Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

"Umi, jom kita pergi Taman Bandar"
bisik Kak Long awal pagi tadi.
Maka kami pun ke sana untuk beriadhah.
Kak Long siap buat dua pusingan, tahniah...!
Yang lain-lain satu je tu...
As for Nazirah, tak larat nak ikut
kakak-kakaknya, main-main di taman aje.
Seperti di janjikan buat 'Abbas,
a special treat at Chicken King
sebab sudah sembuh...

Lambaian Kaabah

Musim haji sudah bermula
Sebenarnya hati ini rindu...
Rindu sangat untuk sujud di hadapan mu
Ya Allah di depan Kaabah
Rabu lepas saya menghantar Ukht Wan Asilah
bersama ibu, ayah dan adik-adiknya
ke LTSHAS untuk penerbangan ke Mekah
bagi menunaikan rukun Islam ke 5
Juga hari ini Rabu, saya ke LTSHAS
bagi menghantar Ukht Azizah dan zaujnya
ke Mekah juga untuk menunaikan Haji.
Di airpot saya bertembung dengan beberapa
pelajar saya yang bertugas sebagai
petugas PBSM, kata mereka
mengisi masa lapang waktu cuti...
Saya doakan semua sahabat-sahabat
dapat menunaikan Hajj dengan sempurna.
Semoga di kurniakan Allah Haji Mabror.

Kursus ICT di SeRIA

Sebenarnya sukar untuk saya membuat pilihan
samada mahu hadir atau tidak.
Jika hendak diberi alasan
saya rasa alasannya kuat.
Semalam anak lelaki saya baru berkhatan
maka memang memerlukan jagaan yang lebih
terutama dari ibunya sendiri.
Namun memikirkan bagi meraikan guru-guru lain
yang hadir dari jauh, saya menswastakan juga
tugas-tugas penjagaan kepada Kak Long...
Ya Allah, moga amal yang tak seberapa ini engkau berkati.

Maka dua hari suntuk saya di SeRIA sebagai urusetia
Kursus ICT untuk guru-guru sekolah agama swasta
sekitar Kuantan, Kuala Terengganu dan Shah Alam

HARI PERTAMA (ISNIN)
Kursus di kendalikan oleh
Profesor Madya Wan Maseri bt Wan Mohd
pensyarah IT Universiti Malaysia Pahang
Sebahagian dari peserta-peserta yang hadir
Antara tajuk yang di bincangkan pada hari pertama
Guru 3I (Ihsan, Iman & Islam) & Memahami Pelajar.

HARI KE DUA (SELASA)
Hari kedua lebih kepada Bengkel ICT
dan Pelan Strategik ICT Sekolah Agama

Antara guru-guru yang hadir

Guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Swasta
Kg Laut, Kuala Terengganu
Guru-guru dari Sekolah Rendah Ibnu Qayyim
Kuala Terengganu
Guru-guru dari Sekolah Menengah Ibnu Khaldun
Guru-guru dari Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas Kuantan
UMP students as facilitators
Dan kursus telah mendapat sokongan penuh dari
Mudir SRIQ
dan juga MUDIR SeRIA
Akhirnya, pemerhati pun ada...
Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Banyak ilmu yang dapat di manafaatkan.
Yang penting, kesungguhan untuk
sama-sama mendidik anak-anak
ke arah pewaris generasi akan datang...
Semoga amal yang sikit ini di terima oleh Allah swt

Pengalaman bermakna buat puteraku...

Hari ini merupakan pengalaman yang bermakna
buat puteraku Muhammad 'Abbas Salimi.
Sempena cuti sekolah, Surau Sg Isap Damai 3
telah mengadakan Khatan Beramai-ramai
dan 'Abbas turut menyertainya.
Mereka berarak beramai-ramai
dari Dewan Sg. Isap Damai menuju ke surau.
Siap dengan bunga dan telor mangga...
Sepanjang perjalanan di sulami dengan
bacaan Selawat yang diketuai oleh walidnya...
Bergambar ramai-ramai sebelum masuk surau.
Sambil menunggu ada penyampaian hadiah
Perujian Hafazan Quran.

Sakinah... dapat saguhati aje...
Alhamdulillah, lain kali kena usaha lebih lagi.
Sambil itu saya berkesempatan bermukholatoh
dengan ibu-ibu yang hadir.
Ini wajah-wajah ceria sebelum...
A minute before... still can smile...
Aha... ini wajah sepanjang proses berjalan,
tak buka mata langsung...
'Abbas, umi knows how you feel,
but this is part of the process so that
you will be strong and brave enough in your heart.
Someday, ujian from Allah swt might be
harder than this...

Alhamdulillah, all done...
On the way back.


Di rumah... have a deep sleep.
Umi doakan pengalaman bermakna ini
Abbas akan menjadi anak lelaki yang
kuat, tabar dan sabar...
A day will come you will lead the world, insya'Allah...

Rehlah Tarbawi Bersama Anak-anak SMASKL

Sempena ziarah anak-anak tingkatan 4 dari SMASKL
pada Ahad yang lalu bermula Rehlah Tarbawi
ke Pandan Waterfall di Panching.
Perjalanan bermula seawal 8.30 pagi bersama
dengan Ibu Rahmah dan Kak Nor/Abang Man
dengan menaiki 1 van, 1 unser dan 1 kancil.

Pertama kali saya menjejak langkah ke sini
walau pun sudah hampir 14 tahun saya menetap di Kuantan.
Begitulah semua dengan takdir dan izin Allah,
kedatangan anak-anak dari SMASKL membuka
pintu hati makcik untuk datang...
Suasana pemandangan sungguh indah
dan sejuk mata memandang.
inilah ciptaan Allah Al-Kholiq Al 'Aziz
Majlis dimulakan dengan sedikit tazkirah,
sedikit pengisian hati sambil menikmati
kebesaran ciptaan ALlah swt.
Agenda tidak lengkap kalau tidak mandi-manda.
Siap makan dalam air lagi...
Antara posing-posing istimewa...
Habibah Naemah...
Habibah Sakinah...
Muhammad 'Abbas Salimi...
Muhammad Said Ramadhan...
Said kata dia nak main kapal dekat
tepi-tepi aje, takut ada buaya...
Ini salah satu koleksi gambar yang saya ambil.
Walau hanya batu-batu yang tidak bernyawa
Namum tersirat beribu makna
Pernah kita terbayang
Batu-batu halus yang dibawa oleh Ababil
telah menghancurkan tentera Abrahah..
Juga batulah yang menghempap
Bilal Ar-Rabah tak kala beliau
mengistiharkan Allah al-Ahad...
Juga hati yang keras seperti batu
bisa dilembutkan hanya
dengan belaian iman dan tarbiyah...
dan..
Pernahkah kita merasa
setiap dosa yang kita lakukan
seperti batu yang menghempap diri kita
atau bagai lalat yang berlalu
yang hanya ditempis oleh tangan...
Wallahu'Alam.

Ziarah Ummu Hamizan

Malamnya, saya membawa anak-anak dari SMASKL
menziarahi Ummu Hamizan di Inderapura
kerana perpindahan beliau for good ke Pulau Pinang.

Majlis bermula dengan Bacaan Yaasin.
Kemudian kami makan malam bersama.

Kenangan bersama, Ibu Rahmah, saya,
Ummu Hamizan & Kak Norihan
Kenangan bersama anak-anak SMASKL
Sebelum pulang, kami bersalaman.
Kak Long yang paling banyak sekali keluar air mata...
Buat Ummu Hamizan...
Moga ukhwah kita berpanjang.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu