Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Bekalan

Jangan biarkan bekalan akhirat anda kosong.
Kenapa pula perlu begitu?
Ustaz fathi yakan dalam bukunya
apa erti saya menganut islam,
membahaskan manusia ada 3 golongan.
1. manusia yang hidup untuk dunia.
2. golongan yang sesat antara dunia dan akhirat.
3. manusia yang mengganggap dunia
sebagai ladang akhirat.
Maka golongan ke 3 inilah mukmin yang sebenar.
Mereka mengetahui hakikat hidup.
Apa maksudnya?
Kenal petani?
Mungkin kat bandar2 susah nak cari
sebab hari ni ramai dah orang tak suka kerja
membanting tulang....
Mari kita perhati hidup seorang petani.
Semestinya petani akan memiliki ladang.
Ladangnya akan ditanam dengan tanaman.
Untuk menghasilkan hasil tanaman yang terbaik,
pokok2 yang ditanam akan dijaga dengan baik.
Disiram dengan air dan dibaja agar subur.
Dijaga agar tidak dikacau oleh haiwan perosak.
Selepas beberapa musim hasilnya
tanamannya akan membuahkan hasil.
Hasil yang baik akan dijual lalu mendapat
pulangan yang lumayan.
Namun jika sebaliknya berlaku,
petani yang malas.
Tidak menjaga tanamannya dengan baik.
Maka hasilnya buah yang tidak elok.
Lalu.... nak jual pun tak laku.
Maka itulah ibarat nya...
Seorang mukmin adalah petani.
Mempunyai dunia sebagai ladang .
Di dunia mukmin bercucuk tanam.
Pokok ditanam berpaksikan akar keimanan.
Dibaja dengan amalan.
Buah hasilnya dituai sebagai pahala
di akhirat kelak.

Jika kita nampak nilai hidup dunia
dan nilai hidup akhirat....
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia
melainkan permainan yang sia2
dan hiburan yang melalaikan
dan demi sesungguhnya
negeri akhirat itu lebih baik
bagi orang2 yang bertaqwa.
Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(Suran Al-An'aam : 23)

Lalu.... bersegeralah kita selagi Allah masih lagi
meminjamkan nyawa....
Jangan biarkan bekalan akhirat kita kosong....

Bingkisan Hijrah

Alhamdulillah... malam ini kaki ini
masih lagi mampu melangkah.
Saya sekeluarga ke masjid bukit rangin
mendengar majlis ilmu forum muqarabbin.
Panelnya ialah ustaz abd aziz mohd salim dari jaip
dan dr abdullah sudin presiden haluan malaysia.
Bicara mereka berkisar hijrah sempena
tahun hijrah yang akan muncul beberapa hari lagi.
Hijrah.... berubah untuk menjadi lebih baik....
bukan mudah.... walau sudah bertahun2 dalam tarbiyah
kadang2 masih merasai diri masih jauh dari
tuntutan dakwah yang sebenarnya.
Tapi bukan bukan bermakna kita harus berhenti.
Jangan berputus asa kerana Allah swt sentiasa
dekat untuk membantu kita.
Selangkah je kita membuka langkah untukNya,
seribu langkah Allah mendekati kita.

Satu yang menarik dalam perbincangan forum ialah
bagaimana sebenarnya kalau kita perasan atau tidak
sewaktu peristiwa hijrah melibatkan pemuda dan pemudi....

Saidina Ali ketika diusia 9 tahun sudah berani
menawarkan diri untuk mengantikan
tempat tidur Rasulullah saw.
Ustaz terus melemparkan persoalan untuk difikirkan...
Adakah anak2 muda hari ini sanggup
mengantikan tempat kita @ ibu bapa
ketika waktu susah?

Wanita muda asma' abu bakar yang tugasnya
untuk membawa bekal makanan ketika
Rasulullah saw bersembunyi di gua thur.
Ini mengajak kita melihat bahawa
wanita juga berperanan dalam masyarakat
mengikut kesesusaian fitrahnya.
Lalu.... sekali lagi ustaz mengajak kita mengimbau
pemuda dan pemudi hari ini....
adakah mereka berperanan dalam masyarakat?

Dan kisah mus'ab bin umair seorang pemuda
yang meninggalkan kemewahan dan
boleh berubah kerana mendapat petunjuk dari Allah.
Kata2nya sepatut menjadi kata semangat buat pemuda.
Ketika berhadapan dengan ibunya
yang melarang keislamannya.
"Jika ibu mempunyai seribu nyawa
dan setiap nyawa ibu keluar satu persatu,
saya tetap dengan islam sehingga akhir hayat..."

Maka itulah kisah pemuda pemudi yang dibentangkan.
Samada mereka berperanan dalam hijrah
atau pun bagaimana hijrah merubah hidup mereka.
Bagaimana pemuda dan pemudi hari ini....
Aduh... lemas dalam kejahilan diri.....

Lalu dr abdullah sudin pula meneruskan komentarnya
dengan mengajak kita berfikir
bagaimanakan contoh2 pemuda ini lahir?
Bagaimana pendidikan dan proses
yang telah diajar dan dibentuk oleh
Rasulullah saw walau pun masih muda,
tapi mampu melahirkan pribadi sebegini.

Maka kata dr... sudah tentu sumber atau bahan
didikan mereka adalah al-quran.
Dr mengajak kita merenung adakah hari ini
kita mengunakan sumber al-quran ini?
Bagaimana pula cara kita mengunakan sumber ini?
Adakah al-quran sekadar kita baca sahaja
seperti yang kita lakukan pada bulan ramadhan?
Maka Rasullah mengajar kita bahawa
al-quran ialah sumber rujukan bukan
sekadar dibaca, tapi di fahami, dipraktik
dan dihayati dalam amal kehidupan.
Sahabat2 Rasulullah saw mendapat arahan
dari al-quran terus laksana dalam kehidupan.

Maka jika pemuda dan pemudi kita ingin
menghasilkan natijah yang sama seperti
pemuda pemudi zaman rasulullah saw
maka kita mesti melalui pendidikan dan proses yang sama
iaitu memulakan dengan proses pendidikan hati.

Hijrah kita bermula dengan hati yang bersedia
untuk didik dengan ayat2 al-quran.
Marilah kita bermula dari noktah yang betul.
"Sesungguhnya sesuatu amal bermula dengan niat.
Sesungguhnya setiap orang akan
mendapat apa yang diniatkan.
Sesiapa yang berhijrah kerana ingin mendapat
keredhaan Allah dan rasulnnya,
maka dia akan mendapat Allah dan rasulnya.
Sesiapa yag berhijrah untuk mendapatkan
dunia dan wanita yang ingin dikahwininya
maka dia akan mendapat apa yang diniatkannya itu."

Pemuda dan pemudi ku... berhijrahlah.
dengan penuh kesedaran bermula dari
persediaan membuka hati kita untuk menerima
semua ajaran Allah swt.
Lalu berdoa dan bersabarlah kerana
terdetik hati mu untuk berhijrah maka
syaitan2 mula untuk membuka langkahnya
untuk menguji dan mengoda mu.
Namun hati pemuda dan pemudi
yang nekad kerana Allah
tidak akan berundur walau selangkah....

Wajah adalah cermin jiwa


Wajah adalah cermin jiwa...
Lihat bicara Allah mengambarkan
wajah2 insan....

Ketika seseorang marah....

"Dan apabila seseorang dari mereka
diberi kabar
dengan (kelahiran) anak perempuan,
hitamlah (merah padamlah) mukanya,
dan dia sangat
marah."
Surah An Nahl :58

Ketika seseorang bersedih...

"Padahal apabila salah seorang di antara mereka
diberi kabar gembira dengan apa yang dijadikan
sebagai misal bagi Allah Yang Maha Pemurah;
jadilah mukanya hitam pekat
sedang dia amat menahan sedih."
Surah Az Zukhruf : 17

Wajah2 keingkaran....

"Dan apabila dibacakan di hadapan mereka
ayat-ayat Kami yang terang,
niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran
pada muka orang-orang yang kafir itu."
Surah Al Hajj : 72

Wajah2 yang diberi petanda oleh Allah....


"Muhammad itu adalah utusan Allah
dan orang-orang yang bersama dengan dia
adalah keras terhadap orang-orang kafir,
tetapi berkasih sayang sesama mereka.
Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari
karunia Allah dan keridhaan-Nya,
tanda-tanda mereka tampak
pada muka mereka dari bekas sujud."
Surah Al Fath : 29

Juga wajah2 insan di akhirat.

Wajah2 berjaya....

"Wajah-wajah (orang-orang mu'min)
pada hari itu berseri-seri
."
Surah Al Qiyaamah : 22

"Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu,
dan memberikan kepada mereka
kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati."
Surah Al Insaan : 11

"Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka
kesenangan mereka yang penuh keni'matan."
Surah Al Mutaffifin : 24

"Banyak muka pada hari itu berseri-seri."
Surah 'Abasa : 38

Dan... wajah2 gagal....

"Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram."
Surah Al Qiyaamah : 24

"Sesungguhnya kami takut akan (azab)
Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu)
orang-orang bermuka masam penuh kesulitan."
Surah Al Insaan : 10

"dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu"
Surah 'Abasa : 40

"Banyak muka pada hari itu tunduk terhina"
Surah Al Gasyiyah : 2

Demikian sebahagian dari bicara Allah
buat peringatan bagi kita
Maka tanyalah hati mu
Wajah apa yang kamu inginkan...
Wajah adalah cermin jiwa
Lalu jiwa beriman itu akan tenteram...

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah
hati menjadi tenteram."
Surah Ar Ra'd : 28

Suatu hari di halaqah...


Masa halaqah, kak midah baca quran, surah ibrahim.
Tersentuh bila dibaca ayat 15, 16 & 17.

"Dan mereka memohon diberi kemenangan dan binasalah semua orang yang berlaku sewenang2 lagi keras kepala. Di hadapannya ada NERAKA JAHANAM dan dia akan diberi MINUM dengan AIR NANAH. Diteguk2nya (air nanah itu) dan dia hampir TIDAK BISA MENELANNYA dan DATANGLAH (bahaya) MAUT kepadanya dari SEGENAP PENJURU, tetapi dia TIDAK JUGA MATI, dan di hadapannya (masih ada) AZAB YANG BERAT. "

Maka di kupas oleh naqib saya...

Neraka jahanam...
Tempat yang paling teruk siksaannya.
Penampilan tempat yang kering kontang, tidak berair dan menakutkan.
Hitam, gelap dan pekat...
Tiada cahaya dan tidak pula nyala terang.
Api di dunia hanya 1 dari 70 api di neraka jahanam.
Menghancurkan mereka yang ego dengan Allah...

Sayyid Quthb tulis dalam fi zhilalil qur'an...
Dia diberi air nanah yang mengalir
dari tubuh2 orang yang disiksa.
Air nanah itu diminumkan dengan paksa
sehingga ia hanya bisa minum seteguk2.
Itu pun dengan paksaan dan hampir2 ia tidak
bisa menelannya lantaran busuk dan pahitnya nanah itu.
Rasa jijik dan muak itu begitu nyata dan
hampir2 kita hanya berani melihatnya
dengan mencuri2 di sela2 kata2!
Maut mendatanginya dengan sebab2
yang melingkupinya dari segala tempat,
tetapi ia tidak mati2 supaya azabnya menjadi sempurna,
sementara di hadapannya ada siksa yang besar.

Itulah al quran... al basyir wan nazhir...
pembawa berita gembira
dan peringatan @ menakutkan...

Busy Friday...


Terkejar2 kat sekolah hari ini.
Tiba2 dilantik sebagai ajk persiapan tempat
So pagi2 kena settle dewan sebab ada program
gerak menangani gejala sosial anjuran ppd.


Lepas tu ada jamuan 'pot luck' untuk
yg bhg datin hjh fauziah ismail, gpk pentadbiran
yang akan ke smk lepas sebagai pengetua.
Lepas sorang2 pentadbir meninggalkan smkpb.
Huhu... tinggal tn hj nazli je lagi gpk koku.
Katanya waiting list juga tu...
Bermulalah tahun 2010 dengan smkpb
diterajui oleh pentadbir2 baru.
Dan saya... masih di sini...
bila nak isi borang tukar ye...

Dan sebelum balik jam 12:00 giliran saya pulak
memberi sedikit nasihat dan pesanan
kepada pelajar2 perempuan dalam majlis ilmu.
Berkongi dengan pelajar tentang
nilai hidup menurut pandangan islam
seperti yang diceritakan dalam al-quran.
Sesungguhnya kita lah yang akan mencorak
kehidupan mana yang ingin kita pilih....

Dialog ALP & Ibu bapa. SeRIA

Hari ini menghadiri perjumpaan antara
ALP, guru2 dan ibu bapa murid2 SeRIA.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari
ustaz Wan Azim al-hafiz. Alhamdulillah sampailah
juga ustaz al-hafiz yang ditunggu2 untuk
memberi momentum alhafiz untuk murid2 SeRIA.
Kemudian ucapan guru besar baru,
Pn Hjh Zaini Musa berkongsi perkembangan
terkini akademik dan sahsiah murid2 SeRIA.
Seterusnya pengerusi ALP SeRIA,
Tn Hj Ramli Ngah berucap.
Harapan ALP untuk menjadikan SeRIA
sebagai pusat pendidikan unggul setempat.
Mampu melahirkan pewaris al-quran.


Akhirnya sesi dialog dengan ibu bapa.
Alhamdulillah mendapat respon yang baik dari mereka.


Sambil tu kat surau ada motivasi untuk
murid2 tahun 6 SeRIA.
Insya'Allah cemerlang UPSR & UPSRI nanti...

Menyingkap risalah Ibrahim AS (siri 4)

Kepatuhan Ibrahim as mempersembahkan segala sesuatu hanya untuk Allah swt dapat dilihat ketika beliau bermimpi menyembelih puteranya. sikap beliau ini tidak ada bandingnya dalam sejarah para nabi. Ini adalah bukti yang nyata mengenai kepatuhan sejati. Kerana itu Allah swt mengabadikan dan menjadikannya sebagai kewajiban bagi umat Muhammad saw untuk melakukannya, sebagaimana Dia telah mewajibkan kita untuk menyebut nama beliau setiap hari.

Seorang lelaki yang telah lanjut usia, isterinya mandul, namun ia sangat merindukan hadirnya anak. Akhirnya, ia pun dikurniakan seorang anak laki2. Ia sorang anak yang penyantun, berilmu, dan cerdas. Kecerdasannya bisa dilihat dari pancaran kedua matanya. Ia tumbuh hingga mencapai usia yang ia sanggup berusaha bersama-sama ayahnya. Dalam usia inii, ia menjadi anak yang paling menyenangkan hati, kerana saat2 ketika seorang anak sudah sanggup berusaha bersama ayahnya adalah saat seorang ayah merasa paling menyayanginya. Ia telah menjadi penyedap mata bagi ayahnya. Anak yang tumbuh sempurna inilah yang diperintahkan kepada ibrahim as untuk disembelih dengan tangannya sendiri. Perhatikan, betapa besarnya ujian ini, Ibrahim as tetap melaksanakan perintah Tuhannya, ketika ia berkata, "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah, apa pendapatmu?" (Ash-Shaffat: 102)

Ismail as menjawab dengan penuh keyakinan dan kepatuhan, "Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya'Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang2 yang sabar." (Ash-Shaffat : 102)

Seakan2 ia mengatakan bahawa kepatuhan ini merupakan kurnia dari Allah yang diberikan kepada siapa saja di antara para hambaNya yang dikehendakiNya, bukan kerana kelebihan dirinya. Ia mengatakan, 'Insya'Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang2 yang sabar.' Ia tidak mengatakan. 'sebagai orang yang sabar', tetapi mengatakan, 'termasuk orang-orang yang sabar'.

"Takkala keduanya telah berserah diri dan ibrahim membaringkan anaknya atas pahanya", ketika itulah ibrahim as telah berjaya menempuh ujian. Pengorbanan ini tidak lain adalah buah keyakinan yang telah di isyaratkan dalam firman Allah, "Dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada ibrahim tanda2 keagungannya (Kami yang terdapat) di langit dan di bumi, dan (Kami memperlihatkannya) agar ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin." (Al-An'am: 75).

Dan inilah kepatuhan ibrahim as....

nota : walaupun artikel ini lambat di taip, tapi keberkesannya menyentuh hati. Siang tadi sewaktu ke sekolah menyiapkan urusan2 jadual waktu 2010, kak eda membuka ceritanya...."Ingat tak jiran akak, yang akak cerita dulu tu, yang nak sangat anak perempuan perempuan..."

"Ya, ingat.. kenapa?" tanya saya kehairanan.

"Anak itu meninggal baru-baru ini..." sambung kak eda.

"Innalillahhi wainnailaihirajiuun.... sakit apa?", ujar saya serentak dengan pah radziah.

"Tak ada sakit apa2, meninggal dalam tidur..." cerita kak eda lagi.

"Habis tu... masya'Allah macam mana mak ayah dia kak eda?" kami bertanya lagi.

"Tulah ayah dan ibunya tak ada masa tu, mereka berdua sedang menunaikan haji di Makkah......" hingga akhir cerita....

Saya dan pah radziah mendengar dengan sayu. Bukan mudah untuk melalui ujian kehilangan anak disaat2 anak yang memang diharap2kan untuk hadir. Dan kehilangan itu berlaku ketika beribu batu jauh dibumi makkah, disaat selesai menunaikan ibadah haji. Begitu besar hikmah Allah, hanya Dia yang mengetahui rahsianya. Walau pun saya tidak mengenali jiran kak eda, tapi cerita2 ujian Allah untuk hamba2Nya menjadi iktibar bagi kita. Doa saya semoga kedua ibubapa itu tabah menghadapi ujianNya. Ketika mendengar cerita kak eda saya merasakan seolah2 kisah pengorbanan ibrahim diulang kembali....

Muhasabahlah...


Masih tergiang2 peringatan yang disampaikan
ketika ijtima' tadi.

Ujur sahabat, "Jagalah oleh mu 8 perkara,
nescaya Allah swt akan menjaga kamu."

1. Bila mana kamu dalam solat
hendaklah kamu menjaga hati kamu.

2. Bila mana kamu berada dalam rumah orang,
hendaklah kamu menjaga mata kamu.

3. Bila kamu berada di tengah2 manusia,
jagalah lidah kamu.

4. Bila kamu dihadapkan dengan hidangan makanan,
jagalah perut kamu.

2 perkara yang mesti diingat sepanjang masa iaitu

5. Allah dan
6. mati.

2 perkara yang mesti dilupakan

7. lupakan kebaikan yang kamu telah diberikan
kepada orang lain
iaitu tidak mengungkit2nya.

8. lupakan keburukan orang lain
yang dilakukan kepada kamu.

Nah, marilah kita dengan penuh rendah hati
bermuhasabah.
Jika ini mampu kita laksanakan
insya'Allah sudah cukup untuk kita
berada dibawah naungan Allah swt.
Ayuh, jangan berlengah lagi....

Menyingkap risalah Ibrahim AS (siri 3)

Kepatuhan Sayidina Ibrahim as tercerna dalam dua sikap. Pertama, Ibrahim memalingkan perhatiannya dari segala sesuatu selain Allah swt. Kedua, beliau mempersembahkan segala sesuatu hanya untuk Allah swt.

Pengaruh dari sikap pertama tersebut terlihat ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api. Ketika itu beliau didatangi oleh Jibril yang berkata kepadanya, "Apakah engkau mempunyai keperluan?" Beliau menjawab, "Kalau kepadamu, tidak. Tetapi kalau kepada Allah, ya" Jibrail berkata, "Mintalah kepadaNya, niscaya Dia mengabulkan permintaanmu itu." Beliau menjawab, "Beritahukan keadaanku ini kepadaNya, setelah itu Dia akan memenuhi keperluanku sebelum aku meminta." Maka turunlah seruan dari Allah swt, "Wahai api, menjadi dinginlah dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim." (Al-Anbiya':69)

Kerana beliau telah mengalihkan poerhatiannya dari makhluk kepada Allah, maka ketika beliau meminta pertolongan dalam menghadapi musuh, seluruh perhatian beliau dipalingkan dari selain Allah. Dengan demikian Allah menolong dan mengabaikan musuh2 beliau. "Mereka hendak berbuat jahat terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang2 yang paling merugi." (Al-Anbiya':70)

Wallahu'alam.

Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Menyingkap risalah Ibrahim AS (siri 2)

Mari kita perhatikan beberapa pandangan yang dikemukakan oleh Al-Quran.

Ibrahim telah mendapat pengetahuan mengenai tanda2 kebesaran Allah di langit dan bumi. Ia mengetahui bahwa benda2 yang ada di langit dan bumi ini merupakan bukti yang nyata mengenai kekuatan Allah yang maha mengetahui. Yang telah menjalankan dan mengatur alam semesta ini.

Beliau mempunyai keyakinan mendalam, tanpa keraguan, kepada tuhan yang maha agung ini. Ia sangat yakin dan sangat percaya, seperti kepercayaan orang yang melihatnya secara nyata, bukan sekadar kepercayaan yang berdasarkan argumen dan dalil.

"Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda2 keagungan (Kami) di langit dan di bumi." (Al-An'am : 75)

"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata, 'Wahai Tuhanku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati.' Allah berfirman, 'Apakah kamu belum percaya?' Ibrahim menjawab. ' Saya telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hati saya.' Allah berfirman, '(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu jinakkanlah burung2 itu kepadamu, kemudian letakkanlah tiap2 seekor darinya di atas tiap2 bukit. Sesudah itu, panggillah dia, niscaya dia akan segera datang kepadamu.' Dan ketahuilah bahwa Allah maha perkasa lagi maha bijaksana." (Al-Baqarah : 260)

Maka disini dapat kita lihat Ibrahim AS memiliki keimanan yang kuat terhadap Tuhannya dan memiliki keyakinan yang kuat terhadap akidahnya. Pemikiran beliau bukan superfisial semata2, tetapi keyakinan yang menghunjam kuat di dalam hati. Kerana itulah beliau memberikan kepatuhan yang benar, dan kerana itu pula dakwah beliau disebut Islam, begitu juga agama beliau disebut Islam. Beliau adalah peletak batu pertama bangunan tauhid dan imam pada penganut hanafiyah (ajaran agama yang lurus, tidak dicampuri dengan kemusyrikin)

"Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, 'Tunduk patuhlah!' Ibrahim menjawab, 'Aku tunduk dan patuh kepada Tuhan semesta alam." (Al-Baqarah : 131)

Wallahu'alam.

Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Pemilik Hati

Ijtima' am hari ini masih lagi
membicarakan tentang hati...
Tidak jemu2 topik ini di kupas,
peringatan yang akan sentiasa segar
untuk hati-hati yang hidup.


Apa ada dalam hati?

" Dan jiwa serta penyempurnaanya (ciptaannya).
Maka Allah mengilhamkan
kepada jiwa itu
(jalan) kefasikan dan ketaqwaannya."
(Asy Syams : 7 - 8)

Dalam hati ada potensi2 fitrah.
Potensi2 untuk berbuat baik atau jahat.
Potensi2 samada untuk
mengikuti petunjuk atau kesesatan.

Apa nak buat dengan hati ini?

"Sesungguhnya beruntunglah
orang yang menyucikan jiwa itu,

dan sesungguhnya merugilah

orang yang mengotorinya."
(Asy Syams : 9 - 10)

Membetulkan agar hati berperanan
menundukkan semua perasaan2 yang ada
untuk cinta hanya kepada Allah swt.

Bagaimana menundukkan hati?

Baca Al-Quran dengan 'tadabur'
iaitu merenung isinya.
Mengosongkan perut dengan
berpuasa disiang hari.
Bangun ditengah malam dengan
qiamullail, zikir, tilawah & taubat.
Merendahkan diri pada waktu sahur
iaitu sebelum subuh.
Duduk bersama orang-orang yang soleh.

Siapa pemilik hati?

Kita lah pemiliknya...
Maka kitalah yang akan menentukan
hati yang macam mana
kita ingin miliki...


Wallahu'alam.

Hidup bermatlamat


Apa yang kita cari? Apa matlamat hidup kita? Apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Pernahkah kita memikirnya? Pernahkah kita soal hati kita? Tahukah kita di dalam Al-Quran ada disebutkan tujuan2 sebahagian manusia yang melata di bumi ini. Cuba kita renung agar hidup kita sentiasa dalam redha Allah.

Adakah hidup ini sekadar untuk bersenang lenang dan mengisi perut sahaja?

"Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang2 dan neraka adalah tempat tinggal mereka." (Muhammad : 12)

Atau perhiasan dan kekayaan yang sementara ini sebagai tujuan hidup?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa2 yang diingini; wanita2, anak2, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat yang baik (Syurga)." (Ali Imran:14)

Dan lebih dahsyat jika menjadikan hidupnya untuk menyebarkan fitnah dan menyuburkan kejahatan.

"Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya. pada hal ia adalah penantang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman2 dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kerosakan." (al Baqarah: 204-205)

Maka marilah kita memohon kepada Allah agar dibersihkan kita dari matlamat2 hidup yang merugikan ini. Marilah kita berdoa agar Allah tunjukkan kepada kita jalan kebenaran, Allah bimbing kita di atas jalan kebaikan dan Allah menerangi setiap penjuru hidup kita dengan nur Islam.

"Hai orang-orang beriman, rukuklah, sujudlah, sembahlah, Tuhanmu, dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan. dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar2nya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali2 tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang2 Muslim dari dahulu, dan begitu pula dalam (al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu maka Dialah sebaik2 Pelindung dan sebaik2 Penolong." (Al-Hajj: 77-78)

Hidup ku, mati ku hanya untuk Allah swt....

Wallahu'alam.

Generasi Pertama (iii)

Generasi pertama ada cinta dalam hati mereka, ada mahabbah dalam jiwa mereka, hati mereka bersatu, jiwa mereka terpaut. Berselisihkah sesama mereka gara2 nikmat dunia yang sementara ini? Sedangkan mereka mengetahui bahwa, "Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa." (Al-Hujurat:13).

Maka tiada alasan generasi pertama berpecah belah. Mereka bersatu dan bersaudara, yang satu tidak menghinakan yang lain, tetapi masing-masing mencintai saudaranya dengan sepenuh kecintaan. Kecintaan yang mencapai tingkatan itsar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri). "Dan mereka mengutamakan (orang2 muahjirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu)." (Al-Hasyr:9).

Mereka menghayati, "Jika bapak2, anak2, saudara2, isteri2, kaum keluarga kalian, harta kekayaan yang kalian usahakan, perniagaan yang kalian khawatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kalian sukai, adalah lebih kalian cintai daripada ALlah dan RasulNya dan (dari) berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai ALlah mendatangkan keputusanNya. Dan ALlah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (At-Taubah:24).

Nah ALlah telah bentangkan contoh yang nyata dihadapan mata kita, maka hidup yang bagaimana lagikah yang menjadi idaman kita....

Wallahu'alam.
Islah nafsaka wad'u ghairaka.

Generasi Pertama (ii)

Generasi pertama ada iman yang sempurna dalam jiwa mereka. Keimanan inilah yang membersihkan mereka dari keinginan apa pun selain dakwah. Mereka mendengar seruan. "Maka segeralah kembali kepada Allah." (Adz Dzariyat:30)

Slogan mereka La ilaha illallah. Slogan2 lain mereka campak tepi. Ibadah mereka tidak kepada yang lain kecuali Allah, tidak patuh kecuali kepada Allah, tidak bergantung kecuali kepada Allah, tidak memohon kecuali kepada Allah, dan tidak merasa kebahagiaan kecuali kerana berdekatan dengan Allah. Maka mutiara2 iman inilah yang nak kita garap dalam hati kita dan hidup dalam amal...

Wallahu'alam.
Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Generasi Pertama

Generasi pertama, mereka adalah kelompok yang terpilih dikalangan bangsa arab. Mereka bersatu disekeliling Rasulullah SAW disaat umat arab yang masih jahil menentang mereka. Namun mereka teguh berdiri dibelakang Muhammad SAW.

Pernah kita terlintas, apakah yang dicita-citakannya? Apakah yang difikirkannya? Apakah yang diinginkannya? Sampai bilakah dakwah secara tersembunyinya bertahan? Apakah yang diinginkan oleh generasi pertama ini?

Sesungguhnya merekalah yang ingin memberikan nilai-nilai kemanusian yang baru kepada umat manusia, dengan izin Allah. Walaupun kelompok generasi pertama kecil, tapi mereka berjaya menegakkan panji-panji Allah dibumi. Mereka berjaya menyatukan hati manusia pada Tuhan manusia. Mereka telah menumbuhkan perasaan baru dalam hati. Mereka meletakkan kitab baru di hadapan umat manusia. Mereka mencipta generasi tauladan di tengah-tengah manusia. Memang mereka berhak mendapat sifat dari Allah swt, " Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia." (Ali Imran:110)


Wallahu'alam.
Islah nafsaka wad'u ghairuka

Tips Ramadhan : Berpuasa dan Kekal Cergas

Menjalani ibadah puasa adalah satu kewajiban bagi umat islam. Jika dilihat dari segi kesihatan ibadah puasa yang dijalankan sebulan penuh tiap tahun ini, juga tersimpan banyak manfaat. Tetapi ia mestilah dilaksanakan dengan aturan yang betul dan tidak sekadar ikut-ikutan. Dibawah dikongsikan beberapa tips untuk memadukan antara ibadah dan manfaat bagi kesihatan kita:

1. Jangan Tinggalkan Sahur
Sahur merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa Ramadhan yang sangat disarankan, dalam sebuah Hadis disebutkan bahwa Bersabda Rasulullah SAW: "Sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkah yang besar". Kenapa sahur penting bagi kita yang menjalani puasa? Semasa menjalani ibadah puasa tubuh kita tidak mendapatkan suapan zat kurang lebih selama 14 jam. Untuk itu supaya tubuh dapat menjalankan fungsi dengan baik, sel-sel tubuh memerlukan zat dan tenaga dalam jumlah cukup. Untuk menu sahur sebaiknya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi, tapi hindari terlalu banyak mengambil makanan yang manis-manis.

Banyak memakan makanan manis diwaktu sahur akan membuat kan kita cepat lapar di siang hari. Makanan manis membuat tubuh bereaksi melepaskan insulin secara cepat. Iinsulin berfungsi memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai sumber tenaga. Sedangkan makan makanan berserat membuat proses pencernaan lebih lambat dan membantu insulin dikeluarkan secara bertahap. Untuk menjadikan tenaga dari sahur tahan lama, bersahurlah di akhir watu iaitu menghampiri waktu imsak.

2. Jangan Tunda Berbuka
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga tentunya tenaga kita berkurang. Untuk memulihkan kembali tenaga, diwaktu berbuka makanlah karbohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandung gula dapat mengembalikan tenaga kita dengan cepat. Tetapi hendaklah menghindari minuman yang bersoda, kerana ianya akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat berfungsi secara normal.

3. Makanlah Secara Bertahap
Biasanya apabila azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka, ramai yang tanpa tangguh lagi terus menikmati segala juadah yang telah tersedia di atas meja. Ini bukanlah pola yang baik untuk kesihatan. Setelah seharian perut kita tidak terisi dan organ pencernaan beristirahat, sebaiknya janganlah terus memakan dalam kuantiti yang besar. Berbukalah dengan juadah manis seperti kurma atau manisan, dan ianya haruslah dalam kuantiti yang kecil dan kemudian berehatlah sebentar. Gunakan waktu tersebut untuk menunaikan solat magrib sambil memberi waktu untuk organ pencernaan menyesuaikan keadaan. Setelah solat bolehlah diteruskan dengan makanan yang lebih berat seperti nasi dan lauk-pauknya. Dan setelah Tarawih dilanjutkan lagi dengan sesi makan ringkas seperti buah-buahan.

4. Jangan Tinggalkan Senaman
Menjalani ibadah puasa tidak bermakna berhenti bersenam atau beriadah. Badan kita memerlukan aktiviti fizikal untuk kekal cergas. Namun kita harus bijak menentukan aktiviti yang sesuai untuk tujuan ini. Sebaiknya lakukan aktiviti ringan seperti lari-lari anak atau berjalan kaki. Tarawih selain ibadah ia juga dapat menjaga kesegaran jasmani kerana semasa melakukan solat tarawih banyak kalori dibakar.

5. Minumlah Air Secukupnya
Air merupakan zat yang sangat diperlukan tubuh. Lebih dari 60 % tubuh kita terdiri dari air. Untuk menjalankan fungsinya dengan baik setiap organ tubuh kita memerlukan air. Tanpa air yang cukup tubuh akan mengalami gangguan. Untuk itu perbanyakan minum untuk simpanan dalam tubuh supaya semua organ berfungsi dengan baik. Untuk tujuan itu, berusahalah supaya kita dapat meminum lapan gelas air sebelum menjalani puasa esok hari.

6. Kendalikan Emosi
Rasulallah bersabda bahwa puasa itu bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu. Dengan kata lain tujuan puasa adalah mengurus emosi, belajar bersabar dan berupaya mendekatkan diri kepada Allah. Secara psikologi puasa mempengaruhi mental-spiritual kita. Dengan keupayaan kita mengendali emosi membuat jiwa kita tumbuh lebih sihat, dan merasakan kedekatan dengan Allah membuat hati kita damai.

****Nukilan perkongsian dari seorang teman Ukht Wan Rohana.

Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Datanglah wahai Ramadhan...



Saudariku Muslimah

Alhamdulillah, bersyukurlah kita ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kiranya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Bergembiralah kita kerana kita termasuk ke dalam golongan yang terpilih untuk menerima anugerah Allah melalui bulan Ramadhan yang mulia.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a , bila tiba Ramadhan Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ’Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan penuh barakah, di dalamnya Allah mewajibkan puasa, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak dapat kebaikannya sesungguhnya ia telah rugi.’

Maksud hadis yang lain:
Dan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda : ’Barang siapa merasa gembira dengan datangnya bulan Ramadhan, Allah mengharamkan jasadnya daripada neraka.’

Saudariku Muslimah,

Alangkah besarnya kurnia Allah untuk kita. Allah datangkan bulan Ramadhan untuk kebaikan kita, dengan menyediakan pahala yang berlipat ganda untuk hambanya yang taat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : ’Apabila tiba permulaan malam bulan Ramadhan, maka Allah s.w.t berfirman : Barangsiapa cinta kepadaKu maka Aku pun cinta kepadanya, barangsiapa mencari Aku, maka Aku pun mencarinya,dan barangsiapa minta ampun kepadaKu maka Aku pun mengampuninya, disebabkan mulianya bulan Ramadhan. Maka Allah memerintahkan Malaikat Kiraaman Kaatibin (malaikat pencatat) agar dalam bulan Ramadhan mereka mencatat segala kebaikan umat Muhammad s.a.w dan tidak mencatat perbuatan buruk mereka,dan Allah menghapuskan dosa-dosa mereka yang telah lalu.

Saudariku Muslimah,

Salah satu ibadah utama yang difardhukan dalam bulan Ramadhan ialah ibadah puasa. Setelah melalui proses pembentukan selama 15 tahun maka pada tahun ke-2 Hijrah turunlah perintah berpuasa bulan Ramadhan ke atas orang Islam melalui ayat 183-184 Surah Al Baqarah yang bermaksud:
Hai orang-orang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan terhadap orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa. Puasa itu hanya beberapa hari tertentu, barangsiapa diantaramu ada yang sakit atau sedang bepergian,maka hendaklah dia berpuasa pada hari yang lain (sebanyak hari yang dia tidak berpuasa).

Allah SWT Maha Mengetahui bahawa manusia memerlukan pertolongan dan dorongan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah ditentukan olehNya. Oleh itu Allah menyeru dengan satu panggilan yang sangat tinggi dan mulia iaitu ’Wahai orang-orang yang beriman’ yang menjadi pendorong kepada orang mukmin. Bagi generasi al Qur’an ( sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w) apabila menerima panggilan ini mereka menunggu-nunggu apakah perintah yang akan diturunkan untuk mereka lalu mereka terima dengan patuh. Justeru, apabila perintah berpuasa diturunkan mereka terima dengan penuh kesyukuran. Bagaimana pula dengan kita dan masyarakat kita hari ini?

Allah swt memfardhukan ibadah puasa ke atas orang beriman adalah untuk menyediakan hati mereka menjadi orang yang bertakwa kepada Allah swt. Jadi puasa adalah alat untuk mencapai ketakwaan kepada Allah swt sedangkan orang yang bertakwa mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t yang ganjarannya adalah SYURGA. Oleh itu saudariku, marilah kita sama-sama meneliti bagaimanakah jalan-jalan untuk menuju ketakwaan itu.

Ulama-ulama memberi peringatan, kita hendaklah berusaha untuk menyediakan hati yang salafiyah (bersih), hasasiyah (mudah terasa -sensitif) dan khoshiyatillah (takutkan Allah). Dalam melaksanakan ibadah ini hati kita kena betul-betul ikhlas kerana Allah s.w.t. Kita kena sensitif dan menjaga puasa kita supaya tidak tercemar oleh perbuatan-perbuatan kita. Setiap detik dalam kehidupan kita perlu dilalui dengan berhati-hati supaya tindakan-tindakan kita tidak mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Saudariku Muslimah,

Hiasilah puasa kita dengan meningkatkan amalan-amalan sunat seperti membaca Al Qur’an, bersedekah di jalan Allah, solat tarawikh, bermunajat, memberi makan orang yang berpuasa dan amalan-amalan lain yang semuanya akan diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Akhir sekali saudariku marilah sama-sama kita hayati maksud firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran ayat 133 :

’Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.’

Allahu a’lam.

**petikan ditulis oleh Ketua HALUANITA Pahang, Kak Zaini yang kini berada di bumi Mekkah kerana menunaikan ibadah umrah. Moga Allah menerima segala amal kita.

"Islah nafsaka wad'u ghairuka"

Sya'ban Menuju Ramadhan (siri 4)



Persiapan amal seterusnya ialah amalan membaca al-Quran.

Semestinya hari2 kita membaca al-Quran. Tapi lebih2 lagi amalan ini di perbanyakkan di bulan Sya'ban ini.

Anas b Malik berkata, "Ketika kaum muslimin masukki bulan Sya'ban mereka sibuk membaca al-Quran dan keluarkan zakat harta untuk membatu fakir miskin berpuasa."

Amalan membaca al-Quran dapat menghilangkan karat-karat dosa bulan sebelumnya hingga kita bersedia menerima petunjuk dan hidayah Allah dalam bulan Ramadhan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama ALlah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." Surah Al- Anfal:2

Oleh itu intensif al-quran perlu agar dapat dibiasakan amalan tersebut untuk ramadhan nanti. Wallahu'alam.

"Islah nafsaka wad'u ghairuka - Islah diri dan ajak orang lain."

Peringatan dari Allah



Semenjak minggu ini anak2 ke sekolah
memakai topeng muka,
sebagai langkah berjaga2 sekurang2nya
mencegah lebih baik dari mengubati.

Dalam pada itu saya cuba bermuhasabah
dalam suasana terkini,
samada musibah atau hikmah
semua peringatan dari Allah swt
buat kita semua.
Semasa mencari bahan2 saya berjumpa
dengan hadis2 dan ayat2 yang saya rasa
boleh dijadikan renungan dan
peringatan buat kita semua.

"Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah
(satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung
yang kononnya tercipta dari tulang mayat
dan hidup lalu membawa sial kematian)
",
maka seorang lelaki berkata :
"Apa pandanganmu jika seekor unta
yang mempunyai penyakit
lalu terkena unta yang lain?
".
Nabi menjawab :
"Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan),
dari mana pula yang pertama
mendapat penyakitnya?
"

(Riwayat Ahmad)
Keyakinan yang nak kita semat kemas2 di hati.

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi
dan (tidak pula) pada dirimu sendiri
melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz)
sebelum Kami menciptakannya.
Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah.

(Al-Hadid : 22)
Apa yang berlaku adalah penyusunan Allah swt.

Apabila kamu mendengar
terdapat wabak di satu kawasan,
janganlah kamu memasukinya,
dan apabila wabak berlaku di satu kawasan,
kamu pula berada di sana,
janganlah kamu keluar dari
kawasan tersebut untuk melarikan diri.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Tips kuarantin Rasulullah saw sudah maklum
1400 tahun yang lalu.

Hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman,
semua urusannya memberinya kebaikan,
dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin,
iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur,
maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia),
dan apabila ia ditimpa keburukan,
ia sabar dan baginya kebaikan juga.

(Riwayat Muslim)
Maka apa2 kita kembali
berhubung dengan Allah swt.

Wallahu'alam.
"Islah nafsaka wad'u ghairuka -
Islah diri dan ajak orang lain
."


Sya'ban Menuju Ramadhan (siri 3)



Selain dari membuat persiapan mental, perlu juga kita membuat persiapan amal.

Amalan apakah yang boleh dilakukan sebagai persiapan ramadhan?

Diriwayatkan dari 'Aisyah ra; ia berkata, "Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengira beliau tidak berbuka. Tidaklah kami melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasanya sebulan penuh selain bulan Ramadhan, tidaklah kami melihat beliau lebih banyak berpuasa selain bulan Sya'ban." (Bukhari)

Usamah bin Zaid pernah bertanya Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah saw, saya tidak melihat anda berpuasa pada bulan lain seperti anda berpuasa pada bulan Sya'ban." Jawab baginda, "Sya'ban bulan antara Rejab dan Ramadhan yang selalu dilupakan manusia, ia bulan diangkat amalan kepada Allah Rabbul 'alamin. Aku ingin amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa." (An-Nasa'i)

Ya, amalan puasa. Berdasarkan dari petikan hadis di atas jelas dapat kita lihat, Rasulullah saw berpuasa di bulan Sya'ban sebagai persiapan menanti ketibaan Ramadhan.

Berkata Ibnu Rajab, puasa bulan Sya'ban sebagai latihan menghadapi puasa Ramadhan supaya tidak merasa berat. Disamping dengan merasai nikmat puasa agar lebih bersemangat melaksanakan puasa Ramadhan. Juga dapat mengatasi masalah lupa masa puasa Ramadhan.

Maka marilah kita mengamalkan amalan Rasulullah saw ini. Moga dengan itu kita lebih bersedia menghadapi Ramadhan bagi tahun ini. Wallahu'alam.

"Islah nafsaka wad'u ghairuka - Islah diri dan ajak orang lain."

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu