Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label My students. Show all posts
Showing posts with label My students. Show all posts

Masa untuk berubah

Tadi ummi didatangi dengan kehadiran
mantan anak murid... afiq amsyar.
Dolu2 bukan main nakal awak ye...
Alhamdulillah kedatangan kali ini nampak kematangan.
Tahniah dapat sambung belajar 
dan nanti akan bergelar sebagai ustaz.
Siapa kata kita tidak boleh berubah....
 Allah ciptakan kita sebagai makluk 
yang sempurna ciptaannya.
Allah beri kita akal agar kita boleh berfikir
dan sentiasa melakukan kebaikan 
dalam kehidupan kini atau masa akan datang.
Untuk itu kita harus sentiasa 
memperbaiki kehidupan kita.
Hari ini lebih baik dari semalam.
Oleh tu yakin diri bahawa kita boleh berubah.
Jika kita positif kesulitan tidak menjadi penghalang
kerana kita yakin, kita ada Allah membantu.
"sesungguhnya Allah tidak akan merubah
keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah
keadaan  diri mereka sendiri."
(surah ar-ra'd : 11)
Allah beri kita akal untuk kita memilih.
Allah beri kita hati untuk kita membuat keputusan.
Juga Allah beri kudrat fizikal untuk kita bertindak.
Setiap apa yang Allah beri yang ada pada kita
menjadi medan untuk kita berubah ke arah kebaikan.
Lalu kenapa harus kita tangguh2 lagi....

Baik jadi tauladan buruk jadi sempadan

 Baik jadi tauladan.....
Buruk jadi sempadan...

Segalanya bermula dari iman...

قتال

Semalam cerita ummi masa pergi sekolah.
Hari ini cerita ummi ketika balik sekolah pulak.
Topiknya قتال
Perkataan tu sensitip sebut kot melayu.
Nak tahu translate sendiri okay.
Ummi cuma nak pesan anak2 smkpb,
tok sahlah buat kerja2 ni lagi.
Kome tengok, depan jalan besor.
Sah kereta berhenti kat traffic light tu nampak.
Silap hari bulan rakam masuk youtube.
Nasihat ummi jangan besarkan benda kecil.
Asalnya gurauan tapi bila berlebihan
melukakan hati masing2.
Hilang sabar syaitan pun main peranan
api amarah sukar untuk dipadam
lebih2 lagi jika iman tipis di dada....
Usah berdendam kerana 
ia barat api membakar diri sendiri.
 Mari kita rendahkan diri dengan Allah.
Contohi Rasulullah saw dengan sifat pemaaf.
Apa salahnya kita bermaafan....
"Jadilah engkau pemaaf dan 
suruhlah orang mengerjakan yang makruf 
serta berpalinglah daripada orang yang jahil."
(Surah Al-A'raf : 199)
  * husnuszon = bersangka baik.

Today at school....

 Sejak dua menjak ni mood ummi kureng...
tengok kelas ada beberapa kerap je
yang lain sibuk beraktiviti.
Ajarkan yang lain melepas,
tak ajarkan nak mengejor ke syllabus
There's give and take theory
tapi kalau hari2 macam ini mana mahu tahan ma....
Ni lah pulak anak2 ummi yang memang cerdas
di kelas 1cerdas.  Sampai tak menang tangan
kalau ummi masuk kelas ni.
"Ibu... penatlah tak abih2 menyalin..."
Tulah panggilan mesra ummi dengan mereka
untuk menenangkan situasi biar cool.
Sebenar bukan menyalin tapi tactics 
nak suruh mereka buat latihan.
Nak harap beri homework nanti berapa kerat je yang siap.
Alih2 ummi tukar teknik, latihan tukar nama ujian.
Setiap soalan ummi beri masa diorang buat sendiri dulu
kemudian baru selesaikan bersama2. 
Ada satu kali tu ummi buat announcement,
"Siapa boleh beri jawapan betul ummi beri hadiah."
"Hadiah apa? Duit RM10?" (mata duitan lagi tu....)
"Tak... siapa cepat ummi doa dia akan jadi anak yang soleh."
Tak sangka pulak dapat response yang baik.
Pandanglah mereka sebagai anak2 yang perlu
dididik dan diberi teguran.
Ibarat kain putih kitalah 
yang akan mencorak kehidupan mereka 
Layan jelah.... mereka adalah aset kita.

Frustrated...

Very frustrated... half of the students were not in the class.
Though they were helping other teachers
but they missed my add maths class.
What else can I say, saya yang menurut perintah...

Keputusan SPM

Hari ini di sekolah sibuk sikit al maklum
keputusan spm akan diumumkan.
Nampak je boss balik berkejaran ke bilik boss
menganalisa keputusan2 yang dapat.
Sambil tu dalam hati Allah je yang tahu...
Anak ummi naemah pun dapat keputusan hari ini
dan resah fikiran ummi menghitung2
macam mana lah result add maths tu....

Selesai ummi ke dewan terbuka, meninjau2 persiapan.
Mulalah bertemu sorang demi sorang.
Masing2 nak senyum pun susah selagi tak dapat result.
Akhirnya bila diumumkan keputusan
barulah masing2 lega.
Tahniah buat anak2 ummi...
Kalau nak sebut ramai pulakkan.
Tapi ada juga yang menangis jumpa ummi.
Tangis gembira dan ada tangis duka.
Usah gusarkan hatimu anak2 ummi....
Bersyukur dan redha sebab semua bukan milik kita.
Langkah pertama bermula di sini untuk
meneruskan pejuangan dalam medan ilmu
di dunia baru ipt nanti...

Ummi bersyukur dan redha
dengan result naemah walaupun hanya 2A
itu satu nikmat kejayaan yang harus dihargai.
Ummi juga bersyukur dan redha dengan
keputusan add maths
walau jatuh teruk 10% dari tahun lepas
itu lah hasil tuaian yang telah ummi tanam dan baja...

Kita merancang tapi Allah sebaik2 perancang....

Rindu cikgu....

"Rindu cikgu..." huhu... itu ucapan dari
mereka2 yang pernah bersama....

Kreatif

Di kelas 5 syumul.
Really amazed with the duty roster poster.
So creative....

All the best...

Sebelum masuk dewan multaqa'.
Ada lagi yang last2 minute study.

Tapi... ada juga yang rileks2 lagi.
Huhu... itulah anak2 zaman sekarang....

Doa.... moga Allah berikan ketenangan untuk
menjawab yang terbaik.

Hari ini anak2 pelajar 5 saksama dan 5 syumul
menduduki paper 1 spm kertas add maths.

Sementara menunggu paper 2 untuk petangnya
study2 dengan cikgu di makmal ict.

Doa.... jangan lupa sandarkan tawakalmu kepada Allah swt.

Kali ini cikgu snap2 dari jauh je.
Sedih.... lepas ni semua tak jumpa cikgu lagi.
We share lots of memories.....
So... kalau rindu kat cikgu, jenguk2 blog cikgu tau.
Semoga anak2 didik ku berjaya meneruskan cita2.
Dan yang penting ingat pesan2 cikgu tempoh hari.
Jadi pemuda dan pemudi islam yang dapat
bermanafaat kepada orang lain.
You all dekat di hati cikgu.... All the best....

SPM

Good luck to all spm's candidates.
Cikgu doakan yang terbaik buat kamu.....

Last day of school

Last day of school.... ada lagi yang tak puas hati
semalam tak dapat bergambar dengan cikgu.
Buat elok2 untuk spm nanti.... buat yang terbaik.
Dan jadi remaja muslim yang terbaik juga.
Ingat sesiapa tidak dapat mengubah diri kita
jika kita sendiri tidak mengubahnya.

Monday Blues....

Hari ini perhimpunan terakhir sebelum cuti.
Ada beberapa events, penyampaian anugerah kokurikulum
dan majlis salam perpisahan buat my best friend....
pah radziah yang akan ke smk sg isap
atas kenaikan pangkatsebagai gpk.
Memang sedih.... tapi tahniah.
Allah memberi ruang dan dan cabaran yang baru
untuk meneruskan agenda mendidik kita.
And at the gathering, I'd prepared special slides for her....



Namun nilai persahabatan tidak terhenti di sini.
Insya'Allah ukhwah kita akan terus subur....

After assembly, guru2 bidang sains dan matematik
melakar kenangan bersama tuan pengetua
sebagai penutup acara untuk tahun ini.....

Sibuk pulak ke surau al-hikmah untuk snap2
majlis restu ilmu untuk pelajar2 tingkatan 5 & pra u.

Di bilik guru bergambar dengan pah radziah.
Mula2 su nak tumpang bergambar.
Lepas itu kak eda pulak menyelit.
Begitulah kemesraan kami....

On the way ke kelas 5 saksama
yang menjemput jamuan kelas.
Tengah jalan.... kena tarik kat
kelas 5 budiman dan 5 syumul.
Masing2 berebut nak bergambar dengan cikgu.
Al maklum lepas ni tak sekolah dah....

Jamuan di kelas 5 saksama.
Makanan yang enak.... terimakasih atas
ingatan anda semua kepada cikgu.
Cikgu tidak akan lupakan kamu.
Semua di hati cikgu....
Do your best on the spm exam okay???
And most important be a best muslim....

Sekolah hari ini ditamatkan dengan
mesyuarat guru yang terakhir untuk tahun ini....

Sekolah Ganti, Gotong Royong & Sentuhan Terakhir

Hari ini sekolah ganti terakhir untuk tahun ini.
Ada aktiviti gotong royong.
Terkejut cikgu2 biasa sekolah ganti
tak ramai yang datang, tapi hari ni sebaliknya!
Tak pe lah tu.... semangat nak gotong royong
ceriakan sekolah....

Saya pula mengumpulkan anak2 pelajar
5 saksama dan 5 syumul di makmal ict.
Hari ini sentuhan terakhir saya bersama mereka.
Minggu depan mereka semua akan menghadapi
peperiksaan spm 2010.
Selepas tu masing2 akan membawa haluan
ke dunia baru.... alam ipt...
Begitulah hampir 5 tahun mereka dalam
dalam lingkungan sekolah, tiba masa
mereka akan mencari haluan masing2.
Hari ini kira penutup segala nasihat2 dan tunjukajar
sepanjang saya bersama mereka.
Saya cuba untuk menjadi bukan setakat
guru matematik tambahan kepada mereka
tapi guru yang mampu menyentuh hati dan jiwa,
memberi jalan penyelesaian bagaimana untuk mengarah
kehidupan yang diredhai Allah swt....

Lepas tu saya belanja makan nasi ayam...
Dan ada yang bawa kek cokelat, puding dan dadih.
Alhamdulillah.... terima kasih sebab kongsi2 makanan.


A special gift from hafizuddin...
Terima kasih atas ingatan.
Yang lain2 nanti cikgu scan kemudian.
Ingat pesan cikgu semua ye....


Jiwa remaja

Jalan2... jumpa lagi anak2 murid saya.
"Cikgu ambil gambar kitorang...", they request.
"No problem", ujar saya.
Maka pelbagai aksi dan gaya.
Huhu... sebenarnya saya terserempak
dengan mereka lagi buat kali ke 2...
sedang tawaf bangunan sekolah.
Alahai... dua tiga hari lagi nak exam spm,
masih lagi belum serius2....

Jiwa remaja.... kenapa mereka nakal ye????
Hingga ada kalanya kita rasa kadang2
kenakalan mereka tidak masuk akal
dan mengganggu p&p kita.
Memang ya... kita akan merasa berbeza
sebab level mereka dengan level kita jauh berbeza.
Remaja diusia awal belasan tahun,
sedangkan kita sudah menjangkau separuh
dari usia umur kita. Sudah tentu berbeza....
Tapi dalam melayani karenah remaja saya masih ingat
satu tips dari pensyarah semasa saya di mpktbr dulu2.
Pensyarah memang mesra dengan guru2 pelatih
hingga kami panggil dengan nama pak long.
Katanya kita kena turba...
Mula2 saya hairan, kalau turbo pernahlah dengar!
Rupa2nya turba tu short form untuk turun ke bawah...
Makna kata bila menangani remaja,
kita kena turun ke bawah
masuk ke dalam dunia mereka.
Cuba melalui, mendalami dan merasai
apa yang remaja2 lalui.
Jika tidak sukar untuk kita menerima meraka
dan mereka menerima kita....
Itu teori yang saya dapat dan itulah
yang saya cuba praktikkan bila menjadi guru.
Dalam kenakalan sebenarnya jiwa remaja lembut.
Cuma mereka celaru dalam mencari identiti diri.
Maka jika tiada yang membimbing maka remaja
akan terjebak ke dalam aktiviti2 yang negatif
atau bertentangan dengan fitrah yang Allah suruh.
Maka kitalah yang lebih berpengalaman dan
banyak makan garam ini mendalami jiwa mereka.
Sentuh dan bimbing mereka agar mereka tidak hanyut.
Kembalikan remaja kepada fitrah yang asal.
Sedarkan mereka dengan al-quran
dan method pendidikan madrasah rasulullah saw.
Ingatkan mereka kepada pemuda yang hebat
seperti ali bin abi thalib, zubair bin awwam,
atau al-arqam bin abi al-arqam.

Dan ingatlah kata2 umar r.a.
"Barangsiapa ingin memegang nasib sesuatu bangsa,
maka genggamlah para pemudanya..."

Mereka harapan kita....

Exam akhir tahun....

Dua hari berlalu...
Baru jumpa anak2 pelajar tingkatan 4
yang sedang menjalani peperiksaan akhir tahun.
Good luck.... all the best from teacher.

Ziarah

Hari ini ziarah pelajar saya di htaa
yang hampir seminggu tidak hadir sekolah
kerana demam denggi.
Maka berhati2 anak2 pelajar semua
jaga kesihatan lebih2 lagi
peperiksaan spm sudah nak dekat...

Stress

Tadi kecoh sekejab.... ada pelajar pengsan.
Rupa2 anak buah saya sendiri.
Macam2 hal bila nak dekat spm ini.
Hati2lah dan bijak dalam
menangani permasalahan
jangan sampai stress....
ingat anak2 didik ku
Dalam hidup kita akan sentiasa diuji....

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh)
dan (dengan merasai) kelaparan,
dan (dengan berlakunya) kekurangan
dari harta benda
dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar
(iaitu) orang-orang yang apabila
mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata: Sesungguhnya kami
adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali."

Surah Al Baqarah : 155-156

Namun mereka yang bijak bila dapat
melalui ujian itu dengan kesabaran.
Tips paling mudah untuk menangani stress
dekatkan diri kita dengan Allah.
Kerana kita yakin
Allah akan membuka jalan buat kita
disaat2 kita menghadapi kesusahan...

"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu)
Dialah yang menurunkan
semangat tenang tenteram
ke dalam hati orang-orang yang beriman
supaya mereka bertambah iman dan yakin
beserta dengan iman dan keyakinan mereka
yang sedia ada;
pada hal Allah menguasai tentera langit
dan bumi (untuk menolong mereka);
dan Allah adalah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana."
Al Fath : 4

Dan... alhamdulillah bersyukur kerana
kita masih ramai kawan.
Cikgu gembira kita ada kawan membantu
disaat2 menghadapi kesukaran.
mereka prihatin...

EXAM!!!!

Hari ini trial's exam untuk paper add maths...

Lihatlah aksi dan gelagat mereka bila menjawab soalan tu....
Dalam ramai2 ada juga sorang yang tak hadir.

Cikgu hanya mampu berdoa agar dapat menjawab
dengan sebaik mungkin setelah segala
tunjuk ajar dan tips yang telah diperturunkan....
Remember.... add maths is easy.....

Back to school...

Pergi sekolah hari ini di sambut dengan boss baru.
Maka terjawab segala desas desus
siapa yang mengisi kerusi panas pengetua kat smkpb.
Pagi2 kami dipanggil ke bilik gerakan siti khadijah
mendengar welcome speech from mr nandakumaran.
Huhu... tahun ini saja 3 boss silih berganti....

My first impression... haha... he's quite strict man...
Look at his first meeting with the form three students,
Rasa2 lama dah tak tengok pelajar
boleh duduk dalam barisan yang teratur
dalam kelas masing sambil semua diam mendengar...
He walks with rotan in his hand....

Hari ini juga perjuangan anak2 didik spm saya bermula.
Semua dengan tekun sedang menjawab soalan
peperiksaan percubaan spm 2010.
Cikgu doakan semoga semua dapat
menjawab dengan tenang, fokus ok...

Kemudian menghantar kak long mendaftar
ke ikip international college.
Kak long akan meneruskan pendidikannya
ke program ikip-jordan bawah yayasan pahang.
Sebenarnya memang berat nak lepaskan
antara ktd dan sini, saya hanya mohon pada Allah
yang terbaik buatnya agar kesinambungan dnt
tidak berhenti di persimpangan jalan....

Gift


Dalam kesibukan hari ini didatangi tetamu
dari beijing china.... noradawiyah & kak yam.
Allah izin lupa bawa hp... tak leh nak
tangkap gambar kenang2an
bersama bekas anak2 murid ku.
Terimakasih atas ingatan dengan
memberi cenderahati dari beijing.
Moga Allah melindungi kehidupan mu
dalam pencarian hidup bermatlamat.
Belajar betul2 tau...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu