Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Kurma separuh masak atau rhotab

Tuai kurma antara masak.... ummi tengok jelah musim manggis dan durian yang ranum di tanah air.. Rambutan pun mula nak berbuah. Tapi di negeri pasir berdengung ummi petik rhotab je lah... tamar muda separuh masak.

Syukran kepada tuan tanah @anifirdaus2016 kesudian menerima kami memetik di kebunnya... walau panas dering... ummi tahan jua... siap boleh petik buah limau nipis dan daun ubi lagi tu.... Tapi kurma ada kisahnya... Kenapa pohon kurma itu bisa menangis? Berikut kisahnya …

Jabir radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berdiri di atas sebatang pohon kurma ketika berkhutbah. Setelah dibuatkan mimbar, kami mendengar sesuatu pada batang pohon kurma tersebut seperti suara teriakan unta yang bunting. Sehingga Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam turun, lalu meletakkan tangannya pada batang kurma tersebut. Setelah itu, batang pohon itu pun diam.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Ketika hari Jum’at, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam duduk di atas mimbar. Lalu batang kurma yang biasa beliau berkhutbah di sana itu berteriak, hampir-hampir batang kurma itu terbelah.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Lalu batang kurma itu berteriak seperti teriakan anak kecil. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam turun lalu memegangnya dan memeluknya. Setelah itu, mulailah batang pohon itu mengerang seperti erangan anak kecil yang sedang diredakan tangisannya sampai ia terdiam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bersabda,

بَكَتْ عَلَى مَا كَانَتْ تَسْمَعُ مِنَ الذِّكْرِ “

Ia menangis karena dzikir yang dulu biasa ia dengar.” (HR. Bukhari no. 2095. Disebutkan dalam Riyadh Ash-Shalihin karya Imam Nawawi pada hadits no. 1831)

Baca Selengkapnya : https://rumaysho.com/12176-kenapa-pohon-kurma-itu-bisa-menangis.html











MC farewell..

Masih terngiang2 pesan kak lon, "bila kita datang sini (bumi anbiya) bermakna suatu hari kita akan pulang..."

Begitulah الله menetapkan rezeki masing2. Hari ini (ahad 15-7-17)  الحمدلله sempat jua diizinkanNya bersua dengan kak hasanah dan kak fazlon yang akan bfg beberapa hari lagi. Telah sekian lama kita berukhwah, semua lillahi ta'ala. Semoga suatu hari kita bisa ketemu kembali.

Hargailah... persaudaraan adalah antara nikmat kurniaan الله swt. "Lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara" (Surah Ali Imran : 103).



JJCM... KUDU..

Pagi sabtu... kita try western puloks.  Bukan tempat faverat walid... tapi sebab weekend, jalan2 cari makan...



Buah zaiton

Buah zaiton... mesti beli buat makan hari2.  Biasa beli spain black olive. Just nice untuk makan. Belum cuba belum tahu...💚💚



Berus gigi

Ce tengok harga sebatang berus gigi... sebab itu, sebatang dua selit juga berus gigi celah2 bag bila datang dari malaysia. Kedekut itu ada juga... hehe...




JJCM... roti puree

Ini cerita pagi jumaat (13.7.2018)

... jalan jalan cari makan. Ummi happy je bila walid kata, jom makan roti puree. Kat ponnu minnu restaurant juga pilihan hati. Tengok tray yang dihidang, teringat zaman mrsm makan chicken chop. Tapi rupa2 tray dengan 3 compartment... boleh isi 3 kuah sekaligus....


Musim panas di jubail.

الصيف في الجبيل. اليوم أطول من الليل. الجو حار جدا🌞🌞 

Musim panas di jubail. Siang lebih panjang dari malam. Cuaca panas terik... 

Nak kena gilap balik bahasa arab ni. Lama dah cuti... Musim panas di jubail. Siang lebih panjang dari malam, 15++ jam.  Pukul 3.25 am sudah masuk subuh. Cuaca  panas terik. Hawa pagi pun macam tengahari. Angin malam yang menyapu muka pun perit rasanya. Jadi terhadlah sikit nak berjalan2 di luar. Tapi itu kata kita... waktu terik nilah kelihatan kelibat beberapa orang pekerja2 dari bangla, india, pakistan atau yang serumpun dengannya, duduk menunggu di tepi2 jalan raya. Dengan basikal tua, disangkut baldi atasnya, menanti jika ada sesiapa yang sudi untuk dibasuh kereta atau seumpanya. Rupa2 di bawah keterikan mentari, ada rezeki yang menanti buat mereka. Kita yang masih diberi pinjam oleh الله untuk kehidupan ini, mesti sentiasa bersyukur atas nikmat kurnian dariNya.






Jalan2 cari makan...

Jalan2 cari makan. Kejadian beberapa malam lepas. Balik klinik ummi rasa nak makan sup panas. Terpandang pizza hut yang paling dekat di fanateer, lalu singgah. Beza restauran sini... sudah diasing2kan, single section untuk lelaki sahaja, so yang perempuan jangan pandai2 nak masuk sini. Take away section untuk order bawa balik. Dan family section, baru orang perempuan boleh masuk samada sesama perempuan atau keluarga. Kat dalam tu siap area dining table yang tertutup for each family. So privacy keluarga terjamin...

Dah balik saudi kena suaikan dengan keadaan yang ada... tak de lagi makan2 dalam suasana yang terbuka dan riuh rendah... lain padang lain lalangnya...







Roti samoli

Roti samoli.

Ummi sudah sampai di bumi jubail. الحمد لله. Tapi الله izin, dapat sore throat yang agak berat. Hingga tak ada suara, sampai kepala pun ting tong, berat nak angkat. Itulah ujian kecil yang الله beri buat muhasabah diri dan penghapus dosa. الحمد لله على كل حال.

Yang ummi nak cerita sini pasal roti samoli. Roti famos amos di sababel bakery. Tak mahal..  kalau ummi atau anak2 pergi beli, mahmood penjual kedai akan beri 8 biji seriyal... silap2 dapat free... pagi ni... mood masak masih ke laut. Ummi sarapan roti samoli cicah bilis garing che nor, walau pedas...

Balik pasal roti samoli, sebelum maghrib, selepas tak tahan dgn running nose dan bagai, walid ajak ummi pergi klinik. Masuk je kereta... mahmood dah nampak kami... al maklum... dia tahu selama ini almost a year... walid dan said je ada di rumah. Hari ini mahmood nampak kelibat ummi... apa lagi... senyum lebar dia, sambil melambai2 tangan. Dengan laju... dibungkus roti samoli... 8 biji free... memang baik hati sungguh... tak pernah berkira... ummi pulak tengah tingtong berat kepala... nanti ummi balas dengan kuih raya... sure mahmood and the gang will be happy...

Betullah kata nabi... sedekah tidak mengurangkan harta...
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
“Sedekah tidaklah mengurangi harta.” [HR. Muslim no. 2558, dari Abu Hurairah.]

Roti samoli...

 Bro mahmood... jurujual sanabel bakery yang baik hati ..
Doa ruqyah sederhana yang boleh diamalkan jika anggota sendiri sakit. Pegang bahagian yang sakit lalu di baca... (seperti diatas) , maksudnya, [Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan KuasaNya dari kejelekan yang aku dapatkan dan aku waspadainya.] (HR. Muslim no. 2202)
Sunset di jubail...

Harga minyak di saudi. 1.39 riyal per liter.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu