Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Muhammad 'Abbas Salimi. Show all posts
Showing posts with label Muhammad 'Abbas Salimi. Show all posts

Mahrajan Thaqafi

Alhamdulillah... Allah masih memberi ruang
dan peluang untuk berbicara
setelah berbulan blog umidah bersawang.
Masuk tahun baru sukar nak mencari luang
masa dan waktu untuk menulis walau pun
dalam hati ni berbuak2 idea melanda.
Mohon kepada Allah agar terus istiqamah.
Pagi ini masih teragak2 mahu pergi atau tidak.
'Abbas sudah pun bertolak bersama rombongan
SeRIA malam tadi. Walid memang nekad untuk pergi.
Umidah masih ala2 merajuk...
"Abang tak ajak pun nak pergi..."
Namun akhirnya menghampiri jam 8.00 pagi
kami sekeluarga ke sekolah rendah agama ghufran
menghadiri mahrajan thagafi.
Sebenarnya nak memberi sokongan buat
anakanda 'abbas yang menjadi peserta
musabaqah tilawah alquran.
Masa di labis sms kak ani,"'Abbas sudah baca ke?"
"Belum, peserta lelaki ke lapan..."

Alhamdulillah, kami sampai 'abbas belum lagi
memperdengarkan bacaannya.
Maka sempat lagi mendapat nasihat
terakhir dari jurulatihnya... walidlah siapa lagi....
Anyway his face looked like going to cry...
huhu.... gemuruh juga...
Insya'Allah... you can make it my boy...
Umi dulu pun macam 'abbas juga.
Ingat lagi masa darjah 6... umidah pun
masuk musabaqah. Entah macam mana cikgu pilih,
padahal manalah pandai nak baca berlagu...
berlatih pun agak2 sumbang... tapi masuk juga
pertandingan. Khow what happened?
Umidah peserta terakhir baca dan
dapat nombor pun last sekali juga....
Huhu... but I didn't regret...
pengalaman itu amat bermakna....
Dapat hadiah senaskah surah Yaasin, and umidah
kept it hingga bawa ke US masa belajar....

Saat2 yang mendebarkan datang juga.
Umi doa yang terbaik buat 'abbas...
Petang tunggu pertandingan nasyid pula.
Terhibur melihat anak2.
Dan ini anak2 SeRIA.... kena buat persembahan
yang terakhir juga....
Sementara nak menunggu berapa kali
mc nora kena baiki sampin tu....
Akhirnya ke pentas juga....
Usah di risau kalah atau menang yang penting
ini adalah medan untuk melatih anak2 berkreativiti
dalam apa jua petandingan. Latih untuk pintar
berbicara dan berani ke depan.
Bukankah itu ciri2 dae'...

Abbas pergi kem`

Muhammad 'abbas salimi menghabiskan
cutinya dengan menghadiri kem anak soleh2
di kem damai. Sampai2 je tak bagi umi
balik sebab tak jumpa dengan kawan yang dikenali...

Majlis berakhir tengahari tadi.
Ceramah penutup dari hjh rohani.
Agak menarik, moga memberi keinsafan
kepada anak2 yang hadir.
Bukan mudah untuk berubah,
namun jangan putus asa untuk mendidik....

Putera ku


Hari ini genap usia putera ku yang di kasihi
Muhammad 'Abbas Salimi 10 tahun.
Tiada yang bonda dambarkan selain
dari anakanda menjadi anak yang soleh,
pewaris generasi al-quran,
mendoakan ayahabonda jika kami sudah tiada lagi...

Putera ku...



Alhamdulillah ramadhan kali ini
Muhammad 'Abbas Salimi
sudah boleh join group tadarus
di Surau Sg Isap Fasa 3.



Hah... ini Abbas dan rakan2nya.

Peringatan dari Allah



Semenjak minggu ini anak2 ke sekolah
memakai topeng muka,
sebagai langkah berjaga2 sekurang2nya
mencegah lebih baik dari mengubati.

Dalam pada itu saya cuba bermuhasabah
dalam suasana terkini,
samada musibah atau hikmah
semua peringatan dari Allah swt
buat kita semua.
Semasa mencari bahan2 saya berjumpa
dengan hadis2 dan ayat2 yang saya rasa
boleh dijadikan renungan dan
peringatan buat kita semua.

"Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah
(satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung
yang kononnya tercipta dari tulang mayat
dan hidup lalu membawa sial kematian)
",
maka seorang lelaki berkata :
"Apa pandanganmu jika seekor unta
yang mempunyai penyakit
lalu terkena unta yang lain?
".
Nabi menjawab :
"Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan),
dari mana pula yang pertama
mendapat penyakitnya?
"

(Riwayat Ahmad)
Keyakinan yang nak kita semat kemas2 di hati.

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi
dan (tidak pula) pada dirimu sendiri
melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz)
sebelum Kami menciptakannya.
Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah.

(Al-Hadid : 22)
Apa yang berlaku adalah penyusunan Allah swt.

Apabila kamu mendengar
terdapat wabak di satu kawasan,
janganlah kamu memasukinya,
dan apabila wabak berlaku di satu kawasan,
kamu pula berada di sana,
janganlah kamu keluar dari
kawasan tersebut untuk melarikan diri.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Tips kuarantin Rasulullah saw sudah maklum
1400 tahun yang lalu.

Hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman,
semua urusannya memberinya kebaikan,
dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin,
iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur,
maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia),
dan apabila ia ditimpa keburukan,
ia sabar dan baginya kebaikan juga.

(Riwayat Muslim)
Maka apa2 kita kembali
berhubung dengan Allah swt.

Wallahu'alam.
"Islah nafsaka wad'u ghairuka -
Islah diri dan ajak orang lain
."


Imam muda



"Nanti solat abang mi jadi imam ye." ujar saya.

"Tak nak lah." jawab 'abbas.

"Kenapa pulak? Kalau solat sorang2 dapat 1 pahala, tapi kalau berjamaah Allah beri 27 kali ganda.." pujuk saya.

"Abang mi tak pandai." abbas cuba menolak lagi.

"Kan mua'limah ajar kat sekolah. Kat sekolah, abang mi pernah tak jadi imam solat zohor?" tanya saya.

"Kat sekolah mu'alimah selalu pilih pelajar tahun 6. Abang mi malulah..." hah... baru terselah
sebab 'abbas tak mahu jadi imam.

"Malu? Kan abang mi solat dengan nazirah je mana ada orang lain nampak." saya cuba memujuknya lagi.

"Okay tapi umi duduk sana, jangan tengok..."'abbas memberikan syaratnya.

"Baiklah, umi sayang abang mi. Allah lagi sayang abang mi..." jawab saya.

Dari jauh saya memerhati 'abbas dan nazirah solat berjamaah. 'Abbas membaca surah al-fatihah dan surah al-kafirun dalam rakaat yang pertama. Walau pun suaranya masih tidak lantang, sekurang-kurang dia berlatih untuk menjadi berani. Di sudut hati saya sentiasa berdoa, "Ya Allah kurnia kami anak2 yang soleh, mereka bakal mewarisi deen ini bila kami sudah tiada lagi..."

Anak2 walau dalam usia yang muda, perlu di beri peluang....

Ke Pantai Balok


Petang ke pantai balok kerana menghantar
Muhammad 'Abbas Salimi menghadiri
perkhemahan SeRIA.

Bonda doa satu hari akan menjadi rijalun da'wah...

Rumah Idaman...



Balik ijtima' malam ni tolong Abbas buat Rumah Idaman...
Cikgunya kata nak esok. Disuruh buat lama dah
tapi tak siap2. Abbas cat dindingnya,
dan saya balut2 mana2 yang patut, nasib ada kertas kilat2.

Tae Kwan Do



Pagi ada perasmian Minggu Antidadah Peringkat Sekolah.
Betapa rapuh remaja hari ini kerana
rapuh iman mereka kepada Allah.



Petang ada halaqah dgn guru SeRIA.
Singgah kat surau tengok Nazirah ber Tae Kwan Do.
Abbas ada kat depan, penuh semangat...

My boys...


Look messy?
Hah.... tulah kek batik yang telah di sediakan
oleh Abbas dan Lokman!
Sebenarnya janji nak buat dengan cikgu sekolahnya
tapi tak jadi sebab cikgu mereka ke Terengganu berkursus.
Maka malam semalam bertungkus lumus
Abbas dan Lokman menyiapkannya.
Saya tengok2 dari jauh je.
Maka pagi-pagi itulah breakfast mereka...



Lokman dan Abbas ni sudah macam belangkas.
Hujung minggu kalau tak Lokman datang bermalam di Sg Isap,
Abbas akan bermalam di rumah Lokman di Alor Akar.
Moga ukhwah mereka berpanjangan sampai dewasa.
Tapi malamnya lepas maghrib kena kerah juga nak mengaji...
Abbas masih tak bergerak Surah Al-Baqarah
dan Lokman tu kena laju2 sikit masih Iqra' 3...

Pengalaman bermakna buat puteraku...

Hari ini merupakan pengalaman yang bermakna
buat puteraku Muhammad 'Abbas Salimi.
Sempena cuti sekolah, Surau Sg Isap Damai 3
telah mengadakan Khatan Beramai-ramai
dan 'Abbas turut menyertainya.
Mereka berarak beramai-ramai
dari Dewan Sg. Isap Damai menuju ke surau.
Siap dengan bunga dan telor mangga...
Sepanjang perjalanan di sulami dengan
bacaan Selawat yang diketuai oleh walidnya...
Bergambar ramai-ramai sebelum masuk surau.
Sambil menunggu ada penyampaian hadiah
Perujian Hafazan Quran.

Sakinah... dapat saguhati aje...
Alhamdulillah, lain kali kena usaha lebih lagi.
Sambil itu saya berkesempatan bermukholatoh
dengan ibu-ibu yang hadir.
Ini wajah-wajah ceria sebelum...
A minute before... still can smile...
Aha... ini wajah sepanjang proses berjalan,
tak buka mata langsung...
'Abbas, umi knows how you feel,
but this is part of the process so that
you will be strong and brave enough in your heart.
Someday, ujian from Allah swt might be
harder than this...

Alhamdulillah, all done...
On the way back.


Di rumah... have a deep sleep.
Umi doakan pengalaman bermakna ini
Abbas akan menjadi anak lelaki yang
kuat, tabar dan sabar...
A day will come you will lead the world, insya'Allah...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu