Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Sakinah. Show all posts
Showing posts with label Sakinah. Show all posts

Syukur buat anakanda Sakinah

Malam makan2 di kedai nasi arab.
Esok anak2 nak balik asrama.
Disamping belanja anakanda sakinah
alhamdulillah PMRUnya 10 As no ke 340.

Anakanda ku... bersyukur dengan kejayaan yang diraih.
Moga semua ikhlas dalam pencarian mu
mencari ilmu bukan semata2 untuk peperiksaan
tapi pencarian mu mencari hakikat diri...

Anakandaku Sakinah


Setahun usiamu bertambah
Manfaatlah hidup mu
untuk mencari redha Allah
kerana hidup abadi
ialah di yaumul akhirah
Selamat ulangtahun kelahiran ke 13...

Sarang burung...

Hari ini waktu free je ngadap komputer.
Finalise JW untuk diedar selepas cuti CNY.
Sebelum balik, singgah pigeon hole kot2 ada surat.
Tapi lain yang di jumpa, rupa-rupanya
sarang burung berbuah limau setahun sekali...

Lewat petang puteri2 yang disayangi pulang dari SMASKL.
Yang paling dirindui Said Ramadhan...
siapa lagi kalau bukan Kak Sakinah.
Satu soalan cepumas dari Kak Long buat Said.
"Said sayang siapa.. Kak Long ke Kak Inah?"
"Aa'id (pelat perkataan Said) sayang Mama ngan Walid!"
Rupa-rupanya dalam diam
Said sudah pandai menilai soalan...

Rindu...

Petang tadi saya menerima panggilan telefon.
"Ummi ini Sakinah..."
"Hah.. Ada apa? Sakinah sihat?"
"Alhamdulillah sihat, Umi.. tadi Sakinah nangis..."
"Nangis? Kenapa pula, sakit ke?"
"Tak, Sakinah rindu Ummi..."
Itulah luahan rasa puteri yang disayangi
setelah 4 hari di SMASKL.
Siapa tak rindu anak, saya pun merinduinya.
Saya cukup merasakan ketiadaanya.
Tiada lagi pembantu saya dalam menyelesaikan
kerja-kerja rumah seperti basuh baju adik-adik,
angkat kain, jaga adik Said dan lain-lain...
Ummi sentiasa doakan Sakinah
dapat meneruskan tarbiyah di SMASKL
dan menjadi anak yang solehah.
(Yang lain-lain jangan cemburu... Umi sayang semua...)

Pertama

Hari ini Nazirah masuk Tahun 1 di SeRIA.
Tapi tak bimbang menghantarnya kerana tahun lepas
setahun dia berada di Pra Ibnu Abbas.
Jadi bab nangis2 tu tak ada dalam agenda.
Dia akan di temani oleh Walidnya yang
mengambil cuti separuh hari.
Walidnya juga akan memberi sedikit taklimat
kepada ibubapa pelajar Tahun 1 SeRIA.
Hari ini juga Sakinah masuk Tingkatan 1 di SMASKL.
Saya telah menghantarnya 2 hari lepas.
Juga tidak membimbangkan kerana pertengahan
Disember yang lalu dia telah berada seminggu
di SMASKL sempena Intensif.
Lagi pun kakak-kakaknya Naemah dan Kak Long
turut bersama di SMASKL.

Kepulangan Puteriku Sakinah...

Pagi jam 10.00 saya dan anak-anak ke SMASKL
untuk menjemput Sakinah pulang
setelah seminggu di sana kerana menjalankan
intensif dan orientasi. Tahun depan Sakinah
akan meneruskan pengajian ditingkatan 1nya di SMASKL
seperti kakak-kakaknya Habibah dan Naemah.
Hah... yang paling tak sabar rindu ke Sakinah
ialah Said Ramadhan. Siap duduk atas riba lagi bila
jumpa kakaknya.
Ini anak-anak dari Pahang yang akan bersekolah di SMASKL.
Zulaikha, Sh Sarah, Sakinah, Tg Sarah dan Aimi Syakirah
(Ainol Sofiah tak sempat bergambar sebab sudah balik...).
Ummi sentiasa mendoakan agar antum
dapat meneruskan alam remaja yang lebih tarbawi
bila berada di SMASKL nanti.
Selamat Berjaya.

Puteriku n UPSR....

Alhamdulillah, semua yang tersirat
sudah tersurat, 4A 1B...

Perjalanan Puteriku hari ini....

Hari ini puteriku yang ketiga memulakan perjalanannya untuk menghadapi Peperiksaan UPSR 2008. Untuk itu saya punch lewat ke sekolah hari ini kerana menghandar puteriku ke Sekolah Rendah Ibnu Abbas. Kami tiba seawal 7.15 pagi dan kelihatan guru pengawas yang bertugas sudah tiba dan masih menunggu untuk dibuka kelas peperiksaan.
Harapan semua agar calon-calon UPSR SeRIA cemerlang...

Wajah-wajah berdebar-debar, "tapi kami sudah bersedia makcik," kata Ahmad (yang paling kecil sekali...)

Mendengar motivasi dan pesanan terakhir dari Pakcik Basyir.
Barisan putera...
Barisan puteri...
Bacaan doa oleh Pakcik Basyir

Sebelum langkah ku bermula...

Umi dan walid doakan buat puteriku sayang, tenang menghadapi segala ujian kecil dari Allah ini.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu