Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label kak long. Show all posts
Showing posts with label kak long. Show all posts

sannah helwah ya habibaty....


21 tahun yang lalu.... kak long lahir dalam hidup ummi.
pelengkap kebahagiaan buat ummi dan walid.
walaupun tika saat kak long dilahirkan
walid tiada disisi ummi kerana jauh bekerja.
itu bukan penghalang malah satu kekuatan.
kita perlu bergantung hidup dengan Allah swt.
begitulah hidupmu anakku sayang...
usiamu akan berjalan bersama waktumu...
hari ini genap usiamu 21 tahun.
ummi serahkan satu kunci kehidupan untukmu
dari abu hurairah ra. bahawa rasullah saw bersabda,
"apabila seorang anak adam mati putuslah amalnya
kecuali 3 perkara : sedekah jariah, ilmu yang memberi manafaat
kepada orang lain dan anak yang soleh yag mendoakan untuknya."
(hadis riwayat muslim dllnya)

jadilah anak yang solehah untuk ummi dan walid....

Musibah

Ummi ke bengkel kereta.
Inilah kereta yang dipandu kak long tempoh hari,
dan alhamdulillah kak long dan 5 lagi rakannya selamat.
Namun traumanya belum reda...
Rasanya masa peristiwa ni berlaku denyut ummi berhenti sekejap.
Mana tak nya sebab ummi di melaka
bawa anak2 ummi yang lain jalan2
sebelum berpisah dengan walid
semasa kejadian berlaku.
Tapi Allah maha penyayang,
Ada hikmah besar untuk kak long...

Back to school...

Pergi sekolah hari ini di sambut dengan boss baru.
Maka terjawab segala desas desus
siapa yang mengisi kerusi panas pengetua kat smkpb.
Pagi2 kami dipanggil ke bilik gerakan siti khadijah
mendengar welcome speech from mr nandakumaran.
Huhu... tahun ini saja 3 boss silih berganti....

My first impression... haha... he's quite strict man...
Look at his first meeting with the form three students,
Rasa2 lama dah tak tengok pelajar
boleh duduk dalam barisan yang teratur
dalam kelas masing sambil semua diam mendengar...
He walks with rotan in his hand....

Hari ini juga perjuangan anak2 didik spm saya bermula.
Semua dengan tekun sedang menjawab soalan
peperiksaan percubaan spm 2010.
Cikgu doakan semoga semua dapat
menjawab dengan tenang, fokus ok...

Kemudian menghantar kak long mendaftar
ke ikip international college.
Kak long akan meneruskan pendidikannya
ke program ikip-jordan bawah yayasan pahang.
Sebenarnya memang berat nak lepaskan
antara ktd dan sini, saya hanya mohon pada Allah
yang terbaik buatnya agar kesinambungan dnt
tidak berhenti di persimpangan jalan....

CRK

Last minute hari ini minta crk dari boss
sebab menguruskan kemasukan kak long
untuk program ikip-jordan dalam jurusan
ekonomi (syariah & perbankan islam).
Maka pagi2 ke bangunan yayasan pahang
di tanjung lumpur. Berurusan dengan
ustaz termizi, borang2 dan surat perjanjian.
Sesuatu yang mencuit hati berlaku,
tak pasal2 pakcik guard kena soal siasat oleh saya.
Huhu... bukan nak salah mereka yang menjalankan
tugas, tapi cuma terkilan dengan prosedur yang
saya rasa macam tak berapa nak puas hati....
What they did?
The security guard asked for mycard.
He scanned it, and all my info get into his computer.

In seconds my picture, my thumb print,

my ic number on the computer screen
.
Saya cuba mempersoalkan...
"Pakcik mengambil maklumat tanpa kebenaran saya."
respon saya sebab saya tak sangka dia nak scan,
ingatkan nak tulis nama dan alamat je kat buku pelawat.
Setakat nak masuk bangunan, tak kan nak
beri semua info dari my card saya.
"Apa jadi kalau maklumat saya disalah guna pakai?"
soal saya lagi dengan nada kurang senang hati.
ItalicYelah, lebih2 lagi no ic, apa2 online
masuk je no tu dapat info.
Dengan muka dan nada yang tak agak selesa,
"Saya tak tahu, orang atas suruh buat."
jawab pakcik guard tu.
Saya akur, namun security guard kat dalam
bangunan pulak jadi m
angsa ke dua saya untuk
saya pertikaikan prosedur yang tak berapa
saya setujui....
They took my private info without
my permission!
Itu yang saya rasa tak berapa kena.
Entahlah mungkin ini sudah jadi
biasa sejak mycard diperkenalkan.
Tapi bagi saya nombor ic tu agak privacy
nak diberi sebarangan sebab ia sudah jadi
no identiti penting dalam urusan online dan sebagainya.
Wallahu'alam... moga Allah selamatkan saya
dalam sebarang urusan dunia yang sementara ini.

Selesai berurusan disitu, saya ke pejabat
pendaftaran di indera mahkota.
Kak long sudah genap 18 tahun, maka kena
tukar mycard baru, lambat nanti kena denda pulak.

Buat kak long, sebagai ibu bukan mudah
nak memujuk hati umi dan cukup berat
untuk melepaskan kak long meneruskan pengajian
ditempat baru. Cabaran hari ini tak sama macam dulu2.
5 tahun benih2 yang umi tanam di smakl
mula tumbuh dan hidup subur.
Sahabat2 sana bantu baja, siram dan jagainya.
Jangan persia2kan pohon
yang sudah mula nak merendang.
Buahnya baru mula nak berputik.
Bunganya baru mula nak mengembang.

Kak long harus terus menjaga dan menbajainya.
Kalau dulu ada yang membantu menjaganya
tapi kali ini kak long harus melakukannya sendiri.
Cari air dan baja sendiri untuk jaga.
Maka kekuatan itu harus dicari dan disuburkan.

Oleh itu di hati umi masih terus berbisik2
kolej terbaik dunia ialah masih lagi
kolej tarbiyah dan dakwah....


Sanah Helwa

Khas buat kak long....

pantas kehidupan ini
18 tahun telah berlalu...
kau telah jauh meninggalkan zaman kanak2 mu
kau telah melepasi sebahagian dari hidup remaja mu
kini kau perlu meneruskan hayah mu
sebagai seorang pemudi mukminah
yang mendokong dakwah di tangan kanan mu
dan tarbiyah di tangan kiri mu
selamat hari lahir anakanda ku sayang...

Aduh!


Lewat petang, ke klinik gigi,
aduh!... ada orang sakit gigi...
siapa tu..????


Abbas salimi begitu gembira dapat bertemu
sahabat2nya di stesyen bas.
Maklumlah cuti sekolah,
lama tak berjumpa...


Sebenarnya, menghantar kak long
yang akan menghadiri
kem jatidiri & kesukarelawan remaja di ktd.
Baru 3 hari bertemu belum
lepas rindu lagi...

Bersama mu...


An hour before sitting add math's paper.
Sepagi saya bersama kak long
memberi sokongan dan semangat.
Jika ada soalan2 terakhir yang nak ditanya
saya ada disisinya membantu.
Itu je yang boleh umi tolong disaat2 akhir
Walau apa pun bonda doa Allah beri
yang terbaik buat kak long.
Usah digusar keputusannya nanti.
Bonda tahu kak long sudah berusaha sedaya mungkin,
keputusan kita serah kepadaNYA.

To the others...
SMASKLians n SMKPBians
all the best!!!


Hari ini cuaca sudah mula panas.
Apa lagi petangnya,
anak2 turun main pasir di pantai,
nak mandi ombak besar!!!!
Dan Abbas paling gembira
best freindnya dari Sabah,
Hussien datang bercuti ...

Bersama kak long

Hari ini menjengok kak long lagi
di smaskl tapi lewat petang.

Allah izin sesi jejak kasih...
Siapa sangka dapat bertemu dengan
kawan lama, kak asmalia.
Beliau sedang memberi kelas tambahan
kepada anak2 smaskl.
Kami sama2 buat kpli di mpktbr in 1993/1994 ...
16 tahun berpisah tak pernah bertemu...
Dulu kami pool kereta ulang alik
dari kt ke batu rakit.
Masa tu kak ma anak kecik2 dan
saya sedang mengandung naemah.
Huhu... banyak suka duka,
pahit dan manis dilalui untuk mendapat
sekeping diploma yang melayakkan
kami untuk menjadi guru pada hari ini...

Puteri2 smaskl...
Huhu... sampai2 tadi makcik nampak
sedang rancak belajar.
insya'Allah cemerlang semua...

Surat dari Kak Long


Semalam suami pulang dari menghadiri kolokium
di kt membawa sekeping warkah dari kak long...
Usah digusar anakanda ku
bonda akan sentiasa mendoakan
agar Allah mempermudahkan
urusanmu untuk menghadapi
peperiksaan spm yang tinggal
beberapa hari saja lagi.
Insya'Allah bonda yakin dengan usaha
dan persiapan yang telah kak long
buat insya'Allah Allah akan bantu.
Letakkan tawakal kak long pada Allah
dan pohonlah pada Nya.
Insya'Allah kejayaan kak long
adalah kekuatan untuk dakwah....

17 years ago...



Kira2 detik itu berlaku 17 tahun yang lalu.
Kehadiran mu adalah amanah dari Allah swt.
Kak long, selamat ulang tahun ke 17....

My daughters



"Nazirah... sama macam Habibah kecik2 dulu ye..."
Itu teguran dari beberapa teman dan
saudara mara bila melihat Nazirah.
Saya hanya tersenyum, "Ye kot..."
Anak membesar depan mata, tapi saya tak dapat recall
rupa Kak Long masa kecik2 dulu,
Secara tak sengaja terjumpa gambar masa Kak Long kecil.
Saya cuba compare dengan wajah terkini Nazirah.
Subhanallah ada irasnya, adik beradik katakan...

not too late... congratulations Kak Long

Dua hari ummi menunggu panggilan
kalau kak Long akan menelefon ummi
tapi tak juga...
Walaupun begitu ummi masih sabar menunggu...
Akhirnya panggilan diterima
setelah disuruh telefon...
Tahniah dari ummi dan ummi amat bersyukur
walau apa keputusan SMU yang Kak Long dapat.
6A1 + 4A2 = 10As + jayid jiddan
(even K Long frust x dapat mumtaz)
that's enough for ummi.
Sekarang usahalah yang terbaik untuk SPM 2009.
Doa ummi mengiringi Kak Long...

A birthday wishes to Kak Long

Hari ini genap meniti usia 16 tahun.
Selamat ulangtahun dari bonda dan ayahnda.
Tiada ucapan yang indah cuma peringatan
buat anakanda dan diri bonda sendiri
Rasulullah SAW bersabda,
"Bila seorang anak Adam wafat,
maka amalnya terputus kecuali tiga hal:
[1] Shadaqah jariah ,
[2] Ilmu yang bermanfaat dan
[3] Anak shalih yang mendoakannya.
(HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu