Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Catatan Dari Mavi Marmara 2

alt1 Jun 2010, 11.00 pagi...

Saya terjaga dari tidur....dalam keadaan separuh sedar... di mana saya ya? Kenapa tidur seperti di asrama semasa zaman sekolah menengah dulu. Saya berdiri memdekati tingkap dan memandang keluar...tak nampak pun pokok-pokok, yang kelihatan adalah bumbung-bumbung bangunan. Bilik yang kami duduki itu sebesar 12 kaki x 8 kaki,dengan satu bilik air untuk membuang air besar dan kecil. Mandi memang tidak boleh. Semua peralatan adalah dari besi-katil,meja tulis,kerusi kecuali tilam dan bantal. Pintu bilik air dan pintu bilik dibuat khas dari besi yang tidak ada penyelak dari dalam. Bilik yang sederhana besar ini ada 2 katil double decker.

Dimana saya ya....saya menoleh dikatil satu lagi, kelihatan wajah yang sangat saya kenali... Dr Syed Halim, rakan karib saya dari team Malaysia juga. Seluar DrSyed terdapat percikan darah....Baru saya sedar saya telah ditahan di penjara Israel, beer syiba. Saya pun melihat seluar dan baju saya, banyak juga darah yg terpalit di seluar . Baru saya tersedar berjam-jam kami pasukan medik cuba untuk menyelamatkan 4 relawan Turki yang nazak. Berbagai usaha dilakukan termasuk menginfuse drip, CPR , berdoa kepada Allah tetapi Allah telah memilih mereka sebagai syuhada’.

alt

Mengimbas kembali saat berada dalam kapal Mavi Marmara ketika suasana hiruk pikuk berhadapan serangan ganas komando Israel, saya dan Dr Syed Halim kemudian bergegas ke ruang hadapan dek 2. Berpuluh-puluh relawan tercedera berat. Ada yang luka parah diperut dengan 2 hingga 3 kesan luka, ada yg luka didada dengan peluh dingin dan nafas yg tersekat-sekat. Ada yang patah tangan atau kaki, darah di sana sini....seperti mangsa perang. Ramai relawan lain yang tergesa-gesa menolong rakan mereka.

Di hujung kerusi berdekatan dengan pintu, saya melihat MAS Okvianto dengan pergelangan tangan kiri terkulai dan darah meleleh. Kami membalut lukanya dan membuat splint dari kertas kadbod untuk menyangga tangannya yang patah. Di satu sudut Mas Surya yang luka ditembak didada kanannya sedang ditenangkan oleh Ustaz Zikrullah dari tim relawan Indonesia. Kelihatan mukanya pucat lesi dan peluh dingin membasahi badannya . Pernafasannya kelihatan amat sukar sekali. Saya sempat mengaskaltasi dadanya , Alhamdulilah aliran udara paru-paru kanan dan kirinya masih stabil. Seorang relawan Turki ditengah ruang telah muntah-muntah. Masih kelihatan darah mengalir dari 3 lubang tembakan Yahudi laknatullah diperutnya. Perutnya sangat keras dan nyeri 'tender' sekali. Drip telah diinfuse .Tapi apa yang saya lihat tidak ada seorangpun yang merintih atau meraung-raung. Seolah-olah mereka semuanya bertasbih kepada Allah.

Dr. Maulut Dari Turki, ketua Bahagian Kesihatan kapal meminta Israel menerbangkan mangsa-mangsa tembekan Yahudi ke hospital terdekat....namun tentera Israel berkeras dan mengatakan bahawa kapal ini berada di perairan antarabangsa, mereka enggan menghantar ke mana-mana hospital... laa…..Kalau dah tahu kami berada diperairan antarabangsa mengapa mereka menyerang dan melanun kami.... Dalam hati saya sungguh biadap dan jahat Israel ni ....

Setelah berunding selama 2 jam dengan mereka, barulah mereka mahu mengevacuate mangsa keganasan mereka ke hospital di Israel menggunakan helikopter. Saya dan beberapa doktor dengan bersusah payah memindahkan seorang pesakit yang luka parah dengan peha yang patah dan perut yang luka ke kanvas kecemasan untuk diterbangkan menggunakan helikopter Israel. Kemudian kami mengangkat mereka ke hujung belakang kapal Mavi Marmara di dek 2 melalui ruang satu lagi yang dipenuhi oleh penumpang perempuan. Isteri Ustaz Zikrullah sempat bertanya saya ada nampak Norazman , Hj Jamaludin dan Ustaz Feri Noor. Saya hanya menggelengkan kepala. Mereka syahid kah? Entahlah.....

Dihujung buritan dek dua kapal tu saya lihat lebih 20 orang askar Israel yang beruniform biru atau hijau tua dengan senapang dan pistol yang di acu kepada kami serta seekor anjing German Shipperd yang siap sedia untuk menerkam. Macamlah kami ni ada senjata untuk membunuh mereka. Dasar Yahudi pengecut. Dr. Maulut berkata ' we are doctors don't shoot at us'.

