Posted by
cikgu sharifah
Saturday, March 17, 2012

Biaselah bila cuti nak habis misi balik kampung bermula.
Lewat petang baru boleh bertolak.
On the way ziarah cucu saudara yang ke 13...
Mohd Hardif Akbar... betul ke tak ejaan tu?
Ni pulak misi beli barang kat sabasun untuk anak2
yang nak balik smakl.
Apa menarik kat sabasun selain barang2?
Ada akuarium air masin....
ikan nemo, ikan warna warni sekali dengan coral lagi...
Bukan mudah nak bela ikan ini...
Teringat arwah nyang tok'ki yang memang
hobi menyelam dan ada akuarium macam ini.
Ummi tolong jaga ikan guppy said sekor pun kecoh...
Lewat petang hantar sakinah dan abbas balik smakl.
Semua dapat pelukan dari walid sebab nanti
masing2 tak ikut hantar airport.
Faktor sekolah, x de orang nak hantar balik dan etc2...
Ini pulak misi makan nasi arab kat restoran al-edrus.
Keluarga pok di dan suda join bersama.
Tak dapat pergi arab tapi dapat makan nasi arab pun jadilah...
Posted by
cikgu sharifah
Friday, March 18, 2011
Posted by
cikgu sharifah
Sunday, January 2, 2011
Hari ni main pasir dengan ku yam...
Sebelum balik kuantan singgah rumah pok joh & cik nor.
Tahniah dapat baby ke 7.
Huhu... sudah lebih dari kami ni....
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, January 1, 2011
Posted by
cikgu sharifah
Sunday, December 12, 2010
Hari ini bersama bonda... masak masam asam telor.
A trademark lauk kat rumah bonda,
semua cucunda2 bonda suka makan lauk ini
bila balik kampung.
Anak2 keluar dengan walidnya ke rfc,
kata nak makan ayam goreng. Saya tak ikut....
Sebab itulah kalau balik kt kawan2 selalu tanya,
"Tak gi pasar payang ke... muzium losong...
planetarium... masjid kristal...?"
Huhu.... simple answer from me, "Tak... dok rumah je..."
Balik kampung bukan selalu.
Maka masa2 beginilah I'll spend my precious time
dengan bonda sambil2 menolong masak2 di dapur
sambil2 mendengar cerita2 dan luahan hati bonda...
Itulah bonda... usia mencecah 70+,
masih lagi masak sendiri.
Kalau anak2 balik macam2 nak buat,
masak asamlah.... khuzi lah.....
Semoga Allah swt sentiasa memberi kesihatan
yang baik buat ayahbonda berdua.
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, December 11, 2010
Ikut ke walidnya, jam 9 pagi nak bertolak,
ambik kak long di ikip terus bertolak.
But then... almost 15 minutes to 10 o'clock baru bertolak.
Biasa bermusafir malam ke kt,
tapi kali ini tukar angin siang.
Lagi pun malam semalam ada lagi meeting...
Biasalah tu... umi dah + ayah ramli kan sentiasa busy...
Tak kira siang malam, kalau ada apa2 penting
we won't miss it, unless benar2 uzur syarie...
Kalau jalan malam semua pasif kecuali
driver n co-driver...
Maka bila jalan siang.... riuh rendahlah...
Masing2 macam tak cukup aktiviti nak buat....
Alih2 umi dah dapat
a creative sticker tag on my hp's cover
designed by muhammad sa'id ramadhan....
Sampai kt terus je dewan tunku abdul rahman.
Ini kira dewan paling tua di bandar kt.
Masa umi dah sekolah rendah lagi
dewan ini sudah gah ada.
Dulu2 ada library kat sini.
Hari ini umi dah menghadiri
majlis walimatul'urus q-bee n na'eem.
Cepat masa berlalu, dulu masa mula2 jumpa
kak ngah kat LA... kecik lagi masa tu...
Bawa kak ngah jalan2... ada lagi gambar kat
depan trojan book store....
Hari ini sudah mendirikan rumah tangga.
Semoga Allah merahmati baitulmuslim yang dibina.
For both of you.... remember that
"Pernikahan adalah....
akad untuk beribadah kepada Allah,
akad untuk menegakkan syariat Allah,
dan akad untuk membangunkan rumah tangga
yang sakinah mawadah wa rahmah....
Pernikahan adalah....
akad untuk meninggalkan kemaksiatan,
akad untuk saling mencintai kerana Allah,
akad untuk saling menghormati dan menghargai,
akad untuk saling menerima apa adanya,
akad untuk saling menguatkan keimanan,
akad untuk saling membantu dan meringankan beban,
akad untuk saling menasihati,
serta akad untuk setia kepada pasangannya
baik dalam suka dan duka,
dalam kefakiran dan kekayaan,
juga dalam sakit dan sehat....."
(bait2 dari buku di jalan dakwah ku gapai sakinah)
Bila nak balik sibuk nak bergambar lagi.
Mula2 sorang... pastu bertiga...
pastu berempat....
akhir2 berenam....
Alhamdulillah.... hampir jam 3.30 ptg
sampai jugak umi dah rumah ayahbonda...
Lepas asar ke rumah bonda tg hailani di bukit besar
menerima jemputan makan2 oleh anakandanya ku ya.
Dapat jumpa bonda tg halipah n some of my cousins.
Maklumlah hari raya hari tu raya di bangi.
Malam pulak ke rumah mak ngah di bukit depu.
Rupa2 ada sambutan makan2 juga
among yang lahir bulan oktober n november....
Alhamdulillah pertemuan yang cukup mesra.
Terhibur dengan persembahan kalam jama'ie
dari nisah, aisyah n diana....
Posted by
cikgu sharifah
Monday, October 25, 2010
Posted by
cikgu sharifah
Sunday, September 19, 2010
Petang ni nak balik kuantan....
Tapi sebelum tu snap2 dulu...
Dalam diam2 bonda pun peminat barang2 lama...
Tersimpan beberapa tempayan lama
yang dijadikan hiasan rumah bonda.
Dari terperosok tidak digunakan
bonda hias buat jadi meja @ pasu bunga....Itulah bonda ku yang kreatif....
Seperti tahun2 dulu umi dah yang paling lewat balik...
Doa semoga ayahanda dan bonda terus
diberi kesihatan yang baik,
kekuatan fizikal dan hati untuk beribadah kepada Mu.
Sebelum tu singgah sebentar di dungun
rumah ayah de & mak de.
Mereka berdua je tinggal di rumah.
Mak de nampak agar uzur.
Moga2 Allah juga memelihara kesihatan yang baik
buat mereka berdua....
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, September 18, 2010
Posted by
cikgu sharifah
Thursday, September 16, 2010