Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Walimatul Urus. Show all posts
Showing posts with label Walimatul Urus. Show all posts

Musafir ke kt....

Ikut ke walidnya, jam 9 pagi nak bertolak,
ambik kak long di ikip terus bertolak.
But then... almost 15 minutes to 10 o'clock baru bertolak.
Biasa bermusafir malam ke kt,
tapi kali ini tukar angin siang.
Lagi pun malam semalam ada lagi meeting...
Biasalah tu... umi dah + ayah ramli kan sentiasa busy...
Tak kira siang malam, kalau ada apa2 penting
we won't miss it, unless benar2 uzur syarie...
Kalau jalan malam semua pasif kecuali
driver n co-driver...
Maka bila jalan siang.... riuh rendahlah...
Masing2 macam tak cukup aktiviti nak buat....
Alih2 umi dah dapat
a creative sticker tag on my hp's cover
designed by muhammad sa'id ramadhan....

Sampai kt terus je dewan tunku abdul rahman.
Ini kira dewan paling tua di bandar kt.
Masa umi dah sekolah rendah lagi
dewan ini sudah gah ada.
Dulu2 ada library kat sini.
Hari ini umi dah menghadiri
majlis walimatul'urus q-bee n na'eem.
Cepat masa berlalu, dulu masa mula2 jumpa
kak ngah kat LA... kecik lagi masa tu...
Bawa kak ngah jalan2... ada lagi gambar kat
depan trojan book store....
Hari ini sudah mendirikan rumah tangga.
Semoga Allah merahmati baitulmuslim yang dibina.

For both of you.... remember that
"Pernikahan adalah....
akad untuk beribadah kepada Allah,

akad untuk menegakkan syariat Allah,

dan akad untuk membangunkan rumah tangga

yang sakinah mawadah wa rahmah....
Pernikahan adalah....

akad untuk meninggalkan kemaksiatan,
akad untuk saling mencintai kerana Allah,
akad untuk saling menghormati dan menghargai,

akad untuk saling menerima apa adanya,

akad untuk saling menguatkan keimanan,

akad untuk saling membantu dan meringankan beban,

akad untuk saling menasihati,

serta akad untuk setia kepada pasangannya

baik dalam suka dan duka,

dalam kefakiran dan kekayaan,

juga dalam sakit dan sehat....."
(bait2 dari buku di jalan dakwah ku gapai sakinah)


Bila nak balik sibuk nak bergambar lagi.
Mula2 sorang... pastu bertiga...
pastu berempat....
akhir2 berenam....

Alhamdulillah.... hampir jam 3.30 ptg
sampai jugak umi dah rumah ayahbonda...

Lepas asar ke rumah bonda tg hailani di bukit besar
menerima jemputan makan2 oleh anakandanya ku ya.
Dapat jumpa bonda tg halipah n some of my cousins.
Maklumlah hari raya hari tu raya di bangi.

Malam pulak ke rumah mak ngah di bukit depu.
Rupa2 ada sambutan makan2 juga
among yang lahir bulan oktober n november....
Alhamdulillah pertemuan yang cukup mesra.
Terhibur dengan persembahan kalam jama'ie
dari nisah, aisyah n diana....

Sekolah Hari Sabtu


Huhu... hari tu beria2 cuti raya lama2...
Kan kena ganti.... hari ini kenalah gi sekolah.
Sambil2 tu sikit2 buat potluck raya pulak....
Maka kami kongsi2 bawa makanan sikit sorang.
Yang tempah pun ada....
Saya hari ini kak kam bagi kontrak buat air...
Aduh... dari semalam tadah air tapis,
pagi2 angkut 2 tong besar untuk
air sirap oren je....

Balik sekolah konvoi dengan cikgu melati
dan anak2 5 saksama ke rumah ili
memenuhi jemputan kenduri kahwin kakaknya.
Jumpa beberapa bekas pelajar saya,
semua sudah besar panjang ye...
sampai tak kenal cikgu....
Maka terasa diri usia sudah lama meninggalkan zaman....
Bagaimana sentuhan jiwa cikgu untuk
kamu dulu2.... masih berbekas di jiwa kah????

Balik singgah kedai kek sebab hari ini
hari jadi muhammad 'abbas salimi.
Tapi kek itu kongsi dengan irah,
sebab hari tu umi memang betul2 birthday irah....
Umi sentiasa berdoa anakanda berdua
akan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Penyambung generasi pewaris umi dan walid...

Maka lewat petang sikit saya dan suami
menuju ke taman pertanian indera mahkota
meninjau2 perjalanan program motivasi
percutan terakhir spm anjuran
bersama haluan dan pibg sekolah dari chini.
Yang hadir 80 orang pelajar yang bakal
menduduki peperiksaan spm tak lama lagi.
Alhamdulillah mereka mendapat sentuhan
dari akh razali dan team ktdnya
serta haluansiswa ump.
Bersam dengan anak2 chini serta
alhamdulillah dapat berta'aruf dengan
adik2 fasi haluansiswi ktd.
Huhu.... lewat malam sikit baru balik rumah....

Amir's wedding

Untuk muhammad amir & ummi najihah
umi dah ucapkan sekali lagi
Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma

Wa jama’a bainakuma fi khair
...

Majlis berlangsung di bangi golf resort.

Ramai ayahanda2 dan bonda2 dari terengganu datang.

So after amir, umi dah tunggu who's next...
faisal or zaki....

Selesai majlis ayahbonda tak sabar2 nak balik terengganu.
Maklumlah hampir sebulan tinggal kampung halaman....
Saya pun tak boleh tunggu lama2.
Bertolak balik menghampiri jam 7.00 malam.
Sampai kuantan menghampiri jam 11.30 malam...

Ke d' bangi lagi...

Hujung minggu ini pi bangi lagi.
Minggu ni majlis sambut menantu pulak.
Maka tak dapatlah nak hadir
mesyuarat agong dan hari keluarga kobi 2010.
Moga2 sahabat2 yang ada di kuantan
dapat menjalankan majlis dengan lancar.
Sampai2 je anak2 perempuan kena basuh
dan rebus telur itik masin.
Umi pah sibuk dengan bunga rampainya.
Umi su dan ayah su pulak sibuk dengan bunga telurnya.
Umi dah mana ye.... sibuk juga....
menyiapkan slide show untuk tayangan esok....

Ke Melaka

Seawal 7.30 pagi memulakan perjalan ke melaka
ke kampung apa ye... huhu...lupa lak.
Amir dan ummi najihah akan disatukan dalam
majlis akad nikah jam 10.00 pagi.
Tengoklah pengantin lelaki tu...
releks bawa kereta sendiri je ...

Singgah di chalet pengantin salin pakaian.

Rombongan sudah sampai...

Alhamdulillah majlis berjalan lancar...
Mabrook buat amir, sudah jadi suami orang.
Tanggungjawab pun sudah bertambah,
tapi tanggungjawab anak lelaki kepada ibu
masih sama. Ingat susah payah umi tu lebih2
lagi abah sekarang ni masih di hospital....

Juga tahniah ummi najihah...
welcome to our the family... tapi maaf
umi dah tak sempat nak berta'aruf lebih2 lagi.
Ada masa datanglah ke kuantan...

Sesi ke dua pulak, salin baju lagi...
Huhu... ayah mood payung sape tu...
pengantin lelaki juga ke???

Sesi bergambar untuk kenang2an

Menghampiri jam 2.00 petang kami pulang kuantan.
Maaf tak leh nak tunggu lama2.
Esok naemah n sakinah kena balik smakl
itu pun sudah tuang sekolah satu hari....

Dan sebelum kami singgah lagi ke hukm
menziarahi uncle ayob.
Beliau masih di hukm setelah beberapa minggu
menjalani pembedahan jantung.
Kami khabarkan anakandanya amir sudah
selamat diijabkabulkan.
Buat uncle ayub banyak bersabar dan berdoa.
Ujian dari Allah itu untuk membersihkan dosa2 kita....

D Bangi

Ke bangi lagi kerana esok my niece, doctor-to-be
muhammad amir akan menamatkan zaman bujangnya.
Almaklumlah cucu pertama ayahbonda yang akan
mendirikan rumahtangga, maka awal2
saya sudah hadir ke rumah umi ah.
Petang diadakan sedikit doa kesyukuran.
Ayahanda mengetuai bacaan doa kesyukuran.
Semua adik beradik saya ada kecuali tuan rumah.
Umi Ah masih menunggu uncle ayob di hukm.
Bonda engku lok lok pun hadir sama.
Lepas tu jamu makan sikit2....
Malam mulalah sibuk.
Said pun nak bermanja dengan tokkinya
kongsi 'roti bodo...' (huhu... roti bakar kosong!)
Mulalah... touch up barang hantaran.
Alhamdulillah ada lia (student uncle ayob)
datang menolong... huhu... saya ni bab2 seni kureng!!!

Mabrook

Dulu masa kecik2... saya membawa mereka
berprogram aulad dan banat.
Sekarang... sepantas masa berlalu
mereka sudah besar panjang.
Tiba masa... melangkah ke jinjang pelamin.
Huhu... saya yang makin terasa dimamah usia...

Mabrook buat khadijah dan pasangannya...
Baraka allahu lakuma
Wa baraka alaikuma

Wa jama’a bainakuma fi khair
...

Bermusafir


Pagi sabtu dalam hujan renyai2
saya sekeluarga bermusafir menuju ke kl.
Alhamdulillah, perjalanan mengeratkan
mahabbah anak beranak.

Sampai di gombak drop wan mohd hussein
setelah beberapa hari bersama muhammad 'abbas.
Jauh tu... datang dari sabah...

Kemudian terus menuju ke shah alam
untuk menghadiri walimatul urus
anakanda fatimah az-zahra & wan mohd nahar.

Mabrook buat anakanda kepada
kak siti ramlah & akh haris.
Mula mengenali kak siti masa di LA dulu.
Waktu tu saya masih undergraduate student,
kak siti sedang buat master dan az-zahra masih kecik.
Subhanallah... begitu jauh masa berlalu.


Siapa sangka kedatangan dengan izin Allah
saya dan suami dapat bertemu dengan sahabat2
sama2 belajar di US dulu,
akh hamdan & kak siti rohani,
juga akh mohd taib & ukht rosmila.
Pertemuan walau sebentar tapi
kehangatan ukhwah akan tetap segar di sanubari.

Selesai kenduri singgah solat di
masjid shah alam.
Tersangkut hampir sejam kerana hujan lebat.


Menghampiri jam 6.00 petang
barulah sampai ke rumah umi ah di D'7 bangi.
Menziarahi uncle ayub yang keuzuran
plus rumah baru umi ah...

Mabrok...

Sepagi di majlis walimatul 'urus,
memberi apa2 yang terdaya...


Mabrok buat Umaimah & Mohd Sharil.
"Semoga Allah memberi berkat kepada mu
dan atas mu dan menyatukan kamu
berdua dalam kebaikan"
Riwayat Abu Daud,

Kenduri


Tengahari pergi kenduri aqiqah cucu
Cik Mi di Seberang Baroh.


Kemudian ke Losong kenduri walimah
anak Kak Sarimah.
Mabrok buat Rabbani n Mumtazah.

Kenduri lagi...



Hari ini kenduri lagi di rumah pengantin lelaki,
Kalau orang Terengganu panggil majlis sambut menantu.



What is the significant about it?
Since this is a new home for the bride,
it's where the mother in law will introduce
her 'new daughter' to relatives and friends.

Maka duduklah pengantin
ditemani ipar bersalaman dengan setiap
saudara mara dan tetamu yang hadir.
(I still remember myself 17 years ago... malu...hehe..)



As for me, it's like a get together day.
I meet many of my husband's nephews and nieces.
Since there are many of them,
then I take some time to recall their names...



Hah... ini cucu-cucu saudara, I'm a grandma...
They have unique names, Fatini, Da'yini, Lubaib, Labib
and so on... sorry lupe lagi Tok Umi ni...



At late evening then I leave the house.

Walimatul Urus



Malamnya kami bermalam di rumah yang disediakan.
Rumah yang besar dan selesa
dan berkumpul beberapa adik2 suami saya
Ustaz Mezah, Sham, Ida, Mak De dan keluarga masing2
serta keluarga Mak Su.
Sebenar lama kami adik beradik tak berkumpul
sejak arwah mertua saya tiada.



Jam 11.45 rombongan bertolak
ke rumah pengantin perempuan
di Kg Batu 37 Darat.
Yang menarik sepanjang jalan nak ke rumah pengantin
tanah2 yang ada semua dimanafaatkan
dengan tanaman seperti pisang atau ubi.
Tiada pun tanah yang terbiar.



Rombongan pengantin lelaki yang diketuai oleh Mok Long.
Anak2 tu tolong meramaikan rombongan.
Hah.. ingatkan pengapitnya si Mamat,
tapi tukar pulak dengan Nizam.



Lain tempat lain budayanya.
Kami di hidangkan dengan persembahan
marhaban dari penduduk sini.
Yang unik marhaban menggunakan
bahasa jawo...



Lakaran kenangan bersama
Zaim dan Salmi.
Selamat Pengantin Baru.
Moga Allah berkati menjadi
rumahtangga dakwah yang
dapat menyumbang untuk Islam.



Yang baju belang tu Faisal dan Aqid.
Yang lagi satu Kak Cik dan Hamidah.
Hah... Hamidah itu baru saya perasan
anak kepada sepupu ayahanda saya
(Ku Leha) kalau dengan saya 2 pupu kut.
Rupa2nya kawan baik Kak Chik.
Bila tinggal berjauhan, saudara mara
jarang jumpa sampai tak kenal...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu