Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Doa...

Selesai menyaksikan peristiwa penuh bermakna
di kata tv ingatkan nak update blog.
Tapi bila buka komputer dapat berita
salah seorang rakan saya koma
dan dimasukkan ke htaa.
Terus mengesahkan berita dari kawan2 yang lain.
Ternyata benar.
Jam 12.00 saya bersama pah radziah bergegas ke htaa.
Sampai2 dihalang pulak oleh jaga yang bertugas
kerana katanya waktu melawat jam 1.00 PM.
Pah radziah memujuk2 jaga wanita itu dan berjaya
masuk tapi seorang diri. Saya pula diam2 berjaya
menyelinap masuk ikut pintu tepi.
Alhamdulillah, Allah susun kedatangan kami tepat,
sahabat saya tercungap2 di katil keseorangan.
Berderau darah dan tak tahan sebak melihatnya.
Rupanya komplikasi diabetic yang terlalu tinggi
hingga tak ada bacaan... dan masa sampai tu doktor kata
separa koma.... Sambil mengusap2 kepalanya,
saya hanya mampu berdoa dan membisikkan
ke telinganya agar menyebut Laillaha'illallah.
Lama juga kami menunggu sambil
pah radziah merisik2 dari doktor.
Penafasannya tidak stabil.
Kebimbangan doktor kemungkinan infection kuman
sudah sampai ke otak.
Buah pinggang pun mungkin tidak berfungsi.
Doktor menunggu suaminya untuk
tandatangan persetujuan untuk ct scan
dan air tulang belakang.
Kemudian, doktor decide kerana pernafasan
tak stabil, beliau akan dimasukkan ke ICU.
Seketika kemudian, nurse2 dan beberapa doktor
datang, mula memasang tiub pernafasan.
Di luar tirai... saya hanya berdoa dan terus berdoa....

Sekelip mata Allah susun ia berlaku.
Rasa baru macam semalam kami berbincang2
pasal exam add maths pelajar2 kat sekolah.
Saya hanya mampu berdoa.
Dan memohon kepada pembaca2 turut berdoa.
Moga Allah ringankan sakitnya,
diberi sembuh seperti sedia kala.

1 comments:

mr cekodok June 8, 2010 at 11:55 AM  

Ya Allah sembuhkanlah guruku ini dari ujian kesihatan yang menimpa beliau.Berikanlah kekuatan dan kesempatan kepada beliau agar sembuh dan dapat kembali mendidik anak bangsa.amin

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu