Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Terus Komited Membantu Palestin

altBiarpun baru beberapa hari berhadapan dengan situasi antara hidup dan mati ketika komando Israel menyerang kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa berhampiran Gaza baru-baru ini, semangat Ketua Misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd. Samsuddin, 41 untuk membebaskan bumi Palestin tidak goyah.

Ketika menceritakan pengalaman menjadi tahanan Israel, beliau sedikit pun tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa beliau baru menghadapi trauma atau melalui pengalaman yang paling menakutkan dalam hidup. Malah Noorazman sempat berjenaka dengan para wartawan ketika menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan.

Beliau menjelaskan persediaan mental untuk menghadapi situasi paling buruk serta risiko berhadapan dengan maut sebelum menyertai misi kemanusiaan berkenaan menyebabkan beliau tidak berasa takut ketika komando Israel menyerang kapal tersebut.

alt''Israel menyerang Mavi Marmara di perairan antarabangsa tanpa memberikan sebarang amaran lisan atau memperkenalkan diri. Secara tiba-tiba mereka menyerbu kapal berkenaan dan melepaskan bom asap serta bom api.

''Saya dan beberapa sukarelawan berjaya mengalahkan beberapa orang komando Israel yang menyerang Mavi Marmara. Dari komando tersebut kami berjaya merampas senjata dan senarai 16 orang yang paling dikehendaki Israel yang dibawa oleh komando itu ketika menyerang Mavi Marmara.

''Saya percaya tujuan komando berkenaan menyerang Mavi Marmara ialah untuk mencari dan membunuh individu yang dikehendaki Israel. Sebahagian besar daripada senarai itu ialah pejuang pembelaan Palestin rakyat Turki. Dan saya tidak hairan jika selepas ini saya juga akan dimasukkan dalam senarai itu," katanya ketika ditemui pemberita di Shah Alam selepas pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di rumah Perdana Menteri di Langgak Duta, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Noorazman, senarai yang beliau rampas dari komando Israel itu turut diserahkan kepada Perdana Menteri dalam pertemuan yang berlangsung sejurus selepas tiba ke tanah air.

Beliau turut menyelar dakwaan pihak berkuasa Israel bahawa kapal Mavi Marmara membawa senjata kerana apa yang dirampas oleh komando Israel hanyalah 10 bilah pisau pemotong makanan yang dibawa bagi tujuan menyediakan makanan.

''Yahudi merupakan satu bangsa yang langsung tidak mengenali erti kemanusiaan atau hak asasi manusia. Sudahlah mereka serang Mavi Marmara di perairan antarabangsa, tahanan digari selama 15 jam dan tidak diberi makan atau minum atau dibenarkan ke tandas.

''Ada di antara tahanan yang terpaksa kencing dalam seluar kerana tidak dibenarkan ke tandas," jelasnya sambil menambah dua daripada warga Malaysia turut dibogelkan ketika menjalani proses soal siasat.

Tambah Noorazman, selain kira-kira 600 penumpang kapal Mavi Marmara ditahan oleh pihak berkuasa Israel sebuah kapal kargo yang mengiringi kapal penumpang berkenaan turut dirampas.

''Kapal kargo tersebut membawa pelbagai alat untuk pendidikan kanak-kanak, kelengkapan perubatan seperti mesin ultra sound, inkubator bayi dan bekalan ubat-ubatan.

''Kesemua muatan bantuan kemanusiaan tersebut dirampas oleh pihak berkuasa Israel dan saya akan bekerjasama dengan badan kemanusiaan Turki (IHH) dalam mendesak Israel untuk tetap menyampaikan bantuan tersebut kepada penduduk Gaza. Penduduk Gaza perlu menerima bantuan berkenaan walaupun kami semua tidak berjaya menjejakkan kaki ke bumi Gaza pada kali ini," katanya.

alt

Jelas Noorazman, biarpun gagal menjejakkan kaki ke bumi Gaza dan menyampaikan bantuan yang dibawa kepada warga Palestin sendiri beliau berpuas hati kerana flotila pembebasan Palestin berjaya meningkatkan kebencian masyarakat dunia ke atas Israel.

''Masyarakat seluruh dunia berdemonstrasi ekoran tindakan Israel ke atas Mavi Marmara. Semua orang mula bercakap mengenai kesengsaraan Gaza yang dinafikan hak untuk menerima bantuan kemanusiaan.

Israel kini terpaksa 'berperang' dengan masyarakat antarabangsa ekoran insiden berkenaan.

''Apa yang menimpa Mavi Marmara adalah langkah pertama dalam menamatkan sekatan Israel ke atas Gaza. Saya percaya selepas ini akan ada konvoi kemanusiaan yang lebih besar ke Gaza dan perkembangan itu menjadikan Israel berada dalam kedudukan serba salah. Jika mereka serang konvoi mereka akan dikutuk, jika mereka membenarkan konvoi masuk ke Gaza pun mereka akan tetap dikutuk kerana melakukannya dalam keadaan terpaksa," katanya.

Noorazman turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang akan membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi mengecam pencabulan hak asasi dan keganasan tentera Israel terhadap konvoi kapal kemanusiaan ke Gaza.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, usul yang akan dibentangkan menunjukkan Parlimen Malaysia yang mewakili 28 juta rakyat menyatakan pendirian tegas secara sebulat suara berhubung isu tersebut.

Tambah Noorazman, beliau berharap suara dan pendirian tegas kerajaan serta rakyat Malaysia berhubung nasib warga Palestin tidak akan terhenti selepas pembentangan usul di Parlimen berakhir esok.

''Malaysia perlu konsisten dan memberikan tekanan seperti resolusi kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan pendiriannya mendapat perhatian dan mampu membawa perubahan," jelasnya.

Sumber: Utusanonline

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu