Posted by
cikgu sharifah
Sunday, October 10, 2010
Pagi ini masih lagi bersama anak2 chini di taman pertanian.
Mereka ada beberapa aktiviti lagi antaranya
majlis dialog siswa dan siswi ump dan ktd.
Alhamdulillah majlis yang dapat memberi input
yang baik bagi bakal pelajar yang akan
satu hari nanti akan menjejakkan kaki ke ipt.
Majlis penutupan yang mana
wakil penyelaras program,
wakil sekolah,
wakil pibg
dan wakil haluan memberi ucapan.
Doa semoga semua anak2 chini mendapat manafaat
dari sentuhan2 yang diberi.
Inputnya akan terus kekal
dan dapat memberi impak dalam
menyusun gerak langkah halatuju masa depan.
Selamat menduduki peperiksaan spm...
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, October 9, 2010
Posted by
cikgu sharifah
Friday, October 8, 2010
Mesyuarat terakhir untuk tahun ini bagi guru2
matematik dan sains dibawah pimpinan hjh zureidah.
Alhamdulillah... tahniah kak eda kerana
berjaya membentuk teamwork yang menjadi
contoh kepada guru2 lain....
Posted by
cikgu sharifah
Tuesday, October 5, 2010
Mengikut surat yang diberi ialah majlis penutupan
kempen membaca dan guna ict.
Beria2 saya dengan pah radziah,
bertolak bukan main awal sebab takut
sesat kerana tak pernah sampai lagi ke
dewan semai bakti felda panching selatan ni.
Sampai2 sunyi lagi dewannya.
Masuk je dewan terkejut tengok dewan dihias.
Rupa2 ada majlis lain yang tersirat....
Jamuan raya lagi.... plus hadiah2 surprise
buat sekolah2 yang cemerlang dalam
pengurusan pss dan ict, huhu... smkpb tak de apa2...
Tak pe yang nak menilai bukan manusia.
Janji kerja ikhlas, yang penting dakwah jalan.....
Sambil2 tu masa orang dok bergembira kat depan,
saya memang pilih meja di belakang.
Sempatlah semak beberapa skrip kertas soalan....
Posted by
cikgu sharifah
Sunday, October 3, 2010
Ahad yang tidak sunyi....
Saya bersama jiran rumah kanan saya kak nor
dan jiran rumah kiri saya yuslina
and adibah with her sisters menerima jemputan
makan pagi raya di rumah akh rosdi n kak pah.
Alhamdulillah.... nasi dagang menjadi hidangan....
Tengahari ke rumah rakan lama
hjh asmah yang rumahnya di perkarangan
penjara penur. Yang lain2 tak nak ikut.
Biasalah yang menjadi peneman.... nazirah....
Kemudian lepas tu singgah rumah kak azizah
di bukit rangin memenuhi jemputan kesyukuran
kerana akan menunaikan haji tak lama lagi.
Moga Allah selamatkan perjalanan akak
dan mendapat haji yang mambrur...
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, October 2, 2010
Posted by
cikgu sharifah
Friday, October 1, 2010
Pelajar PMR ada majlis restu hari ini.
Saya apa lagi kena snap2lah...