Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Ku pohon doa Mu....

Ya Allah... doa ku pohon buat adikku cg kamisah.
Sekarang beliau masih lagi sedang
bertarung nyawanya di wad ICU HTAA.
Sepetang saya bersamanya tadi setelah
mendapat panggilan dari suaminya.
Membaca yaasin untuknya
membisikkan ke telinganya agar dia
tabah dan kuat untuk menghadapi ujian ini.
Sebak apabila melihat ibunya menyapu2
air zam2 ke ubun2nya.
Melap2kan air ke bibirnya yang berdarah.
"Kamisah... bangun... takkan nak ikut macam abah juga..."
kata ibunya sambil mengusap2 kepalanya.
Itulah kasih sayang, doa dan harapan seorang ibu....

Allah Maha Mengetahui...
Tak sempat saya menghabiskan tulisan di atas.
Saya mendapat panggilan dari kawan saya
beliau telah di panggil pulang oleh ALlah
Innalillahiwa'inna ilaihirajiuun...
Dari Allah kita datang, kepada nya kita di kembalikan.
Moga Allah merahmati sahabat ku...
Himpunkan dia bersama dengan
mereka2 yang beriman....
Al Fatihah...

I'm lost in words.....

"Setiap yang hidup akan merasai mati."
Ia adalah takdir yang telah ditetapkan.
Tiada yang dapat larikan diri darinya
dan tiada yang dapat menundakannya
dari hidup seseorang.
Hanya cara kita menemui rabb kita berbeza2.
Sesungguhnya kematian adalah
tazkirah yang paling bermakna
buat mereka masih meneruskan sisa2 hidup ini...

6 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah June 11, 2010 at 1:08 PM  

Al-fatihah...semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin.

farah idris June 11, 2010 at 1:09 PM  

salam cg, cg kamisah sakit ape?

mr cekodok June 11, 2010 at 3:20 PM  

al fatihah

cikgu sharifah June 13, 2010 at 9:22 AM  

wsalam. farah, arwah ada komlikasi kencing manis yang tak disedari.

aznaz June 17, 2010 at 5:40 AM  

salam from Makkah..


salam takziah dari CL dan warga PDKM buat keluarga arwah...Alfatihah....



wasalm

malaysia baru July 6, 2010 at 3:28 PM  

Marilah kita mendoakan ruhnya: Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha...

Kita yg masih tinggal...eloklah berdakwah dan berjihad..untuk memenangkan agama Allah yg suci ini...

Ws.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu