Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Haluan. Show all posts
Showing posts with label Haluan. Show all posts

Ceramah Krisis Somalia

Hari ini tugas pertama walid setelah berehat lama
selepas pembedahan tempoh hari
dan mungkin juga tugas terkahir walid
sebelum walid berlepas ke saudi.
Ceramah krisis somalia yang telah disampaikan
oleh sheikh ahmednadhir di masjid bukit rangin.Imbas kembali pemergian misi kemanusiaa pelarian somalia
di kem pelarian dadaab di sempadan kenya
pada oktober lalu oleh beberapa ahli haluan.
Percaya tak hampir 4 juta nyawa manusia
yang kebanyakannya kanak-kanak
berhadapan dengan kematian
akibat kekurangan makanan.
Anak2 ummi...
rasailah penderitaan yang anak2 ini harus lalui...
Mampukah kita menghadapi suasana seperti ini???

Namun... lihat kisah mereka....
Krisis yang dilalui tidak menghalang untuk anak2 ini
menghafaz al-quran. Subhanallah....
Anak2 ummi lihatlah....
Mereka tiada buku seperti kita.
Lalu... daun2 pelapah dijadikan buku untuk
ditulis ayat2 al-quran dan dihafal.

Dan... bila ayat sudah dihafaz,
pelepah dibersihkan dengan minyak petrol
untuk menghilangkan dakwat tulisan
dan ayat baru pula ditulis untuk dihafal...

Anak2 ummi.... bangkitlah dari kesenangan
yang selama ini kita lalui dengan bersyukur dan redha
dengan nikmat Allah lantas lebih bersungguh-sungguh
untuk mengamalkan cara hidup yang Allah redhai....

KMK berakhir....

Majlis penutupan KMK 2010.
Semoga anak2 peserta yang hadir
dapat melalui satu pengalaman yang bermakna.
Pemuda yang seharusnya berubah dengan
menghiasai diri dengan cara hidup yang Allah kehendaki.

Menyanyi lagu tema beramai2.

Diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah.

Jazakumullah buat anak2 fasi.
Sumbangan antum memang dihargai....

Memang menjadi harapan kepada semua
dapat memanafaatkan semua aktiviti
yang dijalankan. Remaja harus berubah
untuk menjadi pemuda-pemuda yang dapat
memanafaatkan ummah.

KMK Day 2

Hari ke 2, umi menjenguk2 ke taman pertanian.
Pagi ini aktiviti kembara kreatif.
Memang kreatif sungguhlah aktiviti2
yang di sediakan. Umi boleh tabik
anak2 fasi yang bertungkus lumus menyediakan
modulnya dan bersungguh2 berinteraksi dengan adik2.
Moga semua objektifnya tercapai.

Rupa2nya ada juga aktiviti flying fox.
Huhu... umi sampai lewat sikit...
tak sempat nak lihat anak2 puteri berflying fox...

Malam diserikan dengan aktiviti malam kebudayaan.

Memang cukup terharu... bersama dengan anak2
muda fasi... kalau dulu kecik2 umi bawa
antum dalam program banat,
alhamdulillah hari ni sudah mampu untuk
memimpin adik2....
Persembahan setiap kumpulan yang cukup kreatif
bertemakan ukhwah.
Disulam dengan celoteh juruacara yang
juga kreatif dan petah berbicara.

Persembahan kumpulan 3.

Persembahan kumpulan 4.

Persembahan kumpulan 1.
Bernasyid & bersajak.

Persembahan kumpulan 5.
Lakonan yang mencuit hati.

Persembahan kumpulan 2.
Berlakon lagi.

Akhirnya kejutan dengan persembahan dari
urusetia dan fasilitator yang juga menyentuh hati.

Malam berakhir dengan penuh pelbagai rasa.
Aktiviti yang telah berjaya memesrakan ukhwah
peserta2 dan kakak2 fasi.
Huhu... makcik2 pun menumpang rasa....

Kem Minda Kreatif KMK Day 1

Petang menghantar anakanda berdua naemah dan sakinah
ke kem minda kreatif di taman pertanian,
Kalau tahun2 sebelum ini kem diadakan mengikut zon
tapi tahun ini sedikit perubahan dimana
diadakan di setiap negeri.
Kali ini program dikendalikan sepenuhnya
oleh anak2 muda haluansiswa.
Kem ini mengumpulkan anak2 remaja sekolah menengah
mengisi aktiviti sambil mencari erti cara hidup islam
sesuai dengan tema kali ini remaja dinamik hidup fantastik.
Kalau nak hurai tema ini panjang lagi
nanti umi celoteh kemudian.

Huhu... ini cabaran pertama nak masuk kem.
Umi pun teragak2 jugak maklumlah musim hujan...
Tapi alhamdulillah sebenarnya ok, jalan lecak
sebab hujan maka lumpur mengalirlah....

Sekitar pendaftaran. Alhamdulillah ramai anak2
remaja datang mendaftar. Pergunakan masa muda mu
mencari ilmu yang bermanafaat.

Taklimat dari kem komandan.
Jauh diimport dari perak....

Sesi ice-breaking.

Malam program bermula dengan mendengar dulu
orang-orang penting tuan pengarah dan
tuan penasihat memberi ucapan.
Kemudian slot malam diteruskan dengan
penyampaian dari pegerusi haluan pahang
akh tg abdul rashid.
"Semua orang pejam mata....
Sekarang pak cik nak tahu
siapa antara
kalangan anak2 yang hadir
kerana memang
nak datang,
bukan mak suruh atau ayah suruh,

angkat tangan....
tak pa tak ada orang yang nampak,

pak cik sorang je tahu....
."
Sayup2 umi dengar penceramah memulakan bicaranya.
Sedangkan umi sudah menuju ke kereta,
kerana si kecil2 semua sibuk menggantuk nak tidur
Dalam hati umi berdoa dan mengharap...
puteri2ku mengangkat tangan mereka....

Seminar Guru

Menyertai seminar guru2 zon timur
anjuran kelab guru haluan.
Cuba untuk menyuntik semangat baru kerana
ada kalanya guru2 dilihat agak lesu
dalam kerja2 dakwah di sekolah.
Betul ke? Maka bermuhasabahlah untuk diri sendiri.
Ya Allah.... berikan ku kekuatan....

Satu yang di disangka2...
pertemuan antara anak murid dan gurunya.
Allah izin bertemu dengan guru yang
mengajar bahasa melayu saya semasa
saya menuntut di mrsm 30 years back....
Syukur... kami bertemu dalam taifah yang sama.
No best words....
Terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar.
Akhirnya ku juga menjadi guru seperti mu.
Sama2 cuba untuk mencetak kader2 muda menjadi
generasi pewaris.... insya'Allah....

Bingkisan Hijrah

Alhamdulillah... malam ini kaki ini
masih lagi mampu melangkah.
Saya sekeluarga ke masjid bukit rangin
mendengar majlis ilmu forum muqarabbin.
Panelnya ialah ustaz abd aziz mohd salim dari jaip
dan dr abdullah sudin presiden haluan malaysia.
Bicara mereka berkisar hijrah sempena
tahun hijrah yang akan muncul beberapa hari lagi.
Hijrah.... berubah untuk menjadi lebih baik....
bukan mudah.... walau sudah bertahun2 dalam tarbiyah
kadang2 masih merasai diri masih jauh dari
tuntutan dakwah yang sebenarnya.
Tapi bukan bukan bermakna kita harus berhenti.
Jangan berputus asa kerana Allah swt sentiasa
dekat untuk membantu kita.
Selangkah je kita membuka langkah untukNya,
seribu langkah Allah mendekati kita.

Satu yang menarik dalam perbincangan forum ialah
bagaimana sebenarnya kalau kita perasan atau tidak
sewaktu peristiwa hijrah melibatkan pemuda dan pemudi....

Saidina Ali ketika diusia 9 tahun sudah berani
menawarkan diri untuk mengantikan
tempat tidur Rasulullah saw.
Ustaz terus melemparkan persoalan untuk difikirkan...
Adakah anak2 muda hari ini sanggup
mengantikan tempat kita @ ibu bapa
ketika waktu susah?

Wanita muda asma' abu bakar yang tugasnya
untuk membawa bekal makanan ketika
Rasulullah saw bersembunyi di gua thur.
Ini mengajak kita melihat bahawa
wanita juga berperanan dalam masyarakat
mengikut kesesusaian fitrahnya.
Lalu.... sekali lagi ustaz mengajak kita mengimbau
pemuda dan pemudi hari ini....
adakah mereka berperanan dalam masyarakat?

Dan kisah mus'ab bin umair seorang pemuda
yang meninggalkan kemewahan dan
boleh berubah kerana mendapat petunjuk dari Allah.
Kata2nya sepatut menjadi kata semangat buat pemuda.
Ketika berhadapan dengan ibunya
yang melarang keislamannya.
"Jika ibu mempunyai seribu nyawa
dan setiap nyawa ibu keluar satu persatu,
saya tetap dengan islam sehingga akhir hayat..."

Maka itulah kisah pemuda pemudi yang dibentangkan.
Samada mereka berperanan dalam hijrah
atau pun bagaimana hijrah merubah hidup mereka.
Bagaimana pemuda dan pemudi hari ini....
Aduh... lemas dalam kejahilan diri.....

Lalu dr abdullah sudin pula meneruskan komentarnya
dengan mengajak kita berfikir
bagaimanakan contoh2 pemuda ini lahir?
Bagaimana pendidikan dan proses
yang telah diajar dan dibentuk oleh
Rasulullah saw walau pun masih muda,
tapi mampu melahirkan pribadi sebegini.

Maka kata dr... sudah tentu sumber atau bahan
didikan mereka adalah al-quran.
Dr mengajak kita merenung adakah hari ini
kita mengunakan sumber al-quran ini?
Bagaimana pula cara kita mengunakan sumber ini?
Adakah al-quran sekadar kita baca sahaja
seperti yang kita lakukan pada bulan ramadhan?
Maka Rasullah mengajar kita bahawa
al-quran ialah sumber rujukan bukan
sekadar dibaca, tapi di fahami, dipraktik
dan dihayati dalam amal kehidupan.
Sahabat2 Rasulullah saw mendapat arahan
dari al-quran terus laksana dalam kehidupan.

Maka jika pemuda dan pemudi kita ingin
menghasilkan natijah yang sama seperti
pemuda pemudi zaman rasulullah saw
maka kita mesti melalui pendidikan dan proses yang sama
iaitu memulakan dengan proses pendidikan hati.

Hijrah kita bermula dengan hati yang bersedia
untuk didik dengan ayat2 al-quran.
Marilah kita bermula dari noktah yang betul.
"Sesungguhnya sesuatu amal bermula dengan niat.
Sesungguhnya setiap orang akan
mendapat apa yang diniatkan.
Sesiapa yang berhijrah kerana ingin mendapat
keredhaan Allah dan rasulnnya,
maka dia akan mendapat Allah dan rasulnya.
Sesiapa yag berhijrah untuk mendapatkan
dunia dan wanita yang ingin dikahwininya
maka dia akan mendapat apa yang diniatkannya itu."

Pemuda dan pemudi ku... berhijrahlah.
dengan penuh kesedaran bermula dari
persediaan membuka hati kita untuk menerima
semua ajaran Allah swt.
Lalu berdoa dan bersabarlah kerana
terdetik hati mu untuk berhijrah maka
syaitan2 mula untuk membuka langkahnya
untuk menguji dan mengoda mu.
Namun hati pemuda dan pemudi
yang nekad kerana Allah
tidak akan berundur walau selangkah....

Pengumuman : Forum Maal Hijrah 1432H

Muhasabah:Meneruskan Kerja Dakwah dan Tarbiyah

Thursday, 02 December 2010 19:03

Dunia pada hari ini telah berubah kepada suatu zaman yang moden dan maju, sejajar dengan peredaran masa. Kemajuan dan pembangunan ini banyak memberikan keselesaan serta kesenangan kepada kehidupan manusia. Namun, perkembangan yang pesat ini jika tidak berlaku mengikut acuan yang sebenarnya, maka ia akan memberikan kesan kemudaratan dan kepincangan kepada manusia segajat.

Jika dianalisa dari segi sejarah, kehidupan masyarakat kini sudah kembali kepada suatu keadaan seperti zaman sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Zaman yang diselubungi kejahilan dan berlakunya krisis ketamadunan. Boleh kita nyatakan di sini, bahawa kehidupan Islam yang pernah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW telah kembali dagang dan asing. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka yang bersama Islam di waktu ia dagang." (Hadis Riwayat Muslim)

Marilah kita melihat, memperbetul dan memusabah diri kita dan keadaan masyarakat kita. Bagaimanakah sebenarnya keadaan masyarakat Islam dari pelbagai aspek kehidupan, terutamanya daripada tiga aspek yang akan difokuskan iaitu pendidikan, kemasyarakatan dan politik. Dan bagaimanakah kaedah yang terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ummah ini.

Pendidikan

Bidang pendidikan merupakan perkara asas dalam proses pembangunan ketamadunan manusia. Matlamat dan kaedah sistem pendidikan harus bertitik tolak daripada nilai serta 'core value' yang jelas, nyata dan berasas. Dari segi aspek teorinya, pendidikan itu merangkumi seluruh aspek fakulti keinsanan manusia iaitu kerohanian, keintelektualan dan fizikal. Pendidikan yang syumul (menyeluruh) ini menyentuh seluruh kehidupan tanpa wujudnya pemisahan dan kelonggaran terhadap sesuatu aspek.

Namun, timbul permasalahan apabila pencapaian pendidikan seseorang pelajar hanya diukur melalui pencapaian akademik semata-mata sehingga berlakunya pengabaian dalam pendidikan akhlak dan kerohanian. Kesannya, lahirlah generasi yang bijak dari segi keintelektualan tetapi miskin akhlak. Perkara ini pernah disebut oleh seorang ilmuan Islam “Sistem pendidikan hari ini mampu melahirkan golongan yang cerdik pandai, tetapi gagal untuk melahirkan seorang pemuda yang khusyuk dalam solat dan menangis menyesali dosa yang dilakukannya.”

Kemasyarakatan

Jika dilihat dari aspek sosial pula, banyak gejala-gejala yang tidak bermoral kian menular di dalam masyarakat dan keadaan ini semakin meruncing dari semasa ke semasa. Satu fenomena biasa pada hari ini apabila masalah keruntuhan akhlak dan kerosakan generasi muda terpapar di dada akhbar perdana setiap hari seolah-olah tiada tindakan penyelesaian yang dapat dilakukan.

Permasalahan seperti gejala pembuangan bayi, kes jenayah juvana, kes pembulian, kecurian dan sebagainya adalah tanda-tanda kepada kerosakan yang berlaku di dalam masyarakat. Hari ini, kebanyakan kaedah dan usaha menangani permasalahan ini hanya cuba merawat petanda-petanda dan belum lagi ke arah menangani punca utama mengapa permasalahan ini boleh berlaku.

Politik

Dari aspek politik pula, dunia berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Krisis demi krisis yang melanda mendedahkan pelbagai penyelewengan di dalam pemerintah negara-negara di seluruh dunia. Suasana sebegini akan merencatkan suasana keamanan dan keharmonian negara. Sebagai contoh, keadaan politik negara-negara Islam seperti Afganistan, Iraq, Palestin, Yaman dan sebagainya mengalami perubahan politik akibat peperangan, pemberontakan dan persengketaan.

Dan lebih memburukan keadaan, banyak kepincangan pemerintahan dan politik berlaku disebabkan keperibadian dan akhlak pemimpin yang rosak. Pemimpin yang tidak berakhlak akan menyebabkan berlaku banyak penyelewengan, pecah amanah dan mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Penyelesaian pembangunan ummah

Sebenarnya, penyelesaian utama kepada permasalahan yang berlaku pada hari ini ialah setiap penyelesaian perlu kembali kepada ajaran Islam dan Allah SWT. Sesungguhnya, ajaran Islam adalah ajaran yang akan membawa kerahmatan dan keamanan kepada seluruh alam ini. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Tidak diutuskan engkau (Muhammad), kecuali untuk memberi rahmat kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbiya’(21) :107)

Transformasi holistik

Rasulullah SAW telah melakukan satu transformasi yang menyeluruh dan dasar utamanya ialah kembali kepada proses pembentukan tauhid dan pembinaan akidah kepada Allah SWT. Akidah Islamiah menjadi tunjang perubahan dan inilah formula utama kejayaan baginda Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, melihat semula apa yang telah digariskan oleh Islam dan melaksanakan apa yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat adalah sesuatu yang perlu diikuti dan dicontohi.

Baginda Rasulullah SAW telah melaksanakan proses tarbiah (pendidikan) dan dakwah (penyeruan) dalam mengislah (memperbaiki) masyarakat jahiliyah pada ketika itu.

Proses pendidikan diri dan pemulihan semula konsep kehidupan telah memberi kesan yang sangat mendalam pada generasi yang dididik oleh Rasulullah SAW. Hakikatnya, mereka telah melalui suatu proses pendidikan yang menghidupkan semula jiwa dan hati mereka sehingga ada yang memberi gambaran seolah-olah seperti menjadi manusia yang baru.

Inilah rahsia kejayaan proses perubahan yang membentuk sekelopok manusia yang terbaik dalam sejarah dunia. Pembentukan jiwa yang berteraskan akidah Islamiah inilah yang akhirnya menentukan sikap dan nilai yang betul di dalam diri para sahabat Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan barang siapa yang mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.” (Ali Imran (3) : 85)

Para sahabat generasi awal adalah mereka yang dididik untuk melaksanakan Islam di dalam kehidupan. Mereka adalah generasi Al-Quran yang melaksanakan Al-Quran di dalam hidup mereka. Mereka adalah generasi dakwah. Segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka akan diselesaikan dengan cara kembali melihat neraca iman dan panduan daripada Al-Quran dan sunnah.

Mereka menjadi generasi terbaik kerana melaksanakan tuntutan ajaran Islam secara komprehesif, menyeluruh dan terlaksana secara nyata dalam kehidupan dengan rela tanpa paksaan. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Ali Imran (3) : 110)

Usaha dakwah yang meluas

Di samping itu juga, Rasulullah SAW dan para sahabat baginda begitu gigih menegakkan din ini serta bersungguh-sungguh berusaha menyebarluaskan dakwah kepada seluruh manusia di serata pelusuk dunia. Dengan keyakinan dan kepercayaan yang mendalam, para sahabat giat merancang strategi, berbincang, melaksanakan perancangan dakwah serta menilai semula gerak kerja mereka bagi memastikan ajaran Islam tersebar ke seluruh dunia. Misi mereka ialah agar seluruh manusia berada dalam naungan kebahagiaan Islam dan hidup secara harmoni di bawah payung pemerintahan Islam. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.” (Ali Imran (3) : 104)

Bekalan terbaik Menuju Akhirat

Oleh yang demikian, segala kerja-kerja dakwah dan tarbiah harus dilaksanakan dengan berpandukan sumber yang muktabar iaitu Al-Quran dan sunnah. Segala gerak kerja ini harus dirancang, dilaksana, dipantau dan dinilai agar kerja ini benar-benar berjalan secara sistematik dan tersusun.

Para aktivis dakwah akan berterusan melakukan kerja-kerja pembaikan masyarakat dan penyeruan ke arah hidup Islam yang syumul dan menyeluruh. Kerja ini haruslah dilaksanakan secara sukarela, kolektif, proaktif dan dinamik. Kerja-kerja inilah yang diwariskan oleh baginda Rasulullah SAW kepada umat Islam dan ia diteruskan zaman berzaman oleh mereka yang ikhlas dalam memperjuangkan din Allah SWT.

Kerja dakwah adalah bekalan yang terbaik untuk kita persembahkan kepada Allah SWT pada hari pertemuan denganNya. Inilah warisan yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah SAW untuk kita laksanakan dan seharusnya kita merasai masuliah (tanggungjawab) ini dengan penuh kefahaman, kesedaran dan keyakinan yang mendalam kepada Allah SWT.

Justeru itu, masuliah dakwah dan kerja-kerja tarbiah ini wajib dilaksanakan dengan penuh ketelitian, kesungguhan dan keizzahan dengan bekerjasama dengan semua pihak yang menyokong dan mendokong kerja-kerja ini. Insya-Allah.

Oleh : Dr Abdullah Sudin Abd Rahman
Presiden HALUAN Malaysia

SUMBER :http://www.haluan.org.my/v3/index.php/muhasabah-meneruskan-kerja-dakwah-dan-tarbiah.html

Relawan Misi Kemanusiaan Merapi Selamat Pulang

Monday, 22 November 2010 08:48 administrator
SEPANG, Ahad 21 Nov -- Empat orang relawan HALUAN yang menyertai Misi Kemanusiaan Merapi (MKM) telah selamat tiba di LCCT Sepang setelah berbakti kepada mangsa-mangsa bencana letusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia dari 15hb November hingga 21hb November, 2010. Ketibaan mereka turut disambut oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman, Timbalan Presiden HALUAN, Ustaz Mohd Darus Senawi, dan Setiausaha Agung HALUAN, Hj Mohd Ghani Salleh.

Selama berada di lapangan, kumpulan relawan HALUAN yang diketuai oleh Dr Baharudin Suri ini telah berkerjasama dengan NGO tempatan iaitu Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan Lembaga Kemanusiaan Nasional (PKPU.) Mereka berpengkalan di Magelang, Klaten dan Solo yang terletak dalam radius 20-15km dari puncak Gunung Merapi. Terdapat lebih 100,000 orang mangsa berteduh di kem-kem penempatan sementara di kawasan berkenaan.

Sehingga hari ini, Gunung Merapi masih lagi aktif dan keadaan dikategorikan sebagai darurat. Kawasan radius 10km daripada Gunung Merapi masih tidak dibenarkan masuk kecuali oleh pihak tentera, pasukan penyelamat dan relawan yang mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan tentera Indonesia. Menurut Ketua Misi, Dr Baharudin Suri, mereka bersama-sama BSMI dan PKPU telah memasuki kawasan pedalaman dalam radius 3-4km daripada puncak Gunung Merapi dengan kebenaran dan bantuan tentera Indonesia bagi menyampaikan bantuan makanan dan memberi rawatan perubatan. Lebih 50 orang pesakit telah dirawat di kawasan Dusun Stabelan dan Kacamatan Selo, iaitu antara tempat paling teruk ditimpa kesan awan dan debu panas.

Mereka juga telah memasuki kawasan berbukit tinggi di Telogo Lele, di mana penduduk-penduduk di sini masih belum menerima bantuan daripada mana-mana pihak. Di sini, relawan HALUAN juga menemui beberapa mangsa korban akibat awan panas dan melihat sendiri kemusnahan perkampungan dan tanaman yang diselaputi debu Merapi.

Menurut Dr Baharudin Suri lagi, mangsa-mangsa sangat memerlukan bantuan dalam bentuk makanan asas seperti beras, minyak, gula, teh dan susu, begitu juga dengan pakaian dalam dan lampin bayi. Hampir semua sumber ekonomi mereka yang rata-rata bergantung kepada pertanian musnah dalam tragedi ini. Keperluan ini dijangka berterusan sehingga 6 bulan akan datang.

Menurut Ketua Biro Misi Bantuan Kemanusiaan HALUAN yang turut hadir menyambut ketibaan relawan di LCCT, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan, HALUAN akan terus menghantar bantuan dalam bentuk perubatan dan khidmat motivasi dan trauma healing. Ramai di antara mangsa-mangsa menghadapi tekanan hidup, di mana lebih 110 orang dewasa telah dihantar ke rumah sakit jiwa dan ada mangsa telah membunuh diri akibat bencana ini.

Orang ramai dan badan-badan korporat juga boleh membantu dengan menaja pakej bekalan keperluan asas yang dipanggil SEMBAKO (Sembilan Barang Pokok) yang mengadungi beras, minyak masak, garam, susu, gula, teh, lampin bayi, gandum dan tuala wanita.

Mengulas tentang keperluan dana bagi membantu mangsa-mangsa bencana ini, Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menyeru supaya wujud kerjasama dan sinergi antara NGO dan golongan penderma dari kalangan masyarakat dan badan korporat. Sinergi ini akan melicinkan usaha relawan-relawan yang sentiasa bersedia menyumbang tenaga dan kepakaran membantu mereka yang memerlukan.

HALUAN merayu semua pihak di Malaysia, terutama sekali badan-badan korporat, untuk memberi sumbangan kepada misi yang mulia ini. Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun:


HALUAN
14-023-01-002571-8
(Bank Islam Malaysia Berhad.)

Last Updated ( Monday, 22 November 2010 09:34 )

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/relawan-misi-kemanusiaan-merapi-selamat-pulang.html

HALUAN Pahang Korban 9 ekor lembu & 4 ekor kerbau Sempena Sambutan Hari Raya Korban

Thursday, 18 November 2010 00:00

KUANTAN, 18 November - Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini, HALUAN Pahang telah mengadakan program ibadah penyembelihan binatang korban sebanyak sembilan ekor lembu dan empat ekor kerbau di dua daerah berasingan Kuantan dan Temerloh. Di Kuantan program yang telah diadakan di Sekolah Rendah Ibnu Abbas, manakala di Temerloh di Taman Bahagia, Taman Temerloh Makmor dan Maahad Tahfiz Berhala Gantang.

Program yang dijalankan selepas solat sunat hari raya ini telah diadakan dengan lancar dan berakhir dengan jamuan makan tengahari gulai kawah daging korban. Di Kuantan sebanyak lima ekor lembu dikorbankan pada hari raya pertama dan seekor telah disumbangkan kepada komuniti masyarakat pelarian Rohingya (UNECF) yang miskin dan dhaif disekitar kampung Balok dan Sg. Ular.

Menurut penyelaras program di Kuantan Tn. Hj Ahmad Zakhir b. Abdullah, program tahunan ibadah qurban ini sentiasa mendapat penyertaan yang menggalakkan dari ahli HALUAN dan masyarakat setempat. Kehadiran masyarakat setempat bagi membantu kerja menumbang, melapah dan memproses daging lembu adalah amat menggalakkan. Begitu jua di Temerloh, tradisi berkorban kerbau masih diteruskan dengan kerjasama ahli qariah Masjid Ubudiyah Batu 1 dan masyarakat setempat.

Mereka dengan sukarela datang membantu dan ianya telah mempercepat dan melancarkan urusan memproses lembu hingga ke makan tengahari dan mengagihkan daging kepada penduduk miskin disekitar dan hadirin yang hadir.

Menurut YDP HALUAN Pahang, Hj Tg Abdul Rashid b Tg Othman yang turut sertai program ini, program ibadah qurban ini selain daripada memenuhi tuntutan pengorbanan sebagai syiar dalam Islam ianya boleh menjadi jambatan penghubung HALUAN dengan masyarakat sekitar. Mereka kelihatan selesa dengan pendekatan yg di bawa oleh ahli HALUAN dan mudah bergaul dan bekerjasama tanpa mengambil kesempatan setiap tahun program ini diadakan.

Bertambah menarik dan bererti program ini ialah penglibatan anak-anak ahli dan remaja dikalangan pelajar IPT dan pelajar sekolah. Di Kuantan, penglibatan HALUANita Pahang juga baik dan mereka turut memeriahkan majlis dengan bergotong royong memasak sup dan gulai kawah untuk hidangan tengahari. Haluan Pahang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah datang membantu menyempurnakan program pada tahun ini.


Disediakan oleh,
Sdr. Abd. Bashir Abd. Ghani
Wakil MediaHALUAN Pahang

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/haluan-pahang-korban-9-ekor-lembu-4-ekor-kerbau-sempena-sambutan-hari-raya-korban.html

MKMerapi-1: Berita dari Kaki Gunung Merapi


Assalamualaikum wbt,

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua,

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk kita berkomunikasi pada hari ini. Bersyukur juga kerana dilindungi daripada bencana letusan Gunung Merapi yang masih berstatus 'AWAS'.

Seperti yang diberitahu pihak kerajaan Indonesia, kawasan di sekitar Gunung Merapi masih dalam status 'AWAS' sehingga 20 November, Sabtu. Walaupun radius kawasan bencana telah dikurangkan daripada 20 km kepada 10 km, penduduk sekitar Gunung Merapi masih dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mereka yang berada di posko-posko keselamatan. Hanya para tentera dan pasukan penyelamat yang dibenarkan berada dalam radius 5 kilometer untuk menjaga kawasan jika berlaku kecemasan.

Setelah sesi tinjauan yang diadakan di beberapa kawasan semalam, didapati kawasan sekitar radius 10 km telah mengalami kesan kerosakan yang amat teruk terhadap penduduk, haiwan ternakan dan tanaman. Kelihatan abu tebal telah menyeliputi kawasan-kawasan tersebut. Abu panas tersebut telah membunuh banyak haiwan ternakan dan tanaman-tanaman yang merupakan sumber pendapatan kepada penduduk di sini. Sumber pendapatan utama di sini adalah buah 'Salak Pondok' yang sangat manis dan terkenal dengan kelazatannya. Hampir semua pokok salak, kelapa dan buluh menjadi longlai, patah dan mati akibat abu panas yang berpunca dari letusan Gunung Merapi. Mereka yang terbabit dengan bencana dijangka akan kehilangan sumber pendapatan sekurang-kurangnya untuk dua hingga tiga bulan.

Setakat ini, lebih daripada 100,000 orang pelarian masih mendiami pusat-pusat penempatan sementara. Mereka amat memerlukan bantuan-bantuan dari segi 'sembako' (beras, minyak, tepung, gula, gandum dsb), lampin bayi, pakaian dalam, kewangan, bantuan perubatan dan paling penting sekali adalah motivasi dan 'trauma healing' untuk pulih. Didapati seramai 109 orang dewasa telah dihantar ke rumah sakit jiwa akibat bencana ini dan seorang mangsa telah membunuh diri. Di sini kita dapat perhatikan bahawa bantuan "trauma healing' adalah amat penting bagi membantu mereka untuk bersabar dan bersemangat untuk terus hidup. Teknik baru yang kami pelajari daripada pasukan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) adalah teknik ‘hypnosis' yang dapat mengurangkan tekanan dan membantu mereka dari segi menguatkan mental.

Plan seterusnya pada hari ini ialah kami akan ke posko BoyoAli untuk sesi rawatan percuma hingga lewat petang dan lawatan ke kawasan bencana yang berhampiran. Kami juga akan cuba menghampiri kawasan radius lima kilometer dengan bantuan relawan tempatan dan tentera.

Alhamdulillah, kami semua masih dalam keadaan sihat dan doakan kesejahteraan kami hingga menyelesaikan tugas yang diamanahkan kepada kami dengan sebaik mungkin. Kami mengharapkan relawan-relawan HALUAN terutama pemuda-pemudi dan doktor-doktor muda Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) untuk bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab di Jogja InsyaAllah.



Sekian,

Ahmed Yasir Jesmi
Tim 1 - Misi Kemanusiaan Merapi (MKM)
18 November 2010

Last Updated ( Thursday, 18 November 2010 21:35 )

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/berita-dari-kaki-gunung-merapi.html

Perutusan Bersempena Aidiladha 1431H

Wednesday, 17 November 2010 00:02
Pengorbanan Prasyarat Kemenangan

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pada tahun ini kita ummat Islam di seluruh dunia dapat menyambut satu lagi perayaan di dalam Islam iaitu Aidiladha. Perayaan ini seharusnya di sambut dengan penuh kesyukuran, kehambaan dan keimanan kepada Allah SWT.

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata : Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya perayaan ini mereka (bergembira) pada waktu zaman jahiliah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.)

Perayaan ini merupakan kesinambungan perayaan-perayaan yang disambut sebelum zaman nabi Muhamad SAW Namun, kehadiran Islam telah membentuk satu sambutan perayaan yang berteraskan keimanan dan perhambaan kepada Allah SWT semata-mata.

Ibadah korban dilakukan bersempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah Allah. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka Allah telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

Di sebalik sirah ini, dapatlah kita memperolehi suatu gambaran berkaitan suatu hakikat pengorbanan yang tulen, ikhlas dan bersungguh-sungguh hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT Inilah hasilan daripada keimanan yang hidup dan mampu melaksanakan suatu perintah Allah SWT tanpa ragu-ragu.

Pengorbanan sebegini harus kita jelmakan di dalam kehidupan seharian di dalam usaha menjadikan seluruh kehidupan ini sebagai medan berubudiyah kepada Allah SWT.

Pengorbanan seseorang mukmin yang dilakukan sama ada dari aspek wang ringgit, harta, tenaga, buah fikiran, masa dan sebagainya perlu dilakukan tanpa rasa terbeban dan terpaksa. Keikhlasan di dalam melakukan pengorbanan akan dihiasi dengan perasaan senang hati, jiwa yang bahagia serta hati yang tenteram. Baginya, pengorbanan itu adalah suatu kenikmatan dan kemanisan dalam proses penghambaan kepada Allah SWT.

Ini sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (At-Taubah (9) :111)

Sesungguhnya, di dalam menggapai kemenangan, proses perlaksanaan pengorbanan sangat-sangat dituntut. Pengorbanan merupakan prasyarat kepada kemenangan. Pengorbanan yang ikhlas dan mendambakan keredhaan Allah SWT akan disusuli dengan bantuan dan pertolongan Allah SWT.

Akhirnya, kemenangan itu akan disambut dengan laungan takbir membesarkan Allah SWT dan ucapan tasbih memuji keagungan Allah SWT Marilah kita pertingkatan pengorbanan kita dalam melaksanakan tuntutan ubudiyah ini dengan harapan hanyasanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Salam Aidiladha buat seluruh ummat Islam di seluruh dunia dan khususnya di Malaysia.

Semoga ruh pengorbanan yang sejati akan menjelma pada setiap tindakan seharian kita. InsyaAllah


Dr Abdullah Sudin Abd Rahman
Presiden HALUAN Malaysia

10 Zulhijjah 1431H
17 November 2010

SUMBER :http://www.haluan.org.my/v3/index.php/perutusan-bersempena-aidil-adha-1431h.html

Kem Minda Kreatif KMK 2010


Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu