mohd Darus Senawi telah mengalu-alukan relawan dari pasukan pertama ini di Pusat Operasi Misi Bantuan Kemanusiaan Padang di Subang Perdana. Dalam taklimat ringkasnya, Ustaz Mohd Darus melahirkan rasa terharu terhadap relawan-relawan HALUAN yang bersedia menyahut seruan untuk membantu mangsa-mangsa gempabumi di Padang dan Pariaman. Beliau menggesa para relawan untuk memberikan khidmat bakti dengan penuh ikhlas dan dedikasi, sebagaimana yang pernah mereka tunjukkan sebelum ini dalam misi-misi bantuan kemanusiaan Tsunami di Acheh dan juga gempa bumi di Pakistan dan Yogjakarta. "Di samping menjaga hubungan dengan masyarakat di Padang yang ditimpa musibah, relawan-relawan HALUAN mestilah sentiasa menjaga hubungan mereka dengan Allah swt agar setiap usaha dan pengorbanan mereka diberkati dan diterima oleh Allah," nasihat Ustaz Mohd Darus. Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut adalah Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Padang, Dr Syed Muhammad Haleem dan juga Pengerusi Kelab Kesihatan HALUAN (KKH,) Dr Basir Towil.

Daerah Padang dan Pariaman dilanda gempabumi kuat bermagnitud sehingga 7.9 pada hari Rabu dan Khamis lalu. Menurut laporan NGO yang sedang menghulur bantuan di Padang, masih berlaku gegaran-gegaran susulan yang kuat sehingga dua hari lepas. Sehingga semalam, seramai 724 orang dilaporkan telah terkorban. Lebih 2000 orang tercedera, manakala 285 orang lagi dilaporkan hilang. Selain dari terpaksa mengharungi masalah kemusnahan tempat tinggal dan kemudahan asas, mangsa-mangsa gempabumi ini kini juga berhadapan dengan masalah trauma dan gangguan jiwa.

Di samping memberi bantuan kepada mangsa-mangsa, pasukan pertama HALUAN ini juga akan mengkaji dan berbincang secara menyeluruh dengan NGO tempatan untuk menyusun strategi bantuan yang berkesan. Menurut Dr Syed Muhammad Haleem, pasukan kedua akan berlepas ke Padang pada hari Selasa 13 Oktober. "Kita menyeru kepada masyarakat prihatin untuk sama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa gempa di Padang. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah, tidak kira agama, bangsa dan di mana mereka berada," kata beliau.

Orang ramai yang ingin turut membantu Misi Bantuan Kemanusiaan Padang ini boleh menyalurkan bantuan kewangan melalui

Tabung Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 14-023-01-002571-8
Bank Islam Malaysia Berhad.


Doa bonda

Hari ini anakanda habibah naemah
akan menghadapi peperiksaan PMR 2009.
Dari jauh bonda sentiasa mendoakan
kejayaan anakanda.
Moga Allah SWT permudahkan ujian2
kecil dalam hidup ini.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu