Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Dunia buka mata lihat tindakan kejam Israel

2010/06/04

Masyarakat Eropah mula sedar penderitaan rakyat Palestin

AMMAN: Sambil memuji keberanian sukarelawan Malaysia menghadapi serangan tentera Israel ketika berada atas kapal menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kejadian itu membuka mata dunia mengenai kekejaman rejim Israel terhadap Palestin.

Beliau berkata bagi sesetengah masyarakat di Eropah misalnya, mereka mungkin tidak begitu simpati dengan penderitaan rakyat Palestin selama ini, tetapi dengan serangan sebelum Subuh pada Isnin lalu itu membuka mata, telinga dan fikiran mereka.

Kita sangat berharap ia akhirnya akan membawa masa depan yang lebih cerah kepada penduduk di Gaza dan Palestin keseluruhannya,” katanya ketika bertemu sukarelawan berkenaan di sini semalam.

Beliau dan ketua kumpulan sukarelawan Malaysia, Noor Azman Muhamad Samsuddin yang berada dalam kapal Mavi Marmara turut bercakap menerusi telefon dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di Laos.

Noor Azman memberitahu Najib apa yang berlaku ketika serangan di samping mengucapkan terima kasih atas usaha kerajaan membebaskan sukarelawan Malaysia.

Ketika pertemuan di kediaman Duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz itu, majlis kesyukuran adakan dan tahlil kepada mereka yang terbunuh dalam serangan di perairan antarabangsa itu. Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan terkorban sehingga menimbulkan bantahan antarabangsa termasuk Malaysia.

Anifah juga berbangga kerana ada rakyat Malaysia turut dalam usaha antarabangsa untuk memecah sekatan yang dikenakan di Gaza oleh rejim Zionis selama tiga tahun lalu dan akan menggesa pakar hak asasi manusia untuk melihat bagaimana memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

Beliau berkata, kerajaan mungkin mengadakan program khas bagi membolehkan sukarelawan negara menceritakan semula kejadian atas kapal Mavi Marmara itu kepada rakyat Malaysia.

Anifah turut mengingatkan pihak yang mahu menyertai misi kemanusiaan seumpama itu pada masa depan supaya memaklukannya terlebih dulu kepada Kementerian Luar bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan wajar jika berlaku sesuatu. – BERNAMA

SUMBER : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu