Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

5 Syumul 2008



5 Saksama 2008



Latihan IES

Minggu-minggu terakhir sekolah.
dalam kesibukan membuat persiapan akhir
bagi pelajar saya akan menghadapi SPM hujung bulan ini,
kena hadiri Latihan IES - Interactive Evaluation System.
Pilot project untuk BM, BI, MT n SC
bagi tingkatan 1 & 2 tahun depan.
Maka betapalah saya di makmal ICT
bermula hari ini hinggga Jumaat.

Umi tangan Said...

Umi tangan Said sakit...
Maka sibuklah menyuruh umi
membalut jari yang luka
hanya tak seberapa tu...

Mariam dan Hamsternya

Hari ini Mariam ikut ibunya datang ke Kuantan
sebab ada mesyuarat di SeRIA.
Mariam ada peliharaan baru hamster...
Manje n cute...

Jamuan Raya SID Zone B

Malam ni menghadiri Jamuan Raya SID Zone B pulak...
Jamuannya depan padang je.
Ramai jiran tetangga yang hadir.

Rumah Terbuka KRT SID

Hari ini menghadiri Rumah Terbuka KRT Sg. Isap Damai
di Dewan Sg Isap Damai 3.
Ramai yang hadir.
Menu istimewa Masak Ikan Patin.
Walid bersama Mufti Pahang.
Nazirah, Wasilah n Sakinah.
Petang bergegas ke HTAA, mendapat berita
kawan lama Hjh Noraini admitted.
Sambil tu ke HDW.
Melawat pelajar saya Abdul Rahim, disahkan leukaemia.
Cikgu doakan agar diberi kekuatan menghadapi ujian ini.

Jamuan Raya dan Ziarah Syawal

Hari ini saya, Ustazah Siti Arija, Haniliza dan Pah Radziah
(member2 Sg. Isap...)
menjamu guru-guru SMKPB sempena
Jamuan Hari Raya dan Ziarah Syawal.
majlis di adakan di rumah Ustzh Siti Arija.
So masak dari malam lagi...
Boleh dikatakan ramai yang hadir,
ini group GSTT...
Sibuk melayan tak sempat nak ambil
gambar lauk-pauk yang kami masak sendiri...
Makan kat luar pun ada.
Menjamu selera....
Terima kasih diatas kehadiran semua.

Jamuan Raya di SeRIA

Setiap tahun Jamuan Raya telah di adakan di SeRIA
untuk ahli-ahli Haluan Pahang.
Acara dimulakan dengan ceramah
dari penceramah yang dijemput khas
dari KTD Cikgu Ishak.
Hadirin yang mendengar ceramah.
Jamuan makan di kantin SeRIA. Makanan aneka jenis.
Ibu-ibu pun ramai juga.
'Abbas and the gang...
Balik rumah kena basuh periuk...

Bersama anak-anak istimewa

Hari ini ada jamuan raya di Kelas Pendidikan Khas.
Banyaklah kuih muihnya...
Yang seronok anak-anak istimewa ni,
Dapat duit raya lagi.
Posing istimewa dari Afifah dan kawan2nya.

Solat Hajat PMR/SPM/STPM 2008

Malam tadi menghadiri Solat Hajat Perdana
untuk calon-calon PMR/SPM/STPM 2008
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar.
Ramai ibu bapa yang hadir, kira penuhlah dewan tu.
Imamnya siapa lagi kalau bukan YB Shafik.
Guru-guru pun ramai memberi sokongan.
Calon SPM 2008, Afifi, Zul, Ashraf n Nazeri.
Cikgu doakan anda semua berjaya...

Pulang ke Kuantan...

Hari terakhir di rumah bonda,
'Abbas masih tak puas mandi pantai.
Pagi ini dia ke pantai dengan walidnya
mandi pantai dan sambil menahan ketam.
Dapatlah beberapa ekor ketam yang halus-halus.
Sempat di masak oleh bonda untuk makan tengahari

Pagi terakhir di Kuala Terengganu,
ayahanda menjamu sarapan
nasi goreng kampung yang di masak oleh saya...
Dan penerbangan pertama pagi ini
ialah kekanda Umi Yah.
Semoga selamat sampai ke KL.
Next trip adinda Umi Su.
Maka rumah Bonda dan Ayahanda semakin sunyi..

Kami didatangai tetamu
ayahanda Tg Yusuf, adinda kepada bonda saya.
The last family to leave of cause us...
Sedih nak tinggal tok n tok'ki...
On the way singgah kedai
beli barang untuk anak-anak di SMASKL
yang tertinggal...
Perjalanan balik lama sikit sebab
membantu kereta Abu Abdullah (kawan 'Abbas)
yang broke down di Bukit Besi.
Masa ini Said naik hyper
sebab terlalu lama duduk dalam kereta.
Maka menjelang senja kami sampai ke Kuantan...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu