Posted by
cikgu sharifah
Wednesday, October 28, 2009

Mana kan bonda boleh lupa
saat-saat kelahiran mu
Muhammad Said Ramadhan
pada tanggal 28 Oktober 2005.
Moga Allah berkati hidup mu.
Suatu hari kau akan menjadi
rijal pewaris generasi....
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, October 24, 2009

Meniti usia berbaki beberapa hari lagi,
akan genap usia said ramadhan 4 tahun.
Gelagat nakalnya makin menjadi2,
adakala mencuit hati dan
adakala mencemaskan.
Tadi dia berlari2 menuju ke unser
di tepi jalan raya yang agak2 sibuk.
Aduhai... berkejaran uminya...
Kami baru balik ziarah dan kenduri kesyukuran,
kak zainah kebi di rumahnya kerana
beliau akan menunaikan fardhu haji
tidak lama lagi.
Subhanallah, musim haji tiba lagi,
dan rindu untuk menjejak kaki ke sana
dibuak2 rasa hati ini.
Ya Allah, terimalah hamba ini
sebagai tetamuMu lagi
jika diizinkan suatu hari nanti....
Posted by
cikgu sharifah
Friday, August 28, 2009
Balik dari solah tarawih,
walidnya akan ke surau untuk bertadarus....

"Sa'id, salam dulu dengan walid."
"Aa'id nak ikut..."

"Sa'id kecil lagi, tak boleh ikut."
sambil pintu grill di kunci.
Sa'id Ramadhan mula merenget
dan menangis....

Akhirnya tangisan Sa'id mencairkan walidnya...
"OK Sa'id jangan ganggu walid nak mengaji"

"Abang mi, ambil botol susu Sa'id ni..."

Akhirnya sampai hajat Sa'id Ramadhan
untuk
join abang mi bertadarus.
Tapi walidnya kata sampai surau
tak sampai 5 minit terus padam (tidur)...
Alahai anakanda ku....
....
pictures snapped by nazirah
pandai juga ambil gambar
in sequence order...
Posted by
cikgu sharifah
Monday, August 24, 2009
Huhu... Said pun rindu Kak Long.
Tadi masa ambil dari stesyen bas
terus duduk dalam dakapan Kak Long.
Posted by
cikgu sharifah
Tuesday, August 18, 2009

Anakanda ku sedang membesar.
Memang seorang yang aktif
tak leh duk diam.
Namun tiba masa tumbang juga...
Posted by
cikgu sharifah
Wednesday, August 12, 2009

Semenjak minggu ini anak2 ke sekolah
memakai topeng muka,
sebagai langkah berjaga2 sekurang2nya
mencegah lebih baik dari mengubati.
Dalam pada itu saya cuba bermuhasabah
dalam suasana terkini,
samada musibah atau hikmah
semua peringatan dari Allah swt
buat kita semua.
Semasa mencari bahan2 saya berjumpa
dengan hadis2 dan ayat2 yang saya rasa
boleh dijadikan renungan dan
peringatan b
uat kita semua.
"Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah
(satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung
yang kononnya tercipta dari tulang mayat
dan hidup lalu membawa sial kematian)",
maka seorang lelaki berkata :
"Apa pandanganmu jika seekor unta
yang mempunyai penyakit
lalu terkena unta yang lain?".
Nabi menjawab :
"Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan),
dari mana pula yang pertama
mendapat penyakitnya?"
(Riwayat Ahmad)
Keyakinan yang nak kita semat kemas2 di hati.
Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi
dan (tidak pula) pada dirimu sendiri
melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz)
sebelum Kami menciptakannya.
Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah.(Al-Hadid : 22)Apa yang berlaku adalah penyusunan Allah swt.Apabila kamu mendengar
terdapat wabak di satu kawasan,
janganlah kamu memasukinya,
dan apabila wabak berlaku di satu kawasan,
kamu pula berada di sana,
janganlah kamu keluar dari
kawasan tersebut untuk melarikan diri.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Tips kuarantin Rasulullah saw sudah maklum1400 tahun yang lalu.Hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman,
semua urusannya memberinya kebaikan,
dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin,
iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur,
maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia),
dan apabila ia ditimpa keburukan,
ia sabar dan baginya kebaikan juga.(Riwayat Muslim)Maka apa2 kita kembaliberhubung dengan Allah swt.Wallahu'alam."Islah nafsaka wad'u ghairuka -
Islah diri dan ajak orang lain."
Posted by
cikgu sharifah
Thursday, July 23, 2009
DEMAM 1:

Sudah 2 malam badan said ramadhan panas.
Bila pagi ok je. Tapi pagi ini panas agak ketara.
Bimbang takut berlarutan saya mengambil crk.
Bawa said ke klinik dan hari ni batul2 jaga dia di rumah.
Tapi tadi lewat petang panas balik.
Saya mohon pada Allah moga tak berlarutan lagi demamnya.
DEMAM 2 :
Huhu... lap top saya juga demam...
Seminggu lebih tak leh guna broadband.
Gara2 gatal tangan
install program percuma dari internet.
Tapi tak percuma pun, habis je
scan,
bila nak baiki keluarlah arahan kena beli program tu.
Rentetan dari itu, terus
disable broadband saya
keluar
error 680 no dail tone!
Seminggu lebih saya memerah otak
cuba nak baiki sendiri.
Akhirnya saya dapat idea dari cuci komputer
bila terkena virus mawar suatu masa dulu.
Saya
uninstall vmclite,
run regedit,
find setiap
folder vmclite,
then delete.
Alhamdulillah, jadi..,
Maka sehari dua ini saya baru boleh
updateperistiwa2 yang lalu.
Moga semua boleh dijadikan iktibar.
Posted by
cikgu sharifah
Thursday, July 9, 2009

Ini putera mama. Pagi ini Said siap awal.
Maka di galas beg, dicapai songkok abang mi
tapi susu tak boleh tinggal lagi...
lalu menuju ke rumah Pakcik Man
untuk di hantar ke taska.
Huhu... alhamdulillah lega...
sebab tak ada permintaan pelik2
kalau tidak lambat lah pulak hari ini saya
sampai ke sekolah.
Posted by
cikgu sharifah
Sunday, May 17, 2009

Pagi tadi ada gotong royong di SeRIA. Saya pergi lewat gara2 terpaksa menyiapkan jadual waktu dan slide. Dua2
due date esok. Bila sampai tempat gotong royong boleh kata tinggal yang akhir2. Kemudian makan tengahari lauk gulai kambing. Seperti biasa gulai agak merah saya agak Said Ramadhan mesti tak nak makan. Tapi sebaliknya di pinta nasi dari saya. Saya letak nasi yang memang panas masuk pinggan dan bubuh setitik kuah, sebab kalau banyak2 nanti Said Ramadhan tak nak makan, pedas...
"Mama, nasi panas.", kata Said Ramadhan. Saya gaul2 nasi dengan kuah. Kemudian saya gumpal nasi bulat2 jadi macam bola. Ah... saya rindu bonda.... Saya masih ingat masa saya kecil2 dulu, bila nak makan kalau nasi panas, bonda akan gumpal nasi jadi bulat2 macam bola. Saya tak tahu kenapa bonda tak panggil bola, tapi bonda kata tu telur kuda... Jadi nasi cepat sejuk dan terus saya suap nasi ke mulut. Sedang elok satu gumpal satu suapan. Bila dikenang kembali, itulah kasih bonda. Sifatnya penuh penyayang tak jemu2 melayan kerenah anak2. Rasa tak terbalas kasihnya, lebih2 lagi bila tinggal berjauhan begini, sudah pasti bonda merindui anak2nya.
"Mama itu apa?", Said Ramadhan bertanya dan mematikan lamunan saya. "Ini telur kuda... Nanti bila sejuk Said ambil satu2 makan.", ujur saya. Satu persatu tangan kecil Said Ramadhan memasukkan bebola telur kuda ke mulutnya. Dia kelihatan gembira, habis nasi sepinggan dan tak timbul lagi nasi panas atau kuah pedas. Bonda... tak sia2 didikan mu. Jauh disudut hati saya terus berdoa,"Ampuni dosa ku, ampuni dosa ke dua ibu bapa ku, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak dari kecil". Saya sayang bonda....
Posted by
cikgu sharifah
Thursday, January 22, 2009
Hari ini waktu free je ngadap komputer.
Finalise JW untuk diedar selepas cuti CNY.
Sebelum balik, singgah pigeon hole kot2 ada surat.
Tapi lain yang di jumpa, rupa-rupanya
sarang burung berbuah limau setahun sekali...
Lewat petang puteri2 yang disayangi pulang dari SMASKL.
Yang paling dirindui Said Ramadhan...
siapa lagi kalau bukan Kak Sakinah.
Satu soalan cepumas dari Kak Long buat Said.
"Said sayang siapa.. Kak Long ke Kak Inah?"
"Aa'id (pelat perkataan Said) sayang Mama ngan Walid!"
Rupa-rupanya dalam diam
Said sudah pandai menilai soalan...
Posted by
cikgu sharifah
Monday, January 19, 2009

Balance, focus and creative...
Believe it on not Muhammad Said Ramadhan
secrectly snapped these photos by using
ummi's hp camera.
Kadang-kadang kalau makin dilarang
makin menjadi...
But look at his bad faces...
Hah.. ini wajah2 Muhammad Said Ramadhan
apabila permintaannya tidak dapat ditunaikan.
Biasalah tu kalau tak dapat main komputer.
But I really surprise he knows how to control
his finger on the mouse pad...

Tapi pada saat-saat ceria...
Inilah permata hati bonda dan ayahanda.
Umi sayang Said...
Posted by
cikgu sharifah
Friday, January 2, 2009
Said Ramadhan dapat basikal baru.
Hari pertama, kayuh dalam rumah.
Hari ke dua, mana boleh tak tahan
walau pun hari ini hujan memanjang
basikal sudah dibawa kayuh luar rumah
Alahai anakanda yang disayangi...
Posted by
cikgu sharifah
Wednesday, December 24, 2008

Tadi masa saya nak ke sekolah
Said menangis, merajuknya tersungkur dilantai.
Nak ikut umi pergi jalan...
Minggu lepas sibuk ke Pekan.
Hujung minggu bertamrin di SeRIA
Dua hari ini saya sibuk ke SMKPB
menyiapkan jadual waktu untuk sesi 2009.
Tak boleh nak bawa dia pergi jalan.
Maafkan Ummi ye...
Malam nanti kita balik kampung
jumpa tok dan tokki.
Barulah dia cerah mata, rupa-rupanya
Said pun pandai rindu kat nenek dia..
Posted by
cikgu sharifah
Thursday, December 11, 2008

Biiznillah, semalam (Rabu) sedang sibuk-sibuk nak solat Maghrib,
Said Ramadhan terantuk
grille tingkap.
Tak ada yang sedar macam mana berlaku.
Alih-alih dahi penuh darah...
Maka terbelahlah dahinya,
luka hari sebelum tu tak sembuh lagi akibat jatuh tangga!

Menangislah sekejab, sampai tertidur.
Pergi Poliklinik Ar-Razi, nak tahu apa kata doktor,
tak de jarum nak jahit...
Maka bertolaklah ke Klinik Kecemasaan HTAA.

Tapi alahai
my tough boy...
bila terjaga tidur apa lagi hilang semua sakit.
Lari sana-sini...

Maka sampai di HTAA, terus masuk
dan dijahit oleh jururawat lelaki...
Dan sepanjang proses jahit walidnya kata tak ngangis pun.
Rupa-rupanya jahit tak pakai jarum.
Teknologi baru, jahit pakai gam je...
Pantangya tak boleh kena air 48
hours.
Hah... cuma yang menguji kesabaran
nak tunggu di
finalize oleh doktor.
Hampir 1 jam menunggu.
Masa ini puas pusinglah Said Ramadhan
semua kerusi-kerusi yang ada...
Almost 10:30 pm baru siap semua-semua.
Dan alhamdulillah doktor kata OK tak perlu di x-ray.
Oh well, that's my tough boy...
Posted by
cikgu sharifah
Monday, October 27, 2008
Umi tangan Said sakit...
Maka sibuklah menyuruh umi
membalut jari yang luka
hanya tak seberapa tu...
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, July 12, 2008
On Tuesday I was late due to Al-Bukhary Tuition Class. Though I were not in luck as my Unser broke down (battery weak). Luckly Pak Abu (the canteen supervisor) was still around. So Pak Abu together with Cikgu Syukri, Cikgu Zam, Firdaus and Abdillah helped to 'tolak' the Unser. Alhamdulillah be able to start the engine and thanks a lot for the help.
Then on that night 'the registered engineer' still don't have enough time to change the battery. So the next day I turned up with my neighbour's car for a meeting at PPD.
Only after Thursday night then 'the registered engineer' and 'the future engineer' started replacing the battery with the new one!!
Walid can I help you?
Just look and see... This is how to loose the nut...
Walid, not that bad I can do it if you give me a try...
Alhamdulillah, finally mission accomplished!!!
Posted by
cikgu sharifah
Ada masa merajuknya tak ketentuan,
Alahai anaknda ku...
One...
Two...
Three...