Kami telah diperintahkan untuk naik ke dek tiga untuk dikumpulkan. Sebelum saya menyerah diri , saya sempat melalui 4 mayat yang terbujur kaku didepan kaunter makanan . Air mataku mengalir dengan deras, mengenangkan kesolehan dan kebaikan mereka. Salah seorang darinya saya amat kenal, beliau seorang ustaz lepasan Al-Azhar yang hafaz 30 juz Al- Quran. Rakan-rakan yang baru kami kenali di dalam pelayaran ini. Allah telah pilih mereka untuk syahid.... Subhanallah. Ku buka selimut muka mereka satu demi satu... wajah mereka cukup tenang seperti tersenyum, masih terlihat kesan-kesan darah di muka mereka....Aku sempat mencium mereka...aduhhhh ..aku mencium bau wangian kasturi seakan baru seperti bauan digua yang menyembunyikan Nabi dalam perang Uhud...gua yang sempat aku ziarahi ketika haji yang lepas. Air mataku bertambah deras. Dalam perjalanan ke atas saya sempat berbisik dengan Dr Syed, saya mencium bau kasturilah akhi. Saya lihat air matanya membasahi jenggotnya yang tebal macam orang Turki. Itulah saudaraku, Dr Syed Halim hatinya begitu lembut dengan orang beriman lantaran didikan iman dan Al-Quran yang kami lalui bertahun-tahun. Mungkin dia rasa terkilan kenapa Allah tidak memilih dia untuk menemui Rabbul Jalil. Kami telah berjanji andainya kami yang Allah pilih, kami mahu disemadikan di tanah Palestin bersama-sama para anbiya' dan syuhada’ Syeikh Yassin....Memang Allah akan pilih antara hamba-hambanya untuk menerima kematian yang paling mulia iaitu mati syahid. Ruhnya akan terus terbang menemui Rabbul Jalil tanpa hisab. Dia akan disambut oleh burung-burung syurga dan bidadari yang bermata jeli. Ruhnya akan sentiasa hidup disisi RabbNya.

Kami para doktor adalah antara orang yg terakhir ditawan dan diikat oleh tentera Israel laknatullah. Semasa melalui seorang tentera Israel berbaju biru berkulit Negro dia sempat bertanya Dr Syed, “You like Palestine?” sambil mengacukan pistol di kepala Dr Syed. “Yes, so what?” Saya lihat matanya seperti syaitan siap untuk meratah mangsanya.

Tangan kami diikat ke depan dengan plastik pengikat kabel. Sangat ketat dan nyeri sekali. Selama berjam-jam kami diikat tanpa dilepaskan. Masuk solat zuhor Kami bersolat bergilir-gilir. Kemudian kami diperintahkan ke dek dua untuk dikumpulkan di sana. Selepas menuruni tangga ke dek dua saya nampak relawan HALUANPalestin, saudara Nizam Awang.....gembiranya saya kerana dia selamat. Kami hanya mampu berbalas senyum kerana tentera laknatullah itu sentiasa berkata….go …go…go dengan muncung senjata dihalakan kepada kami. Yang anihnya sedikitpun kami tidak takut. Begitu juga saya nampak Aswad Dan Samsul dari Media Astro Awani, dua orang hero mewakili wartawan Malaysia.

Selama 15jam kami ditahan oleh tentera keparat itu tanpa mereka berikan makan dan minum...nak kencingpun tidak diberi dengan mudah, Ya Allah, sakitnya pundi kencingku..nak tidurpun tak boleh sebab rasa nyeri nak kencing sangat kuat. Dalam hatiku berkata celakalah kamu wahai Yahudi yang telah dilaknat oleh Nabi Isa dan Nabi Daud . Kalau aku mati aku ada Allah kamu ada siapa... Rasa nak baca Al-Quran tetapi telah tercicir entah dimana.

Menjelang waktu hampir subuh barulah kami dibawa ke pelabuhan Asdod untuk ditahan. Setiap orang dilayan bagai penjenayah dengan diiringi oleh 2 orang polis preman dan melalui banyak check poin. Ramai polis-polis atau tentera Israel yang hadir dengan pakaian preman dan uniform yang mungkin mencapai 100 orang. Rupanya orang Israel ada banyak versinya, ada yang bermuka India, Negro, Arab, British , German dan macam-macam. Saya perhatikan mereka masih lagi muda-muda samada ‘jantan’ atau ‘betina’ yang telah dibius oleh kemewahan oleh pembangunan mereka. Ada yang menyanyi lagu Rihanna semasa memeriksa kami. Saya lihat anak-anak muda Israel ini pun ‘spoil’ juga macam juga sebahagian anak-anak muda di Malaysia. Dibandingkan dengan anak-anak muda di Gaza seperti yang diceritakan oleh ulama buta yang pernah dating ke Malaysia, Sheik Abu Bakr yang menceritakan anak-anak muda Palestin memenuhi hari-hari mereka dengan Al-Quran dan olahraga, saya merasakan masa kehancuran Israel sudah hampir sangat tibanya. Mavi Marmara adalah “tentera” Tuhan yang ditakdirkan Allah berlabuh di Pelabuhan Ashdod untuk membolehkan orang-orang Islam menguasai Israel lewat jalan laut dalam masa yang terdekat.

Kami semua diperiksa dengan teliti, 2 hingga 4 kali , baju, seluar, anak seluar, poket seluar, poket beg galas, kasut juga di scan dan tali pinggang dibuka dan di scan. Semua item yang mereka syak ada maklumat tentang keganasan dan keterorisan mereka.... sim card, pen drive, hard disc, camera... semua dirampas. Alhamdulilah duit yang ada ditangan tidak dirampas. Banyak dokumen yang dipaksa untuk kami tandatangani . Ramai relawan yang tidak mahu sign terutama dokumen yang berbahasa Ibrani/Jews. Selepas pemeriksaan yang ketat akhirnya kami dibawa menaiki bas. Masa tu subuh telah menjelang.Kami menunaikan solat subuh dengan duduk dan bertayamumkan debu-debu dibelakang kerusi bas.

Bersambung………………

Perkongsian oleh Dr. Mohd Arba’ai B Shawal, Exco HALUAN Pusat, relawan HALUANPalestin yang menyertai LL4G yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang telah diserang komando Israel pada 31 Mei 2010 yang lalu.


SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/catatan-dari-mavi-marmara-2-dr-arbaai.html

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu