Selamat bersara...
Labels: My friends
Pulang BertemuNya...
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati....Begitulah Allah sentiasa mengingatkan hati2
kita tentang kebenaran yang pasti akan berlaku
kepada setiap daripada kita.
Tadi petang bonda kepada jiran saya kak nor
telah di panggil pulang oleh ALlah swt.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh bondanya
dan menempatkannya bersama2 mereka yang beriman.
Alhamdulillah urusan pengkebumian berjalan lancar.Selepas jenazah disolatkan di masjid sg isap damai 2,
ia dibawa ke tanah perkuburan di kg langgar pekan.
Saya bersama suami dan anak2 turut mengiringginya
Kereta kami mengekori di belakang van jenazah.
Semoga anak2 umi semua dapat menjadikanpengalaman ini sebagai satu tazkirah yang bermakna
bahawa kita juga akan menuju
ke destinasi yang sama... tapi bila...? Wallahu'alam.
Maka itu menjadi rahsia dan hikmah Allah swt
supaya kita sentiasa bersedia membuat amal
sepanjang nyawa kita masih dipinjamkan oleh Allah swt.....
Labels: Berita kematian , My friends
Ziarah
Berita kematian merentap hati...Hari ini mendapat perkhabaran
ayahanda kepada sahabat saya pah radziah
dipanggil pulang oleh Allah swt.
Saya dan rakan2 dari smkpb menziarahinya.
Semoga diberi kekuatan oleh Allah
menghadapi ujian ini.
Semoga roh ayahanda sahabat ku sentiasa
mendapat rahmat Allah dan bersama
mereka2 yang beriman.
Labels: My friends , ziarah
Monday Blues....
Hari ini perhimpunan terakhir sebelum cuti.Ada beberapa events, penyampaian anugerah kokurikulum
dan majlis salam perpisahan buat my best friend....
pah radziah yang akan ke smk sg isap
atas kenaikan pangkatsebagai gpk.
Memang sedih.... tapi tahniah.
Allah memberi ruang dan dan cabaran yang baru
untuk meneruskan agenda mendidik kita.
And at the gathering, I'd prepared special slides for her....
Namun nilai persahabatan tidak terhenti di sini.
Insya'Allah ukhwah kita akan terus subur....
After assembly, guru2 bidang sains dan matematikmelakar kenangan bersama tuan pengetua
sebagai penutup acara untuk tahun ini.....
Di bilik guru bergambar dengan pah radziah.Mula2 su nak tumpang bergambar.
Lepas itu kak eda pulak menyelit.
Begitulah kemesraan kami....
On the way ke kelas 5 saksamayang menjemput jamuan kelas.
Tengah jalan.... kena tarik kat
kelas 5 budiman dan 5 syumul.
Masing2 berebut nak bergambar dengan cikgu.
Al maklum lepas ni tak sekolah dah....
Labels: Aktiviti smkpb , My friends , My students
Mood sedih :(
Terimakasih kepada pah mansor, kak ti,akemarini dan min kerana
jamu lagi makan2 kat bilik ert.
Katanya nak menghabiskan beras hujung tahun.
Tapi dalam mood sedihlah.... :) sebab
mendapat perkhabaran (sejak last week lagi...)
teman dan rakan seperjuangan pah radziah
akan berpindah kerana kenaikan pangkat
sebagai gpk pentadbiran di smk sg isap.
Baru je kami berangan2
nak keluar dari zon selesa smkpb & cari cabaran baru.
Konon2 sama2 nak pindah ke smk sg isap murni
yang akan dibuka pertengahan tahun depan.
Nampak gaya sahabat saya pindah dulu
tinggalkan saya kat sini....
Walaubagaimana pun begitu tahniah.
Moga diberi kekuatan oleh Allah swt
untuk memikul tanggungjawab baru
di sekolah baru nanti.
Siapa lagi kalau bukan kita guru
untuk membimbing dan memimpin
generasi akan kan datang....
Labels: Aktiviti smkpb , My friends
Kunjungan mantan pengetua
Singgah pejabat terserempak dengan pn hjh rosnah,mantan pengetua smk paya besar.
Seorang yang mesra dan baik hati.
Sentiasa memberi nasihat tiap kali bertemu.
Alhamdulillah.... hajah sudah pencen.
Sekarang jaga cucu. Kata beliau,
"Sekarang jaga cucu....
barulah terasa kita miss
suasana dulu2 jaga anak kecil
sebab anak2 tak membesar depan mata..."
Mendalam maksudnya rasahati ibu yang pernah bekerja.
Labels: My friends
Kau pergi jua....
menyediakan sarapan untuk anak2.
Pagi ini saya masak nasi goreng saje.
Selesai semua bertenggek saya depan laptop
menunggu pembentengan kertas kerja secara
live online dari konvensyen perpaduan ummah
yang sedang berlangsung di auditorium masjid putrajaya.
Namun tak sempat habis mendengar,
pah radziah datang mengetuk rumah saya...."
"Pah... kak ani sudah tak ada...
saya cuba call, awak tak angkat,
kebetulan saya lalu,
terus saya singgah untuk maklum."
Terkedu saya tanpa kata2.
Usah dicerita tentang air matanya.
Baru jumaat lalu saya menziarahi kak ani.
Namun takdir Allah menentukan
semua corak perjalanan hidup kita.....
Terus saya ke hospital bersama pah radziah.Dalam perjalanan, banyak persoalan2 yang tak
mampu kami rungkai.... bagaimana boleh terjadi?
Kami baru saja menziarahi arwah jumaat lalu.
Arwah begitu ceria dan gembira melayan kami.
Dalam hati kami semua berdoa agar arwah cepat sembuh
seperti sedia kala. Tapi.... Allah lebih menyayanginya.....
Sampai je di wad kecemasan, jenazah masih
dalam proses untuk dibawa pulang.
Saudara mara dan sahabat handai sudah ramai.
Masing2 hiba dan terkejut dengan berita yang diterima.
Saya bertemu dengan suami arwah, haji zaimi
mengucapkan takziah buat haji dan keluarga.
Wajah haji tenang, menceritakan saat pemergian arwah,
tapi tidak siapa boleh membaca isi hatinya.....
Suami mana tak sedih bila isteri pergi untuk selama2nya.
Lebih2 lagi melihat anak2 yang ditinggalkan.
Namun inilah qada dan qadar Allah yang mesti kita terima....
Semoga Allah swt memberi kekuatan buat
suami dan anak2nya menerima ujian Allah ini.
Saya ke rumah arwah di indera mahkota.Di ruang tamu itulah mereka menyiapkan kapannya.
Saya menyelitkan diri membantu.
Hiba hati bila disuruh menjahit
beberapa keping kain putih
untuk balutan tangan dan muka.
Itulah bakti akhir saya buat arwah.....
Tika tiap kali jarum bersama benang mencantum
kain yang berada di tangan saya,
tika tu juga saya hanya memohon
agar Allah memberi rasa keinsafan saya.
Bahawa satu hari kain seperti ini jua
akan membaluti tubuh saya....
Saya akan pergi tanpa suami, anak, teman atau harta
tapi hanya amal yang akan menjadi sandaran....
Ya Allah.... bersediakah untuk menghadapi hari tersebut?
Datangnya entah bila tapi
yang pasti ia akan tiba jua....
Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.Itulah ungkapan yang selalu diucap dibibir kita.
Tapi adakah kita merasainya.
Lemahnya kita kerana solat terakhir
akan disempurnakan oleh orang lain.
Terlalu banyak kenangan persahabatan kami.Beberapan sorotan kenangan yang tercatat sejak berblog....
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/03/ziarah-teman.html
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/04/ziarah-kak-ani.html
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/07/my-twin-sister.html
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/07/ziarah.html
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2009/07/doa.html
http://cikgusfhanim.blogspot.com/2010/10/ziarah.html
Namun nilai persahabatan tidak tertulis kisahnya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya
meletakkannya bersama mereka yang beriman.
Kehidupan ini satu perjalanan dan
benarlah kematian itu satu kemestian...
"Katakanlah; bahawasanya mati
yang kamu lari daripadanya itu
pasti akan menemui kamu,
kemudian kamu sekelian akan dikembalikan
kepada Zat yang mengetahui yang ghaib dan nyata,
kelak Dia akan memberitahu kamu
segala apa yang telah kamu lakukan."
Al Jumu'ah :8
Labels: Berita kematian , My friends
Ziarah
Petang tadi sempat ziarah 2 rumah.Pertama ke rumah haniliza rakan lama
kerana akan menunaikan haji ke mekah
hari selasa ini. Doa saya semoga beliau
selamat pergi dan balik serta
mendapat haji mabrur.
Ya Allah... saya pula rindu dengan
lambaian ka'abah.... Moga Allah membuka
pintu rezkiNya untuk ku jejak lagi
kaki ke bumi Mu.
Kemudian kami berkonvoi ramai2 ke rumah hjh noraini.
Alhamdulillah gembira tengok kak ani
melayan dan menyambut kedatangan kami.
Walau pun perubahan fizikal yang amat ketara,
tapi kak ani cukup berselera menjamah laksa,
air tangan asmah.... dan roti jala haniliza.
Sambil2 berceloteh... kami semua memasang telinga
mendengar maklumlah memang sudah lama tak bersua.
Kak ani ceria melayan kami, syukur sangat2.
Bicara kak ani permohonannya untuk
kembali ke smkpb dalam proses.
Namun ada kalanya air matanya mengalir juga
menceritakan penyakitnya yang masih
tak berkesudahan. Walau hampir 2 tahun
tapi doktor masih tidak dapat mengesan
apakah punca sebenar penyakitnya.
"Patutnya kak ani kena pergi hospital tambah darah,
tapi kak ani tak nak, serik rasanya.
Hari tu ambil air tulang punggung,
kali ini nak ambil air tulang belakang,
tapi kak ani tak nak dah.... kak ani redha kalau kak ani ...."
Cepat2 kami cuba menenangkan kerungsingannya.
Kami sentiasa mendoakan kak ani diberi
kesihatan yang baik dan cepat sembuh.
Insya'Allah tiap penyakit ada ubatnya,
cuma mungkin Allah ingin menguji kita,
cepat atau lambat sembuhnya.
Bersabar dengan Allah, insya'Allah
Allah akan beri jalan keluar.
Insya'Allah kak ani, kami akan sentiasa
memberi sokongan dan semangat untuk kak ani.
janganlah risau dan sedih....
Labels: My friends , ziarah
Solat Hajat Perdana
Malam tadi majlis solat hajat perdana smkpb,gabung semua untuk pmr, spm & stpm
di masjid hidayah permatang badak.
Huhu... boss saya juga turut hadir siap berbaju melayu.
Guru2 pun ramai yang datang,
gabungan yang baru dan lama,
membentuk kerjasama yang baik.
Moga ukhwah terikat erat....
Saya... macam biasa tetap dan berpencen kot
ajk fotografi, maka snap2lah dengan hp cap ayam ini.
Sebab tu ada kala gambar jadi kelabu kelala...
Labels: Aktiviti smkpb , My friends
Jamuan Kesyukuran
Hari jamuan lagi sempena perpindahanpn siti mariam yagn dinaikkan pangkat
sebagai pengetua di smk lepar hilir.
Tahniah buat beliau dari saya.
Juga musim haji sudah menghampiri.
Jamuan buat cikgu junaidah dan cikgu azizah,
serta pakcik sibaweh yang akan menunaikan
haji ke mekah tidak lama lagi.
Alhamdulillah dapat menjadi tetamu Allah.
Moga mendapat haji yang mabrur.
Labels: My friends , ziarah
Dua...
Secara kebetulan gambar berdua2an diambilsecara berturutan...
Nak keluar je dewan multaqa' terserempak
dengan firdaus dan nasir dua2 koperator.
Sedang menunggu giliran untuk bergambar
On the way nak masuk makmal
nampak dari jauh dua sahabat baik lab assistant
sedang bersenang2 menjengah koridor.
Tepi makmal pulak,
terserempak dengan dua kembar
hassan dan hussin nak pergi pjk...
Semua berdua2an...
Disekeliling kita juga banyak yang berdua2an.
Tinggi rendah.
Gemuk kurus.
Panjang pendek.
Besar kecil.
Hitam putih.
Ketawa menangis.
Suka duka.
Baik jahat.
Huhu... nak senarai tak habis2...
Lalu....
Hidup kita juga ada dua jalan.
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya
dua jalan."
Surah Al Balad : 10
Jalan ma'ruf jalan mungkar.
Jalan kebaikan jalan kemungkaran.
Kenapa dua jalan?
"Apakah manusia mengira
bahwa ia akan dibiarkan begitu saja
(tanpa pertanggungjawaban)?"
Surah Al Qiyamah : 36
Namun dengan rahmat dan kasih sayang
Allah memberi kita garis panduan
ke arah mana kita ingin hala tuju kehidupan ini.
"Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya,
Kami menciptakan kamu secara main2 (saja),
dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami.
Maka Mahatinggi Allah, Raja yang sebenarnya;
tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia,
Tuhan (yang mempunyai) 'Arsy yang mulia?"
Surah Al Mu'minun :115- 116
Kata as syahid hassan al banna,
Wahai manusia... dihadapan mu ada dua jalan.
Tidak ada jalan yang ke tiga.
Pertama adalah jalan yang rata, teduh, terang,
indah, dikelilingi ketenangan, wewangian
dan dipagari oleh keindahan disetiap tempat.
Awal perjalanannya adalah
keyakinan dan keimanan.
Jarak perjalanannya adalah
istiqamah dan taat kepada Allah.
Sedangkan akhir perjalannya adalah
syurga dan ridha, di tempat yang disenangi
disisi Tuhan yang Berkuasa....
Jalan kedua adalah jalan yang
sunyi, sepi, gelap dan berbahaya.
Awal perjalannnya adalah
pengingkaran dan kekufuran.
Jarak perjalanannya adalah kemaksiatan.
Akhir perjalanannya adalah
neraka jahanam....
Lalu kitalah akan membuat pemilihan
jalan yang mana hendak kita pilih
dan pengakhiran yang bagaimana
yang ingin kita kecapi...
Wallahu'alam.
Labels: Bicara Qalbu , My friends , My students
Alumni smkpb's teachers...
Hari ini ke btpnp beserah menghadirimajlis anugerah nilam daerah kuantan.
Turut diadakan selepas itu perjumpaan
guru2 media dan guru2 penyelaras ict.
Namun saya dan rakan2 lain pulak ceritanya.
Majlis bertukar menjadi alumni
bekas guru2 yang pernah mengajar di smkpb....
Alhamdulillah, kami masih mesra seperti dulu2.
Ramai yang sudah berjawatan besar....
kak roslizah, guru besar sk jabor
haniliza, gpk smk bukit rangin
kak rakiah, pengetua smk cenderawasih
kak ani, pengetua smk pandan
kak limah, pengetua smk gudang rasau
hjh hatijah gan, pengetua mgs
noranizah, guru media sk mat kilau
kak eshah, guru besar sk air putih
kak maimunah, gpk sk permatang badak
mr lee, guru penyelaras ict sk assunta
sabariah, guru penyelaras ict sk jaya gading
noorsiah, guru penyelaras ict smk alor akar
cuma saya dan nita je...
kami masih setia di smkpb...
Labels: My friends
A gift
Sudah beberapa hari saya terpandang adahadiah di atas meja saya.
Tapi beberapa hari ini memang hectic
sampai tak sempat nak capai....
Labels: My friends
Sesi bergambar...
Bila dah ramai2 tu... macam2 ragam dan kerenah....
ada yang dah duduk kena bangun....
huhu... tak sama tinggi tu...
tukar tempat duduk lagi...
Akhirnya... 1...2...3.... beres...
Labels: My friends
Ziarah aqiqah

Menghampiri jam 11.00 pagi saya ke rumah
sahabat mantan ustazah kat smkpb,
ustazah siti arija kerana ada sedikit
kenduri aqiqah anakandanya yang
menghampiri usia sebulan.
Datang awal ingatkan nak tolong2
semua sudah siap masak...
Dapat belajar buat air asam orang penang!
Alhamdulillah juga berkenal mesra dengan
mama ja yang memang peramah.
Tahniah sekali lagi buat ja,
moga muhammad akhtar bakal menjadi
rijal dakwah pewaris generasi muttaqqin....
Labels: My friends
Ziarah
Hari ni balik sekolah berkonvoi ramai2...Mula2 sampai rumah teacher jalilah.
Takziah buat beliau atas pemergian
abangnya ke rahmatullah.
Kemudian beramai2 ke rumah sahabat smkpbyang pertama cikgu che zaharah.
Beliau selamat melahirkan seorang putera,
ibrahim namanya.
Labels: My friends
Ziarah
Bila meniti usia senja.... kerap mendapatberita rakan2 tiba2 aje dengar2 tak sihat.
Sudah menghampiri petang tiba2 dapat
panggilan dari pah radziah
mengajak saya menziarahi kak izun.
Pn rohany dan hjh norasmah juga turut hadir.
Masih menunggu mri scan report dari kmc.
Doa kami moga keputusannya bukan sesuatu
yang membimbangkan.
Labels: My friends , ziarah